CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15434|Reply: 136

[Tempatan] Membunuh wanita, Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati Shahril Jaafar.

[Copy link]
Post time 30-11-2016 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 30-11-2016 01:36 AM

Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati

http://www.hmetro.com.my/node/185525

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 6:22 PM

BERNAMA

Chee Gaik Yap dan gambar kanan, tertuduh, Shahril Jaafar.

Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini hari ini, mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang ahli perniagaan kerana membunuh eksekutif pemasaran wanita di Sungai Petani, Kedah, 10 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak rayuan Shahril Jaafar, 35, untuk mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 9 Ogos tahun lalu, menjatuhkan hukuman mati selepas mendapati Shahril bersalah membunuh Chee Gaik Yap, 25, di Taman Ria Jaya, berhampiran Kelab Cinta Sayang Sungai Petani antara 5.30 petang, 14 Januari 2006 dan jam 3.05 pagi, keesokannya.

Chee, dirogol dan mayatnya dicampak di kawasan perumahan itu selepas diculik ketika berjoging. Wanita itu, graduan Universiti Utara Malaysia dipercayai diekori penyerangnya ketika berjoging.

Dalam menyampaikan keputusan penghakiman, Mohd Zawawi berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu disokong dengan bukti, sambil menambah hakim perbicaraan tidak terkhilaf yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Dua hakim lain dalam panel itu ialah Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim.

Terdahulu, peguam Shahril, Shamsul Sulaiman berhujah bahawa anak guamnya bukan orang yang menyebabkan kematian Gaik Yap walaupun dia mengaku bertemu dengan wanita itu pada malam kejadian tetapi mangsa masih hidup ketika meninggalkannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah berkata pembelaan Shahril, yang memberikan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, adalah sesuatu yang difikirkan kemudian bagi mengelak sabitan membunuh.

Pada 25 Jun 2013, Shahril, anak seorang kenamaan bergelar Datuk, dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Alor Setar tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, selepas rayuan pihak pendakwaan, keputusan itu diketepikan Mahkamah Rayuan tahun lalu, selepas mendapati wujud kes prima facie terhadap tertuduh yang memerlukannya membela diri terhadap tuduhan membunuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 09:35 AM | Show all posts
Keadilan sudah ditegakkan.
Takziah anak orang kenamaan.
Iye ke kenamaam sangat? Tak kenal pun....

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:42 AM | Show all posts
Dia ni yang lari pi ostolia tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:47 AM | Show all posts
da membunuh org terima lah hukuman
masa buat kat org x memikir..
ramai sebenarnya org yg mcam ni..
masa buat kt org...rsa seronok
bila sendiri terima akibat dr perbuatan jahat tu
mula lah cri alasan, pusing sana sini nak backup diri
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:54 AM | Show all posts
makin tua nmpk cm penagih lak...
dedulu rs cm ensem skit...
cntk amoi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:06 AM | Show all posts
dna perogol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2016 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka punyer laki mulayu..sgt tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang patut pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:14 AM | Show all posts
ni mesti sebab makpak tak letak nama Muhammad pada anaknya..
jika bernama Muhammad mesti baik baik ajah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:14 AM | Show all posts
padan muka...
mohon jatuhkan sekali hukuman sebatan sampai lumpuh..
selagi tak lumpuh sebat lagi..
pstu baru ke tali gantung!!!

sesuka hati je membunuh orang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg jilake sungguh..selayaknye la
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu sebelum dia ni kena tangkap agak confusing kes ni. Sampai sekarang dok deny rupanya. :
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:19 AM | Show all posts
Dah 10 tahun pon. Harapnye dah bertaubat dan banyak lah bekalan disediakan ye.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:20 AM | Show all posts
alhamdulillah akhirnya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:22 AM | Show all posts
akak seperti tiada kepercayaan dalam kes ini kerana itu lah.. masakan lelaki melayu syumul suci akan melakukan perbuatan keji... kerana setau akak lelaki mostlame adalah ummah terpileh tuhan alloh... sentiasa mulia dan murni tingkahlaku....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 10:41 AM | Show all posts
setimpal pon hukumannya, moga bekalan dunia akhirat sudah tersedia
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:54 AM | Show all posts
RIP jua....selamat tinggal dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
10tahun xsetel lgi? Dah merogol lepasu bunuh pulak bodoh punya jantan sial! :
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 11:05 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 30-11-2016 09:35 AM
Keadilan sudah ditegakkan.
Takziah anak orang kenamaan.
Iye ke kenamaam sangat? Tak kenal pun....
...

yes,mmg betul anak kenamaan bergelar dato'...i kenal the father
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.078918 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list