CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5767|Reply: 40

[Tempatan] Profesor Dr Hatta: Jangan tertipu dengan teknologi

[Copy link]
Post time 12-3-2014 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Profesor Dr Hatta: Jangan tertipu dengan teknologi

Professor Dr Hatta Azad Khan

SEJAK dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, sehingga ke hari ini, pesawat MH370 yang membawa 12 kru dan 227 penumpang masih menjadi tanda tanya.

Walaupun usaha mencari dilakukan di segenap pelosok, namun belum ada tanda-tanda mengenai pesawat yang hilang dalam keadaan yang penuh misteri ini.

Di saat pihak berkuasa giat melakukan siasatan dan usaha pencarian, ada juga di kalangan masyarakat yang tidak terlepas dari membuat spekulasi sendiri dengan 'meramal' apa yang telah terjadi.

Bukan sahaja menjadi 'cakap-cakap' dari mulut ke mulut, malah golongan 'keyboard warriors' juga semakin galak membuat pelbagai andaian dengan mengambil kira beberapa insiden yang berlaku di luar negara sebelum ini.

Seakan berada tepat pada masanya, filem Hollywood, Non-Stop, yang berkait rapat dengan krisis di dalam pesawat turut mendapat sambutan hangat di kalangan penonton.

Meskipun sudah lebih dua minggu ditayangkan, filem lakonan, Liam Neeson, ini terus menerima kunjungan, malah rata-rata pawagam dipenuhi penonton dengan status tiket habis dijual.

Filem yang mengisahkan mengenai marsyal udara persekutuan Amerika Syarikat (AS), Bill Marks yang berhadapan dengan rampasan kapal terbang, ini kemungkinan besar menjadi igauan buat penonton yang turut mengaitkan kehilangan MH370 dalam situasi ini.

Sementelah pula, pihak berkuasa termasuk Jabatan Penerbangan Awam (DCA), tidak menolak kemungkinan pesawat itu telah dirampas.

Perkara ini membuatkan masyarakat lebih merasa 'terbuai-buai' di antara realiti dan fantasi dengan mengaitkan beberapa kisah mengenai rampasan pesawat sebelum ini.

Malah, selain Non-Stop, filem-filem antarabangsa lain yang memaparkan kisah mengenai kapal terbang seperti Flight, Executive Decision, Alive dan Air Force One, turut memberi ruang kepada masyarakat untuk berimaginasi dengan lebih meluas lagi.

Berbicara mengenai filem-filem yang boleh menjurus kepada spekulasi dan pemikiran di luar jangkaan, Zass mendapatkan pandangan daripada, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Professor Dr Hatta Azad Khan.


Kehilangan MH370 masih dianggap misteri apabila tiada tanda-tanda ianya dijumpai. Pada pandangan anda mengenai kejadian ini?

Saya lebih selesa menganggapnya sebagai satu kecelakaan di mana kita terpaksa berdepan dengan cabaran kecanggihan teknologi di masa kini.

Saya berharap agar pihak berkuasa lebih banyak membantu dalam usaha mencari dan penyelamat seluruh warga yang berada dalam pesawat berkenaan. Ini kerana, ia melibatkan ramai nyawa dan tentunya kaum keluarga menanti mereka.

Namun, segala ketentuan, kita harus berserah kepada ALLAH SWT. Seluruh rakyat perlu berdoa agar malapetaka ini akan tamat atau tidak berlanjutan. Saya mengharapkan yang terbaik untuk MH370.


Ramai di kalangan 'keyboard warriors' kini menunjukkan kepakaran mereka dalam meramal kejadian yang berlaku. Adakah ianya situasi yang perlu dipandang serius?

Ramalan, spekulasi, andaian dan persepsi negatif perlu dihentikan kerana ia bukanlah perkara yang dapat membantu dalam hal ini. Jangan cuba membuat cerita yang tidak munasabah kerana negara kita memiliki kecanggihan dan kepakaran yang tidak kurang hebatnya.

Biarkan mereka membuat kerja itu tanpa dibayangi apa-apa andaian daripada pihak yang tidak bertauliah. Segala andaian dan spekulasi ini mungkin boleh menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan keluarga yang terbabit kerana ianya soal nyawa dan keselamatan.

Ada baiknya jika kita terus berdoa dan meminta bantuan dari-Nya agar perkara ini akan berakhir. Tidak perlulah kita menambah cerita-cerita yang belum tentu kesahihannya.


Ketika kita berhadapan dengan kehilangan pesawat, pada masa yang sama, filem antarabangsa mengenai rampasan kapal terbang, Non-Stop, sedang ditayangkan. Malah, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton...

Buat masa ini, saya belum berkesempatan untuk menonton filem itu lagi. Namun, menerusi beberapa rumusan daripada penonton, kebarangkalian minat mereka untuk menonton itu berpunca daripada situasi yang sedang berlaku kini.

Mungkin rasa untuk tahu itu lebih mendalam, jadi mereka mengambil pendekatan untuk menonton filem ini agar dapat 'menjamah' sedikit akan situasi yang sedang berlaku. Bagi saya, ia tiada masalah kerana masing-masing ingin tahu akan apa yang telah terjadi.



Sejauh manakah sesebuah filem itu mampu memberi persepsi kepada penonton?

Sebenarnya, ia lebih kepada perasaan ingin tahu di kalangan masyarakat. Namun, saya tidak rasa bahawa mereka akan mengambil kesemua inti pati dalam filem untuk disamakan dengan apa yang berlaku sekarang.

Lagipun, buat masa ini, kita tidak tahu lagi apa yang telah terjadi. Penonton kita juga semakin bijak dalam menilai pengisian sesebuah filem. Bagi saya, filem tetap filem, di mana ianya hanyalah kejadian yang dilakonkan semula.

Seperti yang kita lihat, filem hari ini tidak terlepas dari teknologi yang serba canggih. Pun begitu, jika ia membabitkan soal kejadian alam, bencana alam, kecelakaan dan malapetaka, ianya menjadi sesuatu yang sukar untuk divisualkan.

Walaupun dihasilkan dengan teknologi canggih, ia masih tidak dapat menyamai kejadian sebenar walaupun berdasarkan kisah sebenar.


Tidakkah filem-filem berkenaan dihasilkan berdasarkan kajian terperinci terlebih dahulu?

Ya, setiap filem yang bagus perlu melalui beberapa kajian terlebih dahulu apatah lagi jika ia melibatkan bencana alam mahupun kecelakaan. Untuk memantapkan lagi kisah yang ingin dipaparkan, sudah tentu mereka akan mengkaji beberapa aspek berdasarkan penemuan kejadian ataupun sejarah apatah lagi, kes sebegini bukanlah pertama kali berlaku dalam sejarah dunia.

Bukan sahaja filem, malah penghasilan dokumentari pun turut dihasilkan dengan penuh kajian secara lebih terperinci. Namun, seperti yang saya tegaskan tadi, filem tetap filem dan ianya bukanlah 100 peratus diambil daripada kisah sebenar.


Apa pula nasihat anda kepada golongan masyarakat yang lebih gemar membuat telahan awal ataupun berdasarkan filem untuk dikaitkan dalam kejadian ini?

Masing-masing mempunyai hak untuk berfikir sejauh mana, namun elakkan daripada membuat telahan yang bukan-bukan. Tidak salah untuk menonton filem-filem atau karya yang lebih dekat dengan kejadian yang berlaku, sekiranya niat kita untuk mengetahui. Namun ianya perlu mengambil kira beberapa perkara. Jangan sampai kita tertipu dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada.


Akhir sekali, apakah harapan anda untuk MH370?

Saya benar-benar berharap agar kesemua penumpang termasuk kru yang berada dalam pesawat itu berada dalam keadaan yang selamat. Jauh disudut hati saya mengharapkan mereka selamat dan baik-baik sahaja kerana ramai di kalangan keluarga yang setia menunggu apa jua berita.

Namun, sekiranya mereka dikhabarkan dengan berita buruk, terimalah dengan hati yang terbuka dengan menganggap ianya adalah ketentuan dari Yang Maha Kuasa. Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan mereka!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 03:34 PM | Show all posts
bukan jgn tertipu ngn jin ka?..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 03:57 PM | Show all posts
  Bomoh Ibrahim Mat Zin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sedang berusaha membantu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370. Hari ini masuk hari kelima semanjak pesawat MH370 hilang pada Sabtu . – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.  http://www.themalaysianinsider.com/
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 03:58 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 12-3-2014 07:57 AM
Bomoh Ibrahim Mat Zin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sedang berusah ...

sape bawak badut ni masuk klia...tolonglah memalukan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:03 PM | Show all posts
mazhab bomoh mmg patut kene haram terus kat negara Islam
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:07 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 12-3-2014 03:57 PM
Bomoh Ibrahim Mat Zin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sedang berusah ...

lahaaiiii buat apa dengan labu sayong tu....nak pomot labu sayong ke...meh melawat perak meh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2014 04:10 PM | Show all posts
aireen24 posted on 12-3-2014 03:58 PM
sape bawak badut ni masuk klia...tolonglah memalukan Malaysia

abih ..oreng kato ..caro science ..tak dapek ...pakai lah ...caro ...apa nama ....????
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:11 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 12-3-2014 04:07 PM
lahaaiiii buat apa dengan labu sayong tu....nak pomot labu sayong ke...meh melawat perak meh....

yang mamat bawak tu ...agaknya ...limited edition kot ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 04:12 PM | Show all posts
Ada name tag.
Kalau di mata pelancong asing, sekilas pandang macam petugas KLIA.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:17 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 12-3-2014 04:11 PM
yang mamat bawak tu ...agaknya ...limited edition kot ...

hahahahaha limited edition.....pas ni padam terus la ....habis dah edition bodo banghal ...hat yang bagi kebenaran masuk klia tu lagi baghal bengong...set2 tu memang bertuhankan benda2 syaitan khurafat ni..dah mampus sekor kena kerat 18 pun xserik2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:17 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 12-3-2014 03:57 PM
Bomoh Ibrahim Mat Zin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sedang berusah ...

Ya Allah...
hehehe..bakul tu nak isi apa..kelakar giler...
memalukan.......
siapa yg panggil bomoh2 ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:20 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 12-3-2014 04:17 PM
hahahahaha limited edition.....pas ni padam terus la ....habis dah edition bodo banghal ...hat yan ...

hang lupa kah ...yang mampuih ...ado anak beranak ...siap ado cucu cicit ...mano nak abis ...tukang kutip bersepah ...kat kajang ...siap buwek hal ...pakai benda tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:25 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 12-3-2014 04:20 PM
hang lupa kah ...yang mampuih ...ado anak beranak ...siap ado cucu cicit ...mano nak abis ...tukan ...

owhhhh makin menjadi2 benda khurafat dalam masyarakat umngok ni...bertuhankan syaitan...nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:26 PM | Show all posts
aireen24 posted on 12-3-2014 03:58 PM
sape bawak badut ni masuk klia...tolonglah memalukan Malaysia

Haeran juga, ritual dibuat di KLIA sedangkan pesawat hilang di area laut.  Awat mereka tak buat kat laut je?  Nampak sangat membodohkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:29 PM | Show all posts
haryatie posted on 12-3-2014 04:17 PM
Ya Allah...
hehehe..bakul tu nak isi apa..kelakar giler...
memalukan.......

volunter kot ...nak dapek publisiti....free...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:29 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 12-3-2014 04:12 PM
Ada name tag.
Kalau di mata pelancong asing, sekilas pandang macam petugas KLIA.

probably sekuriti KLIA or mungkin juga sekuriti peribadi kumpulan bomoh ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 04:30 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 12-3-2014 04:25 PM
owhhhh makin menjadi2 benda khurafat dalam masyarakat umngok ni...bertuhankan syaitan...nauzubilla ...

agaknya ..mamat tu ...ahli bahagian mano ...aah ..???
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:34 PM | Show all posts
nolya posted on 12-3-2014 04:29 PM
probably sekuriti KLIA or mungkin juga sekuriti peribadi kumpulan bomoh ni.

Semua ada name tag.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:40 PM | Show all posts
Bekas mufti tegur guna bomoh cari MH370
Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.
Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.
"Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.
"Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan," kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
B ernama semalam melaporkan, kehilangan MH370 mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.

dah keno tegguh ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:41 PM | Show all posts
nu tadi ada bideo mahluk ni naik tikar pandan terbang - nak g negeri pasir dua butir gamaknyaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.195280 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list