CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14062|Reply: 60

Diari Wanita Curang

[Copy link]
Post time 19-8-2014 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Sejuk2 ni layan la dulu.. semoga terhibur

Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.
Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.
Ding!
Mesej masuk di Whatsapp.
“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”
Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional.

Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju.
Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru. Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.
Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang- kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.
Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet.
Akhir- akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah,mampu menenangkan aku. Aku rasa damai disampingnya.
Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur. Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir. Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. erdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.
“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”
Si ayah tersenyum menjawab,
“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories. Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni.
Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin. Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”
Si anak mengangguk. Senyum.
“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”
Si ayah menjawab ringkas,
“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda- benda tak elok.”
“Macam mana tu, ayah?”
“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan,‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’
Usapmata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”
Si anaknya tersenyum.
“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”
“Pandainya anak ayah!”
Si ayah mencium dahi anaknya.
“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin…Baiklah. Jumpa malam esok pula.”
Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.
“Ayah sayang saya tak?”
Ayahnya tersenyum.
“Sayang sangat.”
“Sayang umi tak?”
Ayahnya tersenyum lagi.
“Sayang. Lebih dari kamu tahu.
Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baikkan hati ummi? Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata.Sampai akhirat sana.”
Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.


**
Suamiku melangkah keluar bilik. Langkahnya terhenti. Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun
suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.
Sungguh, aku khilaf!
Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.
“Awak ok ke?”
Suami kaget seketika.
“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”
Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.
“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”
Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.
“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”
Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku.
Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.
“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”
Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang. Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.
“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”
Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama. Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.
Aku mengangguk mengiyakan.
“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”
“Tulusly, tak kisah!”


***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.
“Macam mana? Dah selesai?”
Aku membalas ringkas mesej itu.
“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”
Mesej masuk lagi.
“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”
Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim.
Patahkan.
Depan suami.
Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi. Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan.


cerita oleh: Muhammad Rusydi /Facebook

Bacaan Tambahan:

Koleksi Kisah2 Wanita Curang
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1149262

Last edited by tupaiterbang on 23-8-2014 12:48 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 03:41 PM | Show all posts
baca dek silaruseli ni mau jadik drama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 03:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 04:09 PM | Show all posts
Wah... Tersentuh hatiku...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 04:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 04:33 PM | Show all posts
sedeyhnye....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2014 04:36 PM | Show all posts
sebenarnya banyak cerita realiti gini berlaku kat luar.. xpayah dok menafi kalo sapa nak menafi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 04:57 PM | Show all posts
bagusnye suami dia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 05:43 PM | Show all posts
Tp sy x sekuat itu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 06:01 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 06:52 PM | Show all posts
zaman la ni bini org lagi cun drpd anak dara.
smpai bujang dgn laki orang pon tergoda.
dunia da terbalik.
kehkehkeh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 11:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:32 AM | Show all posts
dapperman posted on 19-8-2014 06:52 PM
zaman la ni bini org lagi cun drpd anak dara.
smpai bujang dgn laki orang pon tergoda.
dunia da te ...

yer la tuh bini orang lagi cun
orang laki kat luar sana tuh sangap
bini orang paling senang nak tekel
ini hakikat, yang penting bini orang tu kena sedorla sket diri tuh bini orang
snang senang jerrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:55 AM | Show all posts
nice stories... kisah benar ke ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:55 AM | Show all posts
sedih aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:31 AM | Show all posts
adoi..sedih lak baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 12:37 PM | Show all posts
adoii... sedeh jugak... x kira la laki ka bini ka... hargailah pasangan masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 04:41 PM | Show all posts
Sedihhhnya... Kisah sama terjadi pada orang yang hampir denganku...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 10:48 PM | Show all posts
xtau nak tepek mana thread lain dah masuk tong taik oleh mod.. paste tang nie la.. origin dari CJM page

As Salam, saya seorang suami yang telah pun berkahwin dengan isteri selama 4 tahun dan Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki dan perempuan yang berumur 2 tahun dan 1 tahun. Kami berdua berkerja dalam perkhidmatan awam di mana isteri saya bekerja dalam badan beruniform dan saya pentadbiran.

Alhamdulillah sepanjang perkahwinan kami mampu mengharungi asam garam kehidupan berumah tangga dan apa jua masalah kami akan cuba selesaikan sehingga lah bermula dari awal tahun ini isteri saya mula bersikap pelik apabila setiap kali memberikan alasan apabila minta dilayan dan jarang bercakap dengan saya. Untuk pengetahuan admin, perkerjaan isteri saya ini melibatkan penghantaran tahanan ke Depot, Jaga Lokap (bila melibatkan OKT wanita), Bilik Gerakan (BG) dan juga terlibat dengan Operasi. Jadi boleh disimpulkan kerja 8 pagi - 5 petang hanya la atas kertas sahaja, hakikatnya isteri saya banyak terlibat dengan kerja lebih masa (atas sebab tuntutan kerja). Dan perkara itu tidaklah menjadi satu masalah kerana saya mampu menjaga anak, bantu isteri kemas rumah, cuci pinggan, pusing kain, sidai kain, mop, vakum dan sebagainya la.

Tragedi bermula apabila satu demi satu sms,whatapps,telegram dan wechat dalam hp isteri saya yang terdapat conversation antara penyelia dia dan bekas teman lelaki dia yang saya dapat tangkap, saat tu hati saya betul-betul remuk kerana saya tidak menyangka kepercayaan yang saya berikan selama ini dibalas dengan penipuan. Bila saya tanya mati-mati isteri saya tak mengaku dan bila saya tunjukkan bukti baru la dia terdiam dan tiada satu permohonan maaf pun keluar dari mulut dia atau pun penjelasan. Aktiviti mesej di media sosial masih berjalan seperti biasa dengan ayat-ayat 'take care' dan emoticon kasih sayang berbentuk cinta dan sebagainya. Dan ada suatu hari selepas kejadian tu, isteri saya menelefon dari pejabat dan meminta untuk berpisah dan memaklumkan hari itu dia akan terlibat dengan operasi kerana pada bulan berikutnya dia akan bertukar Unit, jadi seperti biasa saya mengizinkan tetapi saya berasa sangat tidak sedap hati dan bila saya berhubung dengan salah seorang rakan isteri saya memag SAH isteri saya tidak terlibat, Ya Allah hancurnya hati saya kerana saya ditipu lagi. Tetapi saya cuba tenangkan fikiran dan apabila dia balik hampir 12 tengah malam saya biar dia selesaikan urusan bersihkan diri dan solat, saya tanya dia berkaitan hal ini tetapi sekali lagi dia tidak mengaku dan bila saya tunjuk bukti mesej saya dengan pegawai dia barulah dia mengaku, alasannya dia tertekan dengan saya dan mahu tenangkan fikiran jadi di pergi menonton wayang, saya tanya lagi kalau menonton wayang pun paling lama 2 jam, tetapi awak menghilang dari 5.30 petang sampai 12 malam? Dia hanya diam dan menangis.

Yang paling saya sedih bila bekas teman lelaki dia juga seorang ustaz lulusan Jordan hantar mesej pada saya memberitahu memang banyak isteri saya mengadu masalah pada dia dan Ustaz ni perli saya tak reti jaga bini la apa la dan yang paling celaka sekali dan sampai saat ni saya tak boleh nak terima bila Ustaz ni cakap 'kalau kau ceraikan isteri kau, aku janji dalam 3 bulan aku akan ambil isteri kau jadi isteri aku!'. Ya Allah di mana imannya Ustaz ni, kalau tuan-tuan sebagai suami berada di tempat saya, apa agaknya tindakan tuan-tuan?
Dan saya juga berhubung dengan seorang lagi lelaki yang selalu mesej isteri saya untuk mendapatkan penjelasan, jawapan sama juga saya terima, padahal bukti mesej saya dah simpan semua. Seolah-olah mereka berpakat, hebat ujian Allah untuk saya. Saya tak nak ceraikan isteri sebab saya masih sayangkan dia, isteri saya juga mengelak untuk berubat. Ada suatu hari nak ditakdirkan Allah malam sebelumnya isteri saya pinjam kereta saya dan dia terlupa nak bawa keluar handbag, kebetulan esok saya nak keluar beli makan pagi saya check dalam wallet isteri saya, saya jumpa satu kertas doa terselit di antara kad pengenalan dan lesen yang berbunyi lebih kurang begini ' aku memohon perlindungan tok nenek pimpinanku, dan aku pagari diriku zahir batin'. Jadi macam biasa bila tanya masih lagi tak mengaku dan berlagak seolah-olah tiada apa.
Berkali-kali saya tekankan betapa dosanya sikap isteri begitu dan azab api neraka tetapi isteri saya macam orang angau. Maksudnya cakaplah apa pun dia tak kan dengar.

Sepanjang perkahwinan selama 4 tahun belum pernah lagi walau satu malam isteri saya tidur di rumah mak saya, walaupun rumah mak saya hanya 15 minit perjalanan. Saya juga menyewa dekat dengan rumah mak isteri saya, nak cerita dekat ni bila buka pintu rumah je dah boleh nampak rumah mak dia. Tujuan saya adalah untuk memudahkan urusan penjagaan anak kalau isteri berkerja malam jadi saya boleh refer pada mak isteri saya kalau anak menangis malam ke apa. Dan tiap-tiap tahun juga isteri saya mengajak balik kampung mak dia di Utara tanah air, sekali lagi saya cakap tiap-tiap tahun. Saya bukanlah penakut atau apa tapi saya faham sikap isteri saya yang memang keras kepala dan memberikan masa pada dia untuk memahami dan berubah. Sehinggalah hari ini isteri saya berterusan minta cerai dan layanan sebagi seorang isteri memang takde la sebab alasan yang diberi pada saya dia dah takde perasaan dan dah takde feel nak layan saya. Remuknya hati saya, boleh kata setiap hari ada je perkara menyakitkan hati yang dia sajikan dan saya tahu dia masih lagi berhubung dengan lelaki tu. Tipulah saya tak menangis, ada masa lepas solat saya akan doa sungguh-sungguh mudah-mudahan Allah lembutkan hati isteri saya dan terbuka untuk menerima kebenaran. Isteri saya juga dengan tenang cakap pada saya, hati dia dah serah pada Allah dan Allah dah ambil perasaan sayang pada saya tu, isteri saya juga cakap terimalah takdir Allah dan belajarlah terima hakikat. Sedangkan dalam masa yang sama dia masih lagi berhubung dengan lelaki tu, keluar makan la.

Persoalannya adakah saya dayus? Dan apa jalan terbaik untuk penyelesaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 12:43 AM | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 22-8-2014 10:48 PM
xtau nak tepek mana thread lain dah masuk tong taik oleh mod.. paste tang nie la.. origin dari CJM p ...

itulah kalau bini dok pikir ex-bf..mmg susah.
sedih dan geram jgk membaca kisah ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.118326 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list