View: 1651|Reply: 11
|
Siri II - Ilmu Tafsir dan Cabarannya Masa Kini - Kaedah atau pendekatan tafsir
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 13-12-2015 05:59 AM
Assalamualaikum warahmatullah kepada para pembaca,
Berikut saya kongsikan sedikit petikan dari Bab 1 - "Ilmu tafsir : Metodologi dan Kepentingannya ' daripada buku asal yang bertajuk Penyeleweangan dalam Tafsir Al Quran' - Bab ini merungkai ilmu tafsir daripada makna perkataan tafsir itu sendiri dan kaedah tafsir secara umum.
Rujukan :
Penyelewengan dalam Tafsir Al Quran
Penulis: Tengku Intan Zarina Tengku Puji , Mazlan Ibrahim.
pp: 11-17
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 13-12-2015 12:14 AM
Al Quran sebenarnya adalah mukjizat makhnawi yang sangat istimewa dan oleh kerana keistimewaaanya ini yang terpelihara dari tangan tangan yg merosakkan seperti mana yg berlaku pada kitab kitab suci yang diturunkan kepada para rasul yang terdahulu dan Allah menyaksikan tangan tangan itu , menjadikan ia tumpuan kepada para pengkaji untuk mengambil pengajaran atau ibrah daripada kisah kisah umat terdahulu - ini adalah kerana SEJARAH itu berulang ulang - dan seringnya manusia yg terlalu alpa dan tak sedar akan apa tidak akan berjaya menyedari cabaran cabaran yang sedang dan akan menyusul untuk agamanya.
Selain itu, Al Quran juga dikaji untuk dijadikan panduan selaras dengan Islam sebagai satu cara hidup dan
yg ketiga Quran juga dikaji sebagai satu kajian 'pemikiran' sahaja - ini juga berlaku.
Walaupun apa tujuannya , tujuan di atas adalah dianggap yg bernilai positif kerana mendatangkan kebaikan kepada pengkaji dan orang yg mendapat manfaat daripadanya.
Namun begitu terdapat juga golongan seperti yang dinyatakan penulis yang juga menjadikannya satu' wahana' untuk merobek, memusnahkan Islam itu sendiri dalam erti kata menjadikan apa apa aspek dalam quran untuk selewengan, kaburkan maksud dalam pentafsiran sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Perkataan 'tafsir' itu sendiri , menurut Sayyid Ahmad Farj ( 2004 ) yang memetik tafsiran al - Raghib as Asfihani , berasal dari perkataan 'al - fasr' yang terbina daripada perkataan 'taf''il' ( sebagai 'wazan'nya - ini istilah penulis ) bermaksud - menzahirkan sesuatu makna dalam pemikiran atau minda.
Makna tafsir , daripada pandangan Mu'jam Wasit (1973) pula membawa maksud - 'menghuraikan atau menjelaskan' dan frasa ini diperhalusi dengan menerangkan bahawa - 'menjelaskan makna - makna al Quran....' - dan cakupan aspek makna makna Al Quran yang dimaksudkan ini termasuklah dari segi akidah, rahsia, hikmat dan hukum.
Manakala - perkataan tafsir berdasarkan huraian Mu'jam Alfaz al Quran al - Karim ( 1968) menjelaskan bahawa 'tafsir ' itu ' mendedahkan maksud sesuatu yang tertutup'.
Berdasarkan lisan arab - menurut penulis pula bermakna , ' mendedahkan maksud bagi lafaz yang musykil'
dan dengan memetik Al Quran - kalimah tafsir ini disebut hanya sekali , di mana satu ayat diturunkan kepada glongan yang engkar kepada Allah yang melemparkan 'syubhat' atau fitnah terhadap Al Quran . Ini direkodkan dan dinyatakan dalam ayat
32-33 surah Al Furqan ayng bermaksud
'Dan orang kafir berkata :' Mengapa tidak diturunkan al Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ?' Al Quran diturunkan dengan cara (beransur ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu ( wahai Muhammad ) dengannya , dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu . Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata kata yang ganjil ( untik menentangmu)melainkan Kami datangkan kepadamu sesuatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya .
Ilmu Tafsir
Oleh kerana ulama tafsir itu sendiri mempunyai atau berlatar belakangkan pelbagai kepakaran , maka mereka juga mentafsir maksud 'ilmu tafsir ' dengan beberapa perbezaan namun begitu , perbezaannya adalah dari sudut apa yang diertikan penulis sebagai dalam aspek = lafaz- dan ini bukan menjejaskan atau merangkumi makna atau maksud.
Tafsir itu menurut saudara Al Suyuti ( 1992 ) yang memetik huraian Abu Hayyan - ilmu tafsir membawa maksud - 'ilmu yang membahaskan mengenai cara menyebut lafaz quran , dalilnya, hukumnya ketika mufrad dan susunan ayat , maknanya yang terkandung ketika dalam susunan ayat serta perkara yang menyempurnakannya' ( pp : 12 )
Manakala makna 'ilmu tafsir' menurut Al Zarkashi - memberikan definisi ilmu tafsir sebagai disiplin ilmu yang mencakupi 'nuzul ayat,surah,kisah dan isyarat yang diturunkan di dalamnya - susunan ayat - ayat Makki dan Madani, Muhkam dan Mutasyabihah, Nasikh danMansukh,Khas dan Am, Mutlak dan Muqayyad,Mujmal dan mufassar.
Penulis juga memetik tafsiran makna tafsir oleh Khalid Abd Rahman al - Ik ( 1994 ) mentakrifkam 'ilmu tafsir' sebagai disiplin yang diperlukan untuk memahami maksud kalamullah, mengambil pengajaran dan rahsianya , 'menyusun manhaj' dalam usaha pemahaman makna al quran tersebut, menentukan method dan perkara pokok ( usul) spaya 'mufassir' memperolehi kaedah yang mantap dan jitu ketika mentafsirkannya .
Dapatlah dirumuskan di sini bahawa ilmu tafsir ini memerlukan dokongan pelbagai jenis sub disiplin yang teras yang diperlukan untuk memahami makna makna yang terkandung dalam Al Quran sebagaimana habis kudrat manusia untuk menyatakan makna makna ini mengikut kaedah yang ditetapkan dan kemampuannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 13-12-2015 07:43 AM
Kaedah Ringkas Ilmu Tafsir -
Kaedah pentafsiran Al Quran sebagaimana yg ditetapkan oleh para ilmuwan islam terdiri daripada aspek berikut :
a) Al Quran - perlu dirujuk untuk mendapatkan pemahaman sesuatu ayat tersebut . Menurut penulis, ini adalah kerana terdapatnya jenis ayat 'mujmal' - ayat yg di mana takrifannya ddijelaskan secara 'tafsili' pada ayat yang lain, atau ayat 'umum' dimana ayat ini 'ditakhsiskan' oleh ayat lain, ayat 'mutlak' yang mana ayat ini 'ditaqyidkan' oleh ayat lain dan ayat yang 'dinasakhkan' oleh ayat quran yg lain.
Contoh :
Firman Allah dalam ayat 3 surah Al Maidah ; di mana ayat ini ' mentakhsiskan ayat am yang lain' diturunkan oleh ALLAH SWT dalam surah Al Maidah : 3.
'Diharamkan bagimu memakan bangkai , darah, daging khinzir dan haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas kecuali yang sempat kamu menyembelihnya'
berdasarkan ayat di atas, 'hukum am' pada ayat surah tersebut telah ditakhsiskan dengan satu ayat lain daripada surah al Maidah ayat : 96)
'Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan yang berasal dari laut sebagai makanan lazat bagimu dan mereka yang dalam perjalanan'
Ayat Mutlaq
Contoh ayat mutlaq : Ayat ini adalah yang 'ditaqyidkan' dengan ayat lain seperti mana yang tertera pada dalam firman Allah pada surah al Mujadalah ( al Mujadalah : 3 )
Mereka yang menziharkan isteri mereka dan kemudian hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan, maka ( wajib ke atasnya) memerdekakan seorang hamba sebelum kedua dua isteri itu bersama ( bersetubuh)
Dalam ayat di atas, perkataan hamba dalam kalimah arab ( dalam ayat di atas ) disebut secara mutlaq tetapi di'taqyidkan' dengan kalimah beriman ( mukminat ) dalam surah An Nisa' : 92
(maksudnya)
' ...dan tidak layak bagi seseorang Mukmin membunuh seseorang Mukmin ( yang lain) kecuali kerana tersalah ( tidak sengaja) dan barangsiapa yang membunuh seseorang mukmin kerana tersalah ( hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba yang beriman....
|
|
|
|
|
|
|
|
b) Rujukan kepada HADIS Rasulullah yang sama hadis hadis ini bersifat qauliyyah, fi'liyyah, taqriyyah dan etc.
Sebagaimanna kita sedia maklum beleklah sahih Bukhari etc dan sebagainya maka terdapat huraian huraian makna ayat Al Quran seperti
i) bacaan dalam solat - cuba check balik ade , kan? so kat sini di sini letaknya kepentingan hadis
ii) waktu solat
iii) kadar zakat
iv) rukun puasa
v) ibadat haji
Imam Syafi'ie pula menyatakan bahawa setiap apa hukum yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW adalah 'mengikut kefahaman' daripada Al Quran. Ini disokong oleh ayat Al Quran al Jumu'ah : 2
Dialah yang mengutuskan seorang rasul di antara mereka kepada kaum yang buta huruf, yang membacakan ayat ayat -Nya kepada mereka , mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah ( al sunnah) . Dan mereka sesungguhnya sebelumnya adalah dalam kesesatan yang nyata.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 13-12-2015 02:49 AM
c) Aqwal sahabat ( SAHABAT ye bukan kenalan atau rerakan geng geng lepak & tak lagi makan gaji dan etc ye )
ini merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapat penjelasan dan hanya jika sumber pertama dan kedua makna ayat tersebut tidak didapati. Menurut penulis - ini adalah kaedah yang paling valid disebabkan
i) sahabat adalah dalam kalangan sezaman dalam rasulullah , yang megetahui perkhabaran penurunan wahyu, mengetahui akan rasional turunnya sesuatu ayat tertentu , ada di kalangan sahabat ini adalah mereka ynag kita kenali sebagai perekod/ periwayat hadis etc.
ii) apabila sahabat tidak dapat mentafsirkan ayat berpaksikan sumber 1 dan 2 , mereka akan berijtihad dan beristinbat, walau bagaimanapun tafsiran ayat yang boleh hanya difahami dengan mereka telahpun memahami bahasa arab tidak payahlah berijtihad kerana para sahabat adalah masyarakat arab yang jati / atau ' tulen' , menguasai bahasa dan nahu ( grammar ) bahasa arab tersebut , memahami lenggok dan fungsi bahasa arab dalam mode bahasa percakapan dan apayg dipanggil 'siyaq kalam' , ' lafaz arab' serta maknanya berlandaskan bahasa arab yang dapat dipelajri dari sumber Jahili :
Contoh :
Berikut adalah tafsir sahabat tentang firman Allah berkenaan Surah Al Baqarah ayat 158 ( yang bermaksud ) :
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari Syiar ALLAH. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke baitullah atau berumrah, maka tidak berdosa mengerjakan saie antara keduanya.
dan dalam konteks ini - apa yang berlaku ialah Saidatina Aisyah masa itu telah menjelaskan bahawa perkataan
( saya terpaksa memberikan huruf hijaiiyah arab sebab saya tak ada keyboard yg ada beraksara arab) kalimah itu dieja sebegini dalam teks : lam alif jim nun alif ha ( ha yang biasa bukan ha dhomir ya ) la janah ??? - if you spelt like jawi ? gitu ? agakan phonetic /bunyian bahasa
yang bermakna ' tidak berdosa' memperjelaskan bahawa anggapan orang Ansar yang pada mulanya menafsirkan ibadah sai'e itu satu perbuatan ' jahiliyyah' dan membawa dosa adalah tertolak kerana selepas hadirnya Islam, amalan saie dibenarkan dengan syarat amalan tradisi jahiliyyah itu dibuang terus. Sebelum islam , terdapat berhala didirikan ? diletakkan di antara kedua dua bukit Safa dan Marwah, so selepas kedatanga islam maka ini dibolehkan dengan syarat removed all the idols)
|
|
|
|
|
|
|
|
d) Pendapat Tabiin
- ini disebabkan mereka adalah orang wujud sezaman dengan para SAHABAT rasulullah SAW. Antaranya :
i) Mujahid bin Jubair
ii) Said bin Jubair
iii) Ikrimah Maula Ibn Abbas
iv) Ata' bin Rabah
v) Hasan Al Basri
vi) Masruq bin Al Ajda
vi)Said bin Al Musayyib
vii) Rabi bin Anas
viii) Qatadah
ix) Dhahkak bin Muzahim
Kesemua penama di atas adalah pelajar kepada para SAHABAT rasulullah SAW dan menurut penulis , mereka juga mendirikan sekolah tafsir .
Contoh tafsir Tabi'in
surah an Anfal
Wahai orang orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang - orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka ( berundur)
dan menurut al Dahkak, Hasan dan Qatadah ,perbuatan lari daripada medan peperangan adalah spesifik kepada Perang Badar dan tidak bersifat umum ( ini petikan penulis dari Tabari 1997 )
|
|
|
|
|
|
|
|
e) Bahasa Arab dan siyaq al - kalam
- Bahasa arab dan displin ilmunya - grammar/ tatabahasa - yang cakupi aspek bidang ayat, sistem bunyi, sistem kata , sistem makna dan sistem fungsi bahasa ( pragmatik ) , 'tasrif', 'istiqaq' 'ma'ani', bayan, badi adalah penting kerana ini dapat membantu menerangkan lafaz afaz al Quran yang berbentuk mufrad dan dilalah, menentukan makna yang paling tepat based on 'sighahnya' dan identifikasi susunan ayat serta 'kecantikan' dalam ayat ayat tersebut.
oleh hal yag demikianlah para sahabat merujuk bahasa arab dan siyqa kalam - untuk mendalami dan memperjeaskan bahasa bahasa al quran. ini merujuk kepada apa yg penulis tafsirkan sebagai 'ahli lisan' yang berintegriti tinggi , bersih jiwa dan kefahaman yang luas
Penulis memetik Al Syatibi ( 1975 ) - yang menekankan kepentingan memahami bahasa arab sebagai wadah atau kaedah utama yang diperlukan atau pre requisites untuk memahami Al Quran , seperti mana dalil naqli
Yusuf : 2
Sesungguhnya Kami turunkan al Quran itu dalam bahasa Arab, agar kamu memahaminya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Objektif utama disiplin ilmu tafsir
Al Quran juga yang diketahui sebagai kalamullah, juga mukjizat makhnawi bagi agama samawi dan sifatnya kata ucapan Allah SWT adalah unik sebab medan maknanya dan menjadikan ia sentiasa relevan mengikut peredaran zaman.
keperluan ilmu tafsir ini semakin meningkat apabila tuntutan kehidupan kurun 21 memerlukan banyak garis panduan dan hukum berkenaan sesuatu yang perlu ditentukan dan berasaskan bahawa manusia akan sentiasa memerlukan petunjuk dan hidayah.
AlQuran perlu dibaca, diamalkan dan dijadikan sebagai sumber rujukan untuk petunjuk.
Ini bertepatan dengan surah Al Baqarah 169 :
Allah menganugerahkan al hikmah ( kefahaman yang mendalam) kepada sesiapa yang DIA kehendaki . Barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu , dia sebenarnya telah mendapat kurniaan yang banyak dan hanya mereka yang berakal yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)
Menurut penulis , untuk memahami dengan jelas dan mendapat petunjuk -Nya , seseorang itu hendaklah memahami ayat ayat Quran , tadabbur dan memepelajri ilmu tafsir itu sendiri.
Ini juga ditekankan oleh ALLAH SWT yang berfirman:
Dan kami turunkan kepadamu Al - Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.
NOTA = ada kan ungkapan 'akal' dan 'fikir'
maka oleh itu - jelaslah pada kita yang Islam dan Al Quran itu menekankan aspek fikiran dan akal tetapi bersertakan petunjuk...jadi ini telah terbukti dan tiada pun kebenaran di sebalik frasa frasa islam itu tidak menekankan fungsi akal etc dan bukan dari kalangan mereka yang faham akan Al Quran yang selalu mengungkapkan frasa sedemikian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut penulis :
rasulullah SAW dan para sahabat menitikberatkan al quran dari aspek pemeliharaan ayat ayat suci Al Quran , memahami maknanya sebelum proses hafazan dilakukan dn beramal dengannya dilaksanakan.
Oleh hal yang demikian, ilmu tafsir adalah penting untuk menghayati dan mendalami makna al quran, menghayati ilmu ilmu lain yang diterangkan di dalam al Quran, seterusnya mengagungkan Allah dan kebijaksanaan-Nya dalam segenap segi , untuk rujukan dalam segala isu dan permasalahan yang mencakupi pelbagai aspek dan displin dan tatacara hidup manusia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|