Edited by cik_tonggek at 28-12-2014 10:17 PM
~ WELCOME TO TERATAK GEGARVAGANZA MUSIM PERTAMA ~ RUMAH II YUOLS
12 artis yang pernah suatu ketika dulu panas, kini sejuk beku bakal bertanding merebut juara GEGARVAGANZA! Selama 10 minggu, siapakah yang bakal menjulang trofi panas ini, siapakah yang bakal kembali meledak, dan siapakah yang masih berbisa?
~ INILAH DIA BARISAN RETIS2 KERTU DAN SEJUKBEKU YANG BAKAL MEMANASKAN PENTAS GEGARVAGANZA! ~ TARIKH SIARAN: Setiap Ahad 9 mlm bermula 16 Nov.
HOST: Nabil Ahmad dan Jihan Muse
Tunjukkan sokongan anda kepada...
IFA RAZIAH
- Ibu beranak 3 yang masih gigih buat segala mala job dalam industri seni, tetapi minatnya tetap DANGDUT!
SHARIFAH ZARINA
~ penyanyi one hit wonders dengan lagu langit ke-7, terus beku lepas ada problem dgn syarikat rakaman. sempat bertanding AJL 10 tahun lepas
SAM INNUENDO
~ 1/5 of Innuendo, kumpulan R&B yang pernah menggegarkan industri muzik. Menang 7 trofi AIM dalam satu malam. pastu sendu
RAHMAT TOHAK
~ Vokalis evergreen ini masih aktif menyanyi, tetapi sejak 17 tahun lalu tiada sebarang produk. Beliau pernah popular dengan kumpulan Mega dan menang AJL ke 6 dengan lagu Takdir dan Waktu. Pada tahun 1997, beralih ke kumpulan Fair. Pernah popular di Indonesia suatu ketika dahulu. Duda kepada dramatis popular Ainina Ahmad B, dan seorang graduan PHD.
AYAI ILUSSI
~ Penah muncul dengan kumpulan Illussi dan masuk AJL sebanyak 2 kali menerusi lagu Segalanya Ku Terima dan Inang Bujang dan Dara. Selepas muncul solo pada 1995, dia terus sendu. Dulu jambu, kini gemok.
SHIMA
~ Merupakan seorang vokalis band rock The Boys sebelum bergelar salah seorang biduanita popular 1990an dengan deretan album yang laris dan lagu-lagu yang menjuarai carta dan pernah menang #2 AJL dan Vokal Terbaik AIM. Ada jugak berlakon seketul dua filem, tp mmg x berbakat sangat. Hits terakhir beliau Aku Tetap Aku masuk AJL, lepas tu terus beku. Cubaan comeback dgn lagu tema drama susuk dan bella di tv3 pada tahun 2008 gagal. Pernah 3 kali kahwin, kini aktif menyanyi di hotel.
Last edited by sepitsiput on 2-12-2014 09:43 AM
|