CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

   Close [Copy link]
Post time 12-12-2014 11:45 AM | Show all posts
get well soon jc n ketua editor..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 03:37 PM | Show all posts
SELAMAT HARI JADI SMTBL! I LOVE YOUU!

hahaha, orang 1st.. Aku wish siap2 lah ehh, esok nak ke THAILAND, tak boleh bukakk  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 04:22 PM | Show all posts
aku membayangkan watak haji mujib tu gayanya mcm arwah Zami ismail. Sedikit nakal disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 04:23 PM | Show all posts
aku nak speku....hehe...Laina yang punya angkara...bila dia bergabung meletup dengan Adibah Knoless untuk ala2 balas dendam...tapi secara tanpa sedar dalam keadaan amarah adibah knoles kongker dirinya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 07:44 PM | Show all posts
Reids posted on 12-12-2014 03:37 PM
SELAMAT HARI JADI SMTBL! I LOVE YOUU!

hahaha, orang 1st.. Aku wish siap2 lah ehh, esok n ...

sama la
dah setahun jadi kelab peminat JC


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2014 02:14 AM | Show all posts
Reids posted on 12-12-2014 03:37 PM
SELAMAT HARI JADI SMTBL! I LOVE YOUU!

hahaha, orang 1st.. Aku wish siap2 lah ehh, esok n ...

Tengs sebab wish, tengs tengs tengs~~



SMTBL


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2014 01:41 AM | Show all posts
JokesCop posted on 12-12-2014 09:14 PM
Tengs sebab wish, tengs tengs tengs~~

  

hoh....mana hapdetnya? dah tahap ketagihan dah aku ni. Asal bukak tenet, mesti cari page ni....asal bukak page ni..mesti bukak tenet. jangan sampai aku ketagihan! Nanti aku beli laptop banyak2 sampai sebijik, then aku register akaun internet banyak2...buka tenet dan page ni...tapi aku takkan baca....baru padan muka ko JC! hahaha...baru puas hatiku bwhuahuahuahua!

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 11:36 AM | Show all posts
hampir berjanggut aku tunggu tt update.. nasib baik ada update..
pstt sebenornya sejak baca benang nko ni tt.. aku tido bukak lampu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2014 11:40 AM | Show all posts
ohhhh baidewei

SELAMAT HARI JADI SMTBL! I LOVE YOUU TU TERI PORRRR!

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 12:05 PM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pulak menghilangnya si JC ni..iolls dh rindu ni..stiap bkk tp xder update pun :Q:Q:Q
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 11:29 AM | Show all posts
kan tuan tanah tak sihat... takpe rakan rakan..sabar itu separuh daripada iman...

mana JC nih...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 03:39 PM | Show all posts
jc cepat la hapdet
aku dah saspen ni pk kan apa jd seterusnya
adakah laina dah mati tp takde org tau?
hadoi banyak persoalan ni jc
cepat la hapdet
jgn biarkan aku diselubungi misteri
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:07 PM | Show all posts
kemon JC....jgn biarkn kami umpama udang rindukan mee
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah JC masih demam??
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 10:42 AM | Show all posts
JokesCop posted on 13-12-2014 02:14 AM
Tengs sebab wish, tengs tengs tengs~~

  

x sihat lg ka JC..
GWS..blh smbg cite balik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 04:16 PM | Show all posts
well done en JC.... sepanjang jalan kenangan ceritamu best menceriakan hari-hariku..
nah .. gws ya en JC...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 04:47 PM | Show all posts
Jc where r u...adoii..ari2 aku online nk tgk hapdet!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2014 09:50 AM | Show all posts
TITLE: Mean Girl 2 [7]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [6]


[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl 2: Malam majlis perkahwinan yg huru hara.

[Count Our Dollars On The Train]

Akibat malam yg huru-hara kelmarin, Haji Mujib, seluruh family-nya termasuklah family Hans dan jugak kedua-dua mempelai mengalami sindrom mata kemerah-merahan dan timbul dedak hitam bawah mata.. Mata Haji Mujib yg lebam makin lebam bila seorang budak kecik perempuan berlari2 anak ke arah Haji Mujib sambil menarik2 hujung baju melayu kaler silver beliau..

Budak: Tok Aji, Tok Aji.. Ada masalah dekat dapur, Mak Aji (note: Ummi) cakap panggil Tok Aji..
Haji Mujib: Hishh, masalah ape? Aku sibuk layan tetamu ni?
Budak: Masalah ayam Mak Aji cakap..

Ayam? Ape masalahnye? Belom goreng sebab xsempat malam tadi ke? Ayam hidup balik then lari keluar dari periuk ke? Aku mane reti goreng ayam banyak2, tangkap, makan or lumur ayam dengan kunyik reti la.. Fikir Haji Mujib dalam hati sambil pergi ke dapur dan bersedia mengeluarkan ayat pedas macam "Ape masalah ayam panggil aku?" or "Korang tau x tetamu dah start datang!! Apsal x siap lagi ayamnye? Nak aku stunner sekor?? Huh!! Huh!!".. Malang sekali, sampai di belakang rumah, Ummi dulu yg jerit ke arahnye..

Ummi: Ayahnye!! Ayam dah rosak (read: basi)!! Kene buang..

Haji Mujib nak terpitam kejap dengar perkataan tu, kelakar jenis ape yg cuba disampaikan oleh Ummi? Ayam baru disiat malam kelmarin, impossible basi dari segi logic, scientific dan traditional..

Haji Mujib: Dah basi?? Impossibru (read: x mungkin)!! Berape ekor rosak??  
Ummi: Semua..

Dengar je perkataan "semua", lutut Haji Mujib terus ketar.. Semua tu bukan bermaksud 5-6 ekor, tapi dekat 100 ekor ayam.. Haji Mujib x dapat terima kenyataan.. Dia pun jengok dalam bekas besar yg diisi ayam dan rempah.. Haji Mujib terus menutup hidung.. Betul kate Ummi, ayam dah rosak.. Kalau dah ulat sampah besar ibu jari keluar dari daging dan ada sesetengah yg dah reput, basi tu mcm perkataan sopan..

Haji Mujib pun ambik sudip gajah (read: sudip yg saiz besar nak kacau dodol tu), dia terus dayung bekas ayam tu nak check ape jadi kat bahagian bawahnya.. Sekali Haji Mujib gaul, bersepai2 daging ayam mcm dah sebulan ditinggal.. Hampir semua daging mcm tu, and kalau ada yg elok pun, Haji Mujib x berani nak asingkan sebab satu: geli sangat nak asingkan, dua: dia bakal disumpah oleh para tetamu yg baik hati kalau hidangkan makanan mcm tu, dan akhir sekali: Dia bakal di rejam beramai dengan enjin 4 lejang oleh para tetamu yg tidak berapa baik hatinya..

Haji Mujib bengang.. Dia ambik telefon, di teleponnya supplier ayam untuk order ayam baru sambil membebel2 kenapa last minute baru nak cakap ayam rosak.. Tapi bebel2an Haji Mujib dibebel semula oleh Ummi dan Sedara-mara yg didapur, masing2 claim ayam elok pagi tadi, lepas gaul dengan rempah terus busuk.. Basically, dalam masa x sampai 1 jam, ayam rosak total..

Bertambah malang bagi Haji Mujib, supplier ayam xdapat memenuhi kehendak beliau untuk supply 100 ekor ayam dalam masa yg singkat, paling cepat pun lepas tengah hari.. Tahap stress Haji Mujib terserlah bila di start mencangkung atas seat motor-nya sambil menelefon 3-4 supplier ayam.. Semua memberikan jawapan standard buku teks "X boleh", "etang sikit" or "the number that you call is currenly not in services..

Haji Mujib turun dari seat motor, dia mencampak segenggam garam ke dalam bekas dan mulutnya kumat kamit membaca sesuatu.. Ayah Lang yg berada berdekatan terus tarik Haji Mujib jauh dari bekas ayam..

Ayah Lang: Abang, jangan dibalas..  

Haji Mujib berhajat membalas sihir yg dikenakan ke atas ayam beliau.. Haji Mujib tenung Ayah Lang dengan tajam..

Ayah Lang: (suara sedikit tinggi) Ayam je pun.. Jangan dibalas, nanti x habis..  

Haji Mujib tenung lagi Ayah Lang.. Kali ni, Ayah Lang sikit gelabah, abang dia yg sorang ni bukan boleh main.. Kalau angin pus-pus dia datang, mahu hikmat tempeleng kesultanan dia keluar.. Last hikmat ni keluar dekat sekor mamat yg cuba mengurat Ummi 30 tahun lepas, nasib Ayah Lang ada sempat ubatkan budak tu, kalau dia xde, mau masuk penjara Haji Mujib atas tuduhan tempeleng orang sampai hilang upaya.. Tapi, kali ni kalau Ayah Lang yg makan pelempang, sape nak ubatkan dia kalau dia pengsan? Ummi? Kiera? Haji Mujib yg tengah emo tujuh petala langit? Ayah Lang cuba mengalih2 pandangan mata Haji Mujib yg semakin tajam..

Haji Mujib: (jerit) Alang!!

Ayah Lang sedikit kebelakang, memasang kuda2 menunggu tamparan motor belalang dari Abangnya menyusul..

Haji Mujib: Ko pergi langgar semua McDonald, KFC, MarryBrown or ape bende jenis kedai yg jual ayam goreng.. Beli semua..

Tamparan yg lebih dahsyat dari tamparan incredible Hulk hinggap di kepala otak Ayah Lang.. Ni setup jenis ape kenduri kahwin pakai ayam KFC..

Ayah Lang: Tapi Bang..
Haji Mujib: (suara tinggi medadak) Ko ade idea lagi baik?? Kalau xde, pergi beli!!

Pada Ayah Lang, ni semua idea mengarut, dah la membazir duit, xlogik nak buat ayam masak merah pakai ayam KFC, pendek kate, idea merepek, salah, Ayah Lang cuba membangkang dengan menyusun ayat yg tidak merendah2kan atau membakar lagi api emo abangnya.. Namun, selepas renungan padu maut Haji Mujib, comeback yg mampu dikeluarkan oleh Ayah Lang hanyalah..

Ayah Lang: Original ke Spicy?

Hari persandingan Kiera dan Hans mencatatkan stock ayam di kebanyakan fast food dalam radius 40km dari rumah Haji Mujib menurun ke paras kritikal..

[This Air Is Bless, You Share With Me]

Di tengah hari yg terik, tetamu dah makin ramai datang.. Keadaan jadik makin tak boleh diurus bila Ummi terpaksa meninggalkan dapur untuk masuk ke dalam bilik persalinan untuk menenangkan Kiera yg tiba-tiba mengalami serangan nervous level tertinggi.. Perkara ini dapat dibuktikan apabila instead of memakai baju pengantin, Kiera cuba memakai katil beliau (read: memasukkan kepala ke bawah katil)..

Sekali lagi, seorang budak kecik perempuan berlari2 anak ke arah Haji Mujib.

Budak: Tok Aji, Tok Aji.. Mak Aji cakap panggil Tok Aji..
Haji Mujib: Hish la kau ni, ape lagi? Aku sibuk ni..
Budak: Masalah kak Kiera Mak Aji cakap..

"ulop (read: singkatan kepada pulak dah), Anak aku kene kacau lagi ke?" - pemikiran 0.03 saat Haji Mujib.. Haji Mujib bergegas ke bilik persalinan.. Kali ni dia lebih bersedia, di bawaknya bekas garam masuk ke bilik Kiera, ape nak jadik, jadiklah.. Melampau betul kacau pengantin ni, nak kene ni setan sekor ni, begitulah spekulasi penulis pada apa yg bermain dalam kepala Tok Aji.. Masuk je dalam bilik Kiera, dia nampak Kiera tertonggeng di bawah katil..

Haji Mujib: Ya Allah!! Habis kepala anak aku disihir jadik katil!! Celaka sungguh la kau setan!!

Ummi dan Mak Andam memandang Haji Mujib yg panik..

Ummi: Ayahnya, ape awak merepek ni?

Haji Mujib yg full panic mode xsedar ape yg cuba diterangkan oleh Ummi.. Di balingnya garam diseluruh bilik Kiera..

Ummi: Ayahnya!! Jangan buat sepah boleh x!! Banyak kerja nak buat ni!!

Haji Mujib sikit bertenang bila kali ni Ummi pulak mengeluarkan renungan tajam dia pulak.. Wife dia ni bukan boleh main, sekali keluar angin pus-pus, mau keluar hikmat penerangan panjang-berjela, walaupun nampak mcm sopan, tapi nama lain hikmat ni antaranya bebelan arwah, sawan makcik dan telinga kebas.. Pendek kata, bila mangsa terkena hikmat ni, telinga mangsa akan menjadi kebas selama 3 jam tanpa boleh di ubat, antara symptom2 lain adalah mangsa mungkin mengalami pendarahan kritikal di bahagian hidung, mata dan telinga dan yg paling dasyat pernah di rekodkan setakat ni, beberapa mangsa yg terkena hikmat ini cuba mengkafankan diri sendiri sambil berharap dijemput malaikat maut secepat mungkin.. So, Haji Mujib pun bertenang..

Mak Andam: Haa, ayah pengantin kenelah cool..

Akibat terperanjat dgn sapaan Mak Andam yg jantinanya agak meragukan diri Haji Mujib yg tidak berapa nak up-to-date, dia automatically menjirus baki garam ke arah Mak Andam..

Mak Andam: (berlari keluar bilik) Benci!! Benci!! Benci!!

Haji Mujib tidak mengendahkan Mak Andam yg mengunakan bantuan make up yg berlebihan untuk menceriakan mukanya sendiri berlari keluar, dia terus menarik Kiera yg mengigil2 dari bawah katil.. Kiera terus peluk Haji Mujib..

Kiera: (sobbing) Ayah, Kiera takut..
Haji Mujib: Ummi, ambik air segelas..

Ummi keluar ambik air.. Haji Mujib usap rambut Kiera sambil mengembuskan nafas ke ubun2 anaknya..

Haji Mujib: Kiera takut ape?

Kiera diam.. Dia x tau nak balas apa dekat ayahnya.. Banyak sangat benda yg dia takut..

[I'm Not Okay (I Promise)]

Kiera: Kiera xtahu ape yg jadik lepas kahwin.. Macam mana dengan hidup Kiera..

Haji Mujib diam, di biar anaknya bercakap, luah perasaan..

Kiera: Kiera xtahu Hans yg sebenar mcm mana.. Dia garang ke..

Haji Mujib diam, menantu garang kalau, small matter, diterajang je rusuk kanan menantunya.. Kasik balance count rusuk kanan dan kiri..

Kiera: Kiera xtahu, mcm mana ayah dengan Ummi kalau Kiera xduduk rumah ni lagi..

Haji Mujib diam, Kiera xde, bebas sikit dia dalam rumah.. Muda kembali.. No problem.. Haji Mujib tersenyum.. Maybe agak lama dia tersenyum memikirkan ayat "Muda Kembali".. Kiera sambung lagi..

Kiera: Ayah, kenape diam?

Haji Mujib tersentak off guard, dia xfokus bila anaknya meluahkan perasaan.. Tahi.. Ape anak dia sembang? Ape dia nak jawap? "Muda kembali" hok mu, adik Kiera ada lagi dalam rumah, so much for the plan la kan.. Mana Ummi ni, ambik air dekat Arab Saudi ke? Lama benor ni.. Berapa banyak Alang dah abiskan duit dalam kredit kad dia beli ayam? Damn you Alang!! Haji Mujib kembali menyesal dgn plan xsenonoh beliau tadi..  

Kiera: Ayah.. Ayah dengar x?

Haji Mujib pandang anaknya yg tengah blur tengok mukanya, maybe sebab muka Haji Mujib yg mcm budak kecik ter-flush hand phone dalam toilet, Kiera tersenyum, dia kesat air matanya..

Kiera: Ayah fikir ape?
Haji Mujib: (spontan) Kalau flush hand phone dalam toilet, dia timbul balik x?
Kiera: Hahahaha, ape ayah merepek ni? Hahahaha..

Haji Mujib and Kiera pun gelak and Kiera nampak mcm bersemangat balik.. So, kesimpulannya, anaknya nervous.. x lebih dan x kurang dari tu.. Xde ape yg mistik dengan perasaan nervous nak naik pelamin.. Serentak dengan tu, Ummi masuk balik dengan bawak air suam, di belakangnya, Mak Andam sedang mengesat2 rambut dengan kain..

Ummi: Haa, dah boleh gelak dah.. Dah ok dah?

Haji Mujib dan Kiera terus bergelak sakan, dalam masa 5 minit bergelak tu Haji Mujib terlupa dengan semua masalah yg dihadapinya, masalah malam tadi, Kiera dan Hans jadi TV xde color.. puff.. Hilang.. Masalah ayam rosak.. Gone.. Asal anaknya dah bersemangat and ketawa, Haji Mujib aman.. Tapi, keamanan sementara tu x berkekalan bila sekali lagi, seorang budak perempuan kecik menarik2 baju melayu Haji Mujib..

Budak: Tok Aji, Tok Aji.. Tok Alang suruh pergi luar
Haji Mujib: Ya Allah, ape lagi la kau ni? Ummi, ni anak sape ni? Dari tadi kacau kehidupan aku la!!
Budak: Masalah DJ Tok Alang cakap..

Haji Mujib terus bangun and keluar dari bilik Kiera lepas Kiera minum air suam yg dibacanya doa penguat semangat.. Sebelum Haji Mujib keluar, Kiera panggil namanya..

Kiera: Ayah.. Terima kasih..
Haji Mujib: Tu la, panggil lagi Mak Andam confusing mcm ni.. Air naik semangat pun xreti nak buat..

Kiera senyum sambil menghabiskan air yg diberi ayahnya.. Dia tahu, Haji Mujib sedar yg dia bukan berterima kasih dekat air tu aje, perkataan simple, tapi maksudnya dalam..


Oleh itu, marilah kita berterima kasih kepada ayah kita ye kawan2, kadang2 maksudnya lebih mendalam dari cerita SMTBL, heck, of course lagi mendalam dari cerita ni.. Message selamat Hari Ayah ini dikeluarkan lewat 6 bulan, sama seperti siri SMTBL yg lewat sejak kebelakangan ni..

[Are We Having Fun Yet]

Sampai je kat luar rumah, permandangan yg dilihat Haji Mujib xseindah seperti permandangan di bilik persalinan Kiera.. Seorang pak cik yg di hujung jarinya kelihatan seperti nak menyuap nasi ke arah mulutnya yg terbukak, tapi tangannya terhenti separuh jalan.. Mulut terbukak, tangan di awangan.. Seorang mak cik yg nak minum air, tapi pun terhenti di separuh perjalanan ke bibir, mulut terbukak, air meleleh di bajunya.. Penyangga kahwin cuba meletakkan telur pindang di atas meja sebelah tetamu, tetapi akibat kaget, di letakkan terus ke dalam mulut tetamu yg ternganga besar..

Senang cakap, suasana ter-freeze di majlis perkahwinan tersebut, semua disebabkan bunyik yg keluar dari speaker yg patut memainkan lagu majlis perkahwinan, tapi bertukar jadik bunyik budak perempuan ketawa mengilai2.. Haji Mujib terus ke station DJ yg dah dikerumuni beberapa saudara mara Haji Mujib.. Ayah Lang pun ada di situ sambil menggaru2 bibirnya, memikirkan solution..

Haji Mujib: (bisik) Ape kene Alang?
Ayah Lang: Aku x tahu la, ni radio (read: speaker) ni keluar bunyik mcm orang gelak..
Haji Mujib: (bisik) DJ mane?
Ayah Lang: Dia dah balik rumah, x sihat katenye..
Haji Mujib: (bisik) X boleh off ke bende ni?

Ayah Lang angkat sebelah lagi tangannya, plug radio (read: aku pun x tahu ape name device yg mcm radio yg DJ bawak mase majlis kahwin) dah dicabut, tapi bunyik still keluar lagi dari speaker.. Haji Mujib terus meniru Ayah Lang sambil menggaru2 bibir.. memikirkan solution..

Haji Mujib: (bisik) Ko x boleh buat ape ke Alang?
Ayah Lang: Aku x belajar care ubatkan alat elektronik..
Haji Mujib: (angguk2) Similar..

Haji Mujib pun ambik kain saprah lebih and tutup speaker.. Semua mata tetamu tertumpu ke arah Haji Mujib.. Dia pun rentap segala wayar yg menghubungkan speaker tersebut.. Di angkat speaker yg berbolot kain and terus ke belakang rumah.. Suara budak mengilai terus kedengaran walaupun speaker tu diangkat.. Maybe kejadian tu pada siang hari, so, semua tetamu lebih kepada terkejut impress dari takut then berlari balik rumah..

Haji Mujib dan Ayah Lang humban speaker yg berbunyik2 pelik ke dalam tong sampah besar.. So, xde speaker, xdelah bunyik.. Masalah settle..

Tapi malang sekali, selangkah je Haji Mujib dan Ayah Lang jalan membelakangi speaker.. Hujan turun dengan lebatnya, even, cuaca yg tadi cerah and jangankan hujan, gerimis, ataupun mendung xmenunjukkan tanda2.. Tiba-tiba hujan panas selebat2nya.. Haji Mujib dan Ayah Lang berlari ke bawah bumbung..

Ayah Lang: Abang, ape ko dah buat? Teruk sangat kene kacau ni..

Haji Mujib diam, muka dia lebih tawar dari mana2 air tawar.. Dia xtahu nak balas ape dah, hujan, sihir, x mungkin.. Ape bende yg kacau pun dia x tahu.. Ilmu sihir ni bukan bende mudah, kalau buang saka, ubat penawar, naik semangat tu umpama matematik.. Ilmu menyihir ni pada Haji Mujib mcm ilmu Aero Angkasa, dekat kelas ajar mcm mana kira distance matahari dengan bumi, exam keluar soalan, berapa ekor anak itik Pak Mamat boleh bela kalau dia bawak 12 tong oksigen ke planet Uranus? Basically, pelik dan macam2 boleh jadik..  

Haji Mujib berjalan lemah ke depan rumah dan paluan kompang bertubi2 kedengaran.. Cuaca cerah, dan kelibat Hans di iringi pengapit yg mengipasnya mengunakan kipas satay, disebelah pengapit dua budak kecik memengang bunga mangga di kiri kanan.. Di belakang Hans, sanak saudara belah birasnya beratur sambil memegang dulang hantaran dan memakai baju yg sama kaler.. Panahan cahaya matahari yg terik menyerikan lagi baju pengantin dan para rombongan.. Masing2 tersengeh, masing2 berjalan segak menuju ke pintu rumah dengan penuh gaya..

Perjalanan pengantin lelaki menuju ke Haji Mujib yg lencun xdapat di tangguh lagi, walaupun dengan bantuan beberapa sanak saudara yg cuba menghentikan rombongan dari terus mara dgn bersilat bagai, tapi, dengan pantas, pengapit lelaki menyeluk saku, memberi note kaler biru hijau yg tertera gambar seorang lelaki memakai tanjak sama seperti pengatin lelaki.. Roadblock-roadblock tersebut tumpas dan pengantin lelaki terus mara dan berhenti di hadapan Haji Mujib.. Haji Mujib basah!! Literally..

Hans: (tersengeh) Ayah, tumpang lalu..

Hans focus ke pelamin, jangankan ayah mertuanya yg lencun di tengah hari tegak menghalang.. Singa, Ungka ataupun Tapir Betina mengawan menghalang laluannya, dia terus maju kehadapan dengan bantuan pengapit beliau yg cekap menghulur note 50 ke kiri dan ke kanan.. Maju terus maju motto Hans hari tu..

Haji Mujib x bercakap apa lepas Hans mengucup tangannya.. Dia ketepi dan Hans melintas, pada masa ni, tidak diketahui, samada Hans terlampau fokus atau terlampau nervous sampai xsedar Haji Mujib dan Ayah Lang basah lencun di hadapan rumah.. Di atas pelamin, Mak Andam duduk di sebelah Kiera menutup muka Kiera tersengeh2..

Mak Andam: Nak duduk sini, kene kasik mak pengerasnye.. Hek Hek Hek~~

Pengapit lelaki agak terkejut dengan dugaan di atas pelamin.. Walaupun bunyi permulaan ayatnya lembut tapi halkum Mak Andam x berjaya mengawal kekerasan "Hek Hek Hek"-nya.. Di keluarkan 3 keping muka Tuanku Abdul Rahman.. Mak Andam mengoyang2kan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan..

Mak Andam: No No No..

Di keluarkan lagi 3 keping muka Agong pertama Malaysia.. Mak Andam mengepit kaki di atas kerusi pengantin keras..

Pengapit: Main kasar Mak Andam..

Pengapit seluk lagi 2 keping.. Mak Andam pejam mata dan sula pipi ke arah pengapit lelaki.. Terus Kiera menolak Mak Andam turun dari pelamin sebelum perbuatan xdiingini berlaku di atas pelamin.. Dan, selepas Hans tiba, alhamdulillah, majlis berjalan selancar Air Terjun Gunung Ledang..

[Some People Live Just To Play The Game]

Malam menjelma, Haji Mujib, Ayah Lang dan beberapa sanak saudara duduk di gazebo rumah sambil bersembang2.. Masing2 berborak sambil bergelak ketawa, ada yg tertidur akibat kepenatan.. Sekali-sekala, mata Haji Mujib memandang ke kiri dan ke kanan, cuba mengelak kalau2 ada budak perempuan kecik cuba menghampirinya, she just bad news.. Haji Mujib lega bila budak tu di dalam rumah bersama saudara mara termasuklah Ummi bergelimpangan tewas kepenatan akibat majlis yg super dasyat melanda mereka.. Macam2 masalah, tapi semua dah habis, semua selamat kecuali beberapa family member yg terhencut2 akibat melakukan stunt amerika malam kelmarin, tapi semua sihat.. Family Hans pun balik ke rumah singgah..

Kiera dan Hans yg baru balik photo shoot kahwin sempat di kacau oleh Ayah Lang sebelum masuk ke rumah.. "Sewa Hotel ke ape? Lame sangat ambik gambar? Bwahahahaha~~", selepas di luku Haji Mujib sebab tiru gelak TM dia, mereka sambung berborak2 bersuka ria di gazebo.. Haji Mujib mengeluarkan sebatang rokok untuk dihisap, dipegangnya rokok tersebut dan anak matanya terpandang sesusuk lembaga berdiri tegak di depan gazebo beliau sambil memegang sebungkus beg kertas..

Lembaga: Assalamualaikum..

Haji Mujib bangun..

Haji Mujib: Waalaikumsalam..

Pak Lang dan saudara mara tengok Haji Mujib yg menjawap salam sampai terbediri, beberapa pakcik tergelak kecik terus diam bila sedar keadaan sekarang amatlah serious..

Laina: Kiera ada? Sorry, Laina lambat..


TU BI KON TI NUW~~


[AFTERMATH]
No Aftermath, next episode.. This episode is worth 2 episode taww.. Why? Because, it is SMTBL anniversary.. Ekceli, aku terlebih meroyan, tapi xpe lah.. Bwahahaha~~ Light's On, Let's Sleep Series is 1 year LOLSS !! Rock On!!




Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:07 AM | Show all posts
wahhh terbaiklah en JC... dah update..tq2...
sian kiera ngan Hans..lg sian hj Mujib &  partner penat woo nak zass sana sini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.084827 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list