CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[2013 DRAMA OF THE YEAR] [KBS]Secret Love (Ji Sung, H. J. Eum, B. S. Bin..)

[Copy link]
Post time 16-11-2013 06:46 PM | Show all posts
azie.dz posted on 16-11-2013 06:42 PM
mmg la...seminit dua minit tak apa...tp jalan cita slow...hahaha

siyes min ho ni ensem kan...bo ...


sori momod....ot jap....iklan sampingan,,kecewa jisung dh kawen,,tu bukak cite minho pulak
kate nk cecah 100 pages
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2013 06:48 PM | Show all posts
inaniloquent posted on 16-11-2013 06:46 PM
sori momod....ot jap....iklan sampingan,,kecewa jisung dh kawen,,tu bukak cite minho pulak
...

hahaha dah kawin tp masih lg lemak berkrim di sukai ramai...nama dia naik kan sebab secret...melonjak...isk...rindu pandagan mata jisung
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 06:53 PM | Show all posts
azie.dz posted on 16-11-2013 06:48 PM
hahaha dah kawin tp masih lg lemak berkrim di sukai ramai...nama dia naik kan sebab secret...melon ...


perghh tgk lama2 memang ensem
teringat org tanye dia perasaan dia tgk bo young kiss dlm i hear your voice,,
dia ckp dia sokong...dia pong terharu dgn watak isteri dia dlm citer tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 07:00 PM | Show all posts
inaniloquent posted on 16-11-2013 06:53 PM
perghh tgk lama2 memang ensem
teringat org tanye dia perasaan dia tgk bo young kiss dlm i hea ...

tu la kan..dia menyokong career seni bini dia...tp kalo aku jd bini dia **kalau ok** aku jeles dia kissy kissy heroin secret muahahahahaha

iols dgr balik OST secret..." i believe that i love you...la la la **

best kannn
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 07:43 PM | Show all posts
azie.dz posted on 16-11-2013 06:16 PM
wah pandai pandai

cc @ismaha

Why azie.. why azie... topik apa lak ko dok meroyn ngn inaniloquent ni
Ko jgn layn sgt dia neh.... kan tgk ko dh xpham psl tukr kos tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 07:49 PM | Show all posts
inaniloquent posted on 16-11-2013 06:08 PM
ehem.. anjakan paradigma kot,,aku pong xpasti,,,xkreatip
maklumat lanjut,,,sila hubungi nama  ...

Ko pong calling xdapat

@rileks ko jgn amek pot depa neh merapu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2013 08:00 PM | Show all posts
ismaha posted on 16-11-2013 07:49 PM
Ko pong calling xdapat

@rileks ko jgn amek pot depa neh merapu


xdpt ke,,kredit abesh lar tu,,,asal ko perasan cukop
saje je merapu....nk amik mood....br meriah


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 08:08 PM | Show all posts
azie.dz posted on 16-11-2013 07:00 PM
tu la kan..dia menyokong career seni bini dia...tp kalo aku jd bini dia **kalau ok** aku jeles dia ...


lagu ailee...mmg best layan lagu tu
lagu citer ni semo sedey2,,dgor lagu pong dh sedih lagi tgk citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2013 11:58 PM | Show all posts
bru abis tengok citer ni... memang best... untuk thun ni ni cter ke dua yg best lepas that winter the wind blow tu. semua pelakon pandai bwk watak masing2. watak heroin cter ni pun x annoying... suke watak heroin yg berusaha sendiri cri kesalahan ex bf dia tnpa mintak pertolongan hero.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 11:23 AM | Show all posts
ismaha posted on 16-11-2013 07:49 PM
Ko pong calling xdapat

@rileks ko jgn amek pot depa neh merapu

okeh..
tp kan.. lg ko kata jgn lagi aku nak tau weyy..

----------------------

rupernya diorg g bar yg sama..


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 11:32 AM | Show all posts
rileks posted on 17-11-2013 11:23 AM
okeh..
tp kan.. lg ko kata jgn lagi aku nak tau weyy..

Hahahaha.. serius ko nak tau neh... sila wasap
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 06:19 PM | Show all posts
nak mencelah..sbb citer nih la..iols dah tangkap cintan sama itu oppa Rahmat Mega..
Skang tgh gigih cari drama2 lakonan beliau..tgk stuck tgk drama 'Royal Family'...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2013 06:28 PM | Show all posts
kakJAHku posted on 17-11-2013 06:19 PM
nak mencelah..sbb citer nih la..iols dah tangkap cintan sama itu oppa Rahmat Mega..
Skang tgh gigih ...

tgk cerita "new heart" & "protect the boss"

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 09:34 PM | Show all posts
azie.dz posted on 16-11-2013 06:22 PM
kalo bini dia masuk n baca porem ni...kalau tak ok je...

tu la antara sbb aku suka cita ni...ja ...

aku setuju...citer ni direct....mmg best...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 09:36 PM | Show all posts
azie.dz posted on 16-11-2013 07:00 PM
tu la kan..dia menyokong career seni bini dia...tp kalo aku jd bini dia **kalau ok** aku jeles dia ...

peh..aku klu jadi bo yong eee..jeles giler...tgk ji sung kiss heroin final episode tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 09:38 PM | Show all posts
dauswq posted on 17-11-2013 06:28 PM
tgk cerita "new heart" & "protect the boss"

start minat ngan jisung mase dia berlakon swallow the sun....bestttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2013 10:50 PM | Show all posts
ler.. korang panggil jisung ni rahmat mega kaa?
byk beza wo muka jawa dgn muka korea..

aku cuma nak bg kredit skit pd bae sobin. menjadi betul watak dia jd jahat.
lebih jahat dari criter 49 days..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 01:01 AM | Show all posts
SECRET LOVE





RATING KESELURUHAN (9.9/10)

1- CERITA (9.6/10)

PLOT CERITA

Sebuah drama yang bergenre romantic dan melodrama. Jalan cerita mudah difahami tetapi banyak unsur-unsur suspen sehingga menyebabkan hati berdebar dan tertanya-tanya sehingga menimbulkan spekulasi dan persoalan yang sukar dirungkai. Ia mengisahkan tentang suka, duka, cabaran, dugaan dan pengorbanan yang dihadapi seorang wanita. Aku rasa ini garapan terbaik kerana  sangat menyentuh jiwa. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kerana berjaya menyuntik pelbagai emosi seperti sedih, gembira dan kecewa. Plot-plot yang dimuatkan sarat dengan mesej. Setiap episode mempunyai rahsia yang tersembunyi dan sukar diungkap jika tidak meberi penelitian yang penuh (focus).

Sebenarnya tgk dari tajuk pong mmg dh menggambarkan satu kombinasi yang baik antara secret dan love. Mmg reality manusia suka menyimpan rahsia dan selalunya lama-kelamaan masalah akan muncul. Manusia suka menyimpan rahsia atas beberapa sebab yang sukar untuk dijawab.Cerita ini mengisahkan penderitaan penyeksaan dan pembalasan yang ditanggung akibat dari rahsia yang disimpan. Secara kesimpulan, aku puas ati dengan plot cerita. Segala rahsia terbongkar, dan pada peringkat peleraian, DH dengan mak dia mendapat balasan yg setimpal di atas kejahatan yang mereka lakukan. Tapi aku xsuka sgt part ending coz hampir setengah jam citer hanya berkisar tentang San. Writer sengaja hidupkan balik watak San untuk buatkan DH menyesal dan rase bersalah coz YJ dgn MH mmg dh xmampu nk lawan DH. San sebagai senjata YJ untuk jatuhkan DH. Sebenarnya aku harap sgt ending dia YJ dgn MH akan guna cara mereka sendiri untuk hapuskan DH tanpa kewujudan San. Perkara yang masih jadi tanda tanya aku part kematian bapak YJ???

Aku xhairan jika drama ni dapat BEST DRAMA kerana witer dia mmg berkebolehan yang mana kedua-dua nya pernah memenangi KBS TV Drama Screenwriter Competition, penulis Yoo Bo Ra pernah memenangi Top Excellence Prize for One-Act Play in 2011 manakala penulis Choi Ho Chul memenangi Excellence Prize for Mini Series in 2012. Drama ini mampu mencetus fenomena kerana jalan cerita lebih segar dan romantic manakala barisan para pelakonnya yang hebat-hebat dapat memperkuatkan lagi drama ini.

(3) FAVERET SCENE

-EPISOD 6, waktu YJ merayu kt MH yang dia ingin pinjam duit untuk pembedahan bapak dia. Waktu tu aku rasa MH kejam sebab dia boleh ckp yang ‘sekarang ko rasa kan macam mane kehilangan orang yang paling berharga. Lepas itu YJ melutut, dia ckp ‘ dia dh xde rasa malu. rase malu dia ape lar sgt jika nk dibandingkan dengan kematian Ji Hee’
-EPISOD 9, waktu YJ menjerit, meraung dan marah dengan MH sebab selalu ikut dia. YJ lintas jalan tanpa lihat kiri dan kanan. MH jerit dan panggil YJ, lepas tu MH nangis. Mase tu mmg nmpk dia caring. Lepas tu YJ dgn MH bertemu kat bus stop, YJ ckp ‘mcm mane MH benci tgk muka dia, macam itu jugak lh susah juga untuknya. YJ ckp dia xingin nak berjumpa dengan MH’ . Lalu, MH terus naik bus.
-EPISOD 13, waktu YJ berdialog/berbual dengan MH dibalik pintu rumah YJ selepas kajadian YJ di’sound’ oleh mak tiri dan bapa MH.YJ CKP sukar untuk dia melihat muka MH kerana setiap kali tu lah dia teringat insiden kemalangan tu. YJ cakap kalau dia xcuai waktu tu, mungkin Ji Hee sudah bersama dengan MH. MH terlampau sedih sehingga menitiskan air mata. Aku suka tgk reaksi MH waktu ni.

2- KEBERKESANAN LAKONAN (10/10)

PELAKON
best actress (Hwang Jung Eum sebagai Kang Yoo Jung,YJ)

-Dia memang berjaya bawa terutama babak yang melibatkan emosi seperti kesedihan, kehilangan dan kesengsaraan sehingga kan dia di gelar ‘Queen of Tears’.
-Muka dia boleh tahan. Aku rase dia cantik bila sedih dengan senyum tapi aku rase dia ‘something’ bila dia ketawa atau sengeh.
-Lakonan dia mampu ‘mempengaruhi’ penonton dimana mereka boleh merasai kedukaan dan kepayahan yang dialaminya. Aku rasa watak dia lagi menyerlah waktu dia telefon DH yang mana dia ingin minta pertolongan DH untuk selamatkan anak dia. Dia dituduh mendera anak ketika di dlm penjara dan masa tu dia meraung nk dapatkan ganggang telefon.
-Kalau aku perhatikan dia ni lembut sgt, lemah dan selalu sgt rasa bersalah tapi dia sebenarnya dia seorang  yang kuat dan tabah. Ni jelas terpancar bila dia dapat kol yg orang dh jumpe bapa dia. Dia sanggup pegi Pohang. Reaksi muka dia mmg cool masa dia tgk mayat bapa dia, nampak ketabahan dia.
-Babak lain yang aku suka waktu dia uruskan pengebumian bapa dia dan pada hari yang sama dia ambik keputusan untuk putuskan hubungan dengan DH. Dekat sini aku boleh nmpk walaupun dia lemah tp sebenarnya dia kuat dan bijak buat keputusan.

best actor (Ji Sung aka Jo Min Hyuk, MH)

-Dia memang cemerlang bawa watak dan nampak jaoh lebih berpengalaman. Diberikan gelaran Jo Stalker.
-Gandingan dia dengan Hwang Jung Eum, YJ memang aku rase boleh dikategorikan sebagai  ‘BEST COUPLES’. Mereka berdua mempunyai ‘chemistry’ yang kuat. Eye contact antara mereka mmg terbaik.
-Watak dia mmg menyedihkan. Watak dia kontra dengan watak YJ. Watak luaran dia seolah-olah dia kuat tetapi sebaliknya dia cuba menyembunyikan kesedihan, kedukaan dan kesengsaraan. Contohnya, dia merasakan penyebab kematian ibunya (kotak music).
--Dia tersepit antara setia pada cintanya tetapi pada masa yang sama perlu menjadi seorang yang anak taat mengikut kehendak bapanya untuk mewarisi syarikatnya. Antara adegan yang aku suka, waktu dia bertanyakan khabar bapak dia yg operate kat luar negara, nmpk kat sini dia ambik berat dan risau kt bapak dia dan waktu dia ambik keputusan pergi ke US,yang ketika itu dia sanggup tinggalkan YJ.

best supporting actress (Lee Da hee aka Shin Se Yeon, SY)

-Lakonan dia mmg bersahaja dan bakat dia mmg terserlah.Dia digelar devil.
-Dia berjaya pegang watak sebagai seorang perempuan yang mementingkan maruah dan nama.
-Pada dasarnya, dia seorang wanita yang ‘perfect’, elegan dan cantik. tetapi sebenarnya dia tidak ada apa2 sebab apa yang dia inginkan adalah mendapatkan cinta MH. Dia seolah-olah terdesak dan menagih cinta MH sehingga sanggup buat apa sahaja demi MH.
-Ada style yang tersendiri. Dia meluahkan perasaan nya melalui lukisan. Aku terharu part dia lukis gambo MH tgh tido kat kerusi dengan part dia kt pantai tu, mmg nmpk kesedihan dia.
-Part yang aku suka,waktu MH tanya dia kalau MH masuk penjara, apa  yang dia akan buat. SY jawab yang dia akan ambik pendakwa yang terbaik untuk MH. MH ulang lagi yang kalau dia masuk penjara, SY jawab yang MH tak akan masuk penjara. Kat sini boleh nampak betapa dalamnya cinta SY kat MH.
-Babak lain yang aku suka  waktu, MH suruh dia berhenti kan semo ni. Lepas itu dia rela untuk melepaskan MH.

best supporting actor (Bae Soo Bin aka Ahn Do Hoon)

-Dia mmg talented, berjaya bawa watak jahat sehingga dapat byk gelaran Ahn the busxxxd dan Ahn S.O.B.
-Pada asalnya dia seorang yang baik, tapi disebabkan asakan tekanan demi tekanan terus menyebabkan dia berubah. Dia menjadi seorang yang tamak.
-Walaupun dia tamak, dia tetap ada sisi baik. dia jaga hubungan dia dengan mak bapak dia. Dia cuba nak mebantu menyenangkan mak dia yang ‘annoying’ tu walaupun dengan cara yang salah.
-Dia bijak dalam menyembunyikan segala kejahatan yang dia telah buat. Contonya, dia cuba untuk hapuskan bukti kat video dan dia buang barcalet bapa YJ supaya tidak dapat dikesan. Dia bertindak sedemikian sebaik sahaja mengetahui bahawa bapa YJ tahu insiden kemalangan itu berlaku adalah disebabkan DH dan bukan anaknya, YJ.
-Antara adegan yang aku suka bile waktu dia dapat tahu anak dia, San masih hidup. Pada masa itu dia berlutut depan YJ untuk mendapat kemaafan di atas kesilapan yang dia dah buat.
Secara kesimpulan, pelakon2 mmg berjaya menyampaikan gaya lakonan yang terbaik dan setiap watak mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam menghidupkan plot. Aku rase pelakon memenuhi kriteria watak yang diberikan dan memenuhi kriteria yang aku minat. Setiap episod dapat menonjolkan bakat dan keserasian pelakon di mana ia menyelitkan pelbagai emosi. Penulis skrip sangat kreatif dan teliti. Bak kata penulis secret love, dia tidak akan meninggalkan salah satu watak pun, pada akhirnya, drama akan menunjukan kisah hidup/ kehidupan manusia, jadi setiap watak mempunyai peranan yang penting. Selepas selesai pengambaran, penulis seolah-olah ingin memberikan tunduk hormat kepada para pelakon kerana berjaya membawa watak dengan eksperesi yang unik.

3- ASPEK TEKNIKAL (10/10)

LENS DAN FOKUS
Lensa camera dia mmg terbaik. Bijak dalam mengendalikan lensa sehinggakan boleh menimbulkan kesan terutama bahagian mata. Kamera akan tertumpu dibahagian mata.
Fokus yang diaplikasikan mmg turut membangkitkan lagi aura. Contohnya ruangan makan rumah MH. Kalau sedikit yang makan, camera akan focus dekat dan kerusi dihadapan meja makan tidak ada dan sebaliknya jika ruangan makan tu penuh orang, camera akan focus pada semua kerusi (keseluruhan meja makan).
epi 7 kot,,mase MH tgh minum dgn DH,,
pd mase yg sama SY tgh masak kt dapor..
mase tu aku rase camera mmg cantik....dia tunjuk keseluruhan ruang makan
dan kalo ko perasan dia ade tunjuk semo gambo2 kecik atas meja,,,
mase ni camera mmg 'deep fokus'.....sbb semo gambo nmpk jelas atas meja tu
lpas tu, SY jalan dr dapor bawak makanan,,pastu camera flash dekat makanan tu
part yg MH dgn KS,,
pastu KM yg oppa pakai spec tu jalan msk bilik bar kecik kt uma agam tu,,KS kuar pulak dr bilik tu
mase tu mmg camera shoot dr bawah tunjuk muka MH.....mmg cantik lar amik sudut cmtu
tyme tu pong xsilap aku mmg ade flashback lagik,,,MH ingatkn YJ kot
rasenye ni epi 9
ade lg satu scene, antara MH dgn DH, MH tgh minum air kt ruang bar kt uma dia,,
pastu DH dtg,,MH bg kertas pasal membe YJ yg dlm penjara (yg subahat dgn DH untuk kenekan YJ)
mase DH tgh koyakkan kertas tu,,,mmg camera trus shoot dr bwh
mase MH dgn DH  tgh bual tu mmg ade scene lain......cm flashback scene kt situ
pasal san kt dlm penjara dgn waktu MH nangis kt tmpt kemalangan Ji Hee
mase ni epi 12 kot

LIGHTING DAN EDITING
Pencahayaan dia mmg jelas. Mereka menggunakan pencahayaan yang sesuai bagi mempengaruhi emosi penonton. Contohnya, watak SY yang suram dan menyedihkan selalunya mempunyai lighting yang gelap.
Dari segi editing aku rase mmg kemas. Mereka mmg teliti dalam penyusunan plot sehingga boleh menampakkan real dan penonton boleh faham dengan mudah. Shot dari satu babak ke satu babak amat teratur sehingga tidak menjadi tanda tanya atau dilihat seolah-olah tergantung oleh penonton.

INSTRUMENTAL
Instrumental yang digunakan amat sesuai dengan babak yang terdapat dalam drama. Pemilihan instrumental yang bijak dan pelbagai boleh menjadikan plot cerita semakin menarik terutama scene2 sedih dan scene2 jahat. Tapi ada satu scene sedih yang xgunakan instrumental langsung, iaitu scene ketika YJ menangis seorang diri di dalam bilik selepas pengebumian bapa dia sambil memeluk baju bapa dia. Menurut writer, mmg dia sengaja tidak menggunakan instrumental atau lagu dalam scene tersebut kerana tangisan YJ sudah cukup untuk memberi ‘feel’ sedih kepada penonton.

LOKASI
Pemilihan lokasi yang sesuai dengan plot. Contohnya rumah MH yang mewah, ditambah dengan sudut2 tertentu dan menarik sperti ruangan makan, bilik bacaan, ruangan buku, pejabat, pasaraya dan banyak lagi. contohnya, ketika SY dan MH di ruangan buku, dimana SY memberikan buku yang bertajuk ‘Wuthering Height’ kepada MH. Lokasi2 yang cantik seperti  kerusi besar dan suasana tasik ketika YJ sedang menunggu bus selepas melawat Ji Hee, dan pemandangan bukit ketika YJ sedang tunggu bus selepas pulang dr trip dgn MH.

FLASHBACK SCENE DAN MONOLOG DALAMAN
Terdapat juga flashback scene terutama berkaitan insiden kemalangan tu. Flashback banyak dimainkan pada episode terakhir bg menandakan pengakhiran drama dan membongkarkan segala rahsia yg tersimpan. Aku suka part monolog dalaman antara MH dengan YJ. Pada masa itu, MH pegang buku yang berjudul ‘The Life Before Us’ sedangkan YJ tengah menunggu bus. Mereka seolah-olah berbual.

4- SKOR MUZIK (5/5)

Bijak pilih lagu. Lagu dia banyak menggambarkan kesedihan lalu mampu ‘memukau’ orang. Orang lebih mudah faham plot cerita dan lebih mengahayati setiap mesej atau tujuan yang ingin disampaikan.Di pertengahan cerita, mereka telah menampilkan kelainan di mana MH telah mendendangkan lagu ‘Wuthering Height’ yang diambil sempena dari buku yang diberikan oleh SY kepada MH. Secara keseluruhan, muzik dan instrumental yang digunakan mmg balance.

5- KEBARANGKALIAN UNTUK TONTONAN SEMULA (5/5)

Aku nk review ni pong dh bape kali aku kene tonton balik coz dh lupa scene. Sampai berpinar mata aku………….last2 pening pala……….hahaha. why not??? kalo aku ade mase, aku layan je.

SECRET LOVE: BEST DRAMA, BEST WRITER, BEST DIRECTOR, BEST CAST, BEST CINEMATOGRAPHER, BEST SONG......DAEBAK!!!




@dauswq sori lambat,,br 1st tyme review,,jenoh aku...ni pong aku goreng je
pasal instrumental tu mmg xde kan,,aku pong dh try cari,,yg lain2 ade...kalo ko jumpe bg tahu aku, nk jugak coz aku minat instrumental
Last edited by inaniloquent on 18-11-2013 08:06 PM

Comments

TOTAL =9.6+10+10+5+5 = 39.5/40 *10 =9.90 Terima Kasih atas review Nomination: Ji Sung, Hwa Jum Eum, Bae So Bin & Lee Da Hae   Post time 18-11-2013 05:44 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 10:40 AM | Show all posts
inaniloquent posted on 18-11-2013 01:01 AM
SECRET LOVE

awesome review..

belum pernah aku baca review CARI sedetail & sehebat ni...


ade 2 point kita yg agak serupa...

-EPISOD 9, waktu YJ menjerit, meraung dan marah dengan MH sebab selalu ikut dia. YJ lintas jalan tanpa lihat kiri dan kanan. MH jerit dan panggil YJ, lepas tu MH nangis. Mase tu mmg nmpk dia caring. Lepas tu YJ dgn MH bertemu kat bus stop, YJ ckp ‘mcm mane MH benci tgk muka dia, macam itu jugak lh susah juga untuknya. YJ ckp dia xingin nak berjumpa dengan MH’ . Lalu, MH terus naik bus.

Contohnya rumah MH yang mewah, ditambah dengan sudut2 tertentu dan menarik sperti ruangan makan, bilik bacaan, ruangan buku, pejabat, pasaraya dan banyak lagi. contohnya, ketika SY dan MH di ruangan buku, dimana SY memberikan buku yang bertajuk ‘Wuthering Height’ kepada MH.
entah kenapa aku dpt rasa scene kt rak buku mmg antara yg plg memorable dlm drama ni...
director mmg pndi mainkan perasaan , siap lagi kuarkan buku "wuthering height" pastu...


malam nnt aku bagi kredit & komen merah...



Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 10:44 AM | Show all posts
dauswq posted on 18-11-2013 10:40 AM
awesome review..

belum pernah aku baca review CARI sedetail & sehebat ni...


sindir ke perli tu........
saya dak br blajo......tetiba rase cm nk amik final exam pulak
aku suke tgk ko komen.....ko mmg dlm bidang seni ker??


kalo ko jumpe instrumental yg scene tu ko bg tahu aku......aku pong suka gak,,penat aku cari tp xjumpe
aku lebey layan lagu instrumental,,,coz xsuka bunyi bising2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.337367 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list