CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6912|Reply: 30

WAWA- Belum berhijab penuh rupanyer... stil main bukak tudung jugak

 Close [Copy link]
Post time 17-10-2013 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Belum berhijrah penuh

Penghijrahan Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 25, bukanlah perkara baru kerana sejak penghujung tahun lalu, dia sudah selesa mengenakan jubah, serban dan bercelak mata.

Namun, ketika sidang media baru-baru ini, Wawa juga dilihat manis bertudung dan mengenakan baju kurung.

Turut menjadi tanda tanya, adakah pelakon filem, 99 Kali Rindu, ini sudah berhijrah dengan mengikut jejak langkah suaminya.

Menurut Wawa yang juga artis residen, Metrowealth International Group (MIG), dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan berusaha mendekatkan diri dalam agama.

"Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.

"Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.

"Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi," katanya yang mula mencipta nama sebagai pelakon baru menerusi drama, Klik.

Tolak tawaran demi anak

Hasil perkahwinan pada 25 Februari tahun lalu, Aeril dan Wawa dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

Malah, pasangan ini mula berkongsi wajah puteranya itu bersama peminat dan pengikut di laman sosial, baru-baru ini.

Lebih selesa membesarkan cahaya mata sulungnya itu sendiri, Wawa memilih untuk berehat sementara dari bidang lakonan.

Menurut Wawa, sehingga kini ada beberapa tawaran yang terpaksa ditolak untuk memberi perhatian kepada anaknya itu.

"Walaupun MIG masih belum menghubungi saya untuk sebarang projek, namun saya ada menerima beberapa tawaran dari syarikat produksi lain.

"Namun, buat masa ini, saya belum bersedia untuk bekerja kerana anak masih kecil. Lagipun, saya belum puas untuk menguruskan anak sendiri. Terasa rugi jika saya melepaskan momen indah ini.

"Mungkin dua atau tiga bulan lagi, saya akan kembali bekerja dan tugas itu diserahkan kepada ibu saya atau bergilir-gilir dengan Aeril," katanya yang mengakui masih terikat dengan kontrak bersama MIG sehingga 2015.

Walaupun kontrak masih berbaki dua tahun, namun sehingga kini dia masih belum dimaklumkan mengenai statusnya bersama MIG.

Katanya, sejak dia membuat permohonan untuk bercuti panjang ketika menderita penyakit misteri itu, sehingga ke hari ini, pihak MIG belum menghubunginya untuk sebarang tawaran lakonan.

"Saya juga tidak tahu status saya kini, adakah masih di bawah MIG ataupun tidak. Malah, saya tidak dimaklumkan mengenai apa-apa projek lagi.

"Jadi, selagi saya tidak dipanggil, selagi itulah saya sifatkan, saya masih diberi rehat panjang.

"Pun begitu, saya terima apa jua tindakan daripada pihak pengurusan dengan hati yang terbuka," kata anak kelahiran Lahad Datu, Sabah ini.

-sinar harian-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 05:14 PM | Show all posts
nak berapa banyak thread pasal mereka ni? tak boleh ke sambung je kat mana-mana thread yang dah ada?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:18 PM | Show all posts
sambung je la dlm thread pasal nikah kawen dia tu
senang
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:19 PM | Show all posts
seperti yg dijangka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2013 05:22 PM | Show all posts
kacang3.. hahahahaha.. korg ni pun ngade2 amik kesempatan sgt tau..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:25 PM | Show all posts
musangcomel posted on 17-10-2013 05:18 PM
sambung je la dlm thread pasal nikah kawen dia tu
senang

tu la...sambung je la...ngade die ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 05:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:34 PM | Show all posts
cerita wawa lagi. deii..sumbat2 je la thread yg sedia ada.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:37 PM | Show all posts
gigih nyer TT buka thread...selidik ler dulu weiii...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:54 PM | Show all posts
apa apa pun, carta BG  mggu ini di ungguli oleh aeril dn wawa,
hari2 ada je benang baru dibuka psl derang......

dr yg x pernah kenal dh kenal, syabas ada hikmah jg di sebalik musibah,,,,


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 06:14 PM | Show all posts
kat press conference pun dia cakap bukan image dia. doa utk berubah. si zubir terjerit2 kat belakang "watak hari ni nak jumpa media kenalah tutup" lebih kurang gitu. mulut zubir ni. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 06:30 PM | Show all posts
wawa muka cantik bila bertudung macam perempuan arab bila cabut tudung macam perempuan eropah hmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 06:44 PM | Show all posts
wah byk tred cik wawa
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aitttt psgan 2 sejoli ni lg ke
Sambung jerlah kt yg dah sedia ada tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 06:54 PM | Show all posts
munchkin posted on 17-10-2013 06:14 PM
kat press conference pun dia cakap bukan image dia. doa utk berubah. si zubir terjerit2 kat belakang ...

Zubir jerit ckp camtu ke?
masalah gila zubir ni. Aku tak fhm betul apa yg dia marah sgt dgn bdk 2 org nie. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 06:54 PM | Show all posts
so aku prcaya jer klau dorg ni baru nikah bebaru ni n xde nikah kli prtama tu klo cm ginilah stetment si wawa.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 06:57 PM | Show all posts
Nayzu posted on 17-10-2013 06:54 PM
Zubir jerit ckp camtu ke?
masalah gila zubir ni. Aku tak fhm betul apa yg dia marah sgt dgn bdk 2 ...

ha ah...dia ngan rudy....cam mental pulak...tak pernah dengar kat press conference wartawan jadi mental. selalu kalau tanya soalan provokasi pun normal je tone dia orang. takdelah cam rudy ngan zubir terjerit jerit marah cam dia orang pulak mak bapak si wawa and aeril tu. kalau macam lebih baik si zubir and rudy take over bagi statement je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:32 PM | Show all posts
masa sidang akhbar tu kena tonjolkan imej islamik sikit....sampaikan ke peguam  pun pakai ketayap...udah-udahlah bukak thread baru pasal pasangan ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.097908 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list