CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4747|Reply: 70

[Tempatan] {10}Adoi...Tarif letrik nak naik lagi ker? UPDATE - post 71#

[Copy link]
Post time 19-8-2013 07:05 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2013 : Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata malah pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.

"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna merupakan mereka yang bilnya di bawah 200 kwh iaitu di bawah RM70, dan mereka tidak akan mengalami kenaikan bagi memastikan mereka tidak terbeban.

"Bagaimanapun sekiranya ada pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan... rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan dua tiga kali ganda...ada peratusan tertentu tetapi tidak setinggi itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di sini, hari ini.

Beliau juga berkata kadar pelarasan akan diputuskan oleh kerajaan berdasarkan input yang diberi oleh TNB.

"...banyak pertemuan telah dilakukan termasuk yang rasmi untuk membincangkan perkara itu.

"Namun kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan industri penggunaan eletrik," katanya.

Katanya sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan kenaikan harga bahan api, bukan untuk menambah keuntungan TNB.

"TNB neutral, kita tidak rugi apa-apa, seperti sekarang yang rugi adalah Petronas yang membekalkan Gas Asli Cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda," katanya.

Katanya ketika ini, Petronas menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 MMBtu, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran RM40 MMBtu.

Terdahulu, pada majlis itu 130 anak yatim daripada kakitangan TNB menerima sumbangan RM50 seorang. Turut hadir Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie. - Bernama

p/s Terimakasih la kepada yg mengundi `mereka' tuh...

Last edited by tongkatwaran75 on 3-9-2013 05:09 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 07:06 PM | Show all posts
thread dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 07:07 PM | Show all posts
amekaw, undi BN (Barang Naik ) lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 08:13 PM | Show all posts
untuk bebilion..tp jadi anak haram naikkan harga letrik..tk pe la..jngn ko jadi gayah mcm nuar berahi, azmin ali dan forumer gayah tuah rambut beruban mcm si airfilterbersih sudah la
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 08:32 PM | Show all posts
Skrg ni pun dah cukup terbeban
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 08:46 PM | Show all posts
bukan memang dah naik ke?

bil bln lepas,naik 2x ganda,padahal guna mcm biasa je pon.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2013 08:47 PM | Show all posts
Lepas ni mesti ade ummah melayu merayu..' dato seri najib.....tolonglahhh dgr suara kami rakyat yg sntiasa bersama dato seri'....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 08:49 PM | Show all posts
Ckp tgok poket sdiri mmg lah.

Tahun sblum ni,pakai ekon 2... bil baru dlm rm150.skrg pakai ekon malam je,siang mmg jarang tgk tv,coz mgadap anak je.tv mmg xbuka.bil dkt rm170. Kalo betol bnyak guna,aku xkisah sgt pun bayo.ni tgk bil,bila pikir balik apa je guna..mcm xleh pcaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2013 08:55 PM | Show all posts
dulu sbb minyak naik tarif letrik...
skrg gas plak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:07 PM | Show all posts
mmg dorang dh lama nk naikkan tarif letrik ni kan, tunggu masa yg sesuai je..
nasib le...
ada x agaknya rega barang/perkhidmatan lain yg akan naik pasni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:10 PM | Show all posts
separuh drpd pengguna, kadar letrik bulana bawah rm70?? biar betol..rasanya kali 1/4 bole caya...
aku yg duk sornag pon dah nk dekat 70 sebulan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:11 PM | Show all posts
Pakai lampu minyak tanah la aku macam ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:15 PM | Show all posts
anggap ler hadiah ke 100 hari pemerintahan najib
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:18 PM | Show all posts
setakat nih bil umah aku masih free..
nasib baik la umah aku nih sekangkang kera jah..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:20 PM | Show all posts
Slalu bil letrik umah aku paling byk pon rm80 abes maximum...
Bln ni amek ang rm120...
Tv mmg xtgk langsung...shit rrrrrr
Bila bayaq lewat sikit , sampai surat tnb nk potong letrik
Tudia..belom cukup sebulan xbayo,da nk potong letrik
Kebuloqnya tnb,ngalahkan ahlong
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:23 PM | Show all posts
anyway masih murah- kata menteri kabinet ,


macai syukur dpt br1m, kr1m,tr1m sl1m
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 09:25 PM | Show all posts
tak suka duduk hutan!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:28 PM | Show all posts
dari lepas pru lagi bil api rumah aku naik 20%, without fail...rilek jahhh...baru rasa mcm duk negara maju
dan dari lepas pru juga bil air kena surcaj 70 seng kalu tak gi mengadap kat depa punya kaunter....guna m2u pun dah tak bulih...lepas aku buat report maki kaw2 ke suruhanjaya air, dah 2 bulan pembaca meter tak mai rumah


i'll curse these filthy b*stards till the day that i die Last edited by hzln on 19-8-2013 09:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:45 PM | Show all posts
rumah keluarga aku rasa bil naik rm 120, alahai. tak tahu mana datang nye rm120. biasa kenaikan tahun2 lepas rm 40 je..

fikir2 balik nak buang semua peralatan elektrik yang tak berbaloi.. hurm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:03 PM | Show all posts
nashrudean posted on 19-8-2013 09:10 PM
separuh drpd pengguna, kadar letrik bulana bawah rm70?? biar betol..rasanya kali 1/4 bole caya...
a ...

ko buat apa duk sorg smpai bil dkt rm70???

ktorg duk 3 org bil slalu rm36-38 je...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 05:10 PM GMT+8 , Processed in 2.050506 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list