CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82958|Reply: 326

SUAMI DIA, KEKASIH SAYA. (BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG). -SOLVED-

[Copy link]
Post time 20-10-2012 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Hi. Saya baru lagi kat forum cari ni.  Saya betul-betul buntu sekarang. Bila google ada nampak forum  ni jadi saya join.  

saya ada kenal dengan seorang lelaki yang sangat kacak dan baik. Saya namakan dia X.  Dah hampir dua tahun kami berkawan. Pada mulanya saya tak tahu X sudah berkeluarga sebab dari gaya dia saya ingatkan dia bujang. Sungguh, jika saya tahu dia sudah berkeluarga, tentu saya mengundurkan diri dari awal lagi (sebagaimana lelaki lain berstatus suami orang yang cuba mendekati saya sebelum ini).

Dari mula berkawan lama kelamaan kami mula saling menyayangi.  Lepas 1 tahun berkawan, X mula bagitahu saya yang dia dah berkeluarga.  Saya sangat terkejut dan rasa sangat bersalah.  Tapi X yakinkan saya supaya jangan risau sebab isteri dia tak tahu tentang perkara ni.  Saya cuba menjauhkan diri lepas tu tapi tak boleh.

Hari - hari dia call dan pujuk saya.  Sejujurnya memang saya tak dapat lupakan dia sebab saya takde teman lelaki lain selain dia.  Hati saya kembali sejuk lepas dia bersungguh - sungguh
cakap nak berkawan dengan saya dan hubungan kami seperti biasa.  Dalam pada itu, beberapa kali juga dia menipu isterinya cakap pergi outstation, tapi sebaliknya kami bercuti bersama.  Saya rasa agak bersalah tapi dalam masa yang sama saya sangat sayangkan X.

Satu hari saya dapat call dari sorang perempuan.  Dia mendakwa yang dia ni isteri X. Dia call menangis-nangis tanya sejauh mana hubungan kami berdua sebab dia banyak kali perasan gerak geri suaminya yang banyak berubah sejak setahun lepas. Bila saya tanya apa yang berubah, dia cakap suaminya si X dah tak mesra dan hubungan mereka kian dingin.  Saya minta maaf pada isteri X dan berjanji takkan ganggu X lagi.

Saya kotakan janji saya (walaupun rasa sedih sangat nak tinggalkan X).  Saya tukar nombor telefon (yang saya dah pakai 6 tahun), tukar akaun fb, dan lain - lain yang boleh ditukar supaya X tak boleh hubungi saya lagi.  Tapi X tak putus asa. Hari - hari dia jumpa saya lepas dia balik kerja dan ajak berbincang sampai saya tak boleh nak elak dari jumpa X.  

Dia jugak selalu datang rumah saya dan selalu mahukan penjelasan kenapa saya dah tak layan dia. At last saya cakap kami dah tak boleh macam dulu sebab saya taknak sakitkan hati isteri dia sebab isteri dia dah tahu.  X terkejut sebab dia tak sangka isterinya tahu tentang perkara ni.  

Rupa - rupanya isteri dia tak penah confront dengan dia tentang perkara ni.  Bila saya selidik, sebenarnya isteri dia takut X marah dan tinggalkan dia (sebab isteri X tak bekerja manakala X ada kerjaya yang stabil dan agak berpangkat).
Beberapa hari lepas tu, X jumpa saya cakap dia dah selesaikan dengan isteri dia.  Dia bagitahu isteri dia yg kami cuma berkawan dan dia janji isteri dia takkan tahu lagi tentang kami berdua.  Saya serba salah. Saya memang sangat sayangkan X tapi saya kuatkan hati untuk tak layan dia lagi dan saya cakap kat X, nanti kalau isteri dia tahu lagi mesti isteri dia kecewa.  Entahlah.. saya bukannya baik sangat tapi saya rasa kesian dengan isteri dia sebab saya seolah-olah dapat rasakan macamana perasaan isteri dia bila suami curang.

X agak kecewa dengan jawapan saya dan dia cakap, "kalau abang ni bujang pun, kita bukan boleh kahwin.  Jadi apa salahnya abang ni suami orang?"

kata - kata dia buatkan saya terfikir.. memang tak boleh kahwin sebab saya seorang transgender ( sy dah buat full sex reassignment surgery), tapi sekurang - kurangnya saya taknak lagi kecewakan isteri dia.  

Pada awal perkenalan, X tak tahu saya ni transgender.  Lepas lama kami berkawan dan keluar bersama saya berterus terang tentang status saya sebab saya nak jujur dengan dia, jadi saya beritahu semua kisah saya.  Dia sangat terkejut dan terdiam lama.  Tapi dia kata boleh terima saya cuma agak terkilan sebab tak tahu dari awal.  Tapi saya bukan seperti kebanyakan transgender yang gilakan lelaki.  Saya cuma ada X seorang je sebagai kekasih.

Sekarang saya terlalu tertekan sebab terlalu rindukan gelagat X dan kenangan2 kami. Dalam masa yang sama ,masih terngiang-ngiang kat telinga saya macamana isteri X menangis serta luahkan rasa hati dia kat saya sampai merayu supaya jangan ganggu X lagi.  Isteri X juga tak tahu saya seorang transgender sebab masa dia luahkan rasa hati, ada terkeluar dari mulut dia yg dia taknak bermadu (jadi saya anggap saya dia tak tahu status saya).  

Masalahnya sekarang, X makin hari makin kerap jumpa saya dan dia jugak ada janji yg dia akan terus pujuk sampai dia dapat saya semula.  (it has been weeks tapi X masih setia memujuk).  

Saya memang takde lelaki lain dan saya sangat takut kalau - kalau saya kalah dengan pujukan X.  macam - macam dah saya buat untuk tak layan X tapi taklah sampai marah atau tengking dia sebab saya tak mampu nak marah nak buat tu kat orang yang saya sayang.  Terus terang, untuk lupakan dia terus memang saya tak mampu tapi buat masa ni saya mampu mengawal diri untuk menolak pujukan dia.

Saya sayang X tapi tak sampai hati nak lukakan hati isteri dia lagi.  Nak cari boyfriend lain yg baik, handsome, good looking macam X bukan senang. Saya betul - betul buntu.  

PS 1: saya cintakan X bukan sebab harta atau duit dia, tapi sebab saya betul - betul sayangkan dia. Saya ada perniagaan sendiri dan agak stabil utk menampung hidup saya.

PS 2: saya non-muslim manakala X seorang muslim, but we both don't talk about religion at all.

*SEBELUM MENULIS/MEMBERI PANDANGAN, ANDA BOLEH SAMBUNG BACA
#73 (PAGE 3-klik sini)UNTUK CERITA PENUH.
Last edited by ZurinaRafflesia on 13-12-2012 01:08 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2012 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembali ke pangkal jalan.... Dah terang lagik suluh ngan spotlight hangpa dua x betoi. Bawak2 la bertobat.... Insyaallah Allah bukak jalan....Bukan nk jd ustazah psl aku pun x brapa betoi lagik. Tp dah hang mintak pendpt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2012 01:29 PM | Show all posts
Innrukia posted on 20-10-2012 01:27 PM
Kembali ke pangkal jalan.... Dah terang lagik suluh ngan spotlight hangpa dua x betoi. Bawak2 la ber ...

thanks......
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 01:35 PM | Show all posts
Aduh..kroniknya masyarakat akhir zaman ni...Semoga Allah berikan anda semua hidayah sebelum dipanggil ke sana..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 01:39 PM | Show all posts
slalunye org yg bcintan cinton ni nk kan phubungan berakhir ngan pkahwinan. n tt kate tt x leh kwin ngan dia sbb keadaan tt. Jd, ape tujuannye bercintan cinton ngan suami orang tu? Dahlah tt dah seksa hati n perasaan sorang isteri ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2012 01:41 PM | Show all posts
thanks... sebelum masing-masing membuat telahan sendiri, saya nak jelaskan yang saya ni non-muslim. asal sabah.  tapi dah lama menetap di semenanjung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2012 01:41 PM | Show all posts
dia berkawan ngan ko for almost a year baru dia nak bgtau dia ada family...
and THIS is the guy that you want to be in love with?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2012 01:50 PM | Show all posts
missus_meow posted on 20-10-2012 01:39 PM
slalunye org yg bcintan cinton ni nk kan phubungan berakhir ngan pkahwinan. n tt kate tt x leh kwin  ...

saya cuba... cuma saya dah habis idea macamana nak jelaskan kat X supaya jangan pujuk saya lagi. saya cuma takut saya kalah dengan pujukan dia yang makin lama makin kuat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2012 01:50 PM | Show all posts
ZurinaRafflesia posted on 20-10-2012 01:41 PM
thanks... sebelum masing-masing membuat telahan sendiri, saya nak jelaskan yang saya ni non-muslim.  ...

None muslimpun tabienya tetap sama, saya rasa simpati tp dlm hal ni mmg zalimkan kalau kita libatkan suami orang, isteri dan anak-anaknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2012 01:52 PM | Show all posts
baby_pingu posted on 20-10-2012 01:41 PM
dia berkawan ngan ko for almost a year baru dia nak bgtau dia ada family...
and THIS is the guy tha ...

dia bagitahu saya kalau dia cakap dari awal memang saya takkan terima dia. sama macam dia, kalau saya beritahu status saya dari awal mungkin dia takkan terima saya.
actually, tentang attitude dia, banyak yang bagus dari yang tak bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 01:55 PM | Show all posts
ZurinaRafflesia posted on 20-10-2012 01:52 PM
dia bagitahu saya kalau dia cakap dari awal memang saya takkan terima dia. sama macam dia, kalau s ...

your relationship starts with a lie..for ONE year
tak paham camna ko bleh accept that..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2012 02:04 PM | Show all posts
baby_pingu posted on 20-10-2012 01:55 PM
your relationship starts with a lie..for ONE year
tak paham camna ko bleh accept that..

mula - mula memang susah nak terima.. tapi sebab dah sayang kan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 02:06 PM | Show all posts
erm..aku rs dlm masalah ko nie...yg bermasalah adalah somi org tu...harap dia kembai ke pangkal jalan...

utk u, teruskan hidup anda mcm biasa....let the river flow~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2012 02:07 PM | Show all posts
missus_meow posted on 20-10-2012 01:39 PM
slalunye org yg bcintan cinton ni nk kan phubungan berakhir ngan pkahwinan. n tt kate tt x leh kwin  ...

just to share loves.. i mean, kami bukan sekadar bercinta biasa-biasa, tapi dah macam husband and wife. i mean we did that 'thing' sebab saya dah buat full sex change operation.  dia juga orang first yang i'm be with after the surgery. only him.
Last edited by ZurinaRafflesia on 20-10-2012 02:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 02:08 PM | Show all posts
ZurinaRafflesia posted on 20-10-2012 01:50 PM
saya cuba... cuma saya dah habis idea macamana nak jelaskan kat X supaya jangan pujuk saya lagi. s ...

hmmm .... frankly, i think dia nk main2kan tt ja ... this rship (kalo boleh dipanggil camtu lah) will x go anywhere ...  n i agree with forumer yg ckp non muslim pon ade cara yg btl n x btl ... so, up 2 u 2 decide what's best 4u, ya?

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo non Muslim... Back to basic....salah tetap salah & betul tetap betul. Moral value tetap sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2012 02:15 PM | Show all posts
missus_meow posted on 20-10-2012 02:08 PM
hmmm .... frankly, i think dia nk main2kan tt ja ... this rship (kalo boleh dipanggil camtu lah) w ...

nk kata dia main-mainkan saya mungkin tak. sebab dia betul - betul care about me. he's the one yg jaga saya masa saya kurang sihat tak lama dulu. dia jugak penah belikan saya a set of jewelry sebab dia cakap nak 'melamar' saya. saya cuma ambil cincin (how can he know my size pun saya agak pelik). yg necklace  saya suruh dia beri pada his wife (tak tahu dia buat ke tak). i think he is not main-main.
Last edited by ZurinaRafflesia on 20-10-2012 03:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 02:17 PM | Show all posts
ZurinaRafflesia posted on 20-10-2012 02:15 PM
nk kata dia main-mainkan saya mungkin tak. sebab dia betul - betul care about me. he's the one yg  ...

like i said, it's up 2 u but let's juz say i know what i know
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 02:22 PM | Show all posts
laki tu bodoh sbb curang ngn wife dia

klu ko rsa ko cerdik pndai n worth dpt yg cerdik pndai jugak, ko g cari laki lain la..

ke ko nk jugak kt laki bodoh yg curang tu???
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 02:38 PM | Show all posts
of course u never talk about religion.... duhhhhh
zina dah buat, homo pun ye

maybe one thing you can do is bgtau the wife sapa ko, sejauh mana korg dah buat, then dump him.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.072211 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list