CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 30-1-2013 10:12 AM | Show all posts
fatehana posted on 30-1-2013 10:04 AM
mmg ada org nak kena chili nie

hah nicki mana nicki nie kot yea pun menyorok udah2 ler, ...

Apa??? Kaka nak cili? Haruslah kawan tu terus menyorok. Jangan bersalin kulit udehhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2013 10:14 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 30-1-2013 10:12 AM
Apa??? Kaka nak cili? Haruslah kawan tu terus menyorok. Jangan bersalin kulit udehhh...

haipppppp bukan niki yg nak kena tp lady



Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:18 AM | Show all posts
fatehana posted on 30-1-2013 10:14 AM
haipppppp bukan niki yg nak kena tp lady

Haaa??? Tatuutttnyaaaa!!!

Meh lerrr kita seru cik meow tu ramai ramai...

meowwwww!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 10:19 AM | Show all posts
fatehana posted on 30-1-2013 10:04 AM
mmg ada org nak kena chili nie

hah nicki mana nicki nie kot yea pun menyorok udah2 ler, ...


Iyolah..iyolah Kak Hana weh.....cheq muncul ni haaaa (sambil gigil ketakutan.....)

Sorrylah tak berhapdet lama... cheq busy dgn keje. Nak bersalin bulan 6 ni, kena make sure semua task siap by April. Tu yg tak terkejar masa nak mengarang. Dahle mabuk preggie tak hilang2 sampai ke sudah....





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 10:20 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 30-1-2013 10:18 AM
Haaa??? Tatuutttnyaaaa!!!

Meh lerrr kita seru cik meow tu ramai ramai...

Cheq babap gak si Lady ni karang!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:26 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-1-2013 10:20 AM
Cheq babap gak si Lady ni karang!

Babap babap jugak.... cerita kasi sambung




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2013 10:30 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 30-1-2013 10:26 AM
Babap babap jugak.... cerita kasi sambung

Polis datang - tembak Shark - Shark mati - Habessss ceritaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:34 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-1-2013 10:30 AM
Polis datang - tembak Shark - Shark mati - Habessss ceritaaaaaaa

Wahhh! Bestnya bestnya!!!!

Tangan ke bahu mata ke atas....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2013 10:40 AM | Show all posts
Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

semua oranggg
cepatt sambunggggggggggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 10:46 AM | Show all posts
-Teaser-

Aku tahu aku akan mati akhirnya...tapi aku takkan mati dengan mudah - SHARK



Sofea...kalau kau mengerti perasaan aku saat ini - FANDI




-------------------------------------------------------------

Sambungan....minggu depan.... (Ya Ampunnnnnn )
Last edited by Nicki_Meow on 30-1-2013 10:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:55 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-1-2013 10:19 AM
Iyolah..iyolah Kak Hana weh.....cheq muncul ni haaaa (sa ...

ooooooooo blom deliver lg ke
citttt mmg lady nie nak kena babap taw ingat kot nicki tgh confinement

yealah nak wat camner, berkarya is part of ur hobby during ur leisure time kan
so mmg kijer kena didahulukan
apa2 pun klu kesempatan hupdate sikit2 yea


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:56 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 30-1-2013 10:34 AM
Wahhh! Bestnya bestnya!!!!

Tangan ke bahu mata ke atas....

nak kena panggil bomba ke lady
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 11:05 AM | Show all posts
Salam...lega dgr puan nicki sihat.........hehehehh tp smbglah sikit barang 2-3 pages, buat pelepas rindu...hakhakhakahk
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 11:46 AM | Show all posts
Loh...lom ade sambungan lagi??
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 03:14 PM | Show all posts
freddianza posted on 30-1-2013 10:40 AM
Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

semua oranggg



Hi.....Freddy cougar....

lama x muncul.....






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 08:30 AM | Show all posts
Salam semua,

@none88, @cikjeela, @Cik_Andak, @Banana - Thanks for reading

@genchi, @suria74, @wardah75, @sarizu, @sellie003, @alin80jb, @UsuFie, @wasap, @prettyuglybabe, @freddianza dan yg lain-lain - Apa khabar? Sihat?

Calling @auntieagony, @rafflesia76 and @hotmum  - lama tak nampak online. (ke cheq yg tak nampak sebab lama tak jenguk bod sini? ). Raff dah bersalin ke ek?

@cmf_conan   - takde maknanye cheq nak busy mencurik kunci orang lain....


Sambung sikit hari ni. Insya Allah cheq sambung 2,3 bab lagi minggu depan.
                  
Last edited by Nicki_Meow on 31-1-2013 08:51 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2013 08:34 AM | Show all posts
Bagaimanapun...jari-jemariku tidak ligat seperti kebiasaannya. Entah kenapa...gejala writer's block menyerangku. Walhal, adunan cerita sudah ku gaul cantik dalam fikiran. Justeru, aku lebih banyak termenung. Masa terus bergerak tanpa menunggu aku terlebih dahulu... - RAM, AKU BERCERITA

--------------------------------------------------------

Saja nak promote sambil-sambil luah perasaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 08:38 AM | Show all posts
Episode 75

Kedatangan ACP Zaid, Hisham dan dua orang pegawai polis termasuk Inspektor Marina di sambut seadanya di rumah banglo milik Datuk Yusuf. Datuk Razali dan Datin Nora, bapa dan ibu kepada Nina juga telah di jemput untuk hadir untuk mendengar sendiri perkembangan kes penculikan anak mereka. Mak Ton membawa mereka terus ke bilik bacaan Datuk Yusuf di mana Datuk Yusuf, Datin Haryati dan Fandi telah sedia menunggu di situ.

“Datuk” Mak Ton memanggil perlahan. Sebagaimana majikannya, wajah Mak Tom juga agak sugul. Sudah lama bekerja di sini, keluarga Datuk Yusuf  sudah di anggap seperti keluarganya sendiri. Jadi, bila berlaku perkara seperti ini, Mak Ton turut merasa sedih.

Datuk Yusuf mengangkat muka lalu bangun dari tempat duduknya. Datin Haryati dan Fandi turut berbuat demikian. Datuk Hisham bersalaman dengan Datuk Razali, memberikan sedikit senyuman dan di sambut oleh Datuk Razali. Datin Nora di pandang sekilas lalu menganggukkan kepalanya sedikit. Dapat di lihat kesan air mata di wajah ibu kepada sahabat baik anaknya itu.

“Nora” Datin Haryati memanggil. Datin Nora menoleh. Berkongsi rasa yang sama, mereka bersalaman dan berpelukan.

Datuk” Datuk Yusuf mengangkat muka ke arah Hisham.

“Ini ACP Zaid” ACP Zaid menghulurkan tangan untuk bersalam lalu di sambut. ACP Zaid juga memperkenalkan pegawai yang mengiringinya ke sini secara ringkas. Mereka di jemput duduk.

Hisham yang bertanggungjawab membawa ACP Zaid dan para pegawainya untuk bertemu dengan Datuk Yusuf. Pada awalnya, Datuk Yusuf sangat keberatan untuk melaporkan kes penculikan Fifi kepada pihak polis.
Ugutan Shark untuk membunuh Fifi sekiranya pihak polis mengetahui perkara ini menghantui fikirannya. Tetapi, setelah di nasihatkan berkali-kali oleh Hisham, akhirnya Datuk Yusuf bersetuju. Ini kerana bukan Fifi saja yang diculik, Nina turut menjadi mangsa. Lalu Datuk yusuf merasakan, dia tidak boleh bertindak sendirian dalam hal ini. Pandangan Datuk razali sekeluarga perlu di ambil kira. Atas persetujuan mereka, perkara ini dilaporkan kepada pihak polis.

Hisham sendiri, merasakan lebih baik kes ini dikendalikan oleh pihak polis. Bukan Hisham tidak yakin dengan kredibilitinya sebagai penyiasat persendirian professional tetapi, kes ini berat.  Shark bukanlah samseng picisan yang dapat dia tangani dengan mudah. Shark penjenayah yang paling di kehendaki ketika ini dan sudah berada dalam pemerhatian pihak polis hampir setahun. Perkara ini telah ketahui oleh Hisham sejak Datuk Yusuf menyuruhnya mencari maklumat mengenai Shahrizal, nama sebenar Shark. Tetapi, Hisham tidak boleh memberikan maklumat ini kepada Datuk Yusuf kerana kemungkinan siasatan pihak polis akan terganggu. Shark – penjenayah licik dan kejam sehingga sanggup membunuh ketuanya sendiri. Menangani penjenayah seperti itu memang diluar kemampuannya.

Di mindanya, Hisham cuba mencari logika hubungan Shark dan Fifi, anak Datuk Yusuf itu. Keluarga Datuk Yusuf amat di kenali dan di hormati di mata masyarakat. Dan Sofea Raihana, pada hematnya pula adalah gadis zaman ini yang periang dan naïf. Datang pula dari keluarga tokoh korporat ternama. Lalu, bagaimana pula anak Datuk Yusuf itu boleh terjebak dengan penjenayah seperti Shark?

“Datuk” Suasana hening sebentar tadi di pecahkan oleh suara ACP Zaid. Pandangannya di tebarkan kepada dua keluarga yang berada dalam bilik ini. Matanya beralih dari satu wajah ke satu wajah, membuat penilaian sendiri secara lisan.Mindanya pantas menyusun kata-kata yang ingin di sampaikan kepada mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 08:38 AM | Show all posts
“Hisham dah terangkan serba ringkas tentang anak Datuk yang di culik oleh Shark. Untuk pengetahun Datuk Yusuf, Datuk Razali, Shark sebenarnya memang dalam perhatian pihak polis atas sabitan beberapa kes jenayah” ACP Zaid menambah mukadimahnya tanpa perlu berbunga-bunga. Penyampaiannya perlu tepat dan ringkas supaya dapat di fahami dengan mudah. Walaupun Shark telah menculik dua orang anak tokoh korporat yang berada di hadapannya, perhatian ACP Zaid lebih tertumpu kepada Datuk Yusuf dan sesekali kepada Fandi. Ini kerana dia mengetahui akan hubungan Shark dan Sofea Raihana secara langsung.

ACP Zaid terlebih dahulu menerangkan siapa sebenarnya Shark atau Shah atau nama sebenarnya Shahrizal Bin Salleh. Orang yang telah di sabitkan dengan pelbagai kegiatan jenayah seperti pelacuran dan pengedaran dadah. ACP Zaid juga menerangkan pembabitan Shark dalam kumpulan Jedi, kumpulan yang juga terlibat dengan kegiatan jenayah dan mempunyai rangkaian hubungan dengan kumpulan penjenayah antarabangsa. Mereka yang berada di situ tekun mendengar penerangan dari ACP Zaid. Sesekali mengerutkan dahi, sesekali menarik nafas panjang, adakalanya mengeluh perlahan.

“Kumpulan Jedi telah dapat di lumpuhkan. Tapi, pihak kami tidak dapat menangkap ketuanya hidup-hidup kerana Shark sendiri telah membunuh Jedi. Dia telah menembak Jedi hingga mati”

“Shark…bunuh..” Datuk Razali menyampuk perlahan namum ayatnya tidak mampu di habiskan. Garisan kebimbangan semakin jelas di wajahnya. ACP Zaid mengangguk perlahan.

“Abang…Nina..” Datin Nora teresak lagi.

“Shark dan dan beberapa lagi ahli kumpulan Jedi menjadi buruan pihak polis. Kami akan berusaha untuk menjejaki mereka sampai dapat” ACP Zaid berkata lagi.

“Cuma, pihak kami tak sangka…” ACP Zaid menarik nafas seketika.

“Tak sangka apa?” Suara Datuk Yusuf agak tegang.

“Pada mulanya, kami cuma menjangka yang Shark akan menyembunyikan diri selama mungkin atau paling tidak, dia akan cuba menyusup lari ke luar negara. Kami tak sangka yang Shark akan bertindak sejauh ini, menculik dan memeras ugut untuk mendapatkan wang”

“Come on Encik Zaid! Awak sendiri yang cakap Shark tu penjenayah! Awak polis! Takkan awak tak boleh agak yang Shark sanggup menculik. Sedangkan membunuh pun dia sanggup..” Datuk Razali memintas. Suaranya meninggi. Dia tidak dapat lagi menahan rasa bimbang yang bersarang sejak malam tadi. Sejak mengetahui yang anaknya di culik.

“Apa yang saya maksudkan, pihak kami tak menjangka yang Shark akan menjadikan Puan Sofea dan juga Cik Nina sebagai tebusan sedangkan dia boleh memilih sesiapa saja sebagai mangsa” ACP Zaid menjawab. Pandangannya dihalakan kepada Datuk Yusuf dan juga Fandi secara bergilir-gilir. Kening Datuk Yusuf berkerut.

“Kami tahu yang Shark ada hubungan dengan Puan Sofea sebelum ini. Kami ingat masalah tersebut selesai selepas Puan Sofea berkahwin. Jadi, kami tidak memandang perkara itu sebagai sesuatu yang serius walaupun ada beberapa kali, pihak kami mendapat maklumat yang Shark pernah cuba menghubungi Puan Sofea beberapa kali”

“Tak serius? Bila dah jadi macam ni baru pihak polis nak ambil serius?” Agak tinggi suara Datuk Yusuf berkata-kata.

“Kami minta maaf Datuk. Mungkin, itu adalah kesilapan dari pihak kami” Dalam situasi tertekan seperti ini, ACP Zaid mengambil pendekatan untuk berlembut dan mengalah. Dia tidak boleh terlalu melayan provokasi dari pihak keluarga mangsa untuk mengelakkan keadaan jadi lebih buruk. Datuk Yusuf menarik nafas panjang. Dia juga perlu bertenang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 08:44 AM | Show all posts
“Apa kita nak buat sekarang?” Mendiamkan diri sedari tadi, baru kini Fandi membuka mulut. Terasa bodoh pula bertanyakan soalan seperti itu.. Dia mahu membantu, apatah lagi yang di culik itu adalah isterinya sendiri tetapi, dia tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Dia suami Fifi dan dia seperti tidak berdaya berbuat apa-apa. Itu menambah lagi kekusutan fikirannya.

“Pihak kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang Puan Sofea dan Cik Nina” ACP Zaid menjawab ringkas.

“Inspektor Marina akan membantu dalam hal ini. Kami perlu bertanyakan beberapa soalan kepada Encik Fandi, Datuk Yusuf dan Datuk Razali. Ini adalah prosedur biasa” ACP Zaid memandang ke arah wajah nama-nama yang di sebut apabila berkata begitu.

“THIS IS ALL YOUR FAULT!” Dengan tiba-tiba, Datin Nora bangun dan menjerit ke arah Datin Haryati. Semua yang berada di situ tergamam seketika, lebih-lebih lagi Datin Haryati. Dia hanya terkebil-kebil di herdik sebegitu.

“Kalau anak you tak berkawan dengan penjenayah macam Shark tu, mesti semua ni takkan jadi. Macam mana you jaga anak ni? Sekarang, Nina pun terbabit sama. Semua sebab anak you!” Sekali lagi Datin Nora menghamburkan kata-katanya.

“If something happen to Nina, I’m going to sue you!”

“Datin, bertenang Datin” Inspektor Marina cuba menenangkan keadaan.

“Sabar kau cakap? Tak kena pada anak kau bolehlah kau cakap sabar!” Datin Nora masih beremosi.

“Nora, calm down. You marah-marah sekalipun, masalah ni takkan selesai macam tu je” Datuk Razali pula bersuara.

“Kalau jadi apa-apa pada Nina, macam mana?” Datin Nora menjawab, masih dalam tangisan. Perlahan-lahan dia terduduk kembali.

“Kami faham perasaan Datin. Di harap Datin dan juga semua yang ada di sini bersabar. Kami akan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan Puan Sofea dan Cik Nina. Jadi, kami memerlukan kerjasama dari semua pihak supaya kami dapat selesaikan kes ini secepat mungkin” ACP Zaid berkata. Datin Nora mendiamkan diri.

Perlahan-lahan, Datin Haryati bangun lalu meninggalkan bilik bacaan itu.

“Biarkanlah dia. Saya dan Fandi akan beri kerjasama” Datuk Yusuf berkata perlahan sambil matanya menyoroti langkah longlai isterinya itu. ACP Zaid sekadar mengangguk, memahami.

“Kami perlu beberapa soalan pada Datuk, Encik fandi serta Datuk dan Datin” Inspektor Marina berkata sambil memandang ke arah semua nama yang di sebut. Dia tidak mahu bertangguh lagi untuk menjalankan tugasnya.

************************************************
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.578483 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list