View: 6752|Reply: 49
|
[Jenayah]
Saksi menjadi pembunuh exec airasia
[Copy link]
|
|
Shahrinawati Abu Bakar Eksekutif AirAsia X Mati Dibunuh
Shahrinawati Abu Bakar Eksekutif AirAsia X Mati Dibunuh. Kejadian berpunca apabila mangsa dirompak dan diserang oleh suspek bersejatakan parang selepas meletakkan kenderaannya di luar rumah.
Insiden berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka pada pukul 2.45 pagi. Menurut saksi kejadian, dua suspek lelaki merompak mangsa namun saksi cuba menolong mangsa dengan mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa.
ua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam. Mangsa maut akibat cedera parah ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.
Sumber: Shahrinawati Abu Bakar Eksekutif AirAsia X Mati Dibunuh | melvister.com
http://www.melvister.com/2013/08/shahrinawati-abu-bakar-eksekutif-airasia-x-mati-dibunuh.html
|
|
|
|
|
|
|
|
harap bukan polis........ |
|
|
|
|
|
|
|
apa maknanya? perompak ugut aje dengan parang, tapi mangsa mati kena langgar oleh saksi? |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa cubaan samun maut
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Hasrat dua lelaki untuk menyelamatkan seorang kakitangan wanita AirAsia X yang cuba disamun di depan mata bertukar tragedi selepas kenderaan diundur dengan laju untuk melanggar suspek terlanggar mangsa menyebabkannya meninggal dunia.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Shahrinawati Abu Bakar, 30, yang merupakan petugas lapangan dikatakan baru tiba di rumahnya di Kondominium Palm Villa Condo, Taman Cempaka, Ampang, untuk meletakkan kenderaannya di kawasan luar bangunan itu.
Tiba-tiba muncul seorang suspek lelaki menaiki sebuah motosikal lalu berhenti di hadapannya dan cuba menyamun mangsa.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, perbuatan suspek itu disedari dua pemuda menaiki sebuah kereta Proton Wira yang kebetulan melintasi kawasan tersebut.
Katanya, mereka kemudian mengundurkan kenderaannya dengan laju untuk melanggar suspek tetapi malangnya terlanggar mangsa.
"Suspek yang melihat kereta itu bergerak laju berjaya mengelak. Dia kemudian melarikan diri dan pemeriksaan mendapati lelaki tersebut tidak dapat melarikan barangan milik mangsa.
"Mangsa yang cedera parah akibat rempuhan itu dibawa kedua-dua pemuda terbabit yang berusia 20-an ke Hospital Gleaneagles tetapi disahkan meninggal dunia. Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Amiruddin, hasil bedah siasat dijalankan mendapati kematian mangsa adalah akibat impak yang kuat daripada kemalangan itu dan tiada sebarang kesan penggunaan senjata tajam.
Beliau berkata, pihaknya telah merakam percakapan saksi dan kedua-dua pemuda itu dibebaskan selepas sesi soal siasat selesai.
Katanya, pihaknya sedang memburu suspek terlibat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan, pasukan Unit Forensik yang turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemukan dompet milik suspek.
Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, Shahrinawati yang berasal dari Miri, Sarawak dijangka melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.
"Shahrinawati yang merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik bekerja di syarikat penerbangan itu sejak 2008 dan sering pulang lewat kerana bekerja mengikut syif," katanya ketika ditemui di HKL.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bakal pengantin maut dilanggar
Oleh NOR SHAFAWATI YUP
[email protected]
INILAH kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu dua lelaki dan terlanggar Shahrinawati Abu Bakar secara tidak sengaja di Ampang Jaya, Selangor semalam.
AMPANG JAYA – Seorang bakal pengantin menemui ajal secara tragis apabila dia dilanggar sebuah kenderaan dinaiki dua rakan secara tidak sengaja ketika mereka cuba membantu mangsa yang disamun dua lelaki bermotosikal pagi semalam.
Mangsa, Shahrinawati Abu Bakar, 30, yang merupakan kakitangan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia X menjadi mangsa samun ketika dia mahu pulang ke kediamannya di Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka di sini semalam.
INILAH Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka, Ampang Jaya, Selangor tempat Shahrinawati menetap.
Mangsa yang cedera parah akibat rempuhan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada pukul 3.15 pagi, kira-kira setengah jam selepas kejadian.
Sebelum kejadian, mangsa yang baru pulang dari tempat kerja di Sepang sedang berjalan menuju ke rumahnya selepas meletakkan kenderaan di luar pagar kondominium berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tragedi niat murni
Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
Ampang: Niat baik seorang lelaki yang cuba merempuh motosikal dinaiki dua peragut bertukar tragedi apabila kenderaan itu terlanggar wanita yang diragut penjenayah terbabit hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Kejadian menyedihkan itu berlaku di depan Kondominium Palm Villa, Jalan Cempaka, di sini, jam 2.40 pagi, semalam ketika mangsa, Sharinawati Abu Bakar, 30, yang juga eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X baru pulang dari tempat kerja.
Sebelum kejadian, lelaki berusia 20-an menaiki Proton Wira bersama rakannya di lokasi kejadian ternampak Sharinawati disamun dua lelaki bermotosikal.
Dengan niat mahu menolong mangsa, lelaki terbabit cuba merempuh motosikal suspek dengan cara mengundur kenderaannya dengan laju, namun tersasar dan melanggar Sharinawati manakala suspek berjaya melepaskan diri.
KONDOMINIUM Palm Villa tempat Sharinawati diragut, semalam.
Mangsa yang dijadualkan berkahwin Disember depan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, di sini, oleh pemandu kereta terbabit. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya. takziah kpd mangsa dan org yg cuba menolongnya. Innalillah dan Al-Fatihah utk arwah Sharina. |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 30-8-2013 01:31 AM
harap bukan polis........
tang mana yg ayat ada polis Cong |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bukan john mcclane, janganlah pepandai. |
|
|
|
|
|
|
|
iols tetap nak salahkan penyamun2 tu....
gara gara tindakan penyamun ... ramai orang yang tak bersalah terlibat .... |
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga posted on 30-8-2013 07:00 AM
iols tetap nak salahkan penyamun2 tu....
gara gara tindakan penyamun ... ramai orang yang tak bersa ...
kan? tapi satgi ada blame polis jua |
|
|
|
|
|
|
|
kena hukuman kah dua2 lelaki yang cuba menolong tu?...kesian pulak tak pasal2 jadi pembunuh |
|
|
|
|
|
|
|
yg langgar tu bleh kna saman ke kalau kes mcm ni...? |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 30-8-2013 07:08 AM
kan? tapi satgi ada blame polis jua
tu ler mentality masyarakat meleysia....
apa apa... polis tetap disalahkan ....
habis tu ... apa sumbangan masyarakat...?
yang laki goyang telor.... yang pompuan goyant ketet?
|
|
|
|
|
|
|
|
niat dah baikkk.....
nak jadi hero jadi zero lak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Len kali x payah tolong laa ...haishhh |
|
|
|
|
|
|
|
lavajeans posted on 30-8-2013 07:24 AM
niat dah baikkk.....
nak jadi hero jadi zero lak...
lepas ni takut org nak menolong kan? |
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga posted on 30-8-2013 07:21 AM
tu ler mentality masyarakat meleysia....
apa apa... polis tetap disalahkan ....
habis tu ... apa ...
tapi kalo insiden cani pon org akan takut nak menolong sesama rakyat gitu Ms Nigga.. ye laa niat nk menolong tp terlanggar lak mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 30-8-2013 07:27 AM
lepas ni takut org nak menolong kan?
siyesly la aku cakap...
kalau aku nampak penyamun samun misnigga......aku tolong penyamun tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Saksi tu byk sgt tengok pilem tamil kut |
|
|
|
|
|
|
| |
|