CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14257|Reply: 76

Tragedi MH370 : Koleksi Ucapan, Komen Interview, Gambar Artis dan sebagainya.

  [Copy link]
Post time 18-3-2014 10:16 AM | Show all posts |Read mode
"Kalaulah Saya Berada Dalam Pesawat Itu..." - Eja

Sumber: Malaysian Digest

.

Dramatis popular Eja turut berasa sedih dan terkesan mendengar berita kehilangan pesawat syarikat penerbangan Malaysian Airlines, boeing MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui. Lebih-lebih lagi, Eja sebelum juga pernah bertugas sebagai pramugari.

"Saya berasa sedih nasib yang menimpa semua penumpang serta kru pesawat tersebut sekaligus berita insiden ini cukup menyentuh hati saya. Saya juga pernah berkhidmat dengan MAS. Jadi bila saya mendengar berita ini, saya cuba meletakkan diri saya seketika di kalangan kru pesawat tersebut. Saya tidak dapat bayangkan, kalaulah saya juga berada di dalam pesawat dan bertugas pada ketika itu. Saya juga tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga mangsa-mangsa.

"Saya sentiasa mengikuti perkembangan krisis ini. Sepertimana yang kita semua tahu, ini adalah kejadian kali pertama yang dihadapi negara. Sehingga ke saat ini semakin banyak persoalan yang bermain di fikiran kita. Tapi sebagai manusia dan umat Islam, kita semua menerima ujian dari Allah ini dan saya berdoa supaya segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan juga seluruh dunia dipermudahkan dan pesawat itu segera ditemui. Saya berdoa semoga semuanya selamat", kata Eja ketika dihubungi Malaysian Digest.com

Sebelum terjun ke dunia lakonan, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 42, merupakan seorang pramugari MAS dan pernah berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut selama lima tahun.

Dalam pada itu, atas rasa simpati dan prihatin ekoran krisis kehilangan pesawat MH370, baru-baru ini Eja turut menghulurkan bantuan sekaligus menjayakan misi sekumpulan sukarelawan dalam misi yang diberi nama 'Underground Mission Malaysia (UMARKMALAYSIA)'.

Pada hari Sabtu lepas, kumpulan sukarelawan berkenaan telah memberikan sumbangan berbentuk makanan dan minuman kepada para petugas media, kakitangan MAS serta para sukarelawan seperti kaunselor, pengawal keselematan dan anggota polis yang bertugas di lapangan antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Ya, saya ada menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban. Tidaklah seberapa bantuan yang saya hulurkan tetapi saya cukup berbesar hati dan terpanggil untuk sama-sama menyokong usaha murni kumpulan sukarelawan ini.

"Selama ini selain perkembangan status pesawat tersebut, media melaporkan mengenai keadaan keluarga-keluarga penumpang. Tapi mungkin ramai yang tidak tahu pergorbanan para petugas media, pengawal serta anggota polis dan kakitangan yang bertugas sepanjang hari di lapangan terbang.

"Jadi kumpulan sukarelawan ini tampil memberi sumbangan dalam bentuk makanan dan minum kepada para petugas media, pengawal serta anggota polis dan kakitangan yang bertugas sepanjang hari di KLIA", katanya.

Selain Eja, selebriti lain yang turun sama menghulurkan bantuan menjayakan misi UMARKMALAYSIA seperti Ogy Ahmad Daud, Fazlina Ahmad Daud dan Nurul Wahab.

Terdahulu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS pada 8 Mac lalu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang.

MH370 dijadualkan sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal.

Sehingga hari ini, masuk hari ke-11 pesawat MH370 masih belum ditemui dan usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.


http://malaysiandigest.com/hibur ... esawat-itu-eja.html



Last edited by adik^manis on 19-3-2014 09:05 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 10:19 AM | Show all posts
Dah 42 thn umur Eja nie yea..patut la berlakon jd mak2 je skrg dulu2 pramugari MAS memang cantik2
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:24 AM | Show all posts
Sekarang punya air crew esp yg domestic mak aihhh...maid Indon lagi lawa kadang2 tu. Sama aje MAS & Air Asia
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aah dulu2 pramugari/a mmg cantik n kacak huhu.. Skrg ni biasa2 jek harap mekap je tebal, international sama domestic lagi laa debab2 pun ada kekekeke.. Tp mmg suka pramugari/a mas compared to aa huhu.. Aa ni stok foreigner baru nak greet senyum huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:27 AM | Show all posts
kalo hijack ni kes ke 2 slps tg kupang

kalo missing yes ni 1st time
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:34 AM | Show all posts
NHolmes posted on 18-3-2014 10:26 AM
Aah dulu2 pramugari/a mmg cantik n kacak huhu.. Skrg ni biasa2 jek harap mekap je tebal, internation ...

hehehhehhe..mas yang debab2 pun ada but still manis. Dulu kurus kot, dh 30s biasalah debab sikit.
Tapi yg bab servis i puji. tak kisah lah rupa asalkan servis MAs mmg tip top.
Yg airasia aku tak koser nak komen. huhuhu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2014 10:38 AM | Show all posts
nape tak buat satu thread retis2 simpati pasal MH370?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
lionsleepin posted on 18-3-2014 10:34 AM
hehehhehhe..mas yang debab2 pun ada but still manis. Dulu kurus kot, dh 30s biasalah debab sikit.
...

Aah debab2 tapi servis mmg much better drp AA.. AA ni dahla FA dr mcm2 negara lpstu siap slumber jek tunjuk muka tak puashati kalau ada passengers mcm2.. Tapi time check in kalau staf laki AA friendly pulak huhu ikot mood theyols kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 10:49 AM | Show all posts
Pembaca Berita TV3 thn 90's pun ramai ex stewardess MAS..Datin Normala Shamsuddin..Datin Zalina Azman..Zakiah Anas..Azura Abd Karim..Datin Yusanani Yushak..Datin Sharifah Shawati..Azizah Ariffin..Maria Tengku Sabri
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:52 AM | Show all posts
rmai rupanya pramugari mas
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:53 AM | Show all posts
hurmm.. btol2... dulu cantek2 jugak.. la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 11:03 AM | Show all posts
eja sangat bsopan skg.. dari segi pakaian mmg dia ada perubahan. Suke tgk dia blakon dlm cte Rahsia Demi Rahsia ngn Mahmud Ali Bashah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 11:12 AM | Show all posts
stok2 pramugari skrg mcm dh stok simpanan

yg cun manis gigih jadi pelakon model segala...

nak2 AA....hmm.....muka mencuka 24-7
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 12:30 PM | Show all posts
NHolmes posted on 18-3-2014 10:26 AM
Aah dulu2 pramugari/a mmg cantik n kacak huhu.. Skrg ni biasa2 jek harap mekap je tebal, internation ...

Ellie Suriati pun dulu stewardess MAS gak. Astro ari tu, ada
jemput dia, tak silap on the 10th March, bercerita pengalaman dia.

            
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 posted on 18-3-2014 12:30 PM
Ellie Suriati pun dulu stewardess MAS gak. Astro ari tu, ada
jemput dia, tak silap on the 10th Ma ...

X nmpak gambar
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 12:33 PM | Show all posts
suka tgk eja. lemah lembut and sopan. dari dulu sampai sekarang minat eja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 posted on 18-3-2014 12:30 PM
Ellie Suriati pun dulu stewardess MAS gak. Astro ari tu, ada
jemput dia, tak silap on the 10th Ma ...

Hihi apakah point uols?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 01:08 PM | Show all posts
hensem2012 posted on 18-3-2014 02:49 AM
Pembaca Berita TV3 thn 90's pun ramai ex stewardess MAS..Datin Normala Shamsuddin..Datin Zalina Azma ...

maria tengku sabri.....????
wow
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 01:31 PM | Show all posts
ladyfree posted on 18-3-2014 01:08 PM
maria tengku sabri.....????
wow

Yeah..Maria Tengku Sabri sblm resign MAS jawatan beliau KETUA PRAMUGARI ok...dulu2 dia cantik and slim bkn GEBU mcm skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 01:40 PM | Show all posts
eija cantik..tak rasa pun cam 40an..cam 38 cmtu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.081046 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list