View: 13279|Reply: 119
|
[Tempatan]
Di mana Tabung Haji patut melabur?
[Copy link]
|
|
Sekarang ramai yang bantah pembelian tanah oleh TH dari 1MDB untuk projek TRX
bangkem nak tanya kepada korang yang bijak pandai, kat mana patut TH melabur duit pendeposit?
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu melabur kat london pon korang meroyan:
http://www2.bharian.com.my/bhari ... /Article/index_html
SELEPAS aktif melabur dalam hartanah di Arab Saudi sejak beberapa tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mengalihkan pula perhatiannya ke Eropah dengan menyasarkan United Kingdom (UK) sebagai destinasi pelaburan seterusnya.
Pengurus dana Islam terbesar di dunia itu memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi membeli sebuah hartanah komersial yang mematuhi syariah di kota raya London.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail, berkata pihaknya berharap dapat memuktamadkan rundingan bagi pembelian hartanah berkenaan sebelum akhir tahun ini.
“Rancangan mengembangkan skop pelaburan ke UK dengan membeli hartanah di London ini adalah untuk merebut peluang dalam bidang yang menjanjikan pulangan lumayan dan pendapatan tetap, sekali gus mampu memberikan kadar pulangan masa depan yang baik serta konsisten kepada pendeposit kami,” katanya kepada media selepas majlis memeterai ikrar integriti korporat Lembaga Tabung Haji, di Kuala Lumpur semalam.
Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed; dan Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali.
Tabung Haji kini memiliki 6.9 juta pendeposit dengan jumlah deposit setakat tahun lalu sebanyak RM31.7 bilion.
Ismee berkata, hartanah yang akan dibeli Tabung Haji itu sudah pun dikenal pasti melalui tinjauan yang dijalankan sebuah pasukan khasnya sejak 2008.
“Hartanah di UK sememangnya sudah lama berada dalam perhatian kami. Namun kami amat berhati-hati dalam membuat pembelian kerana setiap aset yang dibeli Tabung Haji mesti mematuhi syariah, justeru kami sedikit perlahan berbanding agensi pelaburan lain,” katanya sambil menambah hartanah yang akan dibelinya itu kini dihuni oleh barisan penyewa yang menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak bertentangan dengan syarak.
Katanya, langkah meluaskan jangkauan pelaburan dalam sektor hartanah itu juga adalah sebahagian usaha Tabung Haji mempelbagaikan portfolio pelaburannya sesuai dengan persekitaran pasaran semasa.
Dalam perkembangan lain, Ismee berkata, pihaknya merancang menggunakan hasil penjualan ekuitinya dalam PT TH Indo Plantation (THIP) berjumlah AS$910 juta (RM2.8 bilion) bagi membeli lebih banyak ladang sawit di Malaysia dan negara jiran lain.
“Kami akan mencari tanah (ladang sawit) yang lebih dekat dengan kita di negara sendiri ataupun di negara jiran lain yang mudah untuk kita uruskan,” katanya.
sambil melahirkan keyakinan sektor perladangan akan terus menjadi sektor teras dalam perniagaan syarikat.
Minggu lalu, Tabung Haji mengumumkan menerima cadangan tawaran daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di Indonesia untuk membeli 95 peratus kepentingannya dalam THIP yang kini memiliki dan mengusahakan 83,879 hektar ladang sawit di Riau, Indonesia.
Penjualan itu dibuat Tabung Haji bagi penstrukturan semula portfolio perladangan sawitnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
labur kat amareka pon xleh
http://www.bharian.com.my/node/7273
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan telah membuat pelaburan di Amerika Syarikat. "TH hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini. "TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Oleh itu, TH berkata, tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat. "Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar," katanya.
TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya, katanya.
Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya, katanya.
"Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat. "TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya," katanya.
Aktiviti utama TH adalah dalam pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. Antara sektor pelaburan terasnya adalah kewangan Islam, perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak dan gas, hospitaliti, perkhidmatan dan makanan halal. TH mempunyai 120 cawangan di seluruh negara dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/7273 |
|
|
|
|
|
|
|
bila melabur di saudi, korang kata "kera di hutan disusukan"
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... at&pg=ko_01.htm
KUALA LUMPUR 29 Mac - Pelaburan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di Mekah dan Madinah, Arab Saudi khususnya dalam sektor hartanah akan terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tahun lagi.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail berkata, setakat ini lembaga itu memiliki dua buah hotel, masing-masing sebuah di Mekah dan Madinah yang membabitkan pelaburan RM360 juta dan RM300 juta.
Menurut beliau, pelaburan dua hartanah itu dibuat bertujuan untuk mengurangkan kos penginapan ketika mengerjakan haji.
''Kita begitu giat mencari pelaburan-pelaburan baru di Mekah dan Madinah tetapi di sana kita tidak boleh membeli, hanya pajakan sahaja.
''Menara Hajar, bangunan lima tingkat yang menyediakan 220 bilik dijangka sudah boleh digunakan sebelum Ramadan ini, manakala di Madinah kita berjaya membuat pajakan untuk 10 tahun,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ditanya mengenai kegagalan Tabung Haji untuk menurunkan kos mengerjakan haji walaupun membuat pelbagai pelaburan, Ismee menjelaskan, dua kos besar yang menyebabkan kenaikan harga tambang ialah kos penerbangan dan kediaman.
Beliau berkata, perumahan di Mekah memang kritikal memandangkan bangunan di sana banyak dirobohkan untuk digantikan dengan yang baru.
''Di Mekah memang ada masalah bekalan dan permintaan kediaman. Disebabkan masalah itu banyak negara-negara lain telah meningkatkan bajet mereka untuk kediaman dan kita masih lagi berunding.
''Kos penerbangan pula bergantung kepada syarikat penerbangan yang kita buat secara tender,'' ujarnya.
Ismee menambah, meskipun Tabung Haji giat mengintai pelaburan hartanah di Mekah, namun banyak aspek yang perlu diberi perhatian termasuk harga, jarak hotel dan masjid serta jenis hartanah.
Ini kerana, jemaah Malaysia lebih suka untuk tinggal di hotel berbanding apartmen.
Mengulas mengenai kebimbangan pihak tertentu mengenai pelaburan besar oleh lembaga tersebut, Ismee berkata, semua pelaburan ada risiko masing-masing tetapi Tabung Haji mengambil pendekatan pemantauan untuk melihat proses pemilihan setiap pelaburan yang dibuat.
''Di Tabung Haji proses pemantauan pelaburan dibuat secara telus dan mantap kerana Panel Pelaburan yang terdiri daripada golongan profesional, yang mempunyai kumpulan berbeza daripada Ahli Lembaga Pengarah.
''Panel Pelaburan yang membuat keputusan pemilihan pelaburan dan kemudian dibentangkan kepada Lembaga Pengarah.
''Proses pemilihan pelaburan adalah ketat, kadangkala saya sendiri tidak mahu proses ini terlalu mengongkong hingga menyukarkan untuk bergerak.
''Meskipun begitu, proses itu mesti betul dan apa yang berlaku selepas itu adalah realiti dunia perniagaan. Apa yang berlaku selepas pelaburan dibuat adalah di luar kawalan kami kerana ia bergantung keadaan pasaran dan sektor ekonomi berubah,'' jelas beliau.
Ismee menyifatkan dakwaan Tabung Haji terlalu agresif dalam pelaburannya sebagai sesuatu yang relatif.
''Yang penting Tabung Haji dapat mengekalkan wang pendeposit, kalau pendeposit menyimpan RM1, mereka akan dapat balik RM1.
''Bagi saya adalah penting untuk melihat pelaburan Tabung Haji secara keseluruhannya. Saya ingin memberitahu, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, kami memiliki lebihan imbangan kira-kira RM1.9 bilion, hasil pelaburan dalam ekuiti, hartanah dan ladang.
''Untung rugi mesti ada tetapi yang penting ia tidak merosakkan kesemua pelaburan,'' menurutnya.
Ismee berkata, Tabung Haji yang mencatatkan keuntungan lebih RM1 bilion tiga tahun berturut-turut mahu mengekalkan prestasi itu pada tahun ini.
Katanya, pelaburannya dalam ekuiti masih kekal memberi sumbangan terbesar dan untuk masa depan, Tabung Haji akan memberi fokus kepada saham-saham mewah dan kukuh.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 1.htm#ixzz3ZeEDD3ft
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
thread bangkem tak dapat sambutan, sebab macai bengap dah paham kebodoan diri sendiri...
nampak bangang kan korang?
cuba la korang nasihati mak bapak korang yang meroyan nak keluarkan duit tu |
|
|
|
|
|
|
|
tabung haji elok melabur di sektor islamik seperti ladang kurma, ladang habatus sauda,ternakan unta,ternakan kambing, mungkin bleh menceburi bidang yg sdg meningkat naik seperti air mineral dibaca dengan ayat suci al quran |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa, kit anti histeria
berpotensi tuuuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
orang takut nak undi........... |
|
|
|
|
|
|
|
hai, dah bagi makan kucing?
|
|
|
|
|
|
|
|
nama pon TABUNG haji
bukan amanah SAHAM
so,
pelaburan bukan fungsi utama.
tak melabur pon takpe.
harap maklum.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah.........
tuan dia je xmakan lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
ayat budak tahap SPM camni la
habis tu, camne nak bayar dividen?
harap2 peon macam lu boleh bagi idea
|
|
|
|
|
|
|
|
nape tak makan lagi?
sian dekat cacing dalam perut
|
|
|
|
|
|
|
|
biar la cacing2 tu mati....
xlarat nak bela dah,,,asyik gst je...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak melabor.. melabor la..
yg pi bail out imdb sapa suruh...
selayaknye la kene carut |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon Tukar Tajok Kepada
Edited by tumpanglalu74 at 9-5-2015 10:11 PM
Di mana Tabung Haji patut melebur.. |
|
|
|
|
|
|
|
bailout kunun
atas sebab tak dapat nak bayar kupon bon (sebab kurang kecairan), terus dikatakan 1MDB rugi teruk
memang padan la orang macam korang banyak utang along
|
|
|
|
|
|
|
|
takat tu je la yang korang mampu
|
|
|
|
|
|
|
|
Wa dah undi. Wa undi kohilal........konfem jemaah esspeseli ada kad ahli lobai dapat gi haji free tiap2 tahun. Semua ditanggung hasil keuntungan ladang kambing, permintaan meningkat drpd kedai nasik arab. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|