CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207928|Reply: 2491

Updated: Nora Danish Jadi Pengkritik Fesyen ABPBH 2013

 Close [Copy link]
Post time 25-1-2014 11:23 AM | Show all posts |Read mode
MINGGU lalu, ibu cantik ini secara tiba-tiba diasak beberapa peminat yang mahukan dia bertindak ke atas status laman sosial yang dikeluarkan ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man. Hatijah secara serius mengaitkan nama Nora Danish dalam kenyataannya di laman itu, selain turut menyindir Nora dengan beberapa kata-kata yang kurang manis jika dibaca.

Walaupun tidak lama selepas itu, Hatijah memadam status berkenaan, ia dikatakan belum berakhir di situ. Sebaliknya banyak peminat mahu supaya Nora tidak hanya berdiam apabila diri terus dijadikan bahan kutukan sebegitu.

Itu penerimaan orang luar. Empunya diri pula sebaliknya. Hanya tersenyum manis, menjawab soalan ini, Nora percaya ada perkara yang lebih penting daripada terus memanjangkan perkara remeh ini.

"Apa yang saya tahu, dia adalah nenek kepada adik Rayqal. Jadi, saya fikir tidak perlulah untuk saya ulas banyak mengenai perkara ini. Bagi saya, Rayqal adalah segala-galanya, jadi tidak perlu saya korbankan kebahagiaan dia," katanya ketika ditemui pada program Maharaja lawak Mega di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Nora, pada awalnya dia tidak mengendahkan sangat isu tersebut, sehinggalah ada pihak yang memberitahu kepadanya. Mahu atau tidak, dia tidak boleh mengelak daripada mengambil tahu tentangnya, tetapi bukan dengan terlalu serius.

"Awalnya saya tidak membaca namun ada yang menghantar apa yang ditulis olehnya kepada saya. Jujurnya, hubungan saya dengan Fasha tidak ada masalah pun. Kalau boleh saya tidak mahu hal ini mengeruhkan keadaan. Biarlah saya menerima apa saja tohmahan, asalkan anak saya bahagia," katanya.

Menjelaskan tujuan utama dia melepaskan gambar beserta doa agar dia dan keluarga dijauhkan daripada ilmu sihir baru-baru ini (status ini dikatakan sebagai punca Hatijah kurang berpuas hati), Nora melihat perkara itu sebagai sesuatu yang bukan luar biasa.

"Bagi saya itu adalah perkara normal yang kita minta setiap kali selepas bersolat. Saya tidak tujukan kepada sesiapa pun. Kita hanya berdoa agar dijauhkan daripada hal-hal yang tidak baik, itu sahaja," katanya jujur.

Kekal tenang sungguhpun diasak dengan perkara sebegini, kata Nora, dia mempunyai cara terbaik agar tidak terjerumus dengan perkara yang sia-sia sebegini.

"Sebab itu saya cakap kita perlu dikelilingi dengan aura positif. Saya bersyukur mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang sangat memahami. Jujurnya bercakap soal ini, saya lebih suka meletakkan anak di hadapan dan perasaan saya di belakang dalam apa juga keadaan," katanya tenang.

Baharu sahaja menyambut hari lahir Rayqal yang ke lima tahun, Nora juga berkongsi betapa dia juga merasakan betapa cepatnya waktu berlalu. Selain mengharapkan kebahagiaan anaknya, Nora juga sempat menghadiahkan Rayqal dengan binatang peliharaan, sepasang anak kura-kura.

“Saya hadiahkan dia kura-kura ada maknanya. Apa yang saya lihat dengan Rayqal ini, dia bukan seorang yang takut dengan binatang. Mungkin dengan ini saya boleh bantu mendidik dia menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab juga," katanya.




Credits: utusan.com.my



Isu Ilmu Sihir - Nora Danish Enggan Besarkan Cerita

18 Jan 2014, 11:59am   |   Kamaruddin Razal





Baru-baru ini, tersebar berita mengenai ibu kepada aktres Fasha Sandha, Hatijah Teh Man mengeluarkan status agak keras menerusi akaun Facebook miliknya setelah ada pihak yang mendakwa keluarganya mempunyai kaitan dengan penggunaan ilmu sihir.

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada peminat Nora Danish kerana mereka menghentam Fasha dan mengaitkan Fasha dengan ilmu sihir. Hatijah menerusi status itu juga mendakwa Nora sendiri pernah bercakap mengenai ilmu sihir dan percakapan itu seakan-akan menuduh keluarga mereka terlibat dengan perbuatan syirik itu.

"Saya enggan besarkan cerita. Saya sayang anak saya lebih daripada segala-galanya. Dia (Hatijah) merupakan nenek kepada adik Rayqal, jadi dia punya perkaitan dengan anak saya. Jadi, saya tak mahu komen sebab anak saya penting daripada perasaan saya sendiri," jelas Nora apabila diminta mengulas tentang perkara ini.

Jelas heroin 'Aku Terima Nikahnya' ini lagi dia berasa terkejut apabila mengetahui berita ini. Mengakui yang dia tidak mengikut perkembangan Hatijah di laman sosial, Nora mendapat tahu tentang isu ini apabila ada rakan yang memaklumkan kepadanya.

Mengulas mengenai kemungkinan segelintir orang akan memberikan tohmahan kepadanya apabila isu begini timbul, Nora hanya mengambil pendekatan mudah.

"Saya hanya boleh diamkan diri, hanya untuk anak saya walaupun saya ditohmah. Bagi saya, orang sekarang sudah bijak dan pandai menilai yang mana baik, yang mana buruk," ujar Nora.

Ketika ditanya mengenai tindakannya memuat naik foto berkenaan doa untuk dijauhkan daripada ilmu sihir di akaun Instagramnya, Nora ada penjelasan tersendiri mengenai perkara ini.

"Orang mungkin salah faham. Umum tahu, sebelum ini ada banyak berita mengenai gangguan ilmu sihir di kalangan selebriti, jadi apa salahnya dengan doa sebegitu. Saya mempunyai kelompok 'haters', begitu juga dengan Fasha. Apabila saya memuat naik gambar tersebut, 'haters' mula menjalankan tugas mereka. Jadi timbul salah faham di situ. Apapun, hubungan saya dan Fasha masih dalam keadaan baik. Tempoh hari, Fasha ada menghadirkan diri ke majlis doa selamat sempena hari lahir Rayqal," ujar Nora mengakhiri perbualan.



Credits: gua.com.my
Last edited by achik2009 on 18-2-2014 09:37 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2014 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
laaa... nora relax je, nape karats nk batu api plak... isk isk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 11:27 AM | Show all posts
cool je ND..
being positive is the best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 11:27 AM | Show all posts


noradanish   Sleep selfie just for u guys. Lol  #kedah rocks. Til we meet again. Good night.   9h
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 11:30 AM | Show all posts
sgt professional dlm menjawab soalannnn
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 11:38 AM | Show all posts
ler, kura-kura pulak dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2014 11:40 AM | Show all posts
Eh nora pi kedah ke. Sedap makan kedah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 11:41 AM | Show all posts
Siti Nur Njoy..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2014 12:03 PM | Show all posts
nora yang classy




tijah yang pprt
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa posted on 25-1-2014 11:24 AM
laaa... nora relax je, nape karats nk batu api plak... isk isk..

Tu la pasal..  karatz nd tak habis2 bukak thread semata2 nk menyumpah seranah fasha n maknya kt porum  padahal nd cool jer. Hrp karatz nd mengikut jejak langkah idola depa to be cool always! Hehe.. lap u nd
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Peminat die yg over. Nora ok je. Jgn la jd batu api. Kesian nora. Kesian fasha. Dorg ade life masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rayqal cute je dlm ig nd kacau mummy dia. Tortis qal bkn tortis mummy.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:18 PM | Show all posts
Bagusla Nora ni.... love you ND.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 25-1-2014 11:27 AM
noradanish   Sleep selfie just for u guys. Lol  #kedah rocks. Til we meet again. Good night.   9 ...

Mcam pkai mekap jer tuh
Betul ke nk tido ni ND
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:24 PM | Show all posts
nora ni time tido pun cute!
sorang lg retis yg cute walopon time tido is deanna yusuf
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
hanahani posted on 25-1-2014 12:09 PM
Peminat die yg over. Nora ok je. Jgn la jd batu api. Kesian nora. Kesian fasha. Dorg ade life masing ...

Setuju peminat yg lebih2 batu api.. nd rilekje.. give nd n fasha a break la wahai karats sekelian. Buat dosa kering je dok mengutuk mengata. Peace u olss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2014 12:34 PM | Show all posts


noradanish   Bye bye now. Tq Grand Alora hotel #kedah .  #maharajalawakmega #2013   2h
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 12:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 25-1-2014 04:37 AM

Sweet nya PS n TS
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:58 PM | Show all posts
achik2009 posted on 25-1-2014 12:37 PM



anak banak ps neh badan mmg slim melim dah beranak pun selim melim ekk
jenis genetik ke apa
dr jj sampai adik beradik dia semua tak menaik badan
taktaulah kalu udah tua renta baru naik badannya

selalu org kaya makan sedap2 susah nak kontrol
tp dlm masa yg sama org kaya gak senang nk makan yg healthy sbb maklumlah
mknn2 yg menyihatkan,organik bagai semua mahal2
len ler mknn kita org semekin neh..bersepah2 tepi jln ada murah lg enak lg kaya lemak



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.100639 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list