View: 21937|Reply: 247
|
[Dunia]
Wanita Islam Malaysia tegaskan tuduhan murtad terhadap beliau suatu fitnah
[Copy link]
|
|
Mutakhir
Wanita Islam Malaysia tegaskan tuduhan murtad terhadap beliau suatu fitnah
2013/11/28 - 10:56:53 AM
NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial.
Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.
"Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.
Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.
Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi “cerita dari hati” bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.
Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.
Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.
“Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.
"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.
Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.
“Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.
"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan,” kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.
Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalah ertikan.
"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.
"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.
Beliau sudah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.
Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.
“Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.
"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.
“Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu,” katanya.
Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.
Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.
Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.
“Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa,” ujar Adila. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa pula main serkap jarang ni. ada sebar kt FB jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
AMerika ni hulu sangat ke negara lain pon x kenal? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
abes hubby dia masuk islam dak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalao tengok gamba memang jauh beza
Tudung labuh masa Sekolah KIK (badar)... pastu pengajian islam ukm...
Now dah free hair & seksi nampak lurah tetek macam pompuan kapir
Berubah 90 darjah
Macam mana lah org x percaya
Tp kalau dia belum murtad, Alhamdulillah
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar mana gambar? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
para fitnah ni rase puas kt dunia..
kt akhirat merase le nnti habuannye.. |
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 28-11-2013 01:05 PM ![](static/image/common/back.gif)
Kalao tengok gamba memang jauh beza
Tudung labuh masa Sekolah KIK (badar)... pastu pengajian islam ...
ko tgk mana pic dia. aku cr x jumpe pun
|
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 28-11-2013 01:00 PM ![](static/image/common/back.gif)
AMerika ni hulu sangat ke negara lain pon x kenal?
kaka.....konsepnya ramai amrika ni mmg fail geografi. dia percaya dia la pusat dunia. tgk baseball je la tang mana world series pun x tau padahal main sesama depa je ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
betul la agaknya dia masih islam..
cuma ajaran2 islam tu jer la tak sepenuhnya dia buat. |
|
|
|
|
|
|
|
american suka ckp diorg best in the world dlm apa-apa hal..world pada diorg hanya america land jer..hahaha
teringat Calon Vice Presiden Gov. Sarah Palin punye quote..."I can see Russia from my house" |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesetengah americans masih agak ignorant bab2 culture dan hal2 negara lain
Duduk dalam lingkungan pemikiran mereka sendiri..
Sebab tu Canadians suka buat lawak pasal derang
Kalau tengok cerita Borat tu sendiri memang pantulan pemikiran sesetengah americans.
Sesetengah la..bukan semua...
|
|
|
|
|
|
|
|
i ada kawan asalnya melayu tengok FB katanya atheist sekarang ni...haru sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 28-11-2013 01:00 PM ![](static/image/common/back.gif)
AMerika ni hulu sangat ke negara lain pon x kenal?
amareka mana kenal dunia luar.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
TT ada link fb or photo dia tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku byk pic dia..kawan baik aku n senior aku kat KIK..dia dh email explain kat kami bila one of our batch dah start taskforce nak selamatkan dia.
Sekrg dia kat virginia Last edited by rebecca_nur on 28-11-2013 01:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Adila ni 1st marriage dia katanya dia teruk kena dera..lepas cerai dia alami kemurungan yg teruk..then kenal si mc ghee n kawen n migrate tahun 2009..org pk dia murtad sbb ada artikel pasal ni n family mc ghee ni pulak kuat agama |
|
|
|
|
|
|
| |
|