CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2719|Reply: 30

[Tempatan] {13} Wartawan foreign cover isu MH370, hilang RM15k ketika sidang akhbar ! pic

[Copy link]
Post time 14-3-2014 10:30 PM | Show all posts |Read mode
14 Mac 2014

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Dalam kesibukan petugas media tempatan dan antarabangsa membuat liputan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)MH370, seorang wartawan TV luar negara mendakwa kehilangan RM15,000 apabila beg miliknya dicuri di sebuah hotel di sini Khamis.

Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video.

Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda yang terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar bersama dua lagi rakannya.

Beliau membuat liputan berita kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Beg galas itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yang disyaki sudah berada di sini sejak semalam.

Chan yang kelihatan panik segera memaklumkan kehilangan beg itu kepada pengurusan hotel dan sejurus selepas itu wajah dan pergerakan suspek dapat dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam rakaman CCTV, suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengambil beg itu dan meninggalkan hotel itu ketika kebanyakan petugas media sibuk membuat liputan di ruang lobi hotel.

"Saya tak sangka ada orang yang mengambil kesempatan dan mencuri ketika kita (petugas media) buat liputan berita.

"Ada RM15,000 dan dokumen penting seperti pasport dalam beg itu," katanya kepada pemberita.

Chan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Polis mengerakkan sepasukan enam anggota termasuk tiga anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi menyiasat kes kehilangan beg  wartawan dari Hong Kong itu

Pasukan itu yang tiba kira-kira 8.30 malam, melakukan pemeriksaan kira-kira 30 minit di lobi sebuah hotel, iaitu tempat terakhir mangsa meletakkan begnya ketika membuat liputan berkaitan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) sejak 8 Mac lepas.

Sementara itu di Sepang, jurufoto agensi berita antarabangsa  European Press Agency (EPA) Shamshahrin Shamsudin hilang satu set kamera digital bernilai anggaran RM20,000 di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Shamshahrin, 43, berkata kecurian itu berlaku selepas beliau selesai melakukan liputan sidang akhbar harian berkenaan kehilangan pesawat berkenaan.

"Pada 7.20 malam, selepas saya siap kerja-kerja saya dan menunggu rakan menyudahkan kerjanya, saya menerima panggilan daripada anak dan saya meninggalkan kamera saya berserta barangan lain termasuk lens di dalam beg dan diletakkan bersebelahan kawan saya itu.

"Selepas 20 minit menjawab panggilan, saya kembali ke tempat kawan saya berada, namun menyedari kamera saya berserta lens telah hilang," katanya kepada Bernama.

Pemangku Presiden Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) Norhaizat Abdul Samad dalam satu kenyataan Khamis malam berkata kamera itu didapati dilarikan seorang suspek yang berada di ruang lobi hotel kira-kira pukul 7 malam berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dapat mengakses wajah suspek.

Beliau berharap keselamatan di kawasan itu dapat dipertingkatkan memandangkan sejumlah besar jurufoto dan media bertugas membuat liputan berita kehilangan pesawat itu, termasuk media antarabangsa.

-- BERNAMA        

p/s wartawan China plak tu...


Last edited by tongkatwaran75 on 14-3-2014 10:34 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2014 10:31 PM | Show all posts





Chan Wai Li memerhatikan anggota Forensik dari Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur
memeriksa beg, jaket dan topi suspek yang mencuri begnya


Last edited by tongkatwaran75 on 14-3-2014 10:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 10:37 PM | Show all posts
suruh bomoh malayatu teropong mana pinya duit yang ilang tue
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aaaah sudaah .....tambah tambah lg lps ni tah pe lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 10:43 PM | Show all posts
wah malaysia boleh land
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 10:57 PM | Show all posts
padan mooooooooooooooooka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2014 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat lgi mencurik. Agaknya sama2 reporter kot..tk pun kru2 kt situ.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 11:24 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 14-3-2014 10:31 PM
Chan Wai Li memerhatikan anggota Forensik dari Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur
memerik ...

Maknanya suspek berjaya ditangkap?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
So dpt balik tk duit tu...aku nk bwk dlm wallet 150 pn was was.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pandangan orang luar terhadap negara kita ni memang negatif.

berbanding singapura, cara mereka menangani krisis amat berkesan dan banyak pujian hingga kehari ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 11:31 PM | Show all posts

Ada cash rm15,000 dlm bag?  Dia tau keja reputs rushing sana sini yg letak duit cash byk2 dlm bag tu pehal?   Bodoh tol....mamat yg mencurik tu melayu islam ke?  Mcm muka melayu baik jer....jenis family guy gitewww Last edited by ladida on 14-3-2014 03:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 12:29 AM | Show all posts
Mcm hensem plak Chan Wai Li ni.

Apa mamat ni buat mmg memalukan negara la... muka tak nampak langsung muka penyangak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 12:36 AM | Show all posts
Ingatkan makcik2 je dok bawa kehulu ke  hilir duit cash..rupanya mamat hkong pun bawa duit casah juga..dia ingat msia ni xde bank kut..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 12:56 AM | Show all posts
tu laaa....sapa suruh careless???? jenayah boleh berlaku di mana2.......selalu tengok kat documentary Scam City National Geographic Channel...

so, berhati2 lah.....jaga elok2 barang tu....jgn tinggalkan....angkut ler walaupun berat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 01:16 AM | Show all posts
dpt tgkp ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 01:22 AM | Show all posts
bimbo bukit                 
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2014 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kat klia, cyberjaya, putrajaya tu semua tumpuan pencopet warga asing.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 03:56 AM | Show all posts
ini kejadian terpencil
malaysia masih selamat
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 04:04 AM | Show all posts
boleh la suh pakcik berahim zin teropong pakai buluh hikmat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 04:15 AM | Show all posts
kesiannya. harap suspek dapat segera ditangkap.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.078186 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list