CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9003|Reply: 45

Tips Buat Wanita Melancong Sendirian

[Copy link]
Post time 24-12-2013 11:20 AM | Show all posts |Read mode


[size=1.5em]
Masyarakat sedunia masih belum bersikap terbuka terhadap wanita yang ingin melancong seorang diri. Lebih-lebih lagi apabila tersebar berita seorang ibu dari Amerika Syarikat, Sarai Sierra, 33, ditemui terbunuh selepas dirogol ketika melancong di Turki seorang diri pada awal tahun ini.

Namun, bahaya ada di mana-mana. Walaupun di rumah, sebarang kemungkinan yang mengancam nyawa boleh berlaku. Yang penting, seseorang harus tahu menjaga diri, berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Sewaktu saya menyuarakan hasrat kepada keluarga hendak bercuti ke Bandung, Indonesia seorang diri, mereka melarang kerana bimbangkan keselamatan saya. Namun saya bertekad juga untuk menjadikannya kenyataan. Walaupun pada awalnya ibubapa berat hati melepaskan saya pergi, akhirnya mereka bertukar fikiran. Seiring dengan itu, pelbagai nasihat dan peringatan diberikan.

Sebagai solo female traveller, banyak perkara yang perlu diambil kira untuk memastikan percutian anda selamat dan menyeronokkan. Berikut saya senaraikan beberapa tips buat anda yang mungkin terfikir hendak melancong seorang diri.

1. STUDY THE PLACE & THE PEOPLE


Sebelum membuat keputusan untuk bercuti di sesuatu tempat, adalah lebih baik jika anda mengkaji tentang kawasan itu termasuk latar belakang masyarakatnya, bagaimana keadaan kawasan tersebut dan kes-kes yang pernah berlaku di situ. Dengan mengetahui lebih banyak tentang tempat itu, anda akan lebih bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.

2. SIMPAN BARANGAN BERHARGA


Apabila melancong seorang diri, sebaiknya anda mengamalkan sifat merendah diri dan tidak menunjukkan anda menjalani kehidupan yang mewah atau senang. Simpan semua barangan berharga di tempat yang selamat. Lebih baik jangan dibawa langsung bersama ketika melancong.

3. BELAJAR ASAS MEMPERTAHANKAN DIRI


Malang tidak berbau dan kita tak akan tahu bila bahaya datang menyerang. Memandangkan anda bercuti seorang diri, tiada siapa yang anda boleh harapkan untuk menyelamatkan anda jika berlaku perkara yang tidak diingini. Lebih baik jika anda mempelajari serba sedikit ilmu mempertahankan diri demi keselamatan anda.

4. BE CAREFUL OF WHOM YOU TRUST



There are few strangers you can trust in this world.
Namun pada masa yang sama, don't shut yourself out from meeting new people, making new friends. Cuma yang ingin disarankan, berhati-hati. Jangan mudah menerima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk menumpangkan anda ke destinasi yang anda ingin tujui. Jangan mudah menerima minuman atau makanan daripada orang yang tidak dikenali. Yang paling penting dengan sesiapa anda bertemu dan berbual, simpan sedikit rasa ragu terhadap mereka dan jangan begitu mudah mempercayai orang lain.

5. PILIH TEMPAT PENGINAPAN YANG SELAMAT


Sebelum memulakan percutian, dicadangkan jika anda menempah bilik penginapan lebih awal. Selain memudahkan anda bila tiba di destinasi itu nanti, anda juga dapat mengkaji bagaimana keadaan tempat penginapan itu menerusi ulasan daripada pelancong lain yang pernah menginap di situ. Dari sana anda dapat menilai jika tempat itu selamat untuk anda menginap seorang diri atau tidak. Pastikan anda memilih tempat penginapan yang terletak di kawasan tumpuan pelancong.

Sumber: news.com.au; bbc.com; forbes.com



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 11:39 AM | Show all posts
tips ni khas untuk perempuan yg kedekut, tk de member, dan tk de boyfren...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:40 AM | Show all posts
betul....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:43 AM | Show all posts
good info. saya suka juga melancong tp belum pernah pergi berseorangan. mesti berdua atau bertiga. kena study dulu country and culture tempat yg kita nak pergi, nanti kena tipu dan sebagainya kalau takde info lengkap.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:49 AM | Show all posts
-kena study la zone2 hitam kat tempat ko nak visit tu.

-mmg kena asingkan duit2 tu, yg note bebesar kasik sorok la

-then ko join jer free tour yg hostel/hotel ko provide, yg based on tips semata tu, kat situ boleh dpt kwn
make sure ko ada contact number embassy/police tiap negara ko gi tu..

-airmuka tu pun jgn nampak `sesat', cover line sikit... kalau sesat sekalipun, jgn buat muka sesat.
tarik napas pepanjang, beli mineral/kopi... dok sat kat bench2 yg org ada ramai2 tu... bukak map
tapi muka still jgn nampak sesat...

**tips dari kawan aku yg travel sensorang, dia takde acc cari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 11:56 AM | Show all posts
biggirlduncry posted on 24-12-2013 11:49 AM
-kena study la zone2 hitam kat tempat ko nak visit tu.

-mmg kena asingkan duit2 tu, yg note bebes ...

wah best la kawan u.. nnti mintak tips lagi dari die erk.. leh kongsi dgn geng2 cari nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2013 12:54 PM | Show all posts
Kena le buat research serba sikit pasal tempat yang kita nak pergi tu kalau jenis main pergi dgn 0 knowledge memang susah le.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 01:47 PM | Show all posts

untuk wanita yg beragama Islam:

1. Wanita dilarang bermusafir kecuali bersama-sama dengan suami atau mahram. Kerana dalam hadis yang disepakati kesahihannya menyebut:

"Janganlah seorang wanita bermusafir perjalanan tiga hari kecuali kecuali bersama mahram". Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 1036) dan Muslim (no: 1338).

Larangan ini adalah meliputi semua bentuk perjalanan yang dinamakan musafir. (Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi 9/103).

Berdasarkan hadis ini, haram seseorang wanita keluar musafir tanpa ditemani suami atau mahram, walaupun dia keluar bersama dengan wanita-wanita muslimah lain.

Kata Imam Nawawi tentang hukum wanita bermusafir untuk selain haji wajib, seperti haji sunat, urusan perniagaan, lawatan dan lain-lain. Katanya: "Setengah ulama mengatakan harus dengan ditemani wanita-wanita yang dipercayai, seperti masalah haji Islam. Dan Jumhur mengatakan hukumnya adalah HARAM kecuali ditemani suami atau mahram. Inilah pendapat yang sahih berdasarkan hadis-hadis yang sahih". (Syarah Muslim 9/104).

2. Samada musafir tersebut ke negara Islam atau bukan, hukumnya adalah sama iaitu mesti ditemani dengan suami atau mahram. Malah, hukumnya lebih berat jika ke negara bukan Islam, kerana ancaman terhadap muslimah di sana lebih kuat dan fitnah lebih besar.

Para ulama tidak mengesyorkan orang Islam melancong ke negara kufur kecuali atas alasan keperluan mendesak. Ia bagi mengelakkan ancaman terhadap akidah, agama, dan akhlak.

Wallahu A'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2013 01:49 PM | Show all posts
wadiunong posted on 24-12-2013 01:47 PM
untuk wanita yg beragama Islam:

1. Wanita dilarang bermusafir kecuali bersama-sama dengan suami ...

Terima kasih sbb kongsi info nie..



Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:08 PM | Show all posts
hmmmmmmm....

next month in shaa Allah aku pi Bangkok as a solo traveller

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:47 PM | Show all posts
DeHanna posted on 24-12-2013 01:49 PM
Terima kasih sbb kongsi info nie..


my pleasure!!

sebaiknya pompuan elakkn travel sorang2, especially aspek keselamatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:57 PM | Show all posts
ren0_0 posted on 24-12-2013 02:08 PM
hmmmmmmm....

next month in shaa Allah aku pi Bangkok as a solo traveller

wah hati2 ke sana nnti k.. skrg nie thailand x berapa nk aman...

just becarefull
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 03:07 PM | Show all posts
klu urusan kerja nak kena musafir camne lak.. bgtau kat boss 'haram kalu xde mahram'..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 03:25 PM | Show all posts
DeHanna posted on 24-12-2013 02:57 PM
wah hati2 ke sana nnti k.. skrg nie thailand x berapa nk aman...

just becarefull

okay! agak-agak bosan boleh la join street demo hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 03:38 PM | Show all posts
ren0_0 posted on 24-12-2013 03:25 PM
okay! agak-agak bosan boleh la join street demo hehe..

blh kuar tv nnti.. heheheheh...

jgn wat cam gitu yew...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 05:03 PM | Show all posts
TQ @sosimple bgi tacang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 05:44 PM | Show all posts
Aku respek dgn sorg perempuan tua mat salleh ni.
Dhkematian suami.melancong serata2..
Selain dpt kawan baru,dpt pengalaman.
Dengar cerita dia mmg tertarik.
Kalo aku mmg xberani.
Dia makan dan lepak dgn sape2 yg dia rasa selesa.
Sambil berbikini dan rambut ikat 2 ala kanak2 ribena.
Tp mmg sgt baik hati.

Tukang urut aku pun bhenti mengurut..
Coz sibuk pg melancong.ada anak2 cucu nak ikut..
Tp xsuka..pg bsendirian dgn kawan yg tua juga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 06:36 PM | Show all posts
takut nak melancong sorang2. mcm tak fun je sorang2 hehe. but good info
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 08:09 PM | Show all posts
Lepas baca posting #8 aku discuss ngan kwn aku, so kami gugel2 jumpa info ni, mungkin boleh dipertimbang bagi yg travel sendiri atas urusan kerja/tugas atau telah diyakini selamat/aman tempat yg nak kita g tu.

http://sebarkanbahagia.blogspot. ... a-mahram-dalam.html

Wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 09:02 PM | Show all posts
sebelum ni dah 3 - 4 kali travel solo.. mmg seronok tapi pasni tak bole lagi.. family tak benarkan ..takut apa2 jadi takde sapa tahu .. contohnye kalau tertimbus salji ke tanah runtuh ke, terus hilang camtu jek .. diorang benarkan kalau ikut tour group by travel agencies..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.082759 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list