Edited by qqOfficial at 22-9-2015 07:46 PM
Berdasarkan namanya yang pernah gah dan lagu-lagu dendangannya sering berkumandang di corong radio sehingga hari ini, pasti kita tidak percaya kalau Shima, 46, beritahu yang hidupnya kini dalam kesempitan. Shima tanpa berselindung bercerita mengenai kisah kehidupannya sekarang bagi meringankan tekanan. Sukar untuk mempercayai untung nasib penyanyi lagu Teringin itu, tetapi itulah hakikatnya.
“Saya jarang dapat job (undangan menyanyi) sekarang ini. Tak tahu di mana silapnya. Lepas program Gegar Vaganza tahun lepas, ingatkan banyaklah tawaran tapi hampa. Masa program berlangsung ingatkan kemunculan saya dapat membuka mata penganjur untuk menawarkan saya peluang menyanyi, tapi hampa. Semua itu tidak membantu kerjaya saya.
“Memanglah ada tawaran menyanyi tapi tidak seiring dengan pembabitan saya dalam bidang seni ini yang sudah menjangkau lebih 10 tahun itu. Saya masih menyanyi dan tidak pernah berhenti daripada menyanyi tetapi itulah nasib saya, kurang mendapat tawaran persembahan berbanding orang baharu,” luahnya dengan nada sedih. Tambah Shima, kekeliruan itu berlaku mungkin kerana penganjur tidak tahu untuk menghubunginya. Lagipun sekarang ini Shima tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman dan secara tidak langsung segala aktiviti seninya diuruskan sendiri.
“Memang payah kalau tidak ada pengurus atau orang yang menguruskan jadual seni kita. Macam mana saya nak lantik pengurus peribadi untuk mengurus kegiatan seni, nanti saya nak bayar dia dengan apa pula. Saya sendiri pun tak ada pendapatan,” akuinya lemah.
Hits yang tersentuh hati mendengar luahan rasa Shima, terus bertanya dari mana dia mendapat wang untuk kegunaan harian kerana kehidupan perlu diteruskan. Dengan mata yang berkaca, Shima memberitahu setakat ini dia hanya bergantung kepada wang simpanan yang dikumpul selama bergelar artis. “Nasib baiklah selama ini saya jenis yang beringat juga. Tapi, lama mana saya boleh bergantung pada duit simpanan kerana lama-lama habis juga kalau asyik keluar tanpa menyimpan. Nak berharap pada adik-beradik, mereka pun ada keluarga sendiri. Jadi susah atau senang sekarang ini, saya tanggung sendiri,” katanya.
Selain ahli keluarga, Hits juga sempat bertanya, ke mana perginya bekas-bekas suaminya. Tidakkah dia mendapat bantuan daripada mereka kerana Shima pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali sebelum ini.
“Mana ada, semua sudah buat hal masing-masing. Sekarang ini saya sendirian. Kalau tak kerja mana nak cari duit untuk sara hidup. Harap adalah yang sudi undang saya untuk menjayakan persembahan pentas. Entahlah mungkin penganjur tidak tahu nak hubungi saya macam mana. Saya boleh dihubungi menerusi talian 017-6085282,” rayunya
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kesian plak ngan sis Shima ni...sheols menderita kekdahhnyaa... dah jadi janda empat kali plak tu ... ...anak pun takde .....
1st ex husband dengan Satiman ahli grup Band sheols dulu
2nd ex husband dgn Khairun lamb (Cikgu)
3rd ex husband rahsia kekdahnya taknak reveal
4th ex husband dgn kokesen kanada ....
5th bakal suami.....???
|