CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9598|Reply: 42

Eina Azman bakal disaman?

[Copy link]
Post time 1-3-2014 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Entah hantu apa yang merasuk pelakon baru ini, kita pun tidak tahu. Sampaikan produksi yang mengambilnya berlakon pening kepala untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Tambahan pula ia membabitkan produksi Indonesia.

Kisahnya, orang kuat dalam produksi yang melamarnya untuk membintangi filem usahasama Malaysia-Indonesia, Kuntilanak Ciliwung mengadu kepada kita yang Eina Azman buat perangai apabila meninggalkan lokasi selepas berselisih faham dengan pengarah.

Kita tanya, apa punca perselisihan faham itu? Pasti ada benda besar berlaku menyebabkan pelakon yang pernah menimbulkan kontroversi sewaktu membintangi filem Ratu membuat keputusan meninggalkan set penggambaran.

Cerita orang kuat filem usahasama itu, pihaknya sebelum ini menunaikan segala permintaannya, termasuk membayar wang pendahuluan RM6,000 dan penerbangan kelas pertama bagi menjalani penggambaran di Indonesia.

Permintaan pelakon itu ditunaikan pihak produksi kerana Eina antara pelakon utama filem terbabit.

Layanan untuknya bagai primadona filem Hollywood.

Kebajikannya sepanjang di sana turut dijaga dengan baik.

Penggambaran Kuntilanak Ciliwung bermula awal minggu lalu, namun konflik timbul apabila Eina meminta kebenaran produksi untuk pulang ke tanah air pada 4 Mac ini dengan alasan terikat dengan komitmen kerja.

Dia perlu menghadiri majlis previu.

Sama ada majlis previu filem atau drama, tidak pula diceritakan.

Pada peringkat awal pihak produksi bersetuju kerana ia hanya mengambil masa sehari, tetapi kemudian Eina meminta sekali lagi balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac.

Situasi itu tentu akan menyusahkan pihak produksi.

Kata pengarah, sebagai pelakon utama, dia tidak boleh berbuat demikian kerana banyak babak besar dan penting membabitkan dirinya dilakukan.

Pengarah juga mencadangkan dia pulang pada 10 Mac kerana filem Kuntilanak Ciliwung juga bakal menjalani penggambaran di Kuala Lumpur selepas itu.

Mendengarkan perkara itu, Eina tiba-tiba melenting dan tetap berkeras mahu pulang ke Kuala Lumpur.

Sikapnya itu menyebabkan pengarah turut panas hati dan berlaku pergaduhan di antara mereka.

Ingatkan situasi berlaku berakhir di situ tetapi tidak apabila Eina terus meninggalkan set penggambaran dan terbang pulang sendiri.

Sikap Eina pasti mengecewakan pihak produksi tempatan yang menjalin usahasama dengan produksi dari Indonesia.

Tambahan pula bukan mudah untuk artis kita menempa nama di sana, dan apabila peluang diberi, begitu pula sikap artis kita.

Disebabkan sikap Eina yang tidak profesional, pihak produksi filem Kuntilanak Ciliwung bercadang mengambil tindakan undang-undang dengan menyamannya.

Apatah lagi banyak kerugian terpaksa ditanggung berikutan tindakan pelakon itu.

Kata teman kita yang menghubungi Eina untuk mendapat penjelasan apa sebenarnya berlaku, pelakon yang sebelum ini dikatakan hangat bercinta dengan Afiq Muiz enggan memberi komen.

Mendengar apa yang berlaku kita jadi terkejut, sejauh itu Eina bertindak.

Tidak takut kesannya nanti.

Benar juga kata orang kuat produksi filem Kuntilanak Ciliwung, bukan mudah artis kita mahu menempa nama di negara seberang, tapi apabila peluang ada di depan mata, dimusnahkan dengan sikap yang entah apa-apa.

Kita pun tak faham.



Credits: hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2014 09:41 PM | Show all posts

ehhh.. eina azman? i rasa baru je baca dkt paper online yg julia ziegler yg ada masalah dgn production ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Erk bukan julia ziegler...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 09:43 PM | Show all posts
eina senduk?
laku jugak dia ekk smpai ke seberang brlakon
kt tv malaysia dah xde muke dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgs la kena saman.suruh dia ubah perangai tu ckiittt.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2014 09:46 PM | Show all posts
juliez posted on 1-3-2014 09:41 PM
ehhh.. eina azman? i rasa baru je baca dkt paper online yg julia ziegler yg ada masalah dgn produc ...

baca kat paper mana tu ek?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2014 09:48 PM | Show all posts
achik2009 posted on 1-3-2014 09:46 PM
baca kat paper mana tu ek?...


I lupa la achik! its either kosmo or harian metro.. but i baru je baca ptg tadi

Cuba la u check
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 09:49 PM | Show all posts
achik2009 posted on 1-3-2014 09:46 PM
baca kat paper mana tu ek?...

baca paper harini ada julia zieglar..tapi x tau la kalo2 dua2 minah ni buat hal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2014 09:51 PM | Show all posts
Julia Ziegler angkat kaki

Oleh Wahi Aziz

Kuala Lumpur: “Sekarang saya kumpul semua dokumen untuk bagi kepada peguam,” kata penerbit filem Kuntilanak Ciliwung berhubung konflik penarikan diri Julia Ziegler daripada produksi itu pada saat akhir tanpa alasan konkrit.

Richard Ung selaku penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Sheunik Sdn Bhd berkata, Julia melanggar perjanjian untuk membintangi filem usahasama Malaysia-Indonesia itu sehari sebelum dijadualkan terbang ke Jakarta untuk memulakan penggambaran selepas menerima bayaran awal 30 peratus.

Richard mendakwa, akibat penarikan diri Julia, syarikatnya terpaksa menanggung kerugian termasuk kos tiket penerbangan dan penginapan yang ditempah awal.

“Dia menarik diri tanpa sebab kukuh dan menyebabkan kerugian kepada kami tapi buat masa ini saya tak mahu komen lanjut,” katanya.

Jelas Richard, Julia dijadualkan terbang ke Indonesia untuk komitmen penggambaran itu minggu lalu, namun gagal berbuat demikian sehingga menjejaskan jadual penggambaran.

Produksi usaha sama dengan syarikat Indonesia, Pobali Putra Pictures itu juga terpaksa mencari pelakon pengganti baru pada saat-saat akhir. “Kami memang tak ada hitam dan putih (kontrak) tapi persetujuan secara verbal sudah dibuat sebelum penggambaran bermula.

“Jadi, saya perlu berbincang perkara ini dengan peguam sebelum ambil tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Julia yang dihubungi berkata, dia menarik diri kerana tidak mahu berdepan sebarang masalah dalam produksi itu memandangkan tiada kontrak ditandatangani.

“Saya sudah minta (kontrak) tapi mereka tak bagi. Takkan saya nak ambil kerja itu dan menanggung risiko diri di sana.

“Sudahlah tiada permit kerja dan hitam putih, jadual penggambaran pula asyik berubah-ubah “Sebelum jadi apa-apa masalah, lebih baik tarik diri,” katanya.



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2014 09:51 PM | Show all posts
juliez posted on 1-3-2014 09:48 PM
I lupa la achik! its either kosmo or harian metro.. but i baru je baca ptg tadi

Cuba la u che ...

jumpa dah...kat harian metro...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 09:54 PM | Show all posts
achik2009 posted on 1-3-2014 09:51 PM
jumpa dah...kat harian metro...


hahh.. i rasa production ni yg bermasalah. If dah sampai 2 org pelakon lari kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 10:01 PM | Show all posts
Kuntilanak whattttt??
Dengar tajuk pun nak terkentut..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Julia ziegler bkn x pernah berlakon kt indon pun kan? Beberapa tahun sudah iol soping dvd kt jakarta ada dvd film indon pelakon utamanya si ziegler ni la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 10:03 PM | Show all posts
Eina ker Julia ker, saman je dorg.. Dua-dua aku x minat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Julia skrg ni filem dia tgh tyg kt panggung kn? Bad publicity
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tak minat dua2.
Msing2 prangai mcm ape je.
Kat malaysia pun dua2 senduu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2014 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dia nih ke yg berlakon filem zombi kilang biskut sambungan antu kak limah yg kuar ujung bln ni tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Senduk ni berlagak hott
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 10:17 PM | Show all posts
baru nampak jz kat klcc petang tadi
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 10:33 PM | Show all posts
Ada lagi si senduk ni ye....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.154281 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list