View: 132807|Reply: 2475
|
[Tempatan]
VOL. 21 MH370: AL-FATIHAH.. DISAHKAN ENDED STORY DI LAUTAN HINDI
[Copy link]
|
|
TAKZIAH MALAYSIA : MH370 DISAHKAN TERHEMPAS DI SELATAN LAUTAN HINDI MENGORBANKAN KESELURUHAN PENUMPANG DAN ANAK KAPAL - ALFATIHAH
Baru sahaja sebentar tadi sidang akhbar dari YAB Perdana Menteri akan pengesahan #MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing telah menuju ke arah Lautan Hindi dan terhempas di Selatan Lautan Hindi. Dari maklumat awal dari media BBC, tiada mangsa yang terselamat.
Dalam tempoh 1 bulan ini, kita didatangi pelbagai cubaan dan dugaan di dalam negara. Dalam tempoh ini juga, kebanyakan kita mula merasa Allah itu lebih besar dari yang biasanya kita rasa. Tempoh ini juga, sebahagian kita yang sering melupakan Allah mula kembali mengingatinya. Tatkala ramai manusia sudah tiada apa lagi untuk diharap, barulah wajah dihadap ke qiblat, tangan ditadah ke langit, air mata jatuh merayu rahmat Allah dan barulah ALLAH itu dirasakan sangat berkuasa dan kita kelihatan sangat kerdil.
Malaysia bersedih, Malaysia berkabung dengan suara doa-doa mula menjadi sirna, hanya mengharap keajaiban yang semakin malap, semalap pelita minyak di tengah hujan lebat.
Malaysia Airlines says flight MH370 is assumed to have crashed with no survivors
So far, ships in the international search effort have been unable to locate several 'suspicious' objects spotted by satellites in grainy images or by fast-flying aircraft over a vast search area in the remote southern Indian Ocean
Orion aircraft yesterday, searching for missing Malaysian Airlines flight MH370
MH370: Inmarsat guna alat kesan gelombang kurun ke-19
2014/03/25 - 09:42:14 AM
Cetak Emel Kawan
LONDON: Satelit Britain, Inmarsat menggunakan alat pengesan gelombang kurun ke-19 untuk menganalisis tujuh isyarat 'ping' yang dicerap satelit itu daripada pesawat MH370 untuk memastikan titik destinasi terakhirnya.
Petunjuk terbaru itulah yang membawa kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang sejak lebih dua minggu itu terhempas di selatan Lautan Hindi dengan mengorbankan semua 239 orang di dalamnnya. Isyarat 'ping itu secara automatic dipindahkan pada setiap jam daripada pesawat selepas semua system perhubungan pesawat dimatikan dan dikesan ia meneruskan penerbangan untuk beberapa jam selepas dilaporkan hilang ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Daripada waktu isyarat memngambil masa untuk sampai ke satelit dan sudut ketinggian, Inmarsat mampu untuk memberikan dua arca, satu di utara dan satu lagi di selatan kemungkinan pesawat melaluinya.
Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat 'ping' itu menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler effect, yang menghuraikan bagaimana perubahan pada arus gelombang secara relatif kepada pemerhatian menerusi imej satelit, kata jurucakap Inmarsat hari ini. - AFP
MH370: China Mahu Malaysia Sediakan Bukti Data Satelit
Diterbitkan: Selasa,
25 Mac 2014 9:20 AM
Xie Hangsheng
BEIJING: China menuntut Malaysia menyerahkan data satelit yang ada selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman bahawa pesawat MH370 telah mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi berdasarkan data dari satelit.
Najib pada malam Isnin mengumumkan bahawa pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal telah mengakhiri penerbangan di lautan berdasarkan data satelit yang dikumpul pasukan penyiasat kemalangan udara dari United Kingdom.
Dalam mesyuarat pada lewat Isnin, Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng telah memberitahu Kedutaan Malaysia di China untuk menyediakan bukti terperinci mengenai 'kesimpulan' yang dibuat, kata Kementerian Hal Ehwal Luar China.
"Kami telah meminta pihak Malaysia untuk menyatakan bukti terperinci mengenai pengumuman yang telah dibuat dengan menyediakan kesemua maklumat satelit data yang diperolehi.
"Kerja mencari dan menyelamat tidak boleh dihentikan sekarang, kami meminta Malaysia meneruskan segala usaha menyelamat yang telah dimulakan," kata Xie pada Selasa.
Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 hilang dari radar pada 8 Mac lalu ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing dari Kuala Lumpur.
Pada masa sama, agensi berita di China melaporkan negara tersebut kini telah menghantar lebih banyak kapal ke Lautan Hindi untuk mengesan serpihan pesawat tersebut. |
Pesawat hilang di Lautan Hindi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.
“Tempat ini lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok.
Katanya, Malaysia Airlines (MAS) sudah memberitahu perkara itu kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu.
“Beberapa minggu yang lepas sungguh meremukkan hati mereka. Saya tahu berita itu tentu sukar diterima.
“Saya gesa media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan pada masa sukar ini,” katanya lagi.
Petang tadi, Najib berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.
Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.
Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.
Thread Original/Speku Thread V16 - V16: MH370 - SKALA OPERASI SAR SEMAKIN BESAR MELIBATKAN BYK NEGARA(19/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V17 - V17: MH370 - TEORI BERALIH ARAH KORIDOR SELATAN HINDI OCEAN (20/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V18 - V18: MH370 - MISI SAR OPS SEMAKIN MENDUGA (21/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V19 - V19: MH370 - SUDAH MELEPASI 370 JAM HILANG (22/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V20 - V20: MH370 - TELAH DISAHKAN TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI (24/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V21 - V21: MH370 - AL-FATIHAH DISAHKAN ENDED STORY DI LAUTAN HINDI (25/3/14 - Slippergombak)
Last edited by perang_sivil on 25-3-2014 10:57 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PERHATIAN.....
TREAD PEMBINCANGAN PESAWAT NIH BEBAS BERSPEKULASI ATAU BERTEORI ATAU KAITAN APAPUN, ATAS DAYA FIKIR KITA MAHU MENERIMA ATAUPUN TIDAK, TAK TERIMA DIAM2 DUDUK JUST LEAVE IT JER....... NAK GADUH2 ABE NIJAR KASI BAN 30 HARI..... NAK SEMBANG KOSONG, KAT TREAD ATAS ADA TREAD SEMBANG KOSONG....
SEKIAN TERIMA KASIH....
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.
Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.
Dalam tweet sebelum itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dan pesawat Tentera Orion Udara Diraja Australia (RAAF) menemui dua objek itu berdekatan kawasan carian.
Ia juga menyatakan bahawa kapal HMAS Success sedang mendapat dan mengenal pasti objek itu.
Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.
Dalam taklimat media hari ini, pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, HMS Success dijangka mampu mendapatkan objek itu dalam tempoh beberapa jam atau paling lambat esok.
Last edited by slippergombak on 25-3-2014 10:04 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
totok bukak tred ka?check in |
|
|
|
|
|
|
|
Urutan peristiwa kehilangan MH370
KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan MH370 terjawab pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang
sama.
* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan
Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.
* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi
melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).
* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.
* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.
* 10 Mac - Maritim menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.
* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.
Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.
* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.
Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.
* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang.
Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.
* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.
* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.
Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.
* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.
* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.
* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang
Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.
Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.
* 21 Mac - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.
Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.
Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.
* 22 Mac - Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.
Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.
Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.
* 23 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.
Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.
* 24 Mac - Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.
Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama
Last edited by Presiden_Lanun on 25-3-2014 12:30 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
TanSriJess posted on 25-3-2014 09:25 AM
hai tokkkk
masuk parking kaa..?? |
|
|
|
|
|
|
|
cek in...
takziah to frens..family members of MH370
al fatihah.. |
|
|
|
|
|
|
|
rajin lu....lu kena ingat..lu bukak 1 min awal dari si ciki tu... |
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 25-3-2014 09:26 AM
masuk parking kaa..??
SeMinIT JaH BeDa...
|
|
|
|
|
|
|
|
lebih banyak soalan dr jawapan. setiap jawapan masih ada persoalan yg timbul. panjang lg kisah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden_Lanun posted on 25-3-2014 09:26 AM
AKaK KeNa CaRAs.
. Kesian akak .. Harap bertabah .. Takziah kak. !!!! |
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 25-3-2014 09:26 AM
masuk parking kaa..??
tahniah slipper berjaya gak ko bukak thread nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Presiden_Lanun posted on 25-3-2014 09:27 AM
SeMinIT JaH BeDa...
seminit apaa..?? nak sembang kosong citer seminit kaa.. blah..blah..syiohh....syiiohh... orang nak sembang pasal pesawat nih.... teori dan konspirasi pesawat yg hilang......
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgh tgk mhi ada bgtau yg esok kalo x silap behday anak kapten zaharie.. Hancurnya hati semua ahli kuarga skrg ni.. Hilang2 terus dpt berita dah x de semua walaupun kita msh berharap ada yg blh survive dlm rakit ke pulau2 berhampiran walaupun pulau jauh dr objek pertama tu dijumpai |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba tertunggu2 lak..lawak apa bakal di lakukan oleh cepwan...
cepwan yang attention seeker... |
|
|
|
|
|
|
|
NIXAR posted on 25-3-2014 09:27 AM
lebih banyak soalan dr jawapan. setiap jawapan masih ada persoalan yg timbul. panjang lg kisah ni.
dah ade org explain ke sblm apsl ke lautan hindi nak p mana..... ? sorry dah lost....
|
|
|
|
|
|
|
|
takziah kepada semua keluarga mangsa.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah. huhuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|