Pelakon utama: Muniff Isa, Sari Yanti, Irfan Roslan & Syatilla Melvi.
Sinopsis
Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.
Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.
Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal berasingan. Iskandar bekerja sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.
Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.
Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.
Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran? Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah, Iskandar dan Emran menerusi ‘BFF…Teman Tapi Mesra’ pada setiap Ahad jam 9.00malam.
Sari Yanti - Shahidah
Munif Isa - Iskandar
Irfan Roslan - Emran
Syatilla Melvin - Karmila(?)
Iskandar bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam tekanan akibat kongkongan ibu bapanya. Lantas, dia terfikir hendak membebaskan Shahidah dengan cara melamarnya sebagai isteri.
Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka tinggal berasingan dan merahsiakan status mereka daripada orang sekeliling. Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita mengenai kerjaya masing-masing. Mereka tidak berbual mengenai cinta, tetapi hanya berbual mengenai impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi.
Suatu hari, Iskandar jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah pula rapat dengan Emran, rakan sekampung mereka yang bergelar model. Justeru, mereka mengambil keputusan untuk bercerai.
Hubungan Iskandar - Karmila putus apabila Karmila beralih cinta. Iskandar terluka. Shahidah sentiasa di sisinya memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi teman baik tetapi pasangan hidupnya yang lengkap. Iskandar jatuh cinta pada Shahidah.
Apakah sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah sudah bersedia menerima Emran sebagai cinta pertama?
macam best cerita ni. tapi irfan pakai baju sekolah tak sesuwai okey. jadi model pun tak sesuai jugak. samada tukar karier or tukar pelakon terus hahaha
macam best cerita ni. tapi irfan pakai baju sekolah tak sesuwai okey. jadi model pun tak sesuai juga ...
cikara Post at 15-1-2012 21:15
baca sinopsis dia best kot.. walaupon typical drama melayu (kawen terpaksa) irfan tu gedabak sangat bdn mcm bapak orang tak sesuai jd budak sekolah.. tapi nanti dia bawak watak dewasa jugak
aku lagi suka muniff isa