CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3610|Reply: 66

[Tempatan] Kaunter dan troli khusus bagi produk tidak halal

[Copy link]
Post time 7-11-2015 07:40 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadang menguatkuasakan undang-undang pengasingan troli bagi produk tidak halal kepada semua pengusaha pasar raya di seluruh negara.


Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin berkata, langkah tersebut bertujuan mengelakkan keraguan pengguna terutama mereka yang beragama Islam terhadap troli di pasar raya kerana dikhuatiri bercampur dengan produk tidak halal.

Namun kata beliau, perkara berkenaan masih di peringkat perbincangan dengan kajian menyeluruh perlu dilakukan kerana pelaksanaan undang-undang itu akan melibatkan kos tinggi kepada pengusaha pasar raya.

“Kementerian bercadang membuat undang-undang khusus supaya orang ramai dapat membezakan troli untuk kegunaan produk tidak halal. Pengasingan boleh dilakukan dengan produk tidak halal menggunakan troli berwarna merah sementara bagi troli produk halal berwarna lain.

“Undang-undang ini merupakan jalan terbaik untuk menamatkan keraguan pengguna tetapi kajian perlu dilakukan kerana membabitkan jumlah wang yang besar. Walaupun pengusaha pasar raya ada polisi, kita mahu undang-undang ini diselaraskan demi kebaikan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lakukan sempena kempen penurunan harga barang KPDNKK di sini hari ini.

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Sri Alias Ahmad dan Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mustapa Kamal Mohd. Yusoff.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, selain daripada pelaksanaan pengasingan troli, pengusaha pasar raya di seluruh negara juga perlu memastikan mereka mempunyai kaunter pembayaran khas bagi produk-produk tidak halal.

“Kita banyak menerima laporan terdapat pengguna yang degil membayar produk tidak halal di kaunter biasa. Hal ini menimbulkan keraguan dan masalah kepada pengguna yang beragama Islam.

“Untuk itu, semua pengusaha perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam mengasingkan kaunter pembayaran produk makanan tidak halal dengan yang lain,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai usaha-usaha kementerian itu dalam membendung peningkatan kadar rokok seludup ke negara ini ekoran kenaikan harga bahan tembakau itu, Hamzah berkata, KPDNKK akan bekerjasama dengan semua agensi terlibat bagi mengatasi aktiviti tersebut.

“Untuk mengatasi masalah tersebut, kita akan bersama-sama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi lain melakukan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan sebarang usaha penyeludupan dapat dipatahkan,” tegasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti boleh buat kaunter asing jantina mcm kat kelantan tu, bile semayang jumaat tutup pasaraya mcm kat terengganu, cashier2 harus menutup aurat,kat restoran pun asing jugak jantina serupe arab saudi harus lebih syumul
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 7-11-2015 07:51 AM
Nanti boleh buat kaunter asing jantina mcm kat kelantan tu, bile semayang jumaat tutup pasaraya mcm  ...

Klu perkara elok apa salahnya ikut....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ummah jinjang gigih jinjing poodle masing2 dalam troli. Sudah ada troli khas maa
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 7-11-2015 07:57 AM
Klu perkara elok apa salahnya ikut....

Xpayahla nak ke arabica sgt, tgkla negara arab tu kacau bilau je itu xboleh ini xboleh, bwk kereta pun pompuan xboleh, kalu bab isu babi halal xhalal begitu sensitip,tp kak bab rasuah songlap duit semua tu halal sgt,xde sape2 berbunyi, we must put the priority first yg penting utk negara and sosial, ni pasal kaunter nak beratur kat supermarket pun nak jd isu,bende2 lain byk lg yg xbetul
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nk diskriminasi dlm kehidupan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2015 08:58 AM | Show all posts
Rasanya ada je pasaraya yang dah lama amalkan cara ni bukan idea baru pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:04 AM | Show all posts
Patut laa orang2 Isle ni masih terbelakang .. benda2 kecil cmni depa besar2 kann.. masih banyak benda yang lebih perlu ditekankan.. ..

Dulu2, benda2 cmni mmg keje lobai2 Malang .. la nii, tak kira lobai Malang kaa tak lobai kaa, semua nak tunjuk kununnn jadi " pejuang Isle"

Talibanisasi tidak akan memajukan mana2 negara pun.. malah merosakkan lagi.. patut diharamkan segala budaya Arab yg tadak kena mengena ngn ugama kerna pengaruh Talibanisasi semakin menular
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
xpayah la asing..bknnya babi tu xdimasukkan dlm plastik..kenapa nk menyusahkan kalau sesuatu tu boleh disenangkan:zz
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:07 AM | Show all posts
Ini satu idea dari warga pprt. Sungguh terhinakah mereka yang bukan berugama Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertoleransi la apa semua benda nk kna asing. Aku aman jah mkn semeja ngan non muslim yg tgh mkn babi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bimbonya idea ni. Makcik pprt mana yang was-was tu. Babi pernah tertumpah dekat trolley ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Idea yang terbaik...sy sokong 1000%...patutnya dah lama buat camni
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Islam mahu nampak syumul dan gah bukak la pasar raya sendiri...!!!! Seperti sabasun ka apa..? Lepas tu nk beli milo coke takde jual...  lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:31 AM | Show all posts
iols malas nk pikir payah2, selagi xde nampak babi bertenggek kat dlm troli iols ok je. xkuasa nk siasat sampai ke akar umbi
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:32 AM | Show all posts
Beli barang makanan non-halal dlm tin tu pun kena separate troli dan kaunter ke? What's next? Lori yg bawa barang ke pasaraya tersebut kena separate juga ke?

Aku belum jumpa lagi pasaraya yg jual daging babi segar. Jadi aku tak nampak pun keperluan untuk troli dan kaunter berbeza.

Aku percaya isu ini timbul akibat kes golongan kurang cerdik yg membawa masuk anjing ke dalam pasaraya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 09:37 AM | Show all posts
Edited by merrissa at 7-11-2015 09:39 AM
kelapaparut replied at 7-11-2015 08:07 AM
Xpayahla nak ke arabica sgt, tgkla negara arab tu kacau bilau je itu xboleh ini xboleh, bwk kereta ...

khennnnn.....

benda yang serius macam 1mdb tuh yang patut di pikir kan...asingkan org2 yang terlibat rasuah dari kerajaan...itu yg septtnya..nak asing p planet marikh pon xpa..kahkahkah
ni bende remeh temeh la yang di pikiaq kan tak habis2...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape lah nk complicatedkn lg keadaan? Stiap pasaraya ada pengurusan sndri kot...yg nk buat halal system sndri biar lah yg nk sebuk2 wajibkn bagai knapa? Pelanggan kn ada hak memilih...guna lah akal masing2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni sudu kat kedai mamak.kat foodcourt kat restoran pun nak kena separate kan jgk ke? non halal food tu bkn x berlapik x berplastic pun. takut sgt. byk lg benda yg boleh di improve. benda kecik ni jgk yg dorang pk?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu pun peraturan camni..layan sngt setan dan perasaan waswas tu..ai selalu amalkan yakin dalam segala benda..tak nampak depan mata takdelah ai nak waswas tak tentu hala..no time for that..ade banyak benda lain lagi nak buat k..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.071773 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list