CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2310|Reply: 17

[Dunia] Ratu cantik Myanmar larikan tiara ke negara asal

[Copy link]
Post time 29-10-2014 04:40 PM | Show all posts |Read mode
NAYPYIDAW: Penganjur pertandingan Ratu Cantik Asia Pasifik di Korea Selatan mengancam untuk membuat laporan polis dalam usaha mereka menuntut supaya ratu cantik Myanmar, May Myat Noe mengembalikan semula tiara yang dimenangi yang didakwa dilarikan ke negara asal wanita itu.

Pengasas pertandingan itu, Choi Youn mendakwa May Myat Noe lari bersama tiara terbabit yang dianggarkan bernilai AS$100,000 yang dimenanginya di Korea Selatan Mei lalu selepas beliau menjadi ratu cantik pertama di peringkat antarabangsa.

"Perkara ini sekarang adalah membabitkan imej dan reputasi negara dan beliau perlu ditahan kerana melarikan tiara itu," kata Choi kepada Reuters di Seoul.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Choi sgt ..
Tp mmg cun ruby tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tiara mahkota tu xleh dibawa blk ke? br i tau, i ingat mng ratu cantik tu boleh bwk blk mahkota tu mcm atlet dpt pingat boleh gigit2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 04:58 PM | Show all posts
Pulangkan pulangkannnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya..pemenang dpt tiara sekali...ni mesti penganjur pprt branch Korea.. Sengkek tp nak buat event camni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 05:09 PM | Show all posts
ni bukan ke berita lama..??
kot tak silap.. gelaran ratu ditarik atas sbb apa tu aku dh x ingat tp this lady tak pulangkan lg tiara tu sbb tuntut pihak yg berkenaan mintak mahap (pasal apa ?? aku dah x ingat jugak)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2014 05:20 PM | Show all posts
Lawanya tiara rubi tu.
Boleh dpt balik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:06 PM | Show all posts
lah menang..... tiara tak dapat ker??? pinjam pakai jer lah ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 02:23 PM | Show all posts
akuMNdia posted on 29-10-2014 05:09 PM
ni bukan ke berita lama..??
kot tak silap.. gelaran ratu ditarik atas sbb apa tu aku dh x ingat tp  ...

yup...gelaran ditarik balik sb pemenang x nak ikut syarat2 penganjur. antara syaratnya ialah buat plastic surgeri
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:36 PM | Show all posts
ntah2 dh selmt digadainya
tu ke ruby tu
lawa gak...tp otak pencuri...x leh pki pya pmpn
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:40 PM | Show all posts
dia nak bawak g kedai gambo ambik gambo dgn mak bapak dia..ala2 bawak jubah dan topi konvo
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadiah sekadar tittle sis..pprt nya ummah kpop baik xyah anjor apa2 next time...peserta mulaysia aka cina jinjang xdpt no ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:47 PM | Show all posts
Mimpi la kalu boleh dapat balik tiara tu
For sure minah ni mintak protection dari junta myanmar...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:57 PM | Show all posts
oooo..ada kisah sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:02 PM | Show all posts
kentutmanis posted on 29-10-2014 04:51 PM
tiara mahkota tu xleh dibawa blk ke? br i tau, i ingat mng ratu cantik tu boleh bwk blk mahkota tu m ...

aku pun fikir sama mcm tu..baru skg tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:03 PM | Show all posts
    Ratu cantik tuntut permohonan maaf sebelum serah mahkota                                   
   
   

   
  
      

RATU cantik Myanmar, May Myat Noe. - Foto EPA

NAYPYIDAW: Penganjur pertandingan Ratu Cantik Asia Pasifik di Korea Selatan mengancam untuk membuat laporan polis dalam usaha mereka menuntut supaya ratu cantik Myanmar, May Myat Noe mengembalikan semula tiara yang dimenangi yang didakwa dilarikan ke negara asal wanita itu.
Pengasas pertandingan itu, Choi Youn mendakwa May Myat Noe lari bersama tiara terbabit yang dianggarkan bernilai AS$100,000 yang dimenanginya di Korea Selatan Mei lalu selepas beliau menjadi ratu cantik pertama di peringkat antarabangsa.
"Perkara ini sekarang adalah membabitkan imej dan reputasi negara dan beliau perlu ditahan kerana melarikan tiara itu," kata Choi kepada Reuters di Seoul.
Katanya, pihak penganjur bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada polis.
Kelmarin, ratu cantik berkenaan yang ditarik balik gelarannya atas dakwaan menipu dan tidak jujur menegaskan hanya akan memulangkan semula tiara kemenangannya jika penganjur ratu cantik Korea Selatan itu memohon maaf.
Beliau turut menafikan mendapatkan rawatan pembesaran buah dada secara percuma.
Penganjur juga mendakwa May lari bersama mahkota terbabit selepas menjalani pembedahan implan buah dada bernilai AS$10,000 yang dibiayai penganjur untuk meningkatkan karier nyanyiannya.
May Myat Noe dalam satu sidang media di Yangon kelmarin berkata beliau masih lagi seorang ratu apabila pulang ke negaranya bersama tiara terbabit.
Beliau hanya menerima surat memaklumkan beliau digugurkan gelaran itu selepas tiba di tanah airnya.
Katanya, beliau hanya akan mengembalikan tiara itu selepas menerima satu permohonan maaf dari penganjur yang menyebarkan pembohongan mengenai dirinya yang turut menjejaskan 'maruah negaranya'.
"Sebaik saja semua dijelaskan, saya akan kembalikan tiara ini secara sukarela," katanya yang turut mendakwa penganjur di Myanmar memalsukan umurnya dari 16 kepada 18 tahun.
Katanya, penganjur di Korea Selatan pula cuba memujuknya menjalani pembedahan membesarkan buah dada tetapi beliau enggan melakukannya.
Antara tuduhan lain, May Myat Noe berkata, penganjur juga meminta beliau untuk 'mengiringi beberapa jutawan sekiranya mereka meminta berbuat demikian dalam usaha untuk mendapatkan wang bagi menghasilkan album beliau sebagai seorang penyanyi.
Choi yang juga bekas ratu cantik menafikan dakwaan itu.
"Tidak sama sekali. Ia adalah tidak benar." - Reuters



  
                                             
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 03:06 PM | Show all posts
penganjur pprt la ni..
ade ke bagi cmtu je pstu tk pntau..

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmne nak pronounce naypyidaw?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.225518 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list