View: 1956|Reply: 16
|
[Tempatan]
Pelajar SK Seksyen 9 Shah Alam disahkan dijangkiti H1N1
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Selangor (JKS) hari ini mengesahkan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 di sini dijangkiti virus Influenza A (H1N1) seperti yang tersebar dalam laman sosial semalam.
JKS dalam satu kenyataan menyebut siasatan awal mendapati pelajar Tahun Dua itu mengalami gejala demam, batuk dan selsema pada Sabtu lepas dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada Ahad namun keputusan makmal menunjukkan beliau telah dijangkiti penyakit berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, selain pelajar itu, adiknya yang berumur tiga tahun turut dijangkiti virus sama namun kedua-duanya telah diberi rawatan antivirus dan mereka kini beransur pulih.
Tambah kenyataan itu, pemeriksaan ke atas empat lagi anggota keluarga pelajar berkenaan mendapati mereka bebas jangkitan virus H1N1 malah rakan-rakan terdekat kanak-kanak itu juga tidak mengalami sebarang jangkitan sama.
Punca jangkitan masih dalam siasatan dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling diarah untuk terus memantau tahap kesihatan anggota keluarga pelajar berkenaan termasuk pelajar-pelajar lain di sekolah berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Unit Kawalan Penyakit Berjangkit JKS di talian 03-51237333 dan email [email protected]. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari mana la dorg dpt virus ni? Baru blik obersea ke? |
|
|
|
|
|
|
|
masa 2009 H1N1 ni trsebar..iols pn kena ILI ..kena quarantin lg |
|
|
|
|
|
|
|
huh. dia datang balik? camana dia datang balik kat malaysia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat fb mak dia ada komen pnajang lebar. Katanya semuanya stabil since now dah ada vaksin. Mak dia balik Sri Lanka 18.4 tapi 28.4 baru anak dia sakit n dia batuk batuk. Jadi mak dia suspect jangkit masa pergi bazar stadium 25/26 april |
|
|
|
|
|
|
|
sama la kita, chuolls..
kena kuarantin juga..
padahal baru je satu kampus cuti seminggu sbb H1N1 ni..
hari pertama buka, masuk kelas pagi, batuk2,
petang tu pegi pusat kesihatan,
saja je, ingat nak amik ubat batuk, tetiba dr cakap iolls kena ILI juga..
tak rasa pun demam, rupa nye suhu dah 38.1..
doktor pun tak pegang, tengok dari jauh je,
cakap cepat giler, dia sign surat2 kaler kuning, pink,hijau, putih,oren pun laju..
mcm jijik je iolls ni..
balik kolej nak pack barang, ingat nak baring2 kejap,
tak sampai 10 minit,staff kolej datang suruh cepat2 balik umah..
balik la iolls kuarantin kat umah dengan hati tak rela sebab banyak class kena skip..
berapa lama chuolls kena kuarantin?
dr ada bagi antibiotik tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
hah kena balik umah kuarentin??? bukan kena dok spital kuarentin depa letak kat bilik ujung2 yg mcm berhantu tu ka??
abih kalo kuarentin kat umah habis la adik bradik jiran2 4 lorong semua jangkit??
dulu2 boss aku kena denggi pun depa boh dia dlm kelambu dlm bilik mcm nak berhantu saja
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hanamunir at 8-5-2015 12:45 AM
-------------------------- |
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah..
semua yang kena ILI, dorang suruh balik umah je..
siap tepon mak ayah suruh datang amik ASAP..
sebab time tu, bilik kuarantin kat kolej tak buka lagi..
tu yang iolls pelik,
patut nye da suspect tu, tak boleh pergi mana2 langsung kan..
lagi satu, dorang takut, kalau kuarantin kat kolej lagi ramai student kena..
dr cakap nak hantar hospital pun tak boleh sebab simptom2 tu tak teruk lagi..
kat hospital tar n hkl pulak time tu dah ramai dengan orang kritikal,
dr cakap lagi, kalu iolls pergi pun menyesakkan spital jah gittew..
kalau iolls pergi juga, agak nye dapat bilik ala-ala macam bos chuolls..
time iolls balik umah tu, memang iolls tak keluar rumah langsung..
dengan famili pun no contact sangat, tak de la nak bertepuk tampar macam bisa,
sepanjang masa pakai mask..
dalam 1 hari, 22-23 jam iolls dalam bilik aje..
time makan je keluar..
layan diri sengsorang la iolls dalam bilik tu tengok citer,movie, x pn main tenet..
seminggu chuolls, iolls terasing..
jiran pun tak tau iolls balik, nanti kang kecoh gittew bila mak bedah, mak peah bukak mulut..
kang dikatanye famili iolls ternak virus..
|
|
|
|
|
|
|
|
okay....
so ada positive travel history laa?
maksudnya wartawan yg tulis berita ni tak nyatakan maklumat yg crucial yakni - depa pi travel...
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak suspek bazar?tak suspek sebab dia gi sri lanka?bukan ada incubation period ke sakit2 viral ni? |
|
|
|
|
|
|
|
teringat LARI minggu lepas buat kat sekolah ni rasanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Star_el replied at 8-5-2015 08:43 AM
kenapa nak suspek bazar?tak suspek sebab dia gi sri lanka?bukan ada incubation period ke sakit2 vi ...
Sbb 10 hari mak dia balik sri lanka baru dia dan anak dia batuk demam. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jangkit dari bazaar... means adala org lain yg dah kene tu... balik ni kena cari mask banyak2 la sblm kehabisan mcm dulu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|