CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 0

Misi Faizal Tahir, Berita Harian 27/8

[Copy link]
Post time 29-8-2010 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 29-8-2010 20:59

Misi Faizal Tahir
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2010/08/27sebelum  -  selepas                           


      Faizal saksikan sendiri penderitaan pelarian Palestin

KETIKAbertemu dengan penyanyi popular ini baru-baru ini, jelas kelihatan dimatanya gambaran keperitan dan penderitaan yang dialami beratus-ribupelarian Palestin akibat kekejaman rejim Zionis.
Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kedaifan anak-anakkecil yang sepatutnya berada di sekolah terpaksa melarat meminta ihsanuntuk meneruskan hidup. Usah bicara fasal pendidikan yang sempurna,untuk hidup seperti insan lain pun belum tentu mampu diperoleh mereka.
Kehidupan yang daif lebih 250,000 pelarian Palestin yangterpaksa melarikan diri dari bumi kelahiran mereka disaksikan sendiriFaizal Tahir di Beirut, Lubnan. Kediaman yang tidak sempurna baik darisegi sistem perairan mahupun elektrik, menyentuh hati sesiapa yangmelihatnya termasuklah penyanyi ini.

Segala perasaan yang dikongsi Faizal ketika berada di bumi Islam ituturut dikongsi dalam program Bersamamu yang disiarkan sebanyak tigaepisod bermula 25 Ogos, 1 dan 8 September ini.

Menurutnya, diatentu sekali berbangga apabila diundang Badan Bukan Kerajaan (NGO) AqsaSyarif bersama produksi Bersamamu TV3 untuk bersama menyelami danmenghayati kehidupan pelarian berkenaan, yang seterusnya menjadipengalaman cukup berharga lagi menginsafkan.

“Sebelum ini sayabanyak juga menjadi duta kepada produk, namun pelantikan sebagai DutaBebaskan Bumi Palestin ini lebih besar dari segala-galanya.Tanggungjawab cukup besar. Ia bukan untuk promosi produk atau jualbarang. Sebaliknya ia untuk memberi kesedaran kepada semua orang danmembuka mata dunia, sampai bilakah penderitaan Palestin akan berakhir.
“Apabila menjejaki kaki ke sana, saya terus sebak melihat suasanayang begitu daif. Saya terpaksa menguatkan semangat, demi menahan airmata daripada mengalir. Saya sedar, saat itu saya seharusnya memberisemangat kepada mereka, bukannya menambah kesedihan yang ada.

“Saya yakin, siapa saja yang pergi ke sana akan tersentuh hatinya.Apabila saya memasuki sebuah rumah di satu daripada 14 kem pelarian disana dan melihat sendiri keadaannya, barulah saya sedar bertapabertuahnya kita dilahirkan di Malaysia,” katanya.

Sebagaiselebriti, Faizal menganggap dirinya sebagai milik masyarakat danindividu yang paling berpengaruh untuk menunjukkan contoh dan teladanyang baik kepada mereka.

“Saya berharap, dengan pengalaman yangsaya paparkan menerusi program Bersamamu ini, sedikit sebanyak ia akanmenyedarkan masyarakat, seterusnya memberikan pengetahuan sertakeinsafan kepada mereka.

“Saya juga berharap selepas ini lebihramai lagi selebriti akan mengambil bahagian dalam kempen Bebaskan BumiPalestin. Dengan bantuan selebriti, penderitaan rakyat Palestin mungkinakan terus mendapat perhatian masyarakat dunia,” katanya yang berjanjiakan ke sana lagi pada masa akan datang, untuk terus memberikansokongan.

Tidak mahu dikaitkan dengan produk Israel

DEKkekejaman rejim Zionis yang sungguh tidak berperikemanusiaan terhadapmasyarakat Islam di bumi Palestin, yang sudah berlarutan sehingga enamdekad, timbul perasaan benci, marah yang membuak-buak dalam diripenyanyi ini.

Jika diberikan kekuatan, Faizal nekad untuk tidaklagi mahu meneruskan apa saja komitmen membabitkan dirinya bersamaproduk Israel selepas ini.

Selain menjadi Duta Bebaskan BumiPalestin, Faizal turut terikat dengan tugas sebagai duta produk yangdikatakan mempunyai hubungan erat dengan negara itu.

“Memangada yang menyatakan produk yang diwakili saya adalah milik Israel.Daripada pemerhatian saya, sukar untuk memberikan kesahihan produk itudimiliki negara terbabit. Saya belum berkesempatan menyelidik perkaraitu secara lebih terperinci.

“Sebagai orang Islam memang kitasudah diajar untuk menghormati apa-apa saja perjanjian yang sudahdibuat. Sebelum ini juga, saya sudah menandatangani kontrak perjanjianbersama produk itu dan ia masih berbaki satu tahun lebih lagi. Mungkintahun depan kontrak ini akan berakhir.

“Jika diperhatikan, kinisaya jarang memakai produk itu, dan jika ada pun pada majlis tertentusaja. Setelah mengalami sendiri ‘kezaliman’ yang dilakukan rejim itu,saya berjanji tidak akan menyambung lagi kontrak saya dengan produkterbabit selepas ini,” katanya jelas menunjukkan kekecewaan dan sedayaupaya untuk memboikot produk Israel.

Menurutnya, sejak dululagi banyak produk Israel sudah tidak disokong olehnya, sebagai tandaprotes dan tidak bersetuju dengan tindakan Zionis.

“Sebenarnyasejak dulu lagi ayah saya sudah mendidik kami adik-beradik untukmemboikot produk Israel dan memang saya tidak menggunakannya.

“Selepas saya mendirikan rumah tangga dan memiliki anak-anak, saya jugaperturunkan kepada anak saya untuk tidak menggunakan produk Israel.Mungkin ia tindakan yang kecil saja, tetapi jika semua masyarakat duniamampu melakukan perkara yang sama sedikit sebanyak kita dapatmenghentikan niat jahat Israel untuk terus menindas saudara kita dibumi Palestin itu,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.053427 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list