View: 88733|Reply: 134
|
Mohamed Ya'cob kekal digantung atas kesalahan membunuh Along SPOON!!
[Copy link]
|
|
Mohamed Ya'cob kekal digantung
Oleh NORLIZAH ABAS
[email protected]
PUTRAJAYA 2 Nov. - Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati kekal menjalani hukuman gantung atas kesalahan membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Sabi'ul Malik Shafiee atau Along, hampir 11 tahun lalu setelah rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi memutuskan demikian setelah berpuas hati bahawa keterangan ikut keadaan yang disandarkan pendakwa raya kukuh untuk mensabitkan perayu atas tuduhan membunuh.
Mahkamah sebulat suara berpendapat, keterangan-keterangan tersebut juga mencukupi untuk menolak andaian kononnya penyanyi kumpulan remaja itu diculik dan dibunuh oleh individu lain.
Ini kerana Mohamed Ya'cob, 44, merupakan orang terakhir dilihat bersama Along pada malam kejadian manakala penemuan mayat mangsa dalam guni di tempat yang sama mereka ditinggalkan, menguatkan lagi kes pendakwaan.
Sehubungan itu, beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berpuas hati bahawa tiada sebab bagi panel tersebut menolak penemuan hakim bicara ketika mensabitkan perayu.
Dengan itu, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada 10 April 2002 yang mensabitkan anggota polis tersebut serta Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya pada 29 Ogos 2008.
Sebelum prosiding ditutup, Hakim Zaki memberitahu Mohamed Ya'cob bahawa peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik telah mengemukakan hujah yang kuat dan bernas tetapi mahkamah membuat keputusan berdasarkan fakta serta undang-undang.
Perayu yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dituduh membunuh Sabi'ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999.
Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu-Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999. Polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.
Hakim Abdull Hamid ketika membacakan keputusan itu menjelaskan mengapa panel tersebut menerima keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwa raya sewaktu mensabitkan perayu.
Beliau menyatakan, keterangan saksi pendakwa ke-13 (SP13) iaitu rakan perayu menyatakan dia diarah oleh Mohamed Ya'cob memandu kereta melalui jalan yang sunyi sebelum diminta oleh perayu meninggalkannya bersama-sama Along di situ, jelas menunjukkan perayu merupakan orang terakhir dilihat bersama Along.
Sekembalinya saksi berkenaan, perayu dilihat berseorangan dan menyatakan "Biarkan dia" apabila ditanya oleh SP13 kenapa Along tiada bersama.
Perayu juga menyatakan "Apa-apa hal saya tanggungjawab" ketika kehilangan Along disiarkan dalam akhbar.
Pada hemat Hakim Abdull Hamid, panel itu berpuas hati dengan keterangan bahawa wujud perasaan cemburu di hati perayu menyebabkan dia berulang kali bertanya kepada Along bagi mendapat kepastian sama ada mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
Beliau selanjutnya berpuas hati dengan hujah Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud bahawa hakim bicara tidak tersalah arah ketika menerima masuk maklumat yang membawa kepada penemuan mayat Along (P32).
Pada hemat beliau, maklumat di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan itu relevan dan mempunyai kaitan langsung dengan kes pendakwaan.
Beliau turut menyatakan, mahkamah menolak hujahan peguam bela bahawa perayu dinafikan hak mendapat perbicaraan yang adil walaupun alasan penghakiman ditulis selepas tempoh lima tahun lima bulan.
Hakim Abdull Hamid berpendapat, bukan semua kelewatan boleh membatalkan prosiding mahkamah kerana rayuan perlu didengar berdasarkan merit kes.
Menurut beliau, lagipun perbicaraan tamat dalam tempoh sebulan empat hari sahaja sebelum keputusan diumumkan pada 10 April 2002.
Pada akhir prosiding, Hakim Abdull Hamid menolak hujahan bahawa kemungkinan Mahkamah Rayuan mengambil kira percakapan beramaran perayu (ID31) ketika mencapai keputusannya kerana alasan penghakiman yang dikeluarkan tidak langsung merujuk kepada dokumen tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran dlm kes ni kalau rasa2 tak nk kena campak dlm gaung jangan lah kacau isteri orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
pergghhh
11 tahunnn................... |
|
|
|
|
|
|
|
nih leh sambung rayuan lagik 11 tahun tak..? buang masa bagi makan penjenayah jer |
|
|
|
|
|
|
|
mana kubur c Along Spoon ni?...... |
|
|
|
|
|
|
|
family dia yakin along masih idup lagi kan....semoga roh nye ditempatkan didlm golongan org y beriman...amin... |
|
|
|
|
|
|
|
laaa ingat dah lama KO polis ni....kes lama ni....kira puaslah jugak dia hidup 10 tahun lebih dlm penjara tu....hehe |
|
|
|
|
|
|
|
dunia balas dunia...alfatihah to Sabi'ul aka Along..amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn kacau bini orang lagiiii:@mati sia2 |
|
|
|
|
|
|
|
jgn celup pan*** bini org.......... |
|
|
|
|
|
|
|
asal aku tak tau pasal kes ni ekk |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingtkan die dah matik kene gantung..rupenye idop lg ek |
|
|
|
|
|
|
|
punyalah lama duk dlm jel..last2 kena gantung jgk |
|
|
|
|
|
|
|
ni gambo polis itu |
|
|
|
|
|
|
|
dalam islam membunuh orang yang berzina & mengacau isteri kita .... adakah berdosa dan di perlu di hukum bunuh ? |
|
|
|
|
|
|
|
nak marah kan lelaki tu..patutnya bini sendiri ditegur..dimarah...jangan membabi buta bunuh orang lain..kalau bertepuk sebelah tangan takkan menjadi... |
|
|
|
|
|
|
|
ada pernah keluar artikel pasal ayah along dah dah dpt menerima kematian along
pastu dia siap citer sepjg dia tak dpt menerima kejadian tu, byk la duit dia berhabis cari bomoh bagai nak cari anak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia gak yg untung. dah puas ngan laki dia dah. Dpt rasa skandal ngan along, penyanyi trkenal woooo...
Skarang dah janda dpt peluang rasa laki baru.
2 org lelaki hancur hidup kerana dia sorang. Tu belom campur keluarga along esp bapaknya yg x keruan |
|
|
|
|
|
|
| |
|