Si comel Shahira yang sudah pandai berjalan dan sedang belajar bercakap menarik perhatian kami. Airra Zulkifli, senantiasa tersenyum manis dan bersikap ceria. Wajah Airra yang seiras ibunya itu sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak yang aktif hingga tidak menang tangan Shahira mengejarnya. Mujurlah ada pembantu rumah yang membantu Shahira ketika itu.
Manakala Wardina pula begitu berdikari dan tidak kekok menguruskan bayi lelaki comelnya yang diberi nama Imran.
Di awal pertemuan Imran begitu sukar untuk tersenyum dan hanya mahu didukung oleh Wardina. selepas serasi dengan kami, Imran sentiasa tersenyum dan tergelak apabila diagah.