CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

   Close [Copy link]
Post time 30-9-2014 05:11 PM | Show all posts
JokesCop posted on 29-9-2014 01:03 PM
Apsal board mps macam sendu je sejak kebelakangan nie?

Well, on other unrelated topic, aku dah a ...

aku ingatkan aku sorg je yg perasan camtu
xtercapai dek fatamorgana bila memikirkan
rupanya ko pun sama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 05:16 PM | Show all posts
JokesCop posted on 30-9-2014 06:32 AM
TITLE: Mean Girl[3]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[2]..

racist wehhh
mentang2 dia hitam
di riot kan team hoki
gahahahahahahahaha


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 02:41 AM | Show all posts
Peh, mean girls ni byk jc boleh twist citer. Surprising element boleh letak samada kat Laina, Hans, kwn2 dia. Peh.. Story development kuat ni, boleh bersiri2 . Hehehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 06:27 AM | Show all posts
TITLE: Mean Girl[4]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[3]..

[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl: Cerita macam mana Laina dapat kelebihan orang disekelilingnya berlaku penampakan..  

[Kiera's Dad]

Bersempenaan dengan Kiera yg demam dan dapat cuti, ayah Kiera pun ambik keputusan untuk pergi berjalan-jalan makan angin dgn mengheret kaum keluarga beliau termasuklah Kiera yg x berapa nak sihat pergi bercuti.. Ke-selfish-an ayah Kiera bukan sahaja terserlah apabila dia mengheret anaknya yg tidak sihat pergi bercuti malah tempat pilihan beliau adalah di Kuala Sedili dan aktiviti yg akan dijalani adalah memancing di atas bot..

So, disebabkan ayah Kiera lebih rashat dari sebiji traktor dan lebih budak-budak dari budak 2 tahun (read: xikut cakap nanti dia nangis).. Maka, terpaksalah Kiera dan adik beradik mereka melayankan kehendak ayah mereka.. Dalam perjalanan pergi ke kolek, derang terserempak dengan sekor ular hitam yg panjang dan besar melintang di tengah jalan.. Tiada apa yg magik disitu, hanyalah ayah Kiera berjaya nampak ular tu dari jarak lebih 100 meter di waktu senja.. Tapi, disebabkan nafsu memancing ayah Kiera yg lebih besar dan panjang dari ular tersebut, maka di-benggol-kan (read: lenyek) ular tu tanpa memikirkan apa-apa akibat dan meluncur laju Vitara mereka ke jeti..

Sampai di jeti, ayah Kiera yg paling heppi dan habis dikerah seluruh adik beradik Kiera termasuklah Kiera yg sedang demam selesema mengangkat segala peralatan memancing.. Dari joran, kasut nike air hinggalah ke ice box kecik, semua dia main arah je tanpa memerah keringat.. Setelah semua barang dah masuk dalam bot, ayah Kiera pun berdiri dihadapan bot sambil menjerit-jerit menyuruh pemandu bot pergi ke kanan dan ke kiri walaupun dia xtahu mana spot mancing yg best..

[Casting Technique]

Sampai je dekat lubuk ikan, matahari dah terbenam, jam menunjukkan sudah hampir pukul 9.. Ayah Kiera pun cast-lah joran ke laut sambil memarahi anak-anak dah wife dia yg tidak tahu memancing dgn panggilan seperti "tangan bangku", "kayu" dan Kiera yg sedang demam, dijerit oleh ayahnya "baling pancing mcm pompuan, lembik!! Bwahahahahaha~~" walaupun ayahnya sedar yg Kiera adalah seorang perempuan.. Yang buat Kiera terasa sedih bukan sebab dijerit oleh ayahnya, tapi perangai ayahnya yg berkali-kali ditegur oleh kaptain bot sebab perangai so-2-years-old..

Setelah hampir 2 jam dan agak banyak ikan mereka dapat, Kiera pun berhenti rehat di dalam bilik bot.. Dari dalam bilik tersebut, ada tingkap yg mengadap ke luar.. Tengah Kiera mengelamun tu, tiba-tiba nun jauh di tengah laut, dia ternampak mcm tangan mengapai2 mcm org yg sedang lemas.. Kiera pun tenunglah tangan tu and memang mcm tangan orang.. Kelam kabut Kiera keluar dari bot berlari sambil mengapai bouy keselamatan (read: pelampung) yg tergantung di dinding boat.. Keluar je dari boat tersebut, Kiera terus mencampak bouy tu ke laut dan serentak dgn itu terdengar jeritan padu dari arah belakang Kiera..

Suara: WOIIIIIIIIIII!!!!!

Terperanjat Kiera, perlahan-lahan dia mengalihkan pandangan kebelakang.. Terjengul muka bengis Kapten Boat..

Kapten: (sambil menarik-narik tali bouy) Ko tau x pelampung ni mahal!! Buang kenapa??
Kiera: Tapi pak cik, saya nampak mcm ada orang lemas kat sana..

Kiera menunjukkan tempat dimana tangan melambai2 dari dalam laut.. Then, Kapten bot dengan pantas menarik tali bouy dan terus ke tempat pemandu.. Dia pun jerit kat Kiera..

Kapten: WHEREE!!? WHEREE!!?

Terus boat tu meluncur laju mengikut telunjuk tangan Kiera.. Sampai di destinasi yg dituju, satu bijik tangan pun xde.. Yang ada hanyalah penampakan Ayah Kiera yg bengang sebab kapten boat menukar haluan kapal tanpa memberi kata dua, abis lebur 2 bijik pancing ayah Kiera.. Kiera dan Kapten pun berjalan ke tepi boat dan menjengukkan kepala dia ke dalam laut untuk melihat kalau-kalau orang tu dah lemas atau tidak.. Tapi, tiada penampakan manusia pun dari dalam laut, hanyalah sepasang mata besar yg menyerupai ular merenung kembali kepada mereka berdua..

Kiera dan Kapten bot tanpa membuang masa terus mengalami demam panas maksimum sehingga bergolek diatas bot. Dan Ayah Kiera terpaksa memandu pulang bot dan berjaya parking bot tersebut di atas pasir (read: terbabas mase nak park)..


[Hans the Connector]

Habis je cuti, Laina dan kawan-kawannya pun baliklah ke kampung halaman.. And pada hujung minggu Laina dah set date dengan Hans sebab nak cari ustaz or siapa-siapa utk menolong Laina.. So, pukul 7:30 pagi Laina dikejutkan oleh panggilan telefon..

Laina: (Separa menguap) Huewloww~~ (read: Hello)
Suare: Hello, Laina, Hans dah kat luar ni, cepatlah siap..
Laina: Hah!!!???

Menyumpah-nyumpah Laina sebab dia xprepare ape2 lagi and dengan "sepantas kilat" Laina terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar.. 8:42 am, Laina keluar rumah dan masuk ke kereta Hans utk pergi ke destinasi perubatan traditional.. Maka, pengembaraan ke alam mistik Laina pun bermula..

DUN DUN DUNDUN DUN DUN!! (sfx: lagu star wars)

Rumah pertama Hans bawak Laina adalah di sebuah rumah taman.. Hans pun park kerete di luar gate rumah tu and bagi salam.. Seorang Uncle pertengahan abad keluar memakai seluar hitam dan singlet putih menyambut mereka mesra.. Tok Guru panggilannya.. Hans pun bersalam sambil jarinya menguis2 telapak tangan Tok Guru, kemudian Tok Guru tersebut mengkilas sedikit kaki Hans dan akhirnya mereka berpeluk mesra dan Tok Guru cium dahi Hans..

Laina yg merasa pemandangan romantik 2 lelaki yg agak meloyakan tu menutup mulut menahan muntah.. Masuk di dalam rumah, Tok Guru menceritakan sedikit sebanyak kisah beliau melawan syaitan-syaitan jahat dgn macho dan gagah perkasa..

Tok Guru: Aku bukan je berjaya bunuh Ifrit tu ko tau!! Punyalah rashyat, sampai seluruh keturunan beliau terkencing-kencing lari nampak aku!! Mwahahahaha!!!

Then, Hans pun menceritakanlah permasalahan berlaku ke atas Laina sambil Tok Guru mengurut2 janggutnya yg panjang..

Tok Guru: Hmmmm.. Betul.. Betul..
Hans: Ape yg betulnye Tok..
Tok Guru: (sambil menunjuk ke arah Laina) Memang budak ni ada benda yg mengikut dia..

Terkedu Laina dan Hans lepas dengar apa yg Tok Guru cakap..

Laina: Apa yg ikut saya ni Tok?
Tok Guru: Ni semua masalah kecik je ni, tunggu, biar aku ambik barang-barang.. Kita halau benda yg ikut kau hari ni Cik Laina..

Tok Guru bangun dan pergi ke dalam bilik rumah beliau untuk mengambil perkakas..

10 minit Hans dan Laina menunggu..
20 minit Hans dan Laina menunggu..

Laina: Hans, lama sangat ni, apa yg Tok buat dalam bilik tu?

Hans bangun dan berjalan menuju ke bilik yg pintunya di tutup.. Hans pun mengetuk-ngetuk pintu bilik Tok Guru.. Xjawap..

Hans: Tok!! Tok!! Ape lama sangat tu?

Lepas agak lama Hans mengetuk pintu, dia pun memulas tombol pintu utk membuka pintu tersebut.. Hambik ko, Tok Guru dalam posisi tertonggeng di atas lantai dalam keadaan xsedarkan diri (read: pengsan).. Hans cepat-cepat angkat Tok Guru dan mengoncangkan badan beliau.. Di letakkan telinganya ke atas dada Tok Guru.. Diciumnya mulut Tok Guru dengan seganas mungkin (read: CPR), sia-sia.. Hans pun mengambil keputusan untuk call ambulans untuk pick up Tok Guru sambil mengelap-ngelap mulut beliau..

Tok Guru disahkan terkena serangan jantung yg kuat dan perlu ditahan wad.. Maka, xde nasiblah Laina dan Hans untuk mengubati "sakit" Laina pada hari itu.. Tapi, jangan risau, Hans ada lagi tempat lain untuk mencuba rawatan alternatif kepada Laina..

DUN DUN DUNDUN DUN DUN!! (sfx: lagu star wars)

TU BI KON TI NUW~~


[AFTERMATH]
Tok Guru ditahan wad selama sebulan akibat serangan jantung dengan tiba-tiba.. Tok Guru 0 - Pendamping Laina 1..


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 09:01 AM | Show all posts
hahahah.. lawak la jc ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 09:56 AM | Show all posts
Thanks JC.   baru nmpak bermaya skit bod MPS ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2014 10:20 AM | Show all posts
OMG OMG!!!yesshhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 10:32 AM | Show all posts
JC..ko memang hansomest der

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 10:54 AM | Show all posts
hans ada hubungan apakah dgn tok guru ittew????
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 07:40 PM | Show all posts
hahahaha
parking atas pasir
jc teruskan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 10:05 PM | Show all posts
Best2.... teruskan JokesCop aktifkan semula benang ni dgn kisah SMTBL.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 07:24 AM | Show all posts
TITLE: Mean Girl[5]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[4]..

[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl: Kiera nampak mata ular dalam laut dan Sesi pengembaraan Laina ke alam mistik bermula..  

[Kiera's Night Out]

Selepas pendaratan bot amatur dari Ayah Kiera, Kiera dan Kapten bot dikejarkan ke hospital berdekatan dgn meluncur laju Vitara ayah Kiera.. On the way ke hospital, Kiera meracau-racau pasal ular hitam besar yg cuba memanjat kenderaan ayahnya.. Nasib baik Ayah Kiera membawa Vitara, kalau dia bawak Kelisa, xke susah kalau ada ular besar panjat.. Begitulah alasan ayah Kiera tiap kali Kiera meracau..

Kiera: (meracau) Ayah!! Ada ular panjat!!
Ayah Kiera: (menjerit) Xpe, ayah bawak Vitara!!
Kiera: (meracau) Ayah!! Halau ular tu!!
Ayah Kiera: (menjerit lagi kuat) Don't mind!! kita dalam Vitara!!

Begitu yakin sekali ayah Kiera dengan Vitara kesayangan beliau.. Sampai je di hospital, kedua-dua mereka di bawa ke wad emergency.. Tapi dalam perjalanan ke triange wad kecemasan, tiba-tiba Kiera OK dan x meracau-racau.. And lepas basic check-up seperti, suluh lampu ke mata, dengar dada Kiera pakai stetoskop (note: betul ke stetoskop??), petugas wad pun lepaskan Kiera balik sebab xde ape-ape yg jadik kat Kiera.. Cuma kapten kapal terpaksa di tahan wad kerana mengalami darah rendah dan jantung berdegup kencang..

Then, ayah Kiera yg hajat memancingnya hingga ke subuh x kesampaian pun pergilah ke salah satu rumah suadara Kiera yg berdekatan.. Satu fact pasal family Kiera adalah, kalau pegi melancong, derang lebih suke tidur di rumah sanak saudara atau rakan taulan dari hotel.. Samada nak jimat budget or suka tidur beramai-ramai, hanya Ayah Kiera yg tahu.. So, hampir pukul 3 pagi, ayah Kiera pun ketuklah rumah bapa saudara Kiera tanpa undangan atau notis..

BANG BANG BANG!! (sfx: pintu di ketuk)

Ayah Kiera: Lang!! Aku datang nak tidur ni!! Bukak pintu la woi!!

[Kiera's Night Out Again]

Then, setelah Ayah Lang Kiera yg keadaan kelam kabut di pagi buta (read: around 3 pagi) mempersiapkan ruang tamu rumah dgn toto dan tilam untuk Ayah Kiera anak beranak tidur.. Ayah Kiera dan Ayah Lang pun duduk di luar rumah sambil bersembang-sembang menceritakan apa yg berlaku.. Ayah Lang seboleh-boleh menyalahkan Ayah Kiera yg tak jaga pantang ketika pergi memancing..

Ayah Kiera: Hah!! Pantang apa? Dah Allah cakap kita ni khalifahnya, buatlah apa yg kita suka!! nak mintak izin apa dgn makhluk low class tu??
Ayah Lang: Tapi bang, bende mcm ni bukan kita arif sangat, jangan riak..
Ayah Kiera: Tu lah kau!! Dulu masa orang pergi belajar, kau main tuding belakang balairaya, kan dah x arif.. BWAHAHAHAHAHA~~

Berdekah2 mereka bersembang di malam hari.. 2-3 orang jiran Ayah Lang datang suruh derang diam sebab dah pagi, tapi akhirnya, ke-tiga2 orang tersebut join sekali mereka bersembang sampai ke subuh menambagkan suasana riuh rendah di hadapan rumah Ayah Lang..

Kiera yg kepenatan, terus lena di ruang tamu rumah Ayah Lang, sampailah pada satu waktu dimana Kiera terasa mcm kakinya disepak.. Kiera terbangun dan tengok sapelah yg sepak kaki dia.. Dalam separa sedar, Kiera nampak mcm ada sorang lelaki pertengahan usia sedang memikul satu object dibahu dan berjalan ke arah dinding.. Kiera amati lelaki tersebut, sampai je kat dinding, lelaki tersebut yg berdiri tegak membelakangi Kiera mengadap dinding.. Kemudian, 3-4 orang keluar dari arah bilik air rumah Ayah Lang dengan gaya yg sama (read: pikul benda and mengadap dinding).. Kemudian, semakin lama, semakin ramai dan semakin ramai, mcm dekat 10 orang buat bende yg sama..

Disebabkan diorang berdiri umpama ingin solat berjemaah, so Kiera pun biar je lah.. Maybe, kawan-kawan Ayah Lang punyalah bersembang sampai masuk waktu solat subuh and solat sekali beramai-ramai.. Tapi keanehan disitu, benda yg dipikul oleh mereka mcm bergerak menyusur turun bahu lembaga tersebut.. Besar-kecik, besar-kecik mata Kiera melihat gelagat lembaga-lembaga tersebut sebab lampu ruang tamu xdibukak.. Dalam hati Kiera berbisik, kenapa diorang solat dalam gelap.. Kiera pun bangun dari tilam dgn niat nak bukak lampu ruang tamu biar diorang solat dalam terang..

Baru je Kiera nak mengangkat punggung untuk membuka lampu, tiba-tiba dia ditarik oleh Ummi-nya (read: her mother).. Terus Ummi Kiera peluk Kiera kuat-kuat sampai sesak nafas budak tu..

Kiera: Ummi.. Kenapa? Kiera nak bukakkan lampu sebab kawan2 Ayah Lang dengan ayah nak solat..

Ummi Kiera mengeleng-geleng kepala sambil suruh Kiera diam..

Kiera: Ummi.. Kenapa ni?
Ummi: Sssuhh (suruh Kiera diam), kau xdengar ke Ayah Lang dengan ayah tengah bersembang kat luar rumah tu?

Then, Kiera pun terdengar suara beberapa manusia bergelak ketawa di luar rumah.. Memang suara ayahnya yg paling kuat tengah bersembang sambil berdekah2 gebang dengan jiran-jiran Ayah Lang.. Sekali-sekala terdengar suara perempuan menjerit memanggil suami nya balik..

Kiera: Haah la, ayah kat luar rumah.. Abis siapa yg ramai2 nak solat dalam rumah ni??
Ummi: Syyyyhhh!! Syyyhhh!!! (kelibut Ummi Kiera suruh Kiera diam)

Kiera pun memandang kembali ke arah sekumpulan lembaga yg sedang berdiri dan lama-kelamaan mata Kiera yg biasa dgn gelap tu pun terperasan, benda yg menyusur bahu-bahu lembaga tersebut adalah ular sawa hitam..

DUN DUN DUNDUN DUN DUNDUN (sfx: bunyik lagu sebelum Kiera pengsan)

Esok pagi, Ayah Kiera terus bertolak balik ke rumah sebab makin parah Kiera kena kacau di situ..

[Hans the Warrior]

Lepas lawatan ke rumah Tok Guru gagal, Hans pun drive membawa Laina ke kawasan felda yg dikelilingi kelapa sawit dan kebun-kebun..

Laina: Hans, nak pergi mana ni?
Hans: Nak ubatkan Laina la..
Laina: Huh? Ada lagi ke? Bukan Tok Guru dah kene serangan jantung ke?
Hans: Xpe, kalau sorang out, kita carik orang lain.. Hans kenal ramai orang yg boleh ubatkan Laina..

Hans pun memberhentikan kereta beliau di bawah kaki bukit kecil and keluar dari kereta.. Dia terus suruh Laina keluar untuk pergi ke rumah orang yg di-claimnya boleh mengubati Laina.. Tok Guru Dua namanya.. Laina pun turunlah dari kereta and ikut Hans berjalan sedikit mendaki bukit.. Di atas bukit ada 2 buah rumah batu yg agak terasing dari rumah-rumah lain.. Dihadapan pintu kelihatan seorang lelaki yg agak berusia duduk dikerusi ditemani seorang perempuan yg sudah berusia, wife lelaki itu..

Hans pun memberi salam.. Terus lelaki tu bangun sambil tersengeh, dialah Tok Guru Dua yg dimaksudkan Hans.. Hans pun bersalam sambil jarinya menguis2 telapak tangan Tok Guru Dua, kemudian Tok Guru Dua  mengkilas sedikit kaki Hans dan akhirnya mereka berpeluk dan Tok Guru Dua cium dahi Hans.. Pendek kata, buah salam mereka saling tak tumpah dgn Tok Guru sebelum ni..

Han pun duduk di atas kerusi dan terus menceritakan hajat untuk mengubatkan Laina..

Tok Guru Dua: Kau x bawak jumpa Abang Long ke?
Hans: Dah jumpa Tok, tapi dia tiba-tiba kene sakit jantung..

Tok Guru Dua mengerut-ngerutkan dahi sambil menyalakan sebatang rokok daun.. Dihembus berkali-kali sambil kadang-kadang matanya melirik ke arah Laina..  

Tok Guru Dua: Kes berat ni Hans, aku x boleh buat sorang ni.. Tunggu, aku panggil Tok Guru Kuntau datang..

Tok Guru Dua bangun dan masuk ke dalam rumah.. Beberapa minit kemudian, dia keluar dan duduk semula ke atas kerusi sambil menyambung rokoknya..

Tok Guru Dua: Cik Laina, kes ni mmg jarang jadi..
Laina: Kes mcm mana Tok?

Tok Guru Dua menerangkan yg Laina memang ada pendamping, samada dari percakapan Laina semasa dikacau di sekolah atau  tidak, tak dapat dipastikan.. Pada hemat Tok Guru Dua, mustahil kalau syaitan boleh membuat perjanjian dgn sesenang begitu..

[Tok Guru Brotherhood]

15 minit duduk sambil bersembang-sembang, seorang lelaki pertengahan 30-an datang sambil membawa Honda lampu bulat sampai dihadapan rumah Tok Guru Dua.. Lepas dia memberhentikan enjin motor, terus lelaki tersebut jatuh bergolek ke tanah.. Kemudian, dia bingkas berpusing diatas tanah sambil melakukan bunga silat.. Didepa-depakan tangan, di raup-raup rambutnya.. Langkahnya buahnya kemas dan bergaya.. Sesekali mulutnya berbunyi "Hiyaaa!! Hiyaaa!!".. Hans dan Laina memandang dgn penuh kekaguman kepada lelaki tersebut..

Hans: (berbisik) Tok Guru Dua, dia dah start upacara ubatkan Laina ke..

Tok Guru Dua bingkas bangun dan mejerit ke arah lelaki tersebut..

Tok Guru Dua: Udah-udah la tue Kuntau oii!! Macam aku x tau ko dah jatuh motor nak kaver malu.. Berapa kali aku nak cakap, lepas berhenti motor, stand, bukan terus nak turun je.. Kan dah jatuh..

Tok Guru Kuntau terus sengeh ke arah Tok Guru Dua sambil membuka buah salam kepada beliau.. Kemudian, dia terus bersalam dengan gaya yg sama pada Hans..

Tok Guru Kuntau: HAHAHAHAHA!! Kau ni, x abis-abis memalukan aku..

Lepas bercakap, Tok Guru Kuntau terus memandang Laina dan serentak dengan tu, dia terus berganjak kebelakang..

Tok Guru Kuntau: (Sedikit jerit) Woi Tok Dua, apa yg ko bawak ni??  
Tok Guru Dua: Hish.. Jaga sikit adap tu Kuntau, orang datang mintak tolong.. Kita tolong je lah..

Then, Dua dan Kuntau terus mempersiapkan diri untuk melakukan upacara penyembuhan Laina.. Maka, berlakulah aksi-aksi yg pada Laina lebih kepada aksi silap mata dari mengubat dirinya.. Tok Guru Dua mengasap kemenyan, kemudian Tok Guru Kuntau terkumat kamit membaca sesuatu.. Kadangkala, Tok Guru Kuntau bangun sambil bersilat.. Tok Guru Dua pula menghembus-hembuskan asap dari mulutnya walaupun beliau tidak hisap rokok..

Hampir setengah jam Laina dan Hans melihat aksi sarkis gabungan Tok Guru tersebut dan sampailah ke satu ketika, kedua-dua mereka duduk sambil memejamkan mata.. Then, kedua-dua Tok Guru itu mengeletar satu badan sambil mulut mereka berbuih-buih.. Kegiatan aneh tersebut berlarutan selama hampir 5 minit dan Hans yg dah bersiap sedia memegang hand-phone untuk menghubungi klinik desa berdekatan membatalkan niat apabila kedua-dua Tok Guru tersebut berhenti dari mengigil..

Tok Guru Kuntau bangun dan berjalan ke arah Laina sambil mengengam kedua-dua belah jari beliau.. Laina yg sedikit ketakutan memengang lengan baju Hans.. Sampai je dihadapan Laina, Tok Guru Kuntau terus membaling benda yg seperti garam ke arah muka Laina dari tangan kirinya.. Tersedak Laina disebabkan ada sedikit garam yg memasuki mulutnya.. Baru je Laina nak marah diatas perbuatan tidak bertamadun Tok Guru Kuntau, Tok Guru tersebut terus membuka gengaman tangan kiri beliau.. Di tapak tangan Tok Guru Kuntau seperti ada sekeping kain berwana kuning yg dilipat kemas..

Hans cuba mengambil kain tersebut tapi dihalang oleh Tok Guru Kuntau, dia menyuruh Laina juga yg mengambil kain tu.. Samada pantang larang, or Tok Guru Kuntau cuba mengambil kesempatan kerana selepas Laina mengambil kain tu, terus Tok Guru Kuntau mengengam tangan Laina..

Tok Guru Kuntau: Lepas ni, Cik Laina tidur malam, letak kain ni bawah bantal.. Dalam 3 malam tidak berhadas..
Tok Guru Dua: (bangun dan mencelah) Lepas tu, call aku dan beritau apa yg jadik dalam tiga malam tu..

Selepas agak lama Tok Guru Kuntau memegang tangan Laina mcm xnak lepas, Hans dengan lembut menarik tangan Tok Guru Kuntau dan meminta untuk mengundurkan diri.. Sebelum pergi, Laina terperasan semasa Hans bersalaman dgn kedua-dua Tok Guru tersebut, mcm segulung note 50 diselitkan di tangan untuk diserahkan ke ke-dua2 Tok Guru tersebut..

Then, Hans pun menghantar Laina balik ke rumah sambil berpesan supaya menelefon beliau selepas 3 hari or kalau-kalau apa jadi dekat Laina dalam masa 3 hari ni..

So, sementara menunggu 3 malam..

DUN DUN DUNDUN DUN DUNDUN (sfx: bunyik lagu sebelum Laina mencuba apa yg disuruh)

TU BI KON TI NUW~~


[AFTERMATH]
Tiada Aftermath episode ini..


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 09:41 AM | Show all posts
ciss aku terjebak lg baca cite jc ni
hope kali ni takde apa2 kejadian mistik la yg jd kat aku lg
pape pon cite ko mmg awesome la jc
buat org ketagih tau tak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 09:44 AM | Show all posts
YEAYYYYYYYY....JC memang ensem..hari2 keje ku yg stress terubat ngan cite2 dr JC..hohohoho
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 10:33 AM | Show all posts
cepat habiskan cerita sebelum aku gi cuti raya haji...

JC memang handsome kan kawan-kawan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 02:35 PM | Show all posts
menghiburkan betul
banyak betul idea
kelako gilaaaaa
arghh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2014 06:03 PM | Show all posts
3 malam tidak berhadas
napa x 3 malam tanpa bintang
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm .. Disebabkan akak aku kenal kan aku dgn cite2 jc ni .. Bilik aku 24 jam lampu terpasang .. cite best2 .. Takut tp nk bace jgk .. Huhuu ..
:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2014 08:22 AM | Show all posts
TITLE: Mean Girl[6]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[5]..

[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl: Kiera nampak entiti di rumah Pak Lang dan Laina tidur tiga malam dengan kain kuning..  

[Laina's Dreams]

So, malam first Laina hendak tidur ada sikit perasaan berdebar dalam badan dia.. Di tenung kain kuning sebesar tapak tangan dia yg ada possibility isinya serbuk garam atau belerang atau mungkin seekor ikan paus, Laina tetap x berani nak bukak.. Setelah agak lama dia tenung kain kuning dan bermacam-macam simulasi bermain difikiran Laina, mungkin lepas dia tidur akan bermimpi satu yg menakutkan, maybe akan berlaku penampakan, maybe itu, maybe ini dan akhirnya Laina mengantuk dan diletakkan bantal di atas kain kuning tersebut sambil merenung kosong phone beliau..

Letak je kepala atas bantal, terus Laina bangun dan matahari sudah naik.. Xde ape2 yg menganggu Laina..

Malam kedua pulak, sama seperti malam pertama, xde apa-apa berlaku.. Dan masuklah ke malam ke tiga, hati Laina mula risau yg mungkin akan berlaku perkara yg pelik malam nie.. In fact, Laina so sure, dia tindih 3 bantal atas kain kuning tersebut yg pada hemat Laina mungkin dapat mengurangkan sikit impak perkara aneh yg berlaku..

Pada hari ketiga, Laina bangun tidur mcm biasa and duduk termenung.. Puas dia tengok keliling biliknya, semua in place, xde pun barang berselerak, xde pun ape2 barang terbang kesana kesini.. Semua normal, Laina check bawah bantal dan kain kuning tersebut elok berlipat bawah bantal Laina.. Dan pagi tu Hans telefon..

Hans: Hello, Laina, ada nak report apa2 jadik ke?
Laina: Xde apa2 pun, mcm biasa je..
Hans: Sikit bende pelik pun xde?
Laina: Xde lah..

Dan mereka berborak kosong and Hans suruh Laina tunggu kejap untuk menelefon kedua-dua Tok Guru untuk pencerahan lanjut..

[Battling Laina]

Selepas lebih sejam barulah Laina dapat semula call dari Hans.. Tapi berita yg diterima Laina bukanlah satu yg diharapkan..

Hans: Sekarang Hans dekat hospital, dua-dua Tok Guru kene serangan jantung and masuk wad..
Laina: Huh? Mcm mane tu?

Rupa-rupanya sejak malam pertama lagi, Tok Guru Dua dan Kuntau yg terlebih dahulu menerima ganguan mistik.. Sampai melekat kedua-dua mereka atas dinding dan syiling rumah dikerjakan pendamping Laina.. Tapi, semangat mereka kuat lagi untuk menahan serangan gelombang pertama.. Malam kedua, Tok Guru Dua meracau-racau nama Laina selepas maghrib hingga ke pagi, Tok Guru Kuntau xtidur lansung untuk mengubati sakit Tok Guru Dua.. Paling memilukan, wife Tok Guru Dua merajuk balik ke rumah ibunya akibat suaminya yg meracau2 suara perempuan lain.. Keadaan kembali tenang bila pagi.. Tok Guru Kuntau yg xsempat berehat semalaman terpaksa menjaga Tok Guru Dua seharian sebab dia mcm dah kena stroke..

Dan malam terakhir, mereka terpaksa di hantar ke hospital bila org kampung terserempak Tok Guru Dua dan Kuntau meracau-racau dihalaman rumah meminta maaf menyebut nama wanita yg xdikenali (read: Laina).. Xsempat sampai ke hospital, 2 pakcik tersebut pengsan didalam kereta orang kampung dan terkena serangan jantung bertali arus semasa dihospital.. Mereka hanya sedar bila waktu pagi tapi disebabkan degupan jantung dan darah yg terlalu tinggi, mereka di tahan wad..

Tok Guru 0 - Pendamping Laina 3

Mendengar cerita Hans, Laina tiba-tiba rasa bersalah and kemurungan.. Yerla, disebabkan dia, 3 orang manusia masuk hospital.. Laina putus harapan utk berubat.. Hans pulak beria-ia ajak Laina ke lokasi seterusnya.. Laina rasa dah cukuplah, tahap self-esteem Laina ditahap terendah, serendah tahap self-esteem semasa Laina diganggu ketika di asrama sekolah beliau..

Hans: Tapi Laina, Hans rasa benda ni kene ubat.. Untuk masa depan Laina jugak..
Laina: Xpe la Hans, Laina x nak siapa-siapa lagi terseksa disebabkan Laina..
Hans: (tegas) Tapi, kalau xubat, orang sekeliling Laina pun terseksa jugak..

Maybe sebab Laina yg tgh kemurungan berasa agak sensitive dgn stetment Hans, dgn suara yg sedikit teresak, Laina terus letak telefon..

[Battling Horror]

3 hari jugak Laina berkurung dalam rumah kemurungan memikirkan apa nasib yg akan jadi kat diri dia.. Sebelum ni, kesan penampakan org sekeliling tidak banyak berlaku.. Tapi, lepas Laina berusaha utk berubat, makin kerap pulak kejadian penampakan berlaku pada org sekelilingnya.. Dalam 3 hari ni, rumah Laina berlaku bermacam2 kejadian pernampakan, alih  barang atau azan diluar waktu.. Punyalah dahsyat, sampai pada pagi hari ke 3, rumah Laina kosong, Ayah, Ibu dan adik-beradik Laina semua check in hotel bila masing-masing dalam masa yg sama nampak Laina menjenguk kepala di luar tingkap rumah, dari bawah katil dan dari dalam rak kasut.. Sampai terlupa yg Laina tengah tidur dalam bilik, masing-masing cabut check-in hotel..

Semua kes ni mengingatkan kisah semasa di asrama, mcm mane kelam kabut kehidupan Laina lepas tu bila "perjanjian" dah dibuat.. Kes-kes angker mmg makin berkurangan, tapi banyak tertumpu pada org sekeliling Laina.. Laina yg dah bersiap-siap utk pergi ke hotel dimana family derang mencari suaka puaka (read: dalam pelarian entiti Laina yg mengacau hidup diorang) pun keluarlah dari rumah..

Di luar pagar, tercegat Hans di tepi kereta sambil memegang sebuah kotak hadiah dan sekuntum bunga tulip putih (note: symbolization of forgiveness)..

Hans: Sorry..

Dalam duration 3 hari, inilah kali pertama senyuman terukir dibibir Laina..

Hans pun menjemput Laina masuk ke dalam kereta and dia janji pada hari tu, dia xkan bawak Laina ke mana-mana Tok Guru mahupun Tok Mudim.. Just pergi breakfast and balik.. So, Laina pun ikutlah Hans and sampai di kedai makan, derang pun berborak-borak di meja.. Lepas hampir 2 jam bersembang, derang pun ambiklah keputusan untuk balik rumah.. Sampai je di kereta, tiba-tiba satu nenek menghampiri derang mintak sumbangan derma ikhlas.. Hans pun bagilah.. Then, nenek tu pun berterima kasih dan cakap:

Nenek: Cariklah rumah Haji Mujib kat area Kampung sebelah, insyaallah dia boleh tolong masalah Cik ni (sambil jarinya menunjuk Laina)..

In which, sampai ke hari ni, Hans ataupun Laina xtahu lansung mcm mana nenek tu tau masalah Laina dan siapa nenek tu sebenar nya..

[Wazing through]

Dalam kereta, masing-masing diam sambil memikirkan apa yg dicakapkan oleh nenek aneh yg dijumpai mereka tadi.. Then, tiba-tiba Laina bersuara utk memecahkan situasi sunyi dalam kereta tersebut..

Laina: Hans, apa kata kita lalu kampung sebelah and cari rumah Haji Mujib ?
Hans: Betul ke Laina nak pergi sekarang? Kita boleh tunggu bila Laina betul2 ready..
Laina: Xpelah, kita tengok dulu, maybe x jumpa harini pun.. Tanya orang je, kalau x jumpa kita balik je lah..
Hans: Kira, Laina dah maafkan Hans la ni?
Laina: (tergelak kecik) You had me at hello..

Hans pun memandu ke kampung sebelah and punyalah susah nak jumpa orang kat kampung tu tengah2 hari terik.. Sampailah disatu station pam minyak dan Hans berhenti untuk mengisi minyak yg pada masa ini harganya bukanlah RM2.30 seliter (note: mfffmfmfmffpphffhfhhhh).. Hans pun bertanyalah pada budak yg jaga distation minyak tersebut pasal rumah Haji Mujib.. Dan dengan magiknya, budak pam minyak tu tahu, dan dengan magiknya.. rumah Haji Mujib berdekatan je dengan pam minyak tersebut sehingga budak tu literally tunjuk je dengan jari rumah Haji Mujib yg mana satu..

Hans pun masuk dalam kereta dan terus parking depan kawasan rumah yg ditunjuk budak tersebut.. Disebabkan rumah ni dikawasan kampung, maka mereka semua xde pagar melainkan pagar betul2 didepan pintu rumah.. So Hans dan Laina pun turun dari kereta dan berjalan ke depan rumah..

Hans: Assalamualaikum!! Assalamualaikum!!

Hans memberi salam..

[Mean Girl: Start]

Perjalanan dari Kuala Sedili balik ke rumah mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.. Kiera yg kepenatan akibat dikacau entiti x munasabah pada malam semalam di rumah Ayah Lang mengambil kesempatan untuk tidur.. Sebab utama adalah untuk menghilangkan penat, sebab kedua adalah untuk mengelakkan diri dari mendengar keluhan Ayahnya yg xhabis-habis merungut pasal plan bercuti memancing beliau terbantut..

Ayah Kiera: (mengeluh) Haihhhh~~ Korang tau x berapa lama aku plan nak bercuti bersama-sama keluarga? Lama tauuu!!
Ummi: Lame ape? Bukan awak dapat idea lepas dgr je Kiera dapat cuti? Cuti keluarga apa kalau pergi mancing..

Ayah Kiera diam sejenak.. Kemudian mengeluh lagi..

Ayah Kiera: (mengeluh) Haihhhh~~ Korang tau x duit banyak keluar, kos sewa bot pancing, minyak kereta dan lain-lain
Ummi: Kos ape ayahnya? Dah la lepas hantar kapten terus cabut pegi rumah Alang (read: Ayah Lang), macam kawan x nampak pagi tadi Alang kasik duit kocek..

Ayah Kiera diam lagi, tapi x sampai 5 minit dia mula mengeluh lagi, mcm2 dikomplenkannya kebanyakkannya masalah dunia yg xde kaitan dengan topik perbualan, asal mengeluh.. Ummi Kiera pun ambik keputusan tidur je dari dengar Ayah Kiera yg mcm budak-budak bila lolipop dirampas.. Lepas terbangun di separuh perjalanan, Kiera termenung mengingatkan apa yg dilihatnnya malam kelmarin.. Sekali-sekali bulu roma Kiera naik bila bayangan mata ular tu masuk dalam fikirannya.. Punyalah mengelamun, sampai Kiera xsedar yg mereka sampai ke rumah.. Kiera pun turun dari kereta untuk masuk ke rumah.. Then, Kiera terhenti bila melihat 2 lembaga menunggu didepan pintu rumah..

Lembaga tersebut menoleh ke arah Kiera:

Lembaga: Assalamualakum.. Boleh tumpang tanya..

Kiera diam sambil berdiri kaku..

Lembaga: Saya Hans, dan ini kawan saya Laina, kami sedang cari rumah Haji Mujib.. Mane rumah beliau?

Ayah Kiera pun keluarlah dari Vitara kesayangan beliau sambil berjalan ke arah Hans dan Laina..

Ayah Kiera: Waalaikumsalam, sayalah Haji Mujib.. Ada apa boleh dibantu?  


TU BI KON TI NUW~~


[AFTERMATH]
Lepas balik rumah, Laina pun bukak kotak hadiah sebab nak tengok ape yg Hans kasik kat dia.. Sebiji buku kuning hitam bertajuk "Excorcism for Dummies".. Mcm nak dibaling buku tu kat muka Hans..


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 08:48 AM | Show all posts
  lagi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.084484 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list