View: 80861|Reply: 560
|
Tgh pregnant tapi suami berskandal dengan pompuan indon (hapdet - dah cerai dah)
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum suma,
Sebenarnya aku org lama kat forum ni tapi aku buat nick baru sbb xnak org kenal aku.. Have been a silent reader for quite a while and now benda ni jadik kat aku pulak. So here it goes...
Suami aku ni orgnya memang baik, penyabar and sayang sgt ngan anak2.. aku dah lahirkan 3 org zuriat and skrg tgh pregnantkansorang lagi zuriat utk dia sbb dia kata dia nak 4 org anak.. Only one thing yg aku x suka perangai dia is dia ni malas solat.. yg lain suma ok tapi part2 agama ni memang dia sgt x ambik peduli.. aku sentiasa bagi dia nasihat utk berubah tapi jawapan dia kalau nak berubah, dia akan berubah sendiri, x payah org suruh.. so sebagai isteri, aku malas nak bergaduh pasal ni so diamkan aje la..
Everything started end of last year bila aku tgk dia suka balik memalam, pastu bila kuar umah mesti kata jumpa kawan.. at that point aku x syak apa2 tapi bila dia dah start bahasakan diri dia 'abang' (aku dgn dia bahasakan diri mama & daddy utk senangkan anak2), aku dah mula curiga.. disebabkan hp dia selalu disorok2 pastu x pakai ringtone dah (pakai vibrate je), aku pon dah semakin syak yg dia ada berhubungan dgn pompuan lain.. so bila aku check bill hp (hp no suami pakai aku punya supplementary line), memang sah ada satu nombor yg dia dok call everyday tak kira malam, pagi, petang.. so one nite tu aku pon cuba call tht number pakai hp dia (kira curi2 la ni miss call).. tak lama lepas tu masuk sms yg ber 'abg' and ber'syg'.. memang malam tu aku terus confront en. suami.. memula tu dia deny tapi bila aku ckp pasal sms and aku treathen nak call pompuan tu baru dia ngaku.. masa tu la dia ckp dia memang tension ngan aku sbb aku ni x hormat dia la, x dgr ckp dia la.. sumanya memang salah aku la sbb tu dia cari pompuan lain... aku memang sgt kecewa time tu and aku terus jatuh sakit and masuk hospital..
Aku kena admitted for 4 days becoz of stress and dehydration sbb aku x leh mkn and murung sgt.. masa aku kat dlm hospital pon dia blh still curi2 jumpa pompuan tu memalam lepas melawat aku.. aku dpt tau bila MIL aku ckp yg suami aku keluar umah kul 12mlm pastu balik dlm kul 3-4pagi... Aku lagi la stress and aku memang mengamuk gila bila dia dtg melawat aku d next day.. aku ckp memang aku dah x percaya kat dia and sampai hati dia buat aku mcm ni.. dah la aku sakit sbb dia, boleh lagi dia curi2 jumpa pompuan tu memalam.. Bila aku mengamuk mcm tu baru la dia kata dia nyesal pastu x nak buat dah and try utk berubah demi family.. lepas tu aku sangka dia ok tapi the story doesn't end there...
Aku ckp kat dia yg aku memang berazam utk berubah mcm yg dia nak tu and he also have to change.. so we agreed to do that and siap pegi holiday berdua ke genting highland utk settle this problem.. Aku ingatkan dah settle la.. rupa2nya dlm dia dia sudah pasang lagi sorang pompuan! Aku memang x tau menahu pasal benda ni coz aku ingat dia dah insaf.. Although dia dah jarang keluar malam tapi dia buat perangai lain lak.. Dia secretly keluar rumah lepas aku tido ngan anak2.. dlm kul 1 pagi pastu balik umah dlm kul 4-5pagi.. ni suma MIL aku yg ckp sbb MIL aku tido kat bilik bawah so dia tau la pergerakan suami aku.. MIL aku syak jugak and selalu tanya my hubby napa keluar pagi2? dia ckp nak gi tgk bola kedai mamak.. memang la kat umah x siaran astro sports tu so dia gunakan alasan tu utk jumpa pompuan2 tu...
Masa bulan januari tahun ni aku dpt tau aku mengandung and suami mcm xde la excited sgt.. aku x kisah la pon sbb ni dah pregnancy yg ke 4 so x de apa nak excited sgt lagi.. aku tgk dia mcm biasa tapi skrg ni dia dah ada satu lagi no hp prepaid in which dia kata dia guna utk biz dia.. tapi aku selalu ckp kat dia kalau utk biz napa silentkan ringtone? org kalau buat biz ringtone memang kuat so that x terlepas customer.. dia selalu bagi alasan yg kata x nak bising2 time malam nanti suma org terjaga.. tapi yg sebenarnya dia guna nombor tu utk berhubungan dgn pompuan2 tu la tetiap mlm.. bila dpt sms or call je, MIL aku kata suami aku mcm org kepanasan kat umah, nak keluar dan2 tu jugak... Masa time ni hubby aku dah start hint2 kat aku kalau aku boleh terima ke kalau dia nak kawen lagi satu.. aku ckp la aku meamng x leh kongsi no matter what.. so pastu dia trus diam je la.. aku ingat dia memain je.. ye la.. lelaki kan suka tanya benda2 mcm tu.. aku jer yg x perasan...
Nak dijadikan cerita, setiap hari aku tgk suami aku semakin dingin ngan aku.. x nak bercakap, pastu dlm keadaan aku yg mabuk2 and pening ni dia langsung x ambik peduli.. aku ngan suami memang boleh kata selang sehari mesti gaduh.. suma sbb aku syak dia ada hubungan ngan pompuan.. tapi dia memang pandai cover ckp benda tu suma dah xde la, dah lepas la.. tapi hati isteri memang kuat kata dia still ada berhubungan dgn pompuan lain.. pastu ada satu hari ni, MIL aku ada suruh suami aku ni pegi betulkan paip umah MIL sbb dah patah.. so suami aku ni pegi la betulkan sbb hari tu dia cuti.. umah MIL memang xde org kecuali adik pompuan dia yg tgh cuti lepas spm.. dia call adik dia and so happen adik dia keluar pulak... so MIL bagi la kunci umah utk dia masuk nak betulkan paip. rupa2nya, dia sudah bawak pompuan tu balik umah MIL aku tu utk temankan dia betulkan paip tu.. nak dijadikan citer, adik pompuan dia balik masa dia tgh buat keje betulkan paip tu.. apa lagi, adik dia mengamuk la and halau diaorg keluar umah..ni kira dah terkantoi la ni dgn adik sendiri.. Mlm tu jugak kitaorg bergaduh besar sbb MIL aku bagitau kat aku sambil nangis2.. kat situ baru aku tau yg pompuan dia bawak tu pompuan indon.. keje kilang.. Aku rasa masa tu mcm dunia nak runtuh dah sbb perbuatan dia..
Lepas pada insident tu meamng dia mengaku suma benda yg dia buat kat belakang aku.. and mintak aku izinkan dia berpoligami.. bab ni memang aku x setuju sbb aku tau suami aku ni x mampu langsung.. selama ni memang aku yg tanggung keluarga besar we all termasuk la MIL aku tu.. suma perbelanjaan umah, kereta 2 biji, umah,anak2 sekolah memang aku yg tanggung.. suami hanya sekadar beli brg keperluan dapur jer sebulan sekali.. cukup atau x cukup, itu jer la yg dia mampu.. Suami aku setiap hari pujuk aku utk berkongsi ngan pompuan indon tu and dia kata pompuan tu sgt paham diri dia, bagi dia semangat la, and sayang sgt kat dia.. hati aku sakit dgr benda2 ni tapi aku sabar lagi sbb aku tgh pregnant and aku fikir aku x bleh nak bertindak terburu2 sbb aku fikir anak2..
Aku berusaha utk menangkan hati suami balik.. aku layan dia cukup2 and kadang2 lebih dari segalanya.. aku memang sayangkan dia walaupun hati ni sakit la setiap kali terkenang apa yg dia dah tipu aku tu.. tapi nampak gayanya, dia memang x boleh tinggalkan pompuan tu.. masa ni la MIL aku ckp yg pompuan indon memang guna ilmu hitam diaorg utk dapatkan lelaki tempatan... aku x percaya tapi dlm hati ada jugak kemungkinan benda tu berlaku.. Dlm pada time2 kritikal ni, MIL aku sgt menyebelahi aku & selalu la marah hubby aku sbb buat aku camni.. Even hp suami aku pon MIL aku pantau.. So one day tu, hp suami aku tgh charge kat dapur and MIL ada kat dapur.. masuk la satu sms yg mencurigakan.. MIL aku baca la.. kat sms tu tulis pasal cuci perut, makan jamu and mintak hubby aku bayar kos rawatan tu.. bila MIL aku bagitau aku, memang berderau darah aku sbb sms tu mcm kata dia pegi klinik gugurkan anak.. Aku nangis2 dpn hubby aku tanya betul ke dia dah pregnantkan pompuan tu and aku nak dia bersumpah dia x buat.. last2 suami aku ckp memang dia dah pregnantkan pompuan tapi bukan pompuan yg dia nak kawen tu tapi pompuan lain... Memang mengucap panjang aku and lepas pada tu aku terus pitam...
Bila aku sedar, MIL aku tgh nangis2 and suruh aku bersabar sgt2 dgn dugaan ni.. hubby aku memang sedih tgk keadaan aku mcm ni and dia kata memang suma salah dia and dia kata benda tu suma disebabkan pengaruh nafsu. Aku dah x boleh nak ckp apa dah and from that moment, aku ckp kat diri aku yg aku mesti lepaskan diri dari hubby aku selagi dia x insaf dgn perbuatan dia kat aku.. aku ckp kat dia yg aku dah buang suma perasaan cinta, kasih, sayang kat dia and aku dah x kisah lagi apa dia nak buat.. Memang aku benci dgn apa yg dia buat kat aku.. x kira la samada dia kena sihir ngan pompuan2 indon tu atau x, still pada aku meamng dia yg salah sbb berkawan ngan indon.. baru berkawan 3-4 bulan dah nak kawen and dah buntingkan org lain lak.. Aku cukup x sangka suami aku yg sgt penyayang, baik and hormat org tua boleh jadi mcm ni punya teruk..
Memang la aku pon ada salah dan silap dlm rumahtangga tapi tu suma asam garam la.. yg penting komunikasi.. suami aku meamng x pernah bagitau aku apa yg dia nak aku buat.. sumanya dia pendam je.. mana la aku tau kalau akubuat silap atau tak...
So skrg ni suami aku dah keluar dari rumah and aku pon dah bersiap utk buat tuntutan cerai faskh sbb dia x nak ceraikan aku. dia kata dia sayangkan aku tapi hati & perasaan aku dah hancur.. mcm mana aku nak terima dia balik bila dia dah buat benda2 terkutuk tu? memang aku tau aku pregnant tapi kalau aku menderita and merana setiap hari, baik la aku settle kan cepat2..
Aku harap para forumer dpt memberi pandangan yg membina utk aku sbb aku pon kengkadang x tau samada apa yg aku buat ni betul atau tak.. please jgn la nak mengutuk lebih2 sbb aku x nak perasaan aku jadi lebih teruk dari skrg.. Thank u all.. Last edited by tablet on 13-5-2013 08:11 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ai terkedu..
jaga diri..sygi diri utk anak2 TT
kuatkan semgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih dengar cite-cite macam ni. kalau ko rase leh hidup semdiri n besarkan anak-anak ko teruskan je le niat ko tu. tapi ko kene kumpulkan le bukti-bukti dan saksi-saksi yang membolehkan ko tuntut fasakh.
kalau betul le our hb nak sayangkan TT dan anak nape dia leh gi kuar rumah dan tinggalkan TT dalam keadaan macam ni. apepun keputusan kat tangan TT, fikir le baik-baik |
|
|
|
|
|
|
|
simpati teramat sgt bila baca kesah ko ni...
kuatkan semangat ya hadapi ujian ni..
mmg rumit nak pastikan betul ke tak keputusan yg kita buat kan..?
sbb ia melibatkan perasaan anak2...
adakah laki ko RAPAT dgn anak? |
|
|
|
|
|
|
|
memang rumit sesangat sbb aku tgh dlm keadaan pregnant mcm ni and anak2 pon ramai.. kalau ikutkan meamng aku mampu utk hidup ngan anak2 tanpa suami tapi tu la.. perasaan anak2 mcm mana? Suami memang rapat sesangat ngan anak2 and anak2 pon sgt manja ngan suami sbb dia jenis yg penyayang.. |
|
|
|
|
|
|
|
bersimpati dgn TT...
x terkata aku...
kuatkan lah diri demi baby dlm kandungan... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh pregnant tapi suami berskandal dengan pompuan indon
Another useless jantan...adoii..payahnya nk cr suami yg setia.
Kali ni salah pompuan lagi ke..x pandai manjakan suami??
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# tablet
ank2 masih kecil lagi ke..agak susah gak klau masih kecil..dr pengalaman akk..tp ank2 akk da besar2..de rang faham & tahu siapa yg bersalah..coz yg gila & curang bapak de rang..ank bongsu akk mmg rapat sgt ngan x huby..mmg ank manja x huby la..mula cerai dia slalu merengek nak tido ngan ayah dia..dia jd murung, besedih suka wat hal..ponteng sekolah..sampai kena kaunseling kat sekolah..masa tu da nak hmpir upsr..mmg akk pun tension, stres..takut dia gagal teruk..Alhamdullilah dpt sokongan cikgu..akk pun kena tunjukkan semangat kat dia .. x nangis depan dia..smua wat cam biasa..isikan masa dia ngan aktiviti..panggil kwn2 dia ..mmmg masa tu mmg gila2 nak hepykan dia..bykkan solat & doa..Alhamdullillah dia dpt 5A dlm upsr..dan sekrang dia da x heran x dpt tido ngan ayah dia...dia da bleh survive..dia pulak da pndai ckp..kalau kat dunia ayah dia x dpt balsan..kat akhirat sok ayah dia akn dpt balasan...hehehehe..
semoga TT bertabah...mohon pd ALLAH...berikan petunjuk & hidayah.. GOOD LUCK.. |
|
|
|
|
|
|
|
think about you and your kids. harap akak ade back up plan from A- Z |
|
|
|
|
|
|
|
xathu nak komen apa tp kalau tablet dah wat keputusan dan fikir itu yg terbaik utk tablet di masa akan datang then teruskan serta berusaha utk mencari kebahagiaan buat diri sendiri cumanya jgn pisahkan kasih si ayah dgn anak2, walau teruk mana pun perangai laki tablet tp dia ttp ayah yg penyayang kat anak2 kan
jaga diri elok2 sbb tablet tgh peknan
jgn abaikan kesihatan, klu tablet dah filken app tue sila gunakan loyer utk uruskan so tablet x yah pening pala lagi lps nie
dalam keadaan begini tablet yg lalui jadi tablet buatlah wise decision yea |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku jadi TT:
"Tiada maaf bagimu!"
Kalau betul 'sayang' TT, dia xkan buat perangai camtu.
Kalau me, kalau jantan tu xde duit, xpe, me x kisah, duit boleh cari, tapi kalau dah main pompuan lain, memang boleh GTH itu jantan.
Geram aku pepagi buta ni baca kisah TT. |
|
|
|
|
|
|
|
erkkkkk mcm kawan aku je kes ni. Kawan aku dah selamat bermadu dgn hendon. Laki dia x leh tegur, sbb stok2 suami molia, penjaga sorga...jd yg salah semua bini/kawan aku. skang ni dah much2 better kot. bebaru ni sampai nak cerai. Laki pulak nak cerai, p ajak bini bercerai kat rumah sedara pempuan dia. bila bini ajak g mahkamah haram x mo....sbb dia tentera. kalo bos dia tau, mampus lerrr kene tindakan tata tertib.
TT, kalau ko yakin ko mampu hidup sorang dgn anak2. buatlah apa yg ko patut buat. Laki ko tu dah lari dr tanggungjwb. Nak bincang nak harap dia sedar ko kene top up sabar dan kuat byk2. kalo ko rasa x berbaloi, berpisahlahhh. Lg pun ko yg byk keluarkan duit sejak kawin, jd x dok isu ko x berduit kalo cerai. Ko duk pk psl anak2, ada ke laki ko pk psl anak2 bila dia duk buat bende2 cenggini. Cerai x bermakna anak2 x leh bermanja dgn bapaknya. Tu tanggungjwb bapa laaa. Pandai2 laaa nak jaga anak kalo dah dia suka dgn keadaan yg dia cipta nih. Pd aku skang ni ko kene pk psl diri ko. kalo diri ko sendiri x beres mcm mana ko nak pk psl anak2.
Semoga Allah permudahkan, lapangkan jalan dan berikan ko kekuatan. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
suami tak kuat pegangan agam mmg gini..
solat tuh dah tentu tiang agama.. kalo tiang pun tak kukuh.. yg lain x dpt la menten..
camne la boleh berlakikan laki yg kureng bab bab agama .. kalo bab malas solat sunat tu boleh la dimaafkan.. tapi bab malas solat yg wajib??
no wonder la laki keep buat masalah dek nasfunya melebihi iman yang ada dalam dirinya itu..
simpati pada nasib TT.. apa boleh buat.. taik kambing bulat bulat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terkata apa..kesian TT...sedihnya...
Bnyk bersabar, teruskan tuntutan..
Jaga kandungan baik2... |
|
|
|
|
|
|
|
memang betul tu.. kalau kata sayang kat isteri napa sampai sanggup buat camni kan? takkan sebab nafsu semata sampai jadi mcm ni.. lagipon bukannya lama dia berskandal.. dlm 3-4 bulan ni je.. sebelum ni memang dia x de buat benda2 mcm ni sbb dia memang jenis dok kat umah, sibukkan diri dgn tanam pokok2 keliling umah, selalu berborak ngan jiran2.. skrg ni suma xde dah.. fikiran dia asik kat pompuan2 tu jer..
Aku sedih sbb anak2 aku kecik lagi.. umur 7, 5, 2 and sorang lagi dlm perut.. kalau dah besar2 tu pandai la jugak jaga diri kan... ni time diaorg memang perlukan seorg ayah tempat diaorg bermanja.. |
|
|
|
|
|
|
|
kak...sabar eh...jg diri n kandungan baik2....sy akan doakan untuk akak supaya semuanya baik...sedih sangat bila baca cerita macam ni,x dapat nak bg komen apa2 sbb sy sendiri pun masih belum kawen |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca pun rasa nak pitam, apa lagi tuan punya badan..
laki ko memang sah2 gila seks!!
kalau sayang anak2 atau takut anak2 tak berbapa, sila izinkan suami anda kawan lagi..
kalau rasa tak boleh nak bermadu sebab suami tak mampu, sila bercerai segara!..
dalam idup memang ada kos melepas.. kita tak akan dapat semua sekali gus ikut apa yang kita nak..
bercerai bukan bermaksud anak2 kena musuh ngan bapak dorang.. tapi kalau hati ko sendiri tak boleh nak terima perbuatan durjana dia tuh, akan memburukkan lagi keadaan atau efek juga pada perkembangan anak2 nanti..
hmmmm.. memang sudah kan nak buat keputusan kalau melibatkan banyak pihak neh.. tuh lar lelaki neh kata jah ada 9 akal, tapi semua tak boleh pakai!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
tersepit antara perasaan anak2 dgn peel bapak yg menikam dada..
laki tablet bukan kaki pukul bini/anak2..
laki tablet cuma telah tersasar dari landasan berfamily yg sepatutnya...
dan laki tablet tak punya kewangan yg kukuh utk sebuah kehidupan yg mencabar..
pikiran aku..
selagi laki ko tak penah pukul ko & anak2...ok to give him a 2nd chance..
tapi dgn bersyarat...
panggil laki ko dan FIl + MIL + adek beradik dia..
muzakarah..bincang yg ko mmg tak hinginkan dia..tapi ko PIKIRkan anak2..
ko nak anak2 hidup dlm suasana berfamily yg sepatutnya..ada mak + ayah..
Warning yg ko tak kan teragak2 utk trus cerai andaikata dia buat hal lagi..
dan bagitau anak2..sertakan anak2 sekali dlm muzakarah ni..yg ko bagi peluang
utk ayah berada dlm famili KITA kerana anak2...
Cakap kat laki ko yg ko tak terima mana2 MADU pun...
TITIK...!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|