CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 24-5-2016 02:18 PM | Show all posts
bemban/jasin kdang2 angker gak..
pengalaman akak sedara aku dulu nak balik kampung situ..


ayah dia mmg dh pesan. kalau nak balik rumah kampung jangan balik waktu magrib/malam kerana waktu laluan benda2 begitu.

ada sekali tu dia mmg balik malam dengan laki dia naik van..
sekali ada makhluk merangkak kepala budak melintas depan van..
nasib laki dia cekalkan buat tak tahu jela benda tuh..
dan ada sekali tu suaminya nak jemput dari kampung..
jalan tu sepatutnya lurus tiba2 jadi jalan lain mcm tak jumpa jalan tiba2 wujud bukit..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2016 05:44 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 24-5-2016 09:32 PM

Kisah 20: Cerita Bersiri - Misteri Yurizawa (Bahagian I)

Pada musim panas tahun 1994, Rozman dan 9 lagi rakan-rakan universiti dari sebuah pusat pengajian tinggi di Chiba, Jepun menaiki van ke sebuah perkampongan di Selatan Jepun. Sebagai pelajar tahun tiga, Rozman dikehendaki memenuhi kredit elektif dimana dia harus memilih samada mengambil elective courses atau buat aktiviti social responsibilities.

The summer weather is too good for him to be cramped indoors so Rozman memilih untuk menyertai sebuah social club di universitinya membantu golongan tua di luar bandar

Destinasi yang dipilih pada tahun itu adalah sebuah perkampongan bernama Yurizawa, terletak di selatan kepulauan Kyushu dan antara kampong berusia lebih seratus tahun yang masih wujud ketika itu. Kumpulan pekerja amal seramai 10 orang itu di guide oleh Yumiko, wanita separuh abad yang sentiasa ceria dan talkative, berasal dari Yurizawa. Yumiko memberitahu, pada era kebangkitan ekonomi Jepun yang bermula pada tahun 60an menyaksikan banyak golongan-golongan muda meninggalkan kampong halaman untuk membina kehidupan baru di kota-kota besar. Penghijrahan ini menyebabkan populasi desa seperti Yurizawa susut mendadak dan tahun demi tahun banyak kampong-kampong pupus dari peta Jepun kerana kematian penduduk-penduduk yang rata-rata orang tua.

Perjalanan mengambil masa 16 jam dari Tokyo dan van mereka berhenti di sebuah pekan kecil kira-kira 15-20 kilometer dari Yurizawa untuk bermalam. Beberapa pelajar menyoal keputusan bermalam di pekan tersebut, kenapa tak teruskan aja sampai ke Yurizawa kerana dah dekat, macam membazir je bermalam kat pekan ni. Lagipun kebanyakkan mereka (termasuk Rozman) adalah seasoned outdoorsmen so takde masalah nak tidur kat luar kalau accommodation masih tak sempat disediakan, boleh je pacak tiang khemah atau tidur dalam sleeping bag je.

Yumiko tidak menjawab. Kata Rozman, dia perasan air muka Yumiko berubah. Ada waktu dia macam termenung kejap sebelum tergesa-gesa excusing herself turun ke bawah untuk berurusan dengan rumah tumpangan. Rozman malas nak berbincang soal tu, benda kecik je dan lagipun dia dah tak larat nak duduk dalam van.

Malam itu, Rozman dan rakan-rakan lain melepak kat sushi bar. Dalam group terdapat 4 orang pelajar asing dari Amerika, Filipina, Taiwan dan juga Rozman dari Malaysia. Kata Rozman, Yumiko ni jenis senang di impressed, termasuklah lah awek-awek Jepun lain dalam group tu so Rozman dan Ben dari Amerika, the only non-Japanese guys in the group ambil giliran bragging pasal negara masing-masing.

Menurut Yumiko, Yurizawa dibuka ketika era Meiji Restoration dan diasaskan untuk menyokong revolusi industri Jepun pada lewat abad ke-19 melalui perlombongan arang batu. Boleh dikatakan majoriti penduduk disitu adalah pelombong arang batu di lombong terletak di kaki-kaki gunung. Selepas kejatuhan Jepun pasca-WW2 dan kebangkitan Jepun sebagai economic powerhouse pada tahun 60an, penggunaan arang batu semakin berkurangan kerana migrasi ke tenaga nuklear. Economic boom Jepun tahun 60an menyebabkan penutupan lombong-lombong dan penduduk kampong mula bercucuk tanam. Generasi muda pula mengambil keputusan berhijrah ke bandar-bandar besar macam Fukuoka atau Tokyo. Cuma beberapa generasi muda seperti Yumiko yang masih setia dengan Yurizawa. Kampong yang asalnya mempunyai 150 keluarga kini hanya mempunyai populasi tidak lebih 50 orang.

Memandangkan sushi bar pun dah nak tutup, they called it a night dan awal pagi besoknya bertolak ke Yurizawa. Perjalanan cuma 30 - 40 minit itu membawa mereka ke sebatang jalan kecil tidak bertanda offshoot dari highway. Van memasuki sebuah terowong sempit yang merupakan satu-satunya jalan masuk dan keluar.

Yurizawa terletak dalam lembah dikelilingi bukit-bukau dan gunung-ganang. Rumah-rumah berselerakan di kaki bukit dan pemandangan hijau sawah padi memberi perasaan nostalgik kepada Rozman yang berasal dari Kedah. Kedatangan mereka disambut oleh penduduk kampong in some sort of balai raya. Rozman agak terkejut lihat penduduk kampong semua orang tua dalam lingkungan 75 ke 80 tahun, paling muda pun adalah 3-4 orang itu pun sekitar 50 - 60 tahun.

Penduduk-penduduk kampong yang ada dalam balai raya adalah generasi terakhir, jika kesemua mereka meninggal dunia, kampong tersebut akan ditutup dan jadi kampong terbiar seperti apa yang terjadi di sekeliling Yurizawa. Pada zaman kegemilangan daerah tersebut, terdapat lebih dari 30 desa wujud di sekeliling Yurizawa dimana ekonomi setempat adalah perlombongan arang batu. Kini hanya Yurizawa yang masih kekal, itupun hanya menunggu masa untuk jadi ghost village.

Disebabkan itu, Yurizawa takde balai polis, takde sekolah, takde bomba, takde klinik dan bekalan elektrik pun dari set generator dibeli sendiri. Bekalan air pula di pam terus dari gunung dan tak perlu filter kerana lagi bersih dari air mineral yang beli kat kedai. Kalau sakit pula, hanya berubat sendiri menggunakan herbal-herbal tradisional.


"Macam tempat buangan orang-orang tua" Itu lah yang singgah di minda Rozman bila mereka meet and greet dengan penduduk Yurizawa. Sampai naik kekok pula kerana santai berpakaian dengan seluar pendek dan singlet sedangkan atuk-atuk dan nenek-nenek disitu lengkap berpakaian tradisional.

Ketua komuniti adalah rahib wanita bernama Himiko-Sama. Mendakwa dirinya berusia hampir 100 tahun, menyatakan rahsia umur panjang adalah mendaki 500++ anak tangga setiap pagi untuk ke temple di kaki gunung. Himiko-Sama seorang berpewatakan serius berbanding dengan penduduk lain yang rata-rata suka bergurau macam atuk-atuk, nenek-nenek yang ramah tamah. Perkara pertama yang di lakukan oleh rahib tersebut, instead of greeting all of them adalah menerangkan benda-benda yang dilarang buat sepanjang mereka di Yurizawa. Basically benda-benda common sense lah, jaga kelakuan, jangan rosakkan this and that bla bla bla, cuma ada satu benda yang Rozman rasa pelik, mereka kena duduk dalam rumah dan tak dibenarkan keluar sebaik loceng temple berbunyi menandakan matahari dah terbenam. Even keluar kat porch rumah pun tak boleh. Rumah pula kena dipastikan kunci semua pintu dan tingkap.

Siang dihabiskan berkenalan dengan penduduk kampong. Adalah jamuan sikit tapi Rozman tak makan sebab semua meat-based foods adalah daging babi. Menurut Rozman, semasa mereka menziarah rumah penduduk disitu, rumah-rumah kosong lagi banyak dari rumah-rumah berpenghuni. Jarak antara rumah pula agak jauh kerana dipisahkan oleh samada ladang atau sawah padi yang luas. Kagum Rozman melihat sawah padi dan ladang-ladang yang subur dan segar-bugar. Kuat betul orang-orang kampong Yurizawa nih. Dah tua bangka pun masih larat bercucuk tanam. Lagi-lagi dengan sawah dan kebun semua terjaga rapi.

Mereka dipisahkan kepada dua group, satu group ada 5 orang dan mereka bebas memilih mana-mana rumah yang kosong sebagai penempatan sementara. Group diketuai Kentaro, memilih rumah sebelah jalan menuju ke terowong manakala group Rozman diketuai oleh Yamazaki pula memilih rumah sebelah tangga menuju ke temple. Kedua-dua rumah adalah berjiran dan dipisahkan oleh kebun kobis.

Sebelum mereka pindah masuk, Yumiko memberitahu bahawa rumah-rumah kosong di Yurizawa adalah peninggalan penduduk yang telah meninggal dunia dimana mostly diketahui dah mati selepas terbau mayat yang dah membusuk. Jadi Yumiko menasihatkan supaya mereka tidak berkelakuan tidak senonoh dalam rumah untuk menghormati roh-roh simati yang mungkin masih berkeliaran dalam rumah-rumah tersebut.

Knowing how superstitious Japanese are, Rozman dan yang lain dah well-aware on how to conduct themselves there. His fellow Japanese friends buat macam shrine kecik dalam rumah untuk meminta kebenaran tuan rumah menumpang sebentar semasa mereka gotong-royong membersihkan kediaman mereka for the next 2 weeks.

Masa mereka bersihkan rumah, adalah beberapa jiran datang melawat bawa makanan bagai. Apa yang menghairankan, setiap orang yang datang akan bersujud kat tengah ruang tamu membisikkan sesuatu ke lantai. Bila ditanya (Rozman dan lain-lain fasih berbahasa Jepun), orang-orang tu just cakap 'bagitau tuan rumah yang korang ni orang-orang baik menumpang rumah mereka'.

Oooookaayyyy. Agak spooky disitu tapi di anggap nothing but eccentricity of local tradition.

Mereka dijemput makan malam awal, sekitar pukul 5 petang di balai raya. Mujur kali ini ada ikan so memang Rozman dengan tak tau malunya melantak macam kat rumah dia. Bunyi kicauan burung-burung pulang ke sarang di langit menandakan hari sudah senja. Paluan loceng sayup-sayup kedengaran menandakan semua harus pulang ke rumah dan berkurung sehingga pagi.

Tak sangka yang penduduk kampong begitu serius pasal curfew dan 'menghalau' Rozman dan lain-lain pulang ke kediaman mereka. Bergegas lah semua keluar dari balai raya apabila Yumiko beria-iya suruh mereka pulang. Kepelikan bertambah apabila sebelum pulang, Yumiko akan keliling rumah pastikan semua tingkap berkunci.


Mereka berkumpul kat hall membincangkan pasal curfew tersebut. Masa tu teknologi masih basic lagi so indoor activities terhad. Rumah tu jangan kata nak layan TV dan radio, suis lampu pun takde, pakai pelita je. Nasib baik ada paip dan bilik air dalam rumah. Ramai juga lah tak puas hati sebab tak boleh keluar. Gila boring terperap je dalam rumah.

Mati akal lah masing-masing tak tahu nak buat apa. So just recalled first day mereka di Yurizawa. Ada yang agak menyesal sebab kampong itu kuno sangat, ada yang look forward untuk hari-hari mendatang dan ada juga yang tensen sebab kampong tu takde awek. Tengah rancak berborak, mereka dikejutkan oleh bunyi mesin. Bunyi tersebut bukan dekat dengan rumah tapi dalam bentuk gema, jauh dari mereka tapi cukup kuat untuk di dengari sehingga ke dalam rumah.

Bunyi tu kata Rozman macam rantai besi yang ditarik ditambah dengan deruman enjin seakan mesin rumput. Mereka cuba meninjau dari langsir tingkap dan terkejut mendapati di luar ramai orang berpakaian yukata beramai-ramai jalan depan rumah mereka. Setiap dari mereka pegang pelita dan memakai topeng-topeng muka binatang macam musang, arnab, ayam, babi dan sebagainya.

Orang-orang di luar mendaki tangga menuju ke temple sebelah rumah mereka. Mula-mula ingatkan orang-orang kampong situ tapi bila diperhatikan betul-betul, orang-orang tersebut semuanya berjalan dengan lancar, berbadan tegap, ada yang sasa, rambut hitam dan kulit tangan, kaki tegang. Pendek kata tubuh badan dan pergerakan mereka tak macam orang berumur 70 tahun ke atas.

Mungkin orang luar kot, kata salah seorang rakan. Tapi pakai topeng? seriau seh. Gara-gara ketakutan, mereka berpakat untuk tidur di ruang tamu beramai-ramai malam itu dan setiap kali pergi toilet, kena berteman walaupun cuma 3 meter dari ruang tamu. Sedia maklum bagaimana hardcorenya urban-urban legend Jepun dari sesi-sesi tontonan filem-filem seram direct-to-videos J-horror bersama Yamazaki (roommate Rozman di kampus), mereka tak nak ambil risiko. This is really like one of the j-horror flick plotline they've watched dan takde yang normal tentang penampakan tersebut. Mungkin sebab itu lah Yumiko dan penduduk kampong bersungguh melarang mereka keluar rumah waktu malam.

Sekarang mereka dilanda dilema. Beberapa orang dari mereka dah rasa tak sedap hati dan nak balik. Masalahnya, van cuma akan datang lagi 2 minggu dan hanya Yumiko yang tau contact drivernya. Nak cakap dengan Yumiko pula serba salah, nanti dia cakap apa pula, dah la bawa jauh-jauh dari Tokyo. Yamazaki sebagai ketua kumpulan ambil keputusan untuk just throw tonight strange penampakan under the rug dan anggaplah one of those weird moment that you can tell your grandkids someday. Besok dia akan slow-talk dengan Yumiko-san pasal ni dan tengok camane, mungkin boleh pindah rumah jauh sikit dari tangga temple tu ke.

Apa-apa pun komitmen dah diberi, Yumiko-san pun dah bertungkus-lumus preparing for the trip so rasa cam tak adil pula tiba-tiba nak balik. Ketiadaan teknologi amatlah dirasai walaupun untuk tahun 1994. Lama je rasa malam tu. Nak berborak pun tak tahu pasal apa dah. So just layan je lah gemaan enjin yang masih kedengaran sampai terlelap.

Rozman terbangun tengah malam nak kencing. Mula-mula niat nak kejutkan Yamazaki tapi tak sampai hati pula bila lihat apek tu terbongkang baik punya. So pergi sendiri ajelah, dekat je lagipun, I mean what the worst that can happened anyway.

Bunyi enjin masih kedengaran so takdela rasa seram sangat, kalau sunyi sepi boleh rasa seramnya. Berbekalkan pelita, Rozman menuju ke bilik air terletak di belakang sebelah dapur. Bilik air rumah tu memang old school lah. Jamban cangkung diperbuat dari kayu dan flush pakai simbah. Since Rozman ni asal orang kampong, takde hal lah jamban basic macam ni. Tengah syok memancut air kencing, bunyi enjin yang bergema dari tadi berhenti secara mendadak.

Kali ni dengar bunyi tapak kaki pula. Bukan seorang, tapi ramai macam orang berarak. Selesai kencing, Rozman berhati-hati skodeng dari tingkap dapur dan mendapati orang-orang bertopeng tadi dah turun dari temple dan berjalan menuju ke arah terowong keluar dari Yurizawa. Rozman kembali ke ruang tamu untuk lihat dari posisi tingkap depan pula. Sangkaannya orang-orang itu masuk terowong salah. Rupa-rupanya orang-orang tadi mengusahakan sawah padi dan ladang-ladang di sekeliling kampong. Rozman lihat sendiri dengan matanya bagaimana masih memakai topeng, mereka-mereka ini terbongkok-bongkok di sawah padi dan mengusahakan ladang tanaman.

Bulu roma meremang toksah cakap lah, macam nak terapung dah badan kata Rozman. Cepat-cepat dia masuk dalam sleeping bagnya. Walaupun dia tahu kat luar ramai orang, tapi tak dengar pula dari dalam rumah ni. Dia buka zip dan cuba mengamati. Sunyi sepi. Bunyi cengkerik pun takde, which is weird for a countryside like this, in summer pula tu.


Hmmm. Rozman menaikkan zip sleeping bagnya sehingga ke atas dan berharap cepatlah matahari terbit.


(Bersambung)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 06:17 PM | Show all posts
wahhh ape plak misteri kali ni
tak sabar tunggu sambunan.
thanks dam.  cite ko cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dpt rase bkn org tua2 tu yg kerjakan sawah bendang tu. mungkin....


tazabar tggu sambungan!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
TT. Best thread i've ever read. Stories well written. Witty and compact. Aku akhirnya selamat habis membaca setelah bukak 2 minggu hanya d opis. Keep going!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Awesome..bila baca story dari dam ni,aku rasa debar lain macam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2016 01:38 AM | Show all posts
org jepun pun ade bunian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 10:22 AM | Show all posts
tazabarnyee nk tggu sambungan..
dh mcm antu raye lak tlg wat2 keje kebun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 11:16 AM | Show all posts
aaaaa...bestnye

cite antu luar negara bagai
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 12:00 PM | Show all posts
misteri sungguh, best..!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 12:53 PM | Show all posts
Best  cite tt ni. Lain dari yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 01:08 PM | Show all posts
tak pernah lagi sampai ke bumi matahari terbit ni...
kalau ada rezeki..nak ke sini..ke Yurizawa ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 02:09 PM | Show all posts
dammerung replied at 24-5-2016 05:44 PM
Kisah 20: Cerita Bersiri - Misteri Yurizawa (Bahagian I)

Pada musim panas tahun 1994, Rozman dan  ...

best nye cite ko sume..mcm bc novel ramlee awang murshid pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:13 PM | Show all posts
Cepatla sambungggggg...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:29 PM | Show all posts
sempoi la Damerung niii....betui rasa nak jumpa hang, nak oii....kena ada sessi meet n greet with Dam!!!

anyway teruskan ya nak....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:45 PM | Show all posts
tgh sedap2 bace tibe2 dah abis...
please cepat sambunggg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 04:02 PM | Show all posts
yeay tq abe damm update cite baru  
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tt link kt dpn salah
btw best sgt cite seram ni,xsabar tgu smbungan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tt link kt dpn salah
btw best sgt cite seram ni,xsabar tgu smbungan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 07:44 PM | Show all posts


scary nya.. tak sabar tunggu sambungan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.379067 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list