Biadap sungguh perangai dua orang perempuan ni, pentingkan diri nak mampos ! Apa dia ingat seat LRT ni sofa kat rumah dia kot suka-suka hati dia ja buat macam harta sendiri.
Yang bertambah geramnya, seat empat tapi dorang duduk dua je. Dah tu siap seat kosong tu dorang buat letak beg tangan dorang pulak tu. Beg dorang mahal sangat kot, juta-juta kot harganya sebab tu la tak boleh letak kat bawah kena letak dekat atas seat jugak. Takut kotor agaknya, yela beg mahal kate ko !
Tak sensitif langsung dekat penumpang lain yang tengah berdiri tu, dorang buat dunno je tu yang geram tu. Buat-buat tak nampak pulak yang orang lain tengah berdiri takde tempat duduk. Orang sekarang ni susah nak hormat orang lain.
Siap letak kaki dekat atas seat pulak tu buat macam sofa kat rumah je, alang-alang tu napa tak baring je terus. Eiii meluat terus orang yang penting diri macam ni. Harap tudung je atas kepala, adap sopan santun, hormat orang lain ke laut !
utranews.com
|