CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6282|Reply: 5

Kill Me Heal Me dan Punch kongsi pencalonan terbanyak CARI 2015 Kdrama Awards

[Copy link]
Post time 3-1-2016 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 3-1-2016 04:31 PM

Kill Me Heal Me dan Punch kongsi pencalonan terbanyak termasuk Drama of The Year, Best Directing, Best Screenplay dan juga Best Actor.
by dauswq


Kill Me Heal Me dan Punch masing-masing memperoleh pencalonan terbanyak dalam kategori TERBAIK dengan 7 pencalonan. Ji Sung (Kill Me Heal Me) dan Kim Rae Won (Punch) akan bersaing dengan 3 lagi calon untuk merebut Best Actor.

CARI K drama Awards sudah masuk dalam tahun keempat penganjurannya. Pada tahun 2015 yang lepas, terdapat lebih 40 drama telah dipertandingkan dengan menimbangtara seluruh ulasan-ulasan yang ditulis sepenuhnya oleh fans kdrama Malaysia, forumer CARI amnya. Pihak auditor telah berjaya menganalisis 133 ulasan mereka untuk menentukan top 5 CARI K Drama Awards. Proses analisis dilakukan secara kritis dan telus oleh auditor-auditor bertauliah – saya, ismaha , tuna_sandwic , spankee_fili , runaway_dida dan rukiaichigo . Seperti biasa, semua kategori popular dan kategori terbaik yang dipertandingkan sejak empat tahun lepas dikekalkan. Untuk kategori Drama of The Year, antara drama-drama yang tercalon selain Punch dan Kill Me Heal Me ialah Pinocchio, She Was Pretty, Heard It Through Grapevine, Oh My Ghost, Hello Monster/I Remember You, Heart to Heart dan Mrs. Cop. Kesembilan drama-drama ini telah dipilih secara rasmi dengan salah satunya bakal merangkul Drama Terbaik tahun 2015.

Drama Punch mengupas kejahatan di sebalik percaturan politik di peringkat atasan hasil tindakan korupsi dan nepotisme manakala drama Kill Me Heal Me pula menjulang tema psikologi penghidap penyakit DID (‘Dissociative Identity Disorder’) dalam meneroka identity sebenar. Kedua-dua drama ini tercalon dalam Drama of The Year, Best Directing Best Screenplay dan juga Best Actor. Yang membezakan ialah Punch tercalon dalam tiga kategori penting lakonan – Best Actor, Best Supporting Actor (Jo Jae Hyun) dan Best Supporting Actress (Choi Myung Gil) manakala Kill Me Heal Me memperoleh Best Album Production dan Song Of The Year sebaliknya. Untuk pengetahuan anda, drama Kill Me Heal Me telah dinobatkan Drama of The Year oleh MBC Drama Awards sekaligus meletakkan penulisnya, Jin Soo Wan yang tercalon dua kali dalam Best Screenplay CARI K Drama Awards sejak Moon Embraces The Sun sebagai prioriti utama dalam edisi kali ini. Walaubagaimanapun, Punch yang baru sahaja meraih penghargaan di SBS drama Awards melalui kehebatan pelakon-pelakonnya selain lakon layarnya yang dianugerahkan Best Screenplay di 51st Baeksang Art Awards dan 2015 Apan Drama Awards, sangat-sangat menggugat keupayaan Kill Me Heal Me membolosi keseluruhan anugerah utama CARI K Drama Awards.


Drama [tvN] Oh My Ghost yang dikritik positif kerana mengangkat tema komedi romantik yang tidak kelihatan terlalu ‘cliche’ dan santai disebut-sebut akan menggugat kedudukan Kill Me Heal Me, Punch serta enam lagi Drama of The Year yang tercalon. Teraju utama drama ini, Park Bo Young bakal menyental peluang Hwang Jung Eum yang dikatakan akan meraih Best Actress buat kali ke-2.

Hanya dua drama bertemakan komedi romantik berjaya menempatkan dalam senarai Drama of The Year. iaitu Oh My Ghost dan She Was Pretty. Oh My Ghost tercalon dalam Best Screenplay atas lakon layarnya tidak terlalu ‘clinche’ dan santai manakala She Was Pretty tercalon dalam Best Directing atas teknik pengarahan berkesan dengan prop-prop cantik yang digunakan dan sinematografi yang mengujakan. Kesemua drama di atas berjaya mendapat rating tertinggi dalam cenel masing-masing. Selain itu, Pinocchio yang mengisahkan tentang dilemma penghidap sindrom ‘Pinocchio’ dalam menentukan kebenaran ataupun kedustaan juga disebut-sebut akan menerajui kemenangan bergaya pada majlis akhir CARI K Drama Awards nanti. Pinocchio telah memenangi Best Directing dalam 2015 APAN Drama Awards. Tidak lupa juga pada drama Heard it Through Grapevine yang juga tercalon dalam Drama of The Year. Dramayang menggariskan tentang kehidupan keluarga sosialit yang sedaya upaya mengekalkan maruah dan hierraki keluarga turun-temurun daripada tercemar akibat ‘rumour’ tersebar telah dinobatkan Best drama dalam 51st Baeksang Art Awards. Heard It Through Grapevine dihargai kerana hasil pengarahan mantap, bermetafora dan kreatif daripada Ahn Pan Suk serta sinematografi yang agak kelam tetapi bertepatan dengan tema. Satu soalan ditujukan oleh penulis pada pembaca, drama manakah anda tentukan pemenang Drama of The Year kali ini?


Kim Rae Won (Punch) yang memegang watak Park Jung Hwan, seorang pendakwaraya sedang menanti saat-saat kematian, bertekad untuk membetulkan kesilapan dilakukan sebelum ini seperti menjatuhkan semula mereka yang korup di peringkat atasan walaupun perancangannya seringkali dicantas mereka yang lebih berkuasa. Tiada siapa dapat sangkal lakonan ‘subtle’ Kim Rae Won yang cerdik dalam perancangan dengan ekspresi wajah yang ‘cold’, tenang tetapi tampak ‘desperate’.

Kita beralih pada calon-calon Best Actor. Tidak terlanjur untuk mengatakan persaingan calon-calon Best Actor pada kali ini paling sengit sekali sejak empat tahun anugerah ini dianjurkan. ‘Limelight’ haruslah ditujukan pada pemenang daesang 2015 MBC drama Awards, Ji Sung atas penghargaan diberikan pada lakonan tujuh personaliti berbeza dalam Kill Me Heal Me yang sememangnya paling terbaik pernah dibawa pelakon berkenaan. Siapa yang dapatlupakan Ahn Yoona dan Shin Se Gi? Ji Sung sudah memenangi Best Actor pada CARI 2013 K Drama Awards menerusi drama Secret dan beliau bakal mencipta rekod menjadi satu-satunya pelakon berjaya meraih kategori acting buat kali kedua jika dinobatkan sebagai pemenang sekali lagi. Kendatipun begitu, jangan lupa pula pemenang daesang 2015 SBS drama Awards, Joo Won juga bakal disebut-sebut merangkul Best Actor. Joo Won merupakan satu-satunya pelakon yang tercalon sebanyak tiga kali sejak CARI Kdrama Awards diadakan. Ia merupakan penghargaan buat CARI Kdrama Awards di mana pelakon yang sama tercalon beberapa kali kategori terbaik. Walaupun begitu, Kim Rae Won, Ji Chang Wook dan Yoon Jun Sang juga masing-masing tidak kurang hebatnya. Yoon Jun Sang yang membawa watak ayah berprinsip tetapi dari sisi lain sangat korup dan jahat telah dianugerahkan Best Actor dalam SBS Drama Awards baru-baru ini juga bakal menyental peluang sedia ada actor-aktor lain.

Mengenai calon-calon Best Actress pula, tidak dinafikan kemungkinan besar Hwang Jung Eum bakal dinobatkan Best Actress sekali lagi berikutan lakonan parodi yang spontan dan agak berkesan dalam She Was Pretty. Beliau mempamerkan karismanya tersendiri menerusi drama tersebut. Apapun jangan terlepas pandang mutu lakonan keempat-empat calon lain: Park Bo Young (Oh My Ghost), Kim Hee Sun (Angry Mom), Choi Ji Woo(Twenty Again) dan Park Shin Hye (Pinocchio). Park Bo Yong yang baru sahaja dinobatkan Best Actress oleh Editor Picks’ Dramabeans dan memenangi Best Actress (mini series) dalam 2015 Apan Drama Awards merupakan pesaing yang paling terdekat. Kim Hee Sun yang digelar Best Actress 2015 Apan Drama Awards menerusi watak ibu yang menyelongkar misteri di sebalik kes buli melibatkan anaknya juga dikritik atas lakonan berkesan. Dapatkah Choi Ji Woo yang tercalon kali ke-2 pada kali ini (aktress kedua selepas Gong Hyo Jin yang meraih pencalonan dua kali) ataupun Park Shin Hye dengan watak tersedu dalam Pinocchio meraih anugerah ini? Anda yang bakal tentukan.

Park Bo Gum(Hello Monster) yang berusia 22 tahun merupakan calon ‘acting’ paling muda pada edisi kali ini bakal bersaing merebut pengiktirafan Best Supporting Actor daripada Jo Jae Hyun (Punch), Choi Won Young(Twenty Again), Choi Si Won (She Was Pretty) dan Nam Goong Min . Dengan membawa watak sebagai ‘psychopath’ yang kelihatan ‘innocent’ semenangnya meninggalkan kesan amat mendalam untuk penampilan pelakon baru dan muda sepertinya.

Anugerah Best Supporting Actor kali ini berkemungkinan dinaungi Jo Jae Hyun (Punch) sebagai ketua pendakwaraya yang korup dalam drama ‘thriller’ Punch dengan dialek Gyeongsang yang mengujakan dan Nam Goong Min (The Girl Who Sees The Smell) yang menampikan watak ‘chef’ yang dibelenggu identiti pembunuh bersiri. Kedua-duanya masing-masing memenangi Best Actor dan Best Supporting Actor dalam 2015 SBS drama awards. Bakal memintas peluang mereka ialah Park Bo Gum merupakan pemenang Best Supporting Actor 2015 KBS Drama Awards. Watak professor yang berperangai ‘narcissict’ atau dengan kata lain menyukai kelebihan diri sendiri ini antara ‘trademark’ lakonan berkesan daripada Choi Won Yong selaku calon yang bakal menyekat peluang yang lain.


Choi Myung Gil (Punch) memegang watak menteri undang-undang yang dihimpit antara menegakkan prinsip ataupun bergelumang dengan dosa berhadapan dengan rasuah dan penyelewengan. Beliau yang dianugerahkan Best Actress di 2015 SBS drama Awards merupakan calon supporting actress yang agak kuat diketengahkan selain Kim Hye Ja (Unkind Women) dan Shim Eun Gyung (Village: Aihara The Secret).

Kategori Best Supporting Actress pada kali ini agak menarik untuk diperkatakan kerana hampir kesemua calon-calonnya berusia lebih 40 tahun kecuali Yoo In Young (Mask). Kim Hye Ja (Unkind Women) dengan watak ibu/nenek tunggal ‘sassy’ yang dirundum permasalahan keluarga antara wajib diketengahkan. Beliau yang mendapat ‘Best Actor chosen by PD’ daripada 2015 KBS drama Awards baru-baru ini merupakan calon supporting actress tertua sejak CARI Kdrama Awards dianjurkan iaitu 74 tahun. Calon lain, Shim Eun Gyung, memegang watak histerik beremosi dalaman yang dibelenggu misteri sememangnya antara calon kuat selain Yoo In Young (Mask) yang baru memenangi Best Supporting Actress 2015 SBS drama Awards dan pengiktirafan di 2015 APAN drama Awards serta Kim Mi Kyung (Healer) yang tampil mengejutkan dengan watak penggodam terulung.

Untuk kategori Song of The Year pula, Yook Sung Jae (Village: The Aihara Secret) yang tersenarai dalam Popular Rookie Actor kali ini juga tercalon dalam Song of The Year menerusi karya beliau, Loving You Again. Tetapi, yang disebut-sebut bakal menjulang kategori ini adalah Auditory Hallucination, Jang Jae In (Kill Me Heal Me) dan Pinocchio, Roy Kim (Pinocchio) kerana masing-masing telah memenangi Best OST di 2015 Korean Drama Awards dan 2015 APAN drama Awards, merupakan calon-calon yang sukar digugat kehebatannya. Di samping itu, kategori “Worst Overrated Drama” ada sedikit kejutan kerana drama Yong Pal yang mendapat rating tertinggi di SBS turut tersenarai walaupun ianya ada tercalon dalam kategori terbaik lain: Best Actor & Song of The Year.


Kim Joong Kok seperti juga rakan seperjuangan dalam program reality tv, Running Man, Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo menceburkan diri dalam bidang lakonan drama. Beliau tercalon dalam Popular Rookie Actor dan Best Kissing Scene melalui adegan ciuman yang disebut sebagai ‘copier kiss’ dalam [KBS] The Producers.

Setelah mengulas kategori TERBAIK, penulis ingin beralih kepada kategori POPULAR pula. She Was Pretty dan Pinocchio meraih pencalonan tertinggi kategori popular pada kali ini dengan
masing-masing 11 dan 10 pencalonan. Kedua-duanya mempunyai pengikut setia dalam kalangan fans rakyat Malaysia. Untuk kategori Popular Actress, sekali lagi Gong Hyo Jin tercalon, dan dapatkah beliau menumpaskan populariti Hwang Jung Eum? Seperti juga Popular Actress, kita dapat perhatikan Lee Jong Suk (Pinocchio) juga tercalon buat kali ketiga untuk kategori Popular Actor pada edisi kali ini. Pada tahun sebelumnya, Lee Jong Suk tewas pada Lee Min Ho (Heirs) dan Kim Soo Hyun (My Loves From The Star). Kejutan yang agak besar buat peminat Park Seo Jeon kerana disangkakan agak popular di kalangan majority fans kdrama Malaysia pada tahun lepas tetapi ‘snub’ daripada pencalonan. Begitu juga pemenang daesang tiga kali tahun ini, Kim Soo Hyun menerusi drama The Producers tidak berjaya menempatkan dirinya dalam Popular Actor hasil undian fans kdrama Malaysia.

Untuk kategori Memorable Scenes, ada lima calon yang dipertandingkan. Adakah adegan seks yang diminta oleh Sung Woo (Jo Jung Suk) tetapi ditolak secara rakus oleh Na Bong (Park Bo Young) bakal dipilih Best Memorable Scene? Adakah adegan tuala yang sengaja dilondehkan Kim Shin Hyuk (Choi Si Won) menang sebaliknya? Akhir sekali, kategori Couple of The Year menyaksikan persaingan menarik antara dua calon daripada drama yang sama iaitu antara Park Seo Jeon-Hwang Jung Eum (She Was Pretty/Kill Me Heal Me) dan Choi Si Won-Hwang Jung Eum (She Was Pretty/Kill Me Heal Me). Jika pasangan kedua menang, adakah bermakna majoriti fans kdrama Malaysia kurang bersetuju dengan pengakhiran cerita drama berkenaan yang mana mereka telah terkena sindrom pelakon teraju yang ke-2? Hal ini kerana apabila dilihat daripada pencalonan, ternyata Choi Si Won berjaya menempatkan dirinya dalam pencalonan: Best Supporting Actor, Popular Actor dan Couple of The Year walaupun wataknya hanya sekadar membantu teraju utama. Apapun semuanya bakal ditentukan oleh anda selaku fans kdrama Malaysia pada pemilihan akhir.

Kesimpulannya, dengan berakhirnya Pengumuman Debaran Top 5 minggu lepas, maka saringan berikutnya adalah undian akhir yang bermula mulai sejak isnin lepas, 28/12/2015. Undian akhir ini akan ditutup pada 14 Jan 2016. Untuk mengundi sila ke sini: KLIK SINI . Pihak penganjur juga berharap dengan adanya anugerah seperti ini, dapat menarik minat lebih ramai penonton untuk menilai dan memberikan buah pandangan pada drama-drama yang telah dihasilkan. Akhir kata, ingin kami merakamkan ucapan terima kasih tak terhingga kepada forumer @milanhawkin @Lorra2411 @runaway_dida @naqibnasuha @azie.dz @rukiaichigo @ismaha @WeAiNe @ayushuhada04 @ichi @wonto @plasterhati @masdiana-ana @zanierpk @spankee_fili @MellyNad @tuna_sandwic @gerbera.memopad @nyampuk @santubung @parasitology @yoonarang @thafly dan lain-lain yang tidak disebut yang tidak kunjung-kunjung menghantar ulasan mereka bagi setiap drama yang ditonton untuk penilaian pihak kami.

Arkib: http://carikdramaawards.blogspot.com/
Keputusan TOP 5: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=938149&pid=61232557&fromuid=1148231
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2016 11:35 AM | Show all posts
baru je tgk MBC Awards smlm. KMHM mmg borong most of the awards. and kelakar je time Ji Sung dok cakap lama giler masa time terima one of the awards.

Haila.. x sempat lg nk ngundi ni @dauswq
masa begitu mencemburuiku. eceh... huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 08:30 PM | Show all posts
milanhawkin replied at 4-1-2016 11:35 AM
baru je tgk MBC Awards smlm. KMHM mmg borong most of the awards. and kelakar je time Ji Sung dok cak ...

just set dlm mind kena ngundi sblm hari Khamis minggu depan, 14/1/2016
takut terlepas lagi
ade mase lapang jek, terus ngundi

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 04:43 PM | Show all posts
kmhl best ..punch x tgk lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 04:44 PM | Show all posts
bebah replied at 8-1-2016 04:43 PM
kmhl best  ..punch x tgk lg..

punch best gak... thrilling , ade jek plan tak jadi atau dipatahkan  
ade mase lapang leh lah tengok
bebah dh mengundi?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 05:19 PM | Show all posts
dauswq replied at 8-1-2016 04:44 PM
punch best gak... thrilling , ade jek plan tak jadi atau dipatahkan  
ade mase lapang ...

lom vote laie... best eh punch..x zabarrr nak doload..nak tgk la nti..hihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057425 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list