CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

   Close [Copy link]
 Author| Post time 3-10-2014 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mama_legend posted on 2-10-2014 11:13 PM
Ermmm .. Disebabkan akak aku kenal kan aku dgn cite2 jc ni .. Bilik aku 24 jam lampu terpasang .. ci ...

Kredit kat kaka mama_legend sebab promote cerita ni kat adik beradik.. bwahahaha~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2014 09:22 AM | Show all posts
hahahahaha..

boleh pulak link bapak keira as Haji Mujib. Aku baru ingat dia watak tempelan yang kaki komplen. Aku duk membayangkan citer ni mcm Guy Ritchie/Baik Punya Cilok punya style. Several plots dalam satu cerita and at one point overlap. Nice one JC.

Peh, mcmana dia nak membantu Laina sedangkan bila Keira kena kaco pun dia asyik membebel jer? Hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 09:25 AM | Show all posts
Lovely..!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 09:35 AM | Show all posts
what???

hahahaha...

tah2 misteri kiera ngan laina ni berkaitan tak...

xsabar2.....

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
The BEST laa TT.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 11:53 AM | Show all posts
seriously aku tak tau hujung pangkal cerita ni....hahaha.... kirenye pertemuan Laina dgn hj Mujib ni baru start cite mean Girls ni la kan???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2014 12:06 PM | Show all posts
adoi.... hari2 aku berkuntum kat sini lah nampak gaya nya...

thubs up TT
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 12:11 PM | Show all posts
fuhh mean girls ni betul2 hebat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2014 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop posted on 3-10-2014 08:22 AM
TITLE: Mean Girl[6]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[5]..

Kagum la ak ngn keterroran hg bercerita JC.. klu zman dlu hg kra cm pnglipurlara la... klu ak ad kakak, ak dh rekomen kt hg.. ( sbb x dk yg brani ckp)..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku semena nye da lamaaaaaaa sangat tk brkuntum kt benang jc
Da brbulan tk masuk...sekali masuk...kenyang sungguh dapat bc citer jc
Tahap mcm dpt sembelihan daging korban kambin gurun
Jc........ ko mmg ensem
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
heroherman posted on 3-10-2014 12:19 PM
Kagum la ak ngn keterroran hg bercerita JC.. klu zman dlu hg kra cm pnglipurlara la... klu ak ad k ...

Hepp...... jgn ko suruh jc mngisi kuota 3 kosong tu...
Nnti lg byk komitmen...lg kurang dia meneruskn khidmat dia kt sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2014 07:38 AM | Show all posts
TITLE: Mean Girl[7]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[6]..

[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl: Akhirnya Kiera dan Laina berjumpa buat pertama kali dalam siri Mean Girl..  

[Haji Mujib]

Hans pun bersalamlah dengan Ayah Kiera a.k.a Haji Mujib.. And, Laina pun melangkah ke arah Kiera dan disalamlah Kiera.. Laina pun jarinya menguis2 sikit tapak tangan Kiera, Then Laina pun mengkilas sedikit kaki Kiera dan dipeluknya Kiera yg sedang tercengang.. Masa ni, Hans yg dekat belakang Laina separa panik sambil menyilangkan tangannya membentuk tanda pangkah berulang-ulang kali, namun Finally..

Muaaahh (sfx: kiss)

Diciumnya dahi Kiera..

@.@ or (sfx: mata Kiera yg terbeliak x tahu nak buat reaksi mcm mane)

Hans yg berada di background hanya mampu menakup tapak tangan ke muka sendiri (read: facepalm).. Ayah Kiera dah ber-triple G (read: gelak golek-golek) atas rumput sambil bercakap dengan suara tersekat2 ketawa..

Haji Mujib: Bwahahahaha!!! Ni ibunda kawasan mana yg datang melawat keluarga aku hari ni.. Bwahahahaha!!

Laina hanya mampu blushing dan sambil menunduk kepala memandang ibu jari kakinya.. Laina pun bersalam dengan mak Kiera yg menutup mulut menahan gelak.. Ayah Kiera yg bersusah payah bangun sambil memegang pundi kecing beliau bangun dari rumput..

Haji Mujib: Mak nye x nak kucup dahi budak ni ke? BWAHAHAHAHAHA!! kucup!! BWAHAHAHAHAHA!!

Tersembur2 hingus Ayah Kiera bergelak-sakan terus jemput Laina dan Hans duduk dekat pangkin buatan sendiri di hadapan rumahnya dengan.. Ayah Kiera terus mengarahkan Ummi masuk ke dalam utk hidangkan air utk tetamu.. Kiera yg menanggakan kasut dgn niat baru nak masuk ke dalam di rumah, dipanggi ayahnya turut serta di pangkin tersebut..

Haji Mujib: Wehuii!! Kiera, sini duduk, nak pegi mane?
Kiera: Masuk dalamlah ayah..
Haji Mujib: Sini sini, ko tu dah kene badi nak masuk rumah buat ape? Sini dulu..

Haji Mujib pun mengalihkan pandangan ke arah Laina dan Hans.. Sedikit tergelak sebab teringat kisah yg baru terjadik terus bertanya apa hajat derang datang.. Hans pun menceritakan apa yg dah berlaku, dari masalah Laina yg mcm buat "perjanjian" dgn mahkluk sampailah ketiga-tiga Tok Guru yg tewas (read: Heart Attack) dalam perjuagan mengubati Laina..

Haji Mujib: (mengurut-ngurut dagu serious) Biasanya aku mmg xnak tolong dah nak ubat-ubatkan orang ni, tapi kes kali ni special sikit..
Laina: Kenapa pakcik? Apa yg special dengan kes saya?
Haji Mujib: Bukan selalu orang datang rumah aku and kiss dahi anak pompuan aku sambil mintak ubatkan dia.. BWAHAHAHAHA!!

Laina hanya mampu diam sambil menunduk dan Hans mengigil2 badan sambil menahan gelak.. Maybe sebab ayahnya ketawa terlampau lama dan kuat sehingga membuatkan beberapa ekor burung terbang bertempiaran dari kawasan rumah mereka, Kiera menepuk bahu ayahnya tanda "udah-udah la tu ayah, x baik layan tetamu mcm ni"

[Coolness Overwhelming]

Setelah keadaan semua bertenang (read: Ayah Kiera berhenti gelak) and Ummi Kiera pun dah menghantar air, ayahnya pun suruhlah Kiera ke tepi rumah untuk mengambil dua bijik baldi besar.. Ayah Kiera mengeluarkan dompet dan mengeluarkan note seringgit dari dalam koceknya then diberi kepada Hans.. Hans yg pelik sebab kebiasaannya, dialah yg bagi duit dekat perawat, tapi ni dah terbalik..

Haji Mujib: Hans, cuba kau pandang kat seberang jalan belah kanan sikit.. Apa yg kau nampak ?
Hans: Stesyen minyak Haji..
Haji Mujib: Bagus!! Ko pergi sana kejap, belikan aku Malboro merah 20 dengan swimming gum..
Hans: Swimming Gum tu ape Haji?
Haji Mujib: Ala, gula-gula getah la.. Swimming gum..
Hans: Err.. Chewing gum ke?

Hans terus ke stesyen minyak tersebut untuk membeli rokok dunhill merah dan gula-gula getah dengan berbekalkan wang kertas seringgit milik Ayah Kiera.. Then, Kiera pun sampai dengan membawa 2 baldi kosong.. Ayah Kiera pun mendekatkan muka ke jug berisi air yg dihidangkan oleh Ummi sambil membaca sesuatu ke arah jug tersebut..

Haji Mujib: Kiera, tuang air..

Kiera mengikut apa yg disuruh oleh ayahnya dan mengisi ke-empat empat gelas dengah air teh yg dibaca sesuatu oleh ayahnya..

Haji Mujib: Korang minum air tu sampai habis then lepas habis minum terus peluk baldi kuat-kuat..

Laina yg dah biasa melihat perlakuan silap mata oleh Tok-Tok Guru yg merawatnya pun ikut jelah apa yg disuruh oleh Ayah Kiera tanpa ragu-ragu.. At least, setakat minum air dan pegang baldi, xdelah pelik sangat berbanding dari apa yg dilihatnya 4-5 hari yg lepas.. Habis je Laina meneguk cawan air, dia terus peluk baldi kosong, begitu jugaklah dengan Kiera.. Ayah Kiera pun mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poketnya bajunya, kemudian dia pun mengeluarkan sebatang rokok dalam dalam kotak tersebut..

Laina: Pakcik, peluk baldi ni mcm ni ke?

Ayah Kiera mengangguk sambil meraba-raba lighter didalam poketnya..

Kiera: Ayah, ape bende yg ayah suruh kitorang buat ni..

Ayah Kiera pun mengarahkan tangannya yg memegang lighter ke arah rokok yg disuap ke dalam bibir beliau..

Kiera: Ayah.. Apa ni??

Ayah Kiera pun dengan semaksimum macho-nya memetik lighter dan serentak dengan itu..

BLUEWHHHHHHH!!! (sfx: Kiera dan Laina muntah ke dalam baldi yg dipeluk masing2)

Dengan tenang, ayah Kiera memalingkan pandangan ke arah jalan raya dan menghembuskan asap rokok satu persatu sementara menunggu aksi yg kurang menyelerakan berlalu..

[Invitation]

Selepas muntah, Kiera pun sekilas terpandang isi yg dikeluarkan dalam baldinya.. Kiera ternampak dalam lendir-lendir tu ada sisik-sisik yg seakan sisik ular dan beberapa daun panjang mcm rumpai laut.. X sanggup Kiera melihat lama-lama apa yg dimuntahkan.. Kiera yg mengangkat kepala terlebih dahulu melihat Laina masih lagi tunduk didalam baldi dan terus muntah..

Lebih kurang 5 minit selepas itu, Laina pun berhenti dari melakukan aksi mengeluarkan isi perut kedalam baldi.. Dari sekilas pandang, Laina ternampak yg muntah yg keluar dari mulutnya berwarna hitam pekat dan baunya mcm bau bangkai.. Haji Mujib bangun perlahan-lahan sambil mengangkat kedua baldi tersebut turun dari pangkin..

Haji Mujib: Kiera, bawah si Laina masuk ke dalam rumah pergi basuh mulut ke ape ke..

Haji Mujib cuma melihat kedua-dua baldi dan bila sampai ke baldi Laina, Haji Mujib hanya mampu mengeleng kepala.. Selesai Haji Mujib mmenguruskan baldi2 tue (read: buanglah), dia pun kembali ke pangkin dan melihat Hans tengah duduk di atas pangkin sambil memegang sebungkus plastik.. Tak lama selepas tue, Laina and Kiera pun keluar dari rumah selepas membersihkan muka dan diri.. Haji Mujib dan Hans pun bangun dari pangkin dan berjalan ke arah mereka sambil menghulurkan swimming gum (read: chewing gum) kepada Kiera dan Laina..

Haji Mujib: Laina, masa pergi rumah Tok-Tok Guru, dia ada kasik apa2 x?

Laina mengangguk sambil mengeluarkan sekeping kain kuning dan memberi kepada Haji Mujib.. Haji Mujib pun membelek kain kuning tersebut..

Haji Mujib: Haihhh.. Ape jugak la yg diorang kasik kat kau nie Laina oii..
Hans: (mencelah) Apa dalam tu Haji?
Haji Mujib: Khurafat dan Syirik, ni lah benda ni.. Dia pegi letak pendamping lagi nak jaga Laina, penghabisan makan tuan..

Rupa-rupanya, Tok-Tok Guru letak benda suruh damping Laina dengan harapan benda tu akan jaga Laina malam tu sambil halau apa yg sedang mendamping Laina sekarang ni..  Penghabisannya, apa yg mengikut Laina balas dendam dan belasah balik Tok-Tok Guru tersebut..

Laina: Betullah saya ni ada benda yg ikut..

Haji Mujib mengangguk..

Laina: Habis tu, boleh dibuang ke tidak benda yg mendampin tu pak cik?
Haji Mujib: dibuang tu mcm susah, tapi nak dia jauhkan diri dari kau, insyaallah boleh di usahakan..

Laina puas hati dengan jawapan Ayah Kiera, masih ada lagi harapan untuknya..

Laina: Jadi, macam mane nak buat ni Pak Cik?
Haji Mujib: Ko keje x?

Laina mengangguk..

Haji Mujib: Boleh ambik cuti dalam 3-4 hari?

Laina mengangguk lagi..

Haji Mujib: Ambillah cuti 3-4 hari, tidur rumah Pak cik dengan Kiera.. Pak cik usahakan apa yg patut..
Laina: Saya kena isi borang cuti, mungkin dalam Rabu atau Khamis baru boleh cuti..
Haji Mujib: Bagus.. Kiera, nanti ayah call Ayah Uda kamu mintak cuti sekejap, temankan Laina dirumah..

Kiera agak gemuruh dengan arahan ayahnya, bukan selalu dia tidur berteman orang xdikenali, lebih-lebih lagi orang yg xdikenalinya itu ada benda yg menganggu.. Nak dibetah ayahnya, karang menangis orang tua tu dihadapan tetamu, lagi buruk jadiknya.. Haji Mujib pun bersembang-sembang kecik dan akhirnya Hans dan Laina pun mintak diri dari rumah tersebut.. Setelah bersalaman, Hans dan Laina pun meminta diri.. Sebelum Hans keluar dari perkarangan rumah, Haji Mujib cepat-cepat tahan kereta Hans dengan muka serious dan mengisyaratkan tangan supaya Laina bukak tingkap.. Laina pun bukak tingkap dan mengeluarkan sedikit kepala..

Haji Mujib: (jerit) Laina!!! Kau lupe kucup dahi Kiera mase salam nak balik!! BWAHAHAHAHAHA!!! kucup!! BWAHAHAHAHAHA!!

Hans dan Laina pun terus mengundurkan kereta sambil Haji Mujib terbonkok2 memegang perut beliau.. Kiera mengeleng2 kepala melihat gelagat ayahnya yg mengalahkan budak umur 2 tahun.. Haji Mujib pun berjalan menuju ke arah jalan raya..

Kiera: Ayah!! Nak kemana tu?
Haji Mujib: Nak buang bende alah tangkal ape jenis ni, sumbang dah aku tengok bende ni..
Kiera: (berlari-lari ke ayahnya) Nak ikut!! Nak tengok mcm mane buang..

Sampai je di depan jalan rumahnya, Haji Mujib bukak tong sampah dan terus buang tangkal tersebut dalam tong sampah..

Kiera: Hah? Macam tu je ke?
Haji Mujib: Abis kau nak mcm mane?
Kiera: Xde tanam dekat dalam tanah ke, buang dalam sungai ke, ape ke?
Haji Mujib: BWAHAHAHAHA!! Ko ni banyak tengok cerita kartun la..


TU BI KON TI NUW~~


[AFTERMATH]
Di tengah-tengah keheningan malam dirumah Kiera hari tue, sayup2 terdengar suara Ayah Kiera yg terbahak-bahak ketawa mengigau sambil bercakap "kucup!! kucup!! Bwahahahaha!! Bwahahahaha!!"

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 08:57 AM | Show all posts
tak menahan. kelakor gile... best la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 12:59 PM | Show all posts
JokesCop posted on 4-10-2014 07:38 AM
TITLE: Mean Girl[7]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[6]..

part berubat tu
real kot
sebab aku sendiri ada pengalaman
minum air terus muntah2


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha..adoila tgelak besar aku part hrga minyak rm2.50..well kipidap jc..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Adehhh..cito seram ke cito lawok neh. Hshahahaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2014 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
first time ever dlm idup aku encounter gum yg bule swimming..misteri misteri..

lollol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 10:44 AM | Show all posts
JokesCop posted on 30-9-2014 06:32 AM
TITLE: Mean Girl[3]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[2]..

fuh.. lega bca citerni..igtkn Subtittle Thousands tu nk  guna id aku mcm @leenaz kne... hihihii... keep it up bro...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 08:36 AM | Show all posts
TITLE: Mean Girl[8]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[7]..

[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl: Laina di propose oleh Haji Mujib untuk tidur dirumahnya utk diadakan sesi rawatan..  

[The Arrival]

After Laina dah settlekan hal-hal di office dan dirumah utk bagitau pada semua org yg dia kene tidur rumah seorang Pak Haji untuk mengubati penyakit ganjilnya, pelbagai reaksi diterima oleh masyarakat sekeliling, antara yg popular adalah meletakkan tapak tangan di atas dahi Laina, x kurang juga ada yg rampas phone Laina dah set speed dial kepada local police station kalau ada apa2 berlaku.. Keluarga Laina yg berjaya di convincekan oleh beberapa barang di rumah yg terbang dan siri penampakan makhluk yg tidak diredhai (read: peristiwa ankerr) bersetuju 100% dgn usaha Laina.. Persetujuan yg mendapat tentangan hebat oleh kakak-kakak dan abang Laina yg berada beberapa ratus km dari rumah sehinggakan meraka sanggup balik dan menterbalikkan kereta Myvi jiran sebelah sambil membakar beberapa tong sampah jiran akhirnya terpaksa akur apabila mendengar siri nyanyian nyaring (read: hilaian padu) ketika tidur beramai2 diruang tamu..

So, hari yg ditunggu telah tiba and Laina pun datanglah ke rumah Haji Mujib dan Kiera sambil dihantar oleh seluruh kaum keluarganya.. Punyalah meriah sampaikan beberapa jiran menjenguk keluar bila lebih 6 biji kereta bertandang ke rumah Haji Mujib yg rata2 membuat spekulasi bahawa anak Haji Mujib dipinang orang sehinggakan ada satu makcik disebelah rumah membawa tepak sireh dan bunga manggar untuk meringankan beban Haji Mujib..

Selepas sesi perkenalan dan bersalam-salaman, maka selesailah upacara menghantar Laina yg mcm nak pergi naik Haji (read: Sempena Hari Raya Haji ni kan).. Ada kakak-kakak Laina yg xdapat menahan emosi sehingga teresak-esak menangisi pemergian Laina ke rumah Haji Mujib.. Namun keadaan kembali tenang apabila Haji Mujib menerangkan bahawa Laina akan dijaga Kiera dan dia akan tidur bersama Kiera.. So sampailah selepas maghrib apabila situasi dah kembali tenang and semua keluarga Laina balik ke rumah, Laina duduk di dalam bilik Kiera, confuse ttg decision yg dibuatnya samada betul atau silap..

Haji Mujib yg berpendapat bahawa adalah lebih baik kalau Laina tidur sebilik dengan Kiera supaya Kiera boleh perhatikan kalau-kalau apa bende yg pelik berlaku.. Memanglah naluri kebapaan beliau xmahu menyuruh anak perempuannya berdepan dgn risiko, tapi, Haji Mujib tidak mahu mengambil risiko kalau dia yg tidur dgn Laina, bukan sahaja dipandang serong masyarakat malah possibility dihujani libasan serong Ummi 100% akan terjadi keatas kepalanya..

So, selepas letakkan barang, Laina pun duduklah didalam bilik sambil berbual2 kosong dengan Kiera mengenai penyakitnya and mcm biasa, Kiera hanya mendengar atau blur dgn masalah Laina..

Maka episode pengubatan Laina oleh Haji Mujib pun bermula..  

[The Happening]

So, malam first, Haji Mujib sibuk didalam toilet membancuh beberapa keping bunga ke dalam air dan di kocak-kocaknya air tersebut.. Selepas habis, Haji Mujib pun ketuk bilik Kiera..

TOK TOK TOKTOK TOK TOK TOKTOK (sfx: pintu di ketuk)

Haji Mujib: Kiera, Laina, mandi..

Kiera dan Laina pun keluar dari bilik..

Haji Mujib: Kiera, ingat x ayat pernah ajar cara-cara mandi bunga dulu?

Kiera mengangguk..

Haji Mujib: Ko tunjukkan Laina mcm mana nak buat mandian tu..

Kiera mengangguk dan membawa Laina kedalam bilik air dan menunjukkan dgn lisan mcm mana nak mandi bunga.. Pengalaman Kiera yg selalu diganggu perkara mistik mmg bermanfaat dlm kes ni sebab setiap kali ayahnya akan menyediakan air mandian untuknya dan kononnya mandian ni boleh menambahkan seri muka.. Then, lepas ditunjukkan, Kiera pun keluarlah dari bilik air dan menunggu sampai selesai..

Selesai mandi, Haji Mujib yg menunggu di ruang tamu pun bagilah beberapa keping kertas yg ditulis ayat-ayat yg diambil dari al-quran supaya dibaca oleh Laina sebelum tidur..

Haji Mujib: Aku boleh bacakan untuk kau minum, tapi lagi bagus kalau baca sendiri and minum..

Gigihlah Laina baca ayat tu didepan air dan minum..

BLUEWEKKKK!! (sfx: isi perut Laina keluar)

Muntah Laina berwarna hitam pekat dalam kuantiti yg banyak kemudian dibuang oleh Haji Mujib.. Haji Mujib suruh lagi Laina baca ayat tu.. Dan Laina muntah lagi, berulang 7 kali baca minum muntah, baca minum muntah.. Akhirnya, Laina pun lesu dan tertidur.. Haji Mujib pun bentanglah tilam di ruang tamu dan pesan pada Kiera..

Haji Mujib: Kalau ada bende yg mcm xkena, cepat2 beritau Ayah..

Kiera tidak membantah dan masuk ke dalam bilik dan tidur..

[The Hall]

So Haji Mujib duduk di ruang tamu sambil ditemani mp3 al-quran pun menyelak-nyelak kitab lama yg diwarisinya sejak turun temurun (read: komik amazing spiderman) dan akhirnya Haji Mujib pun tidur.. Then, sampai satu pertiga malam, Haji Mujib tersedar untuk solat tahajjud, dia pun ke toiletlah utk mengambil air sembahyang.. Mase tengah lintas dapur, dia terpandang Laina berdiri memandang keluar tingkap.. Dia pun terus masuk toilet and keluar utk menunaikan solat..

Semasa dia bersolat, Laina duduk di ruang tamu sambil memandang beliau sampailah Haji Mujib selesai.. Haji Mujib pun berzikir dan Laina khusyuk memandang beliau.. Sampailah satu tahap, Haji Mujib bersuara..

Haji Mujib: Sampai bila nak tgk aku?

Laina diam..

Haji Mujib paling ke arah Laina dan Laina mula tersenyum lebar.. Haji Mujib senyum balik..

Haji Mujib: Kau nak apa sebenarnya..

Laina hanya tersenyum lebar sambil mengoyang-goyangkan kakinya di atas sofa.. Haji Mujib mengeluh kecik.. Dia sedar yg Laina di depannya sekarang hanyalah jelmaan.. Dia pun baring diatas tilam dan mula hendak tidur, di biarkan "Laina" duduk di atas sofa menyeringai..

Haji Mujib: Sukati kau lah kalau nak senyum sampai subuh pun.. Aku nak sleep.. Gnite~~

Haji Mujib pun baring mengiring membelakangi "Laina".. Then, Haji Mujib merasakan rambut "Laina" menyentuh pipinya, dia pun toleh ke atas.. Muka "Laina" betul2 seinci dari muka menyeringai.. Haji Mujib terus menghayun tangannya sekuat hati ke arah "Laina".. "Laina" ghaib sambil sayup-sayup terdengar suara hilaian dari arah belakang rumah..

[The Morning Glory]

Esok pagi selepas solat subuh berjemaah, Haji Mujib mengajak Kiera dan Laina ke luar rumah.. Di bawak ke sebelah pokok yg daunnya selebar 2 tapak tangan..

Haji Mujib: Korang berdiri bawah pokok ni..

Kiera dan Laina yg masih lagi mengantuk pun ikutlah order Haji Mujib.. Haji Mujib pun pergi ke arah batang pokok dan disepaknya sekuat hati.. Berguguranlah air embun dari daun2 pokok mengenai Kiera dan Laina.. Melompat-lompat budak tu akibat air embun sejuk..

Haji Mujib: (sambing goncang pokok dgn ganas) BWAHAHAHAHAHA!! Sapu air embun tu dari hujung rambun ke hujung kaki..

Jastifikasi Haji Mujib pasal mandi embun adalah selain menyegarkan badan, ia juga dapat membantu mengekalkan keayuan di muka dan boleh dijadikan awet muda, dan dalam kes Laina, sebab nak kembalikan cas positif Laina yg berkurangan akibat muntah or pendampingan.. Kiera dan Laina yg mengigil kesejukan pun buatlah apa yg disuruh dan masuk ke dalam rumah utk mengeringkan badan sambil Ummi yg sedang memasak didapur menyiapkan sarapan pagi utk diorang..

Masa sarapan, Haji Mujib pun tanyalah mcm mana keadaan malam tadi, ada kene kacau ke tidak? Laina dan Kiera mengelengkan kepala.. Haji Mujib pun malas nak menerangkan apa yg dilaluinya malam tadi.. Then, Kiera pun bersuara..

Kiera: Laina tidur cukup ke malam tadi?
Laina: Eyh.. cukup je, kenape?
Kiera: Xdelah, malam tadi Kiera tersedar and nampak Laina bangun malam-malam and duduk kat hujung katil.. Rindu rumah ke? Hihihihi
Laina: (Laina memandang Kiera) Eyhh.. Mana ada.. X bangun pun malam tadi..

Haji Mujib cepat-cepat menghirup kopinya dan Ummi melajukkan suapan nasi goreng kemulut kerana semua dah tau yg Kiera bakal diserang penyakit azalinya..

Kiera: Betullah, Kiera nampak Laina duduk hujung katil semalam sambil sikat rambut..
Laina: (matanya bulat memandang Kiera) Sikat rambut??
Kiera: (menyuap makanan kedalam mulut mcm xda apa-apa berlaku) Haah, siap bersiul-siul lagu lagi..

Ummi dan Laina pun menyemburkan nasi goreng yg berada dalam mulutnya, dan Haji Mujib terbatuk-batuk tersedak kopi.. Sah, penyakit blur Kiera masa kes penampakan menyerang malam tadi..  Haji Mujib hanya mampu menekupkan tangan ke arah muka (read: facepalm) sambil berfikir, boleh ke dia ubatkan Laina kalau anak perempuan dia yg disuruh jaga kalau-kalau ada kes pelik pun xsedar tgh berlaku kepelikan..



TU BI KON TI NUW~~



[AFTERMATH]
No aftermath..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 08:38 AM | Show all posts
Aik, mane semua orang ni.. Kemon-kemon, comment lah sikit..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.080807 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list