CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105738|Reply: 1845

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 6-11-2013 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nicki_Meow at 12-10-2015 08:44 AM

Salam.

NOVEL Baharu ILHAM PENA KELUARAN FEBRUARY 2015

TAJUK: ABSTRAK CINTA AKU & DIA
ISBN: 978-967-12400-5-2

KARYA : NICKI LEE




Langit malam itu aku.
Dan bintang yang bersinar itu adalah kamu...


SINOPSIS


Zack, seorang ‘Average Joe’ yang masih sendiri setelah putus cinta lebih setahun dulu. Jadual hariannya berlalu seperti biasa sehinggalah kehadiran empat orang wanita telah merubah hidupnya menjadi seperti ‘Roller-Coaster’.
                                                                       
Farizah – Si Jelitawan Penggoda

Gadis ini amat diminati ketika zaman sekolah dulu. Berpisah sekian lama tetapi, bila bertemu kembali, rasa itu masih ada. Namun, Zack kurang pasti. Apakah perasaan yang dirasa ini ikhlas atau hanya tarikan nafsu semata-mata?
                                                                                 
Kate – Best Friend Forever
Dari perkenalan biasa menjadikan mereka sahabat karib yang mampu berkongsi apa saja rasa dan cerita.  Kata-kata sayang dan rindu terungkap tanpa sempadan tapi itu hanyalah ekspresi kasih-sayang dari sahabat, untuk sahabat. Benarkah hanya sahabat ataupun telah wujud rasa cinta?  
                                                                                       
Zareen – The Lady Boss

Jatuh cinta tatkala bertentangan mata buat kali pertama. Semakin hari, rasa di jiwa semakin mekar dan Zack yakin, dia tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, Zareen menyimpan satu rahsia. Mampukah Zack menerima Zareen setelah ketahuan siapa Zareen yang sebenarnya?            
                                                                                            
Amy – Si Kakak Tiri
Membesar bersama dari kecil kerana mereka saudara tiri. Hubungan mereka bagaikan Tom & Jerry kerana sering bertelagah. Namun, dalam diam Amy menyimpan kasih untuk Zack tanpa Zack sedari. Apakah Zack terima Amy setelah isi hati Amy diketahui?      
                                                                              
“Cerita kita, sudah lama terukir atas bintang.”
                                                                                   
Cerita siapa yang telah terukir atas sana?

* Operasi Buka Pagar gak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2013 10:37 AM | Show all posts
Episod 1



Lagu berjudul Ranggi Metropolis dari nyanyian kumpulan Wings hampir sampai ke penghujung. Dalam masa yang sama juga, Zack memberikan lampu isyarat arah kiri, hendak memasuki lorong ke kawasan R&R Pagoh. Hampir sejam lebih memandu, Zack memerlukan sedikit masa untuk melegakan sendi-sendinya yang kelenguhan kerana memandu tanpa henti. Lagipun, Zack memang perlu berhenti sekarang juga. Dia sudah tidak boleh bertahan lagi. Perutnya sudah memulas secara on-off sejak dari setengah jam tadi.

Ramai orang hari ni…

Zack mencari-cari tempat untuk memarkirkan kereta – lebih tepat lagi, berebut tempat parkir. Bukanlah dia boleh memilih sangat pun kerana di waktu cuti persekolahan sebegini, kebanyakan R&R penuh dengan kenderaan walaupun hari ini hari Khamis, bukan hari minggu.

Cantek…

Kereta yang sedang dipandu selaju kuda padi berjalan menjadi semakin perlahan. Segera Zack memberikan isyarat ke arah kiri sekali lagi apabila pandangan matanya menangkap seorang gadis ayu bertudung ungu menekan kunci kereta Toyota Vios berwarna putih, selang dua buah kereta di hadapan. Kemungkinan besar gadis itu hendak meninggalkan kawasan ini. Betapa Zack berharap bahawa gadis ayu itu memang mahu pergi dari situ supaya dia boleh memarkirkan keretanya. Dalam keadaan perutnya yang tak berapa stabil, Zack malas hendak mencari parkir lebih jauh.

Lambatlah pulak…

Zack mula merengsa. Gadis ayu bertudung ungu itu boleh pula menunggu lama di tepi kereta Viosnya. Zack pula semakin tak keruan kerana rasa memulas dalam perut datang lagi.

Hampir seminit berlalu.

“Sabar..okay…sabar. Aku tengah tunggu parking le ni…” Bagai memahami yang Zack sedang menunggu giliran untuk memarkirkan kereta, perutnya mendengar kata. Rasa memulas hilang buat seketika.

Zack kembali menumpukan perhatian kepada kereta Vios itu. Sebenarnya, tumpuan Zack bukanlah pada kereta Vios putih itu pun. Kereta Vios tetap akan menjadi Vios, tak mungkin akan bertukar menjadi Lamborghini mahupun Porche walaupun Zack merenung selama yang dia mampu. Tumpuan Zack adalah kepada si gadis ayu bertudung ungu, pemilik Vios itu. Kerana...gadis ayu itu mungkin saja boleh bertukar menjadi bakal isteri sekiranya Zack berani bertindak di luar dugaan.

Cun jugak…

Zack berkira-kira sama ada mahu memulakan salam perkenalan walaupun dia tahu, niatnya akan kekal sebagai niat tanpa boleh menjadi kenyataan. Begitulah perangai Zack semenjak putus cinta hampir setahun lalu. Atas desakan naluri dan atas desakan Puan Mariah - ibunya yang mahukan cucu secepat mungkin, Zack cuba mencari pengganti. Tetapi, sehingga hari ini, Zack belum berjaya mendapat pengganti. Mungkin belum jumpa yang sesuai atau mungkin juga kerana hatinya masih lagi terikat dengan bekas kekasih lama… Last edited by Nicki_Meow on 4-3-2014 09:47 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 10:40 AM | Show all posts
Di saat Zack masih berangan mahu mendapatkan sekurang-kurangnya nombor telefon si gadis ayu bertudung ungu, kelihatan seorang lelaki kacak bergaya berjalan ke arah gadis ayu itu. Lantas, si gadis menyerahkan kunci Vios kepada lelaki kacak bergaya. Serta-merta, si gadis ayu menjadi kurang ayu pada pandangan mata Zack.

Ceh…dah kahwin rupanya….

Nasib baik Zack tidak meneruskan niatnya untuk menghulurkan salam perkenalan. Jika tidak, pasti berlaku kekecohan.

Lampu ‘reverse’ kereta Vios berwarna putih menyala, menandakan kereta itu hendak keluar. Zack menarik nafas lega sementelah perutnya kembali memulas. Kali ini, tanpa kompromi walaupun Zack telah cuba menyabarkan perutnya berkali-kali. Setelah berjaya memarkirkan kereta MyVi hitamnya, Zack segera keluar dari kereta lalu menekan punat kuncinya. Dengan pantas juga, Zack memecut ke arah tandas.  

Setelah hajat besarnya termakbul dalam tandas, Zack menuju ke arah salah sebuah gerai yang menjual minuman. Setin air Red Bull diambil dari peti sejuk buat penambah tenaga. Setelah menyedekahkan senyuman lebih kurang kepada aci yang menjaga kaunter dan kemudian membuat bayaran, Zack kembali menuju ke keretanya sambil meneguk Red Bull. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas setengah pagi. Pada mulanya, Zack mahu menjamu selera saja di sini tetapi, apabila mengenangkan masakan Puan Mariah yang sedap sehingga menjilat jari, Zack tidak meneruskan niatnya. Demi menjamah masakan ibu tersayang, Zack sanggup berlapar.  

Zack membuka pintu kereta di bahagian pemandu sambil tangan sebelah kirinya melambai ‘tidak’ kepada sebuah kereta yang baru saja memberi isyarat ke arah kiri untuk masuk ke parkir. Zack belum mahu bergerak lagi. Sempat Zack melihat ke arah si pemandu itu yang mulutnya teromel-omel sendiri dengan muka masam mencuka sambil berlalu pergi. Tidak pula Zack dapat menangkap apa yang dikatakan. Entah-entah, si pemandu itu mencarutkan dirinya berkali-kali. Ah..biarkanlah dia. Itu pun cuma telahan Zack saja. Mana tau, si pemandu itu sebenarnya beristigfar. Tak baik berburuk sangka.

Zack menggapai kotak rokok Marlboro Light dan pemetik api. Isi dalam kotak diperiksa. Ada dalam tujuh batang lagi. Sebatang rokok diambil lalu dinyalakan. Zack menghisap rokoknya dalam-dalam. Zack pernah cuba untuk berhenti merokok sebelum ini, tetapi masih belum berjaya. Mungkin sebab dia sebenarnya tidak mencuba sedaya-upaya untuk berhenti.

Walaupun Zack seorang perokok, dia tidak suka bauan dalam keretanya turut berbau rokok. Jadi, Zack lebih suka berhenti untuk merokok daripada merokok sambil memandu. Mana-mana rakan atau penumpang memang sedia maklum akan tabiat Zack. Lagipun, Zack bukanlah perokok tegar. Sekotak rokok berisi 20 batang mampu bertahan sehingga seminggu. Zack cuma merokok tatkala dia membuat pemanduan jauh begini. Ataupun, di kala mencari ilham. Ataupun, ketika otaknya sesak dengan masalah. Ataupun di saat dia benar-benar dilanda kebosanan. Hakikatnya, tegar atau tidak seorang perokok itu bukanlah perkara penting. Risiko untuk mendapat penyakit kanser tetap sama…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 10:43 AM | Show all posts
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket sebelah kiri. Zack melalukan jari ke skrin, memeriksa telefonnya. Terdapat satu panggilan tak sempat dijawab dari Puan Mariah. Segera Zack menelefon kembali ibunya itu. Setelah berbual lebih kurang dengan Puan Mariah yang mahu tahu di mana dia berada sekarang, Zack menamatkan panggilan. Kini, mesej Whatsapp pula diperiksa. Zack tersengih sendiri membaca beberapa ‘perbualan’ mengarut di antara sepupu-sepupu dan saudara-maranya. Group Whatsapp ‘Keluarga Tok Ahmad’ itu memang meriah. Baik yang tua mahupun yang muda, lelaki atau perempuan, kebanyakannya memang berperangai gila-gila.

Shafiq Ali
Sham. Shima dah langkah bendul kau. Kau bila lagi? Takkan kau nak Forever Alone sampai mati?

Sham Karim
Eh Capik, ko pun belum dapat jodoh lagi….lagi nak sibuk pasal aku. Aku ni, nak tunggu Nora Danish putus dengan anak menteri tu dulu.

Aini Hashim
Elleh Sham. Kalau betul pun ND putus dengan boipren dia, macamlah ko dapat tackle ND.

Sham Karim
Aku tak kata nak tackle Nora Danish. Aku cuma nak tunggu dia putus je…

Shima Karim.
Ngada-ngadalah kau ni bang. Kau tu yang memilih sangat. Nak yang macam Nora Danish la…Rozita Che Wan la… Erra Fazira la. Eh bang, apsal taste ko semua kategori retis?

Shida Zainal
Hahahahhaa. Sham…Sham. Muka edisi pecah…ada hati nak ngurat awek ala retis.

Sham Karim
Nak buat camna? Dulu aku nak ngurat Aini, dia jual mahal…

Shida Zainal
Hahahahhahahha…..

Aini Hashim
Oi! Oi! Apsal aku pulak yang jadi bahan?

Zali Nordin
Kahkahkah…

Zack menggelengkan kepala. Rokok di jarinya hampir habis dihisap. Sepupu-sepupunya masih lagi berbalas-balas mesej mengarut di Watsapp.

Shima Karim
Zack mana? Senyap je ni…


Pertanyaan dari sepupunya merangkap bakal pengantin itu mengundang senyuman. Lantas jari Zack pantas menaip balasan.

Zack Iskandar
Ada ni. Apsal Shima? Ko dah rindu sangat kat aku ke?

Shima Karim.
Hehe. Rindu gak lah. Ko kan dah janji, kalau aku kawen dulu dari ko, ko akan ganti tempat aku…basuh pinggan, periuk belanga segala…

Zack Iskandar
Alamak. Aku nak patah balik la camni. Tak jadi balik Kluang….

Shima Karim
Alolololo…Jangan gitu Zack. Periuk belanga banyak ni…

Emma Hashim
Haha. Habislah Zack

Makcu Suhana
Ko jangan tak balik, Zack. Mak Cu dah lama tak jumpa ko.

Zali Nordin
Kahkahkah

Zack menggelengkan kepala lagi. Sepupunya yang bernama Zali itu hanya menaip Kahkahkah sejak dari tadi. Macam tak ada perkataan lain yang boleh diguna-pakai.

Sham Karim
Zack, ko kat ner?

Zack Iskandar
Pagoh

Emma Hashim
Tak jauh dah. Amy balik tak, Zack?


Zack mengerutkan kening. Dia memang tak pernah ambil tahupun pasal Amy ataupun Amelia. Soalan Emma tidak dijawab. Zack yakin, sebentar nanti Amy akan menjawab bagi pihak dirinya sendiri jika tidak sibuk bekerja.

Zack Iskandar
Okay guys. Jumpa korang kat kampung. Aku nak sambung drive ni…

Shima Karim
Okay Zack. Drive Carefully…

Sham Karim
Okay Bro…See ya later…


Dan beberapa lagi mesej ‘Drive Carefully’ diterima Zack. Zack tidak membaca lagi mesej-mesej di Watsappnya. Dia perlu meneruskan perjalanan pulang ke Kluang. Sungguhpun tidak membacanya, Zack yakin, sepupu-sepupu dan saudara-maranya masih lagi meneruskan karutan mereka di Group itu.

Kereta MyVi hitam terus berlalu pergi meninggalkan R&R Pagoh, membelah lebuhraya utara-selatan. Last edited by Nicki_Meow on 24-11-2013 06:26 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 10:53 AM | Show all posts
Azan Zohor berkumandang di saat Zack memakirkan keretanya di halaman rumah, betul-betul di belakang sebuah lagi kereta MyVi berwarna putih. Entah kereta siapa, Zack pun tak tahu. Beberapa kereta lain juga turut menumpang parkir di kawasan rumahnya. Tanah lapang...

Zack nampak Amelia berjalan berlenggang melepasi keretanya, menuju ke rumah Pak Lang mereka. Zack yakin, Amelia nampak yang dia baru sampai namun seperti dia juga, Amelia tak menegur sapa. Zack kurang pasti pula bila Amelia sampai di Kluang. Mungkin, awal beberapa minit saja darinya. Entah-entah, mereka berselisih di lebuhraya. Ataupun mungkin Amy sudah berada di kampung sejak semalam lagi. Lantaklah. Bila Amy sampai, bukan masalah yang harus difikirkan sangat.

Walaupun Zack dengan Amelia sebaya, Zack lebih suka menganggap Amelia itu sebagai kakak kerana Amelia lahir bulan Januari. Dia pula, lahir bulan November. Zack dan Amelia amat jarang bertegur sapa. Tapi, jika terpaksa bertegur, Zack sengaja memanggil Amelia dengan panggilan ‘Kak’ walaupun dia tahu, Amelia tidak suka dipanggil ‘Kak’ oleh Zack.

Hingga ke hari ini, Zack tidak pernah berbaik dengan Amelia walaupun mereka telah menjadi keluarga ketika berumur tujuh tahun lagi.

Bapa Amelia, Encik Alwi telah berlahwin dengan ibu Zack, Puan Mariah ketika Zack berumur tujuh tahun. Zack telah kematian bapanya pada umur tiga tahun akibat dipatuk ular tedung sewaktu bekerja. Encik Alwi juga, telah kehilangan isteri dan anak sulungnya akibat kemalangan jalan raya, setahun sebelum berkahwin dengan Puan Mariah.

Ironinya, Encik Alwi dan Encik Iskandar, arwah bapa Zack berkawan baik.

Zack, dapat menerima pernikahan ibunya dengan Encik Alwi dengan mudah. Mungkin kerana dia sudah pun terbiasa dengan Encik Alwi sebelum ibunya berkahwin lagi. Tetapi tidak pada Amelia. Amelia menjadi murung setelah kematian ibu dan kakaknya. Malah, Amelia menuduh Puan Mariah dan Zack ‘mencuri’ bapanya. Setelah berkahwin, ibunya terpaksa mengambil hati Amelia dengan pelbagai cara. Lepas setahun, barulah Amelia dapat menerima Puan Mariah sebagai ibu baru.

Dan, atas sebab itu, Zack tidak sukakan Amelia. Mereka kerap bergaduh. Berkali-kali Puan Mariah menyuruh Zack bertolak ansur. Ibunya memberi alasan yang pada ketika itu, Amelia perlu dikasihani. Namun pada Zack, Amelia sebenarnya mengada-ngada dan sengaja mahukan lebih perhatian. Di sebabkan Amelia, Zack kurang mendapat perhatian ibunya ketika itu. Gara-gara mulut celupar Amelia, Zack tidak pernah ingin bertegur sapa lagi dengan kakak tirinya melaikan dipaksa. Mereka serumah, tetapi mereka tidak pernah mengendahkan kewujudan masing-masing, sehingga membawa ke dewasa ini.

Cermin keretanya diketuk secara tiba-tiba. Lamunan Zack hilang. Segera Zack mematikan enjin kereta lalu keluar.

“Assalamualaikum ayah…” Ucap Zack. Tangannya dihulurkan kepada Encik Alwi untuk bersalam lalu disambut. Dulu, Zack memanggil Encik Alwi dengan panggilan Ayah Wi. Lama kelamaan, Ayah Wi menjadi Ayah sahaja. Mungkin kerana lidahnya sudah malas hendak memanggil panjang-panjang sangat.

“Waalaikummusalam. Baru sampai, Zakry?” Soal Encik Alwi, sekadar berbasa-basi. Memang dia tahu, Zack baru saja sampai beberapa minit yang lepas. Zack hanya tersenyum mengangguk.

“Ayah nak pergi rumah Pak Lang.” Kata Encik Alwi sekaligus meminta diri. Tak sempat berbual panjang. Zack memahami dan hanya mengangguk lagi. Encik Alwi terus berjalan pergi.

Dengan langkah sedikit malas akibat kepenatan memandu, Zack mengambil begnya yang terletak di bahagian duduk belakang.

“Assalamualaikum.” Zack memberi salam ketika melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Hanya pintu dapur yang terbuka ketika ini.

“Waalaikumussalam.” Terdengar suara Puan Mariah menjawab. Zack senyum lantas menghulurkan tangan untuk bersalam. Lepas berbual lebih kurang, Puan Mariah meminta diri untuk ke rumah Pak Lang. Seperti Encik Alwi, dia juga tak dapat berbual lama. Di hari kenduri-kendara seperti ini, memang masing-masing sibuk membantu kaedahnya. Sempat Puan Mariah berpesan supaya mengunci pintu rumah jika Zack keluar nanti, tiada sesiapa di rumah ketika ini.

Setelah Puan Mariah keluar, tangan Zack membuka tudung saji mencari makanan tengahari. Zack menepuk dahi. Sepatutnya dia sedia maklum, di hari sibuk begini, masakan sempat ibunya itu mahu memasak? Meja makan yang kosong dipandang sayu.

Tidak mengapa. Zack yakin, ada banyak makanan di rumah Pak Langnya. Last edited by Nicki_Meow on 7-11-2013 03:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 10:55 AM | Show all posts
Usai menunaikan solat Zohor, Zack mengatur langkah ke rumah Pak Langnya. Tidaklah jauh, hanya seberang jalan.

Sambil berjalan, Zack memerhatikan rumah Pak Langnya dari jauh. Meriah nampaknya dengan kehadiran saudara-mara yang bergotong-royong membantu. Pemandangan biasa di waktu kenduri-kendara. Di satu bahagian, kaum lelaki berstatus 'pakcik-pakcik' dan mungkin bercampur dengan 'abang-abang’ sedang bekerja. Di satu bahagian pula, kaum wanita berstatus 'makcik-makcik' dan mungkin bercampur dengan ‘kakak-kakak’ pula berkumpul. Yang berstatus anak-anak dara pula, mungkin membantu di dapur atau sedang berkumpul di dalam bilik bakal pengantin baru. Sekumpulan kanak-kanak pula sedang bermain girang di satu bahagian lain sambil dipantau oleh beberapa orang dewasa.

Mata Zack melilau mencari lagi. Akhirnya, jumpa geng yang di cari. Semua sepupu-sepupu rapat dan lebih kurang saja umurnya sedang berkumpul di bawah khemah, di satu sudut sambil berbual-bual rancak. Ada juga yang sedang menikmati makanan tengahari. Zack melangkah pantas.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Beberapa suara menjawab. Keadaan menjadi sunyi seketika, bagai dilanda Garuda ataupun bak kata orang dulu-dulu – Malaikat sedang lalu.

“Zack!”

“Woi setan!”

"Mangkuk hayun!"

Dan pelbagai lagi sapaan kurang enak berbaur sedikit kejian dilemparkan kepadanya. Zack menggelengkan kepala dan mampu tersengih cuma. Gurauan kasar sebegitu memang biasa di kalangan mereka walaupun nyata, agak kurang ajar bunyinya.

“Jembalang betul korang ni.” Balas Zack. Last edited by Nicki_Meow on 7-11-2013 03:59 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2013 04:17 PM | Show all posts
best..best...
ada cerita baru..
kisah whatsapp tu mmg meghoyan...
family mamajiah pun gila2 camtu gak..
sampai tengah malam...ntah bila dorang ni tdo pun tak tau..

sambung---sambung---
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 05:00 PM | Show all posts
suka part whatsapp tu hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 10:52 AM | Show all posts
Next!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 03:32 PM | Show all posts
cepat update lg meow
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 08:10 AM | Show all posts
best2.....
TT cepat2 la sambung.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 09:18 AM | Show all posts
Salam.

@mamajiah @awanjingga  @cegitu    - Thanks for reading

@sarizu    Kenapa uols ? Anyway, citer kali ini takde tembak-tembak, gangster, calar-balar, cili-bili, culu-bulu sume takde! . Penat le buat cerita berat. Kali ni nak citer santai-santai...

@fatehana   Kak Hana. Lama tak borak dengan akak! Hawau yuuuu?      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 09:22 AM | Show all posts
Episod 2




“Terima kasih…siapa nama pakcik tadi?”

“Razak.”

“Ya…terima kasih Pakcik Razak kerana sudi menyumbangkan suara anda. Anda yang lain pula bagaimana? Ada bakat terpendam? Sila datang ke khemah…bla…bla..bla…”

Bunyi macam jemputan ke ujibakat Akademi Fantasia pula. Itulah suara Abang Ayub, pengacara majlis yang sedang berceloteh riang, menambahkan lagi kemeriahan suasana kenduri. Sekali-sekala, diselang-selikan dengan suara nyanyian karaoke dari tetamu yang dijemput hadir. Menyanyi karaoke secara percuma, memang ramailah yang sedia tunjuk bakat untuk menyumbangkan suara. Yang suaranya sumbang pun….ramai juga. Entah idea siapa yang bernas sangat, menyewa set karaoke sebagai hiburan tambahan.

Sesekali, mata Zack mereling ke sekeliling. Saja-saja memerhatikan para tetamu dan juga ahli keluarga yang ada. Pasangan pengantin sudah selesai makan beradab, dan kini sedang bersalaman dengan para tetamu serta rakan taulan. Riak bahagia pengantin baru terpancar di wajah Shima dan suaminya, Nazri. Melihat kebahagian pasangan pengantin, Zack juga turut mendoakan agar kebahagian mereka kekal selamanya.

Zack mencuri masa seketika untuk berehat. Dia bertugas di bahagian F&B (konon) – memastikan hidangan jamuan, lauk-pauk dan minuman untuk tetamu cukup semuanya. Penat, sudah pasti tetapi Zack tidak mengeluh. Bukan selalu dia dapat berkumpul dengan keluarga dan saudara-mara seperti ini. Hanya di waktu majlis kenduri-kendara begini ataupun pada Hari Raya, barulah masing-masing dapat bersua muka.  

Secawan air sirap selasih dicapai Zack buat penghilang dahaga. Perutnya agak lapar juga. Dek kerana kesibukan, Zack belum dapat menjamah makanan. Hanya beberapa keping kuih sempat ditelan buat pengalas perut. Tetamu yang datang agak ramai. Macam majlis kahwin orang terkenal pula.

Pakcik Razak sudah mula berkaraoke buat kali ketiga. Nampaknya, Pakcik Razak betul-betul serius  untuk masuk ke rancangan Kilauan Emas musim terbaru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 09:39 AM | Show all posts
Zack terlihat Sham yang sedang duduk termenung sendirian di bawah khemah. Sejak Shima dinikahkan pada Jumaat semalam, Sham menjadi agak pendiam. Rasa Zack, Sham mungkin terkesan sedikit dengan pernikahan itu. Sham dan Shima memang rapat sementelah mereka adalah kembar seiras. Kalau Sham itu dipakaikan tudung, pasti ramai yang terkeliru, mana satu Sham dan yang mana pula Shima.   

Memang di kalangan ahli keluarga Tok Ahmad, ramai yang kembar. Zack sendiri mempunyai adik kembar, hasil perkahwinan Puan Mariah dan Encik Alwi.

“Wei…Sham…” Tegur Zack setelah dia menghampiri sepupunya itu. Sham sekadar mengangkat kening dan tersenyum. Zack duduk di sebelah Sham, sambil minum sirap lagi.

“Kahwin jugak si Shima…” Ujar Sham. Zack tidak membalas, hanya menepuk bahu Sham perlahan.

Ketika membesar, Zack lebih banyak menghabiskan masa di rumah Pak Lang Karim, lebih-lebih lagi setelah akil baligh. Sebab utamanya, Sham dan Zack sebaya dan bersekolah di sekolah yang sama. Jadi, mereka rapat. Sebab lainya pula, Zack tak betah tinggal serumah dengan Amelia. Jadi, rumah Pak Langnya menjadi rumah kedua. Puan Mariah juga tidak pernah menghalang Zack, menghabiskan masa bersama Sham.   

“Zack. Kau rasa, turn kau…bila?” Soal Sham, tiba-tiba.

“Turn aku?”

“Kau nak membujang sampai bila?”

Zack sengih. Susah juga hendak dijawab apabila soal jodoh dibangkitkan. Kahwin dan berkeluarga, siapa yang tidak mahu. Bila? Zack pun tidak tahu. Masih mencari calon yang sesuai. Itupun kalau ada…

Lagipun, semenjak putus cinta dengan Liana, Zack kurang yakin untuk mencari pengganti.

“Kau…bila?” Tanya Zack pula. Sham mengangkat bahu. Kisah Sham juga hampir sama dengan Zack – kasih putus di tengah jalan. Lebih hebat lagi, Sham sudah pun bertunang ketika itu. Atas sebab-sebab tertentu, tunang Sham mahu memutuskan pertunangan. Katanya, sudah tiada persefahaman. Hingga kini, Sham masih bersendirian.

“Ah…rileklah. Ada rezeki nanti, jumpalah jodoh…” Kata Sham, menyedapkan hati. Tak tahulah hati siapa. Hati Zack atau hatinya sendiri…

Yang sebenarnya, mereka tidaklah terlalu memikirkan soal jodoh sangat. Tetapi, di masa kenduri-kendara majlis perkahwinan sebegini, pasti ada mulut-mulut yang bertanya – Hah, kau ni, bila lagi nak kahwin? Membuatkan mereka turut terfikirkan perkara yang sama.

Tak lama kemudian, mereka disertai oleh Zali, Shafiq, dan Khairul. Semuanya berpangkat sepupu belaka. Dan sama seperti Zack dan Sham, mereka masih lagi sendiri. Jangankan bakal isteri…teman wanita pun tak ada. Tak laku agaknya…

Mereka berborak rancak. Biasalah, bila dah berkumpul begini, macam-macam kisah yang keluar. Kisah kenangan waktu sekolah, masalah Negara, politik, pasal bola dan banyak lagi.  Sambil berbual, tumpuan mata mereka juga difokuskan kepada tetamu yang datang. Lebih tepat lagi, kepada gadis-gadis ayu yang menjadi tetamu. Mana tahu, jumpa jodoh di situ?

Takkan nak tengok budak bawah umur - mamat – pakcik – makcik – abang - kakak pula. Nak buat apa, ya tak?

Ada yang cantik berbaju kurung, ada yang vogue dengan kebaya. Ada yang rambut ikal mayang, ada yang comel berambut pendek. Ada yang bertudung Hana Tajima, ada yang berturban Yuna. Macam-macam gaya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 10:16 AM | Show all posts
Silp tekn icon maaa...
Guna iPad ni Skmo jd gtu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 10:23 AM | Show all posts
wah TT... best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2013 10:47 AM | Show all posts
sarizu posted on 8-11-2013 10:16 AM
Silp tekn icon maaa...
Guna iPad ni Skmo jd gtu

Chaaiittt...


@wipers81 Thanks for reading


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 10:53 AM | Show all posts
“Amy tu, lawa gak ek…” Tiba-tiba, Khairul membuat pernyataan, menyebabkan Zack tersedak air sirap.

“Lawa ke?” Soal Zack pula.

“Amy okay apa? Kau tu, dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak berbaik dengan dia. Sudah-sudahlah Zack. Dah besar panjang pun, takkan nak bergaduh macam budak-budak lagi.” Balas Khairul.

Zali dan Shafiq turut mengiyakan sambil tersengih. Sengaja sebenarnya mahu mengapikan Zack. Memang mereka semua sedia maklum akan hubungan Zack dengan Amelia yang tidak pernah baik. Nasihat sudah berkati-kati diberikan tapi, sama ada Zack atau Amelia, tidak mahu menerima teguran. Bagai ada dendam antara mereka yang takkan berkesudahan. Apabila Zali dan Shafiq turut sama memenangkan Amelia, Zack mula terasa bengang. Kalaupun Amy tu sebenarnya friendly, lawa, gila-gila atau apa saja. Biarlah! Dia peduli apa dengan Amy?

“Sudahlah. Kalau korang nak tackle si Amy tu, dipersilakan.” Zack menjawab bengang.

“Kau jangan benci-benci sangat Zack. Karang berjodohan, baru kau tau…”

“Isk…tak nak aku.”

“Kenapa?”

“Terasa macam…sumbang mahram…”

Kata-kata Zack disambut dengan gelak-ketawa beramai-ramai. Zack turut ketawa juga dengan kata-katanya sendiri. Tapi betullah tu. Walaupun tidak pernah baik, Amy sudah dianggap seperti kakak. Agak pelik kalau status itu bertukar…

Dalam pada itu, mata Zack terarah juga pada Amelia yang sedang berbual dengan sepupu mereka yang lain. Tidak banyak sedikit, Zack membenarkan juga kata-kata Khairul. Amelia tu, okay je sebenarnya…

“Wei…itu…Farizah kan?” Sham menepuk-nepuk bahu Zack beberapa kali apabila berkata.

“Mana?” Soal Zack.

“Yang sebelah Amy tu…”

Zack memandang gadis di sebelah Amelia. Macam mana dia tak perasan tadi? Benar, itu memang Farizah. Masa dia bersekolah dulu, Farizah itu pernah menjadi pujaan hati. Secret admirer kononnya…

“Makin lawa sekarang…” Kata-kata Zack, perlahan saja. Tidak ditujukan kepada sesiapa melainkan dirinya sendiri. Tapi, sepupu-sepupunya tetap terdengar. Mereka mula menggiat Zack.

“Apa  lagi Zack? Pergilah tegur…manalah tahu, kot ada jodoh.” Bahu Zack ditolak.

“Gila kau. Tah-tah, dah berpunya…” Zack membalas walaupun matanya tak lepas dari memandang Farizah.

“Kau tak tanya, mana kau tahu dah ada yang punya ke belum?” Giat Sham lagi. Sejarah Zack, memang dia tahu. Dulu, Zack memang sukakan Farizah dalam diam. Tapi Zack tak pernah pun mahu meluahkan perasaan. Pemalu, satu hal. Yang keduanya, Zack boleh tahan ‘kayu’ waktu dulu. Kononnya tak mainlah awek-awek ni tapi dalam hati ada taman. Yang ketiganya, Puan Mariah sudah beri amaran keras – tak boleh bercinta masa belajar.

“Zack, pergilah tegur.” Suruh Zali, memberi semangat. Tapi Zack masih tak berganjak. Tak semena-mena, dia bertukar jadi penyegan yang amat.

“Kalau kau taknak, aku pergi. Dapat kat aku, kau jangan nak tuduh aku tikam belakang…” Kata Sham, sengaja mengapi.

“Wei…janganlah makan kawan…” Balas Zack walaupun dia tahu, Sham takkan berbuat begitu.

“Pergilah Zack.” Bahunya ditolak lagi.

“Yelah…yelah. Aku pergilah ni…” Setelah diberikan sokongan moral yang padu, akhirnya Zack memberanikan diri. Langkahnya diatur perlahan ke arah Farizah.

“Hai..Assalamualaikum.” Ucap Zack, menebalkan muka menegur Farizah. Orang-orang disekelilingnya tidak diendahkan. Amelia, apatah lagi walaupun Zack perasan, Amelia merenungnya dengan kening berkerut.

“Waalaikummussalam.” Jawab Farizah, sambil tersenyum manis. Hampir gugur jantung Zack kala itu.

“Awak kenal kita lagi tak, Farizah?” Zack tak tahu bagaimana ayat se skema itu boleh keluar dari mulutnya. Tetapi skema atau tidak, bukan masalah besar sekarang. Zack berazam, dia mahu mendapatkan sekurang-kurangnya, nombor telefon Farizah.

“Mestilah saya kenal awak lagi, Zakry…”

Hati Zack tiba-tiba mengembang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 10:56 AM | Show all posts


Salaam Nicki...

baru masuk..belum baca apa pun..

nak tinggal jejak dolu.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 11:21 AM | Show all posts
UsuFie posted on 8-11-2013 10:56 AM
Salaam Nicki...

baru masuk..belum baca apa pun..

Usuuuuu....

Apa habaq? Lama dah tak borak kan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.086346 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list