CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2256|Reply: 20

[Dunia] 5 Ditahan Guna "Nafas Syaitan" Untuk Merompak

[Copy link]
Post time 8-10-2015 01:48 PM | Show all posts |Read mode
5 Ditahan Guna "Nafas Syaitan"' Untuk Merompak, Tukar Mangsa Jadi Pak Turut

Benih yang digunakan bagi tujuan membuat Scopolamine.
Lima warganegara China ditahan kerana disyaki menggunakan sejenis dadah Kolombia yang digelar "Nafas Syaitan" yang boleh menukar mangsa menjadi pak turut di dalam satu operasi di Perancis yang memakan masa beberapa minggu.

Kumpulan tersebut di tahan di lapangan terbang Roissy Charles de Gaulle pada Jumaat lepas bersama wang berjumlah 89 661.4537
Polis percaya barang-barang berharga itu dicuri dari berpuluh-puluh mangsa yang disembur dengan scopolamine, sejenis dadah berbahaya yang diekstrak dari benih sejenis pokok di selatan Amerika. Dadah itu mampu membuat mangsa menjadi pak turut. Dadah itu juga boleh membawa maut jika dikonsumi dalam kuantiti yang banyak.

Memetik laporan dari Telegraph, Soviet dan CIA sebelum ini dilaporkan pernah menggunakan dadah yang sama sebagai 'serum jujur' ketika perang dingin.

Lima individu terbabit ditangkap ketika hendak berlepas ke Guandong, China, selepas mereka diperhatikan selama beberapa hari.

Ketika soal jawab, kesemua mereka tidak mengaku mengguna dadah berbahaya dan hanya berkata mereka adalah "pelancong biasa yang bertanya arah kepada orang ramai".

Kebanyakan mangsa kumpulan ini, majoriti orang tua, berkata mereka dihampiri oleh wanita China yang mendakwa tersesat jalan. Kemudian mangsa mula merasa seperti bermimpi lalu menyerahkan barang berharga kepada wanita terbabit.

Sebelum ini, dua wanita dan seorang lelaki dari China ditahan atas dakwaan menggunakan dadah yang sama di pusat bandar Perancis.

Menurut laporan analisis kepada dadah tersebut, ia bukan sahaja mengandungi scopolamine tetapi turut mengandungi atropine, sejenis ubat yang boleh menyebabkan halusinasi.

Mereka yang ditangkap juga dipercayai mempunyai hubungan dengan satu sindiket jenayah yang turut beroperasi di pelbagai negara.

Seorang ahli Toxicologi di Bogota, Colombia, Miriam Guierrez memberi tahu Vice News : "Dari sudut perubatan, Scopolamine adalah bahan yang sempurna untuk melakukan jenayah kerana mangsa tidak akan ingat apa-apa, jadi dia(mangsa) tak akan buat laporan"

Dadah Scopolamine
Seorang pengedar dadah, Dementia Black, pula memberitahu laman berita itu dadah Scopolamine berkesan dalam sekelip masa selepas ia disembur ke muka mangsa.

"Ia berkesan dalam sekelip mata. Kamu tunggu seminit supaya ia betul-betul masuk dan kamu tahu selepas itu dia(mangsa) kamu punya. Kamu boleh suruh dia buat apa sahaja. Seolah-olah dia seorang budak-budak".

Scopolamine diperbuat dari benih sejenis pokok yang bernama Borrachero - yang bermaksud "pesta mabuk". Ia boleh menyebabkan mangsa berhalusinasi bunga cantik berwarna putih dan kuning. Scopolamine juga antara bahan yang digunakan untuk membuat dadah Kokain. - Siakapkeli.my

Sumber : www.telegraph.co.uk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
omg..wujud jgak ehh benda2 cenggini..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:06 PM | Show all posts
kesannya dadah itu sungguh menarik
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
emmmm kt mne blh beli ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:12 PM | Show all posts
Thanks for the info.

Now dah tau apa nama "serbuk" yg boleh memukau org tanpa sedar. Ngeri....

Mcm ni susah lah nak berkerjasama dgn org2 yg betul2 meminta bantuan... Dan org luar pun was2 nak beri kerjasama kpd kita jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:14 PM | Show all posts
senanya artikel gini google translated ke amek from berita indonesia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2015 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 8-10-2015 02:07 PM
emmmm kt mne blh beli ni

Aku nak benih pokok tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:18 PM | Show all posts
Mengerikan macam kena pukau lak, kena lebih berhati2 lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
auntieagony replied at 8-10-2015 02:12 PM
Thanks for the info.

Now dah tau apa nama "serbuk" yg boleh memukau org tanpa sedar. Ngeri....

Lepas ni kena standy N95 sepanjan masa dlm beg....org nak mintak tolong terus pakai
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:18 PM | Show all posts
ni mungkin yg telah ditelan menteri2 umno ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:19 PM | Show all posts
tak payah pakai benda ni, kalau korang pernah layan ganja...camni la gak kesan nya...
sungguh indah bak di syurga...
kalau layan muzik, siap boleh asing2kan mana bunyi bass, mana bunyi drum, mana bunyi gitar...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:20 PM | Show all posts
oh inilah ilmu pukau yg sebenar, takdelahhh mistik
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:21 PM | Show all posts
wuu... xyah men pukau2
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:21 PM | Show all posts
zulka replied at 8-10-2015 02:19 PM
tak payah pakai benda ni, kalau korang pernah layan ganja...camni la gak kesan nya...
sungguh indah ...

mesti lu tak pernah baca quran tang keindahan surga ni...


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:22 PM | Show all posts
bahayanya......
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:31 PM | Show all posts
tak caya cer tanya @lavatablets taik kucin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 02:37 PM | Show all posts
mikasa replied at 8-10-2015 02:18 PM
Lepas ni kena standy N95 sepanjan masa dlm beg....org nak mintak tolong terus pakai

gigih auntie surf n95 tu apekebendanya. rupanya N95 respirator mask. so lembap kan....

Alamak tambah satu lagi item di dlm hbag yg dah sediakala berat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:38 PM | Show all posts
BAHAYA NIE..KLU DPT CKIT PN BAHANA SELAMANYA
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:44 PM | Show all posts
ai baru tau ada dadah jenis camni...

seriously dunia zaman skrg mmg menakutkan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka semah dh lama guna...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050973 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list