CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
 Author| Post time 31-5-2016 01:10 PM | Show all posts
Misteri Yurizawa (Bahagian IV)

Kata Rozman, Yurizawa waktu siang hari memang cantik. Kau boleh randomly snapped kamera dan dalam 10 gambar kau ambil, 7 mungkin boleh buat jadi poskad. Tapi bila matahari terbenam, it's a different story. Cahaya matahari terbenam dihalang oleh bukit-bukau dan gunung-ganang dan ini menyebabkan hari jadi gelap begitu cepat sekali, transition senja tu macam takde. Kalau kat tempat lain, pukul 6:30 - 7 malam tu masih terang lagi tapi kat Yurizawa dah macam pukul 8 malam.

Semua pandang ke Yamazaki untuk dia buat keputusan, after all dia chief kan. Yamazaki memutuskan untuk pulang ke rumah dulu. Terlalu bahaya untuk cari Lily sekarang, lagipun mana ada bawa lampu suluh. Kalau kampong ni ada lampu jalan takpela, ini lampu luar rumah pun takde. Mereka terpaksa menggunakan illuminator light dari G-Shock untuk pulang ke rumah. Begitulah gelapnya Yurizawa waktu malam, walaupun baru je pukul 7 malam.

Malam itu mereka bermalam di bilik yang lebih kecil (sebesar ruangan stor simpan barang) berdekatan dengan dapur dan bilik air untuk easy access ke toilet. Suasana hening, semua senyap. Hanya seduan tangisan Sonoko dan Yumi yang kedengaran di sebalik suasana malam yang seperti ruang vakum kerana tiada bunyi-bunyian.

Dia tak nak fikir bukan-bukan pasal temannya. Bagi dia, Lily, Kentaro, Gunma, Kitaura, Rika dan Ben are safe somewhere. Ini bukan filem slasher yang mana satu-satu kawannya di sembelih oleh pembunuh tak dikenali atau whatever. This is real life. Rozman tak senang duduk fikir pasal kejadian yang menimpa dirinya. Pemikiran bahawa kawan-kawannya dibunuh seperti plotline filem slasher dan penyesalan kenapalah dia tak ambil kelas macam budak-budak Malaysia lain menumbuk-numbuk otaknya.

Gema mesin yang tak tahu dari mana datangnya bermula seperti biasa. Ini disusuli dengan derapan tapak kaki seperti orang berkawad di luar rumah. Dengan apa yang telah mereka lalui setakat ini, bunyi mesin misteri dan Orang Hutan berarak setiap malam are the least of their concern. Ini belum masuk 'orang tua' tak diundang kat dalam rumah yang tunggu masa je nak berhelo-helo dengan mereka.

Rozman berdiri dan cakap dia nak pergi toilet. Yumi ikut, walaupun bertentang aja dengan bilik, that really short trip to the toilet is still frightening and risky. Apa yang melucukan kata Rozman, he's not sure whether it just Yamazaki atau it's really a Japanese thing, these people suka gila buat planning. Nak pergi toilet pun macam strategi perang. Yamazaki dan Sonoko standby kat pintu bilik, Yumi berdiri 1 meter setengah dari pintu bilik air while Rozman doing his business. Bila Rozman selesai, dia akan ambil position Sonoko, Yumi masuk toilet dan Yamazaki akan tunggu di luar and they're going to complete the whole cycle. Yup, ada strategi nak membuang air lol.

Masa turn Yamazaki, suara terkekek-kekek kedengaran dari ruang tamu. Dia mai dahhh. Mereka buat tak tahu tapi dapat dirasakan yang makhluk tersebut menghampiri mereka berdasarkan suara ketawa yang makin dekat.

"Yama, cepatlah wei, celaka tu dah start mengensot ke sini dahh" Kata Rozman. Bunyi sesuatu menyeret di lantai kedengaran jelas. Time ni Sonoko dan Yumi dah melompat masuk bilik.

Masa Yamazaki berlari masuk ke dalam bilik, Rozman sempat tengok dari ekor mata, kelibat tu bongkok badan then tolak ke depan macam cacing. Seumur hidup tak pernah terfikir yang dia akan nampak hantu, dengan cerita hantu dia dengar pasal pontianak, langsuir, pocong dan macam-macam lagi time kat kampong, dah sampai Jepun baru jumpa. Well, at least boleh lah berlagak cakap yang dia dah pernah jumpa hantu, kat Jepun lagi.

Pintu ditutup. Yamazaki dan Rozman bersandar disebalik pintu sambil kaki mereka menolak dinding bertentangan untuk menahan pintu tersebut dari dipecah masuk oleh makhluk whatever it is kat luar. Yea, macam itu lah kecilnya bilik tu. Rozman dan Yamazaki terhentak apabila pintu cuba di buka dari luar. Sonoko dan Yumi turut serta menolak pintu. Sekali lagi pintu cuba dirempuh masuk. Kuat betul hantu ni, empat orang tahan pintu pun masih terhentak lagi.

Cubaan untuk masuk berhenti. Hanya bunyi nafas mereka yang kedengaran. Rozman melihat api pelita yang semakin mengecil. Dari bekas kaca pelita, bekalan kerosene hanya bertahan untuk malam ini sahaja. Malam itu di habiskan dengan berhimpit depan pintu, just in case benda alah tu nak masuk lagi. Tiada siapa boleh tidur. Bunyi orang bercucuk tanam di ladang kobis sebelah menemani mereka sehingga matahari terbit.

Sebaik hari jadi terang, semua kelam-kabut pack barang siap-siap. Plan hari itu ialah usahakan cari Lily dan group Kentaro. Kalau dah tengahari tak jumpa juga, mereka akan jalan kaki sehingga the next town dan buat laporan polis. Semua terlompat bila pintu rumah di ketuk dengan kuat.

"Guys, buka pintu!" Suara Lily menyebabkan semua berlari ke pintu.

Rozman cakap macam nak menangis tengok Lily sihat walafiat. Tak sempat awek Filipina tu nak masuk, dia dah dipeluk oleh Yumi dan Sonoko. Dari cara Lily cuba meleraikan pelukan tersebut, dia ada perkara penting untuk disampaikan. Segera dia menolak mereka semua masuk ke rumah semula dan mengunci pintu.

"What the hell Lily, ko kat mana malam tadi?"

"I bermalam di rumah this siblings. Masa cari group Kentaro, I stopped by their house dan mereka insist on spending the night at their place"

"That's crazy Lily, you tak tau diaorang tu macam mana. You could get hurt"

"You would do the same if you were me..."

Menurut Lily, masa dia kat rumah penduduk kampong itu, mula-mula macam biasa je. Sebaik sahaja dengar paluan loceng pertama, mereka bersungguh-sungguh insist masuk dalam rumah kerana tiada siapa patut berada di luar bila hari dah gelap. Mula-mula of course dia tak nak tapi bila dia toleh, tengok bagaimana kegelapan 'memakan' setiap inci kampong Yurizawa macam kepala air melimpah dari gunung, Lily tak banyak pilihan.

Apparently kata Lily, all the weird shit that happened in Yurizawa memang takde kena-mengena dengan orang kampong. After all they are too old to be involved anyway. Lily juga tanya pasal Yumiko-san kepada pasangan adik beradik tersebut dan jawapan diterima amat mengejutkan...

"Bukan Yumiko tu dengan korang semua ke?"

Turns out orang kampong semua ingat Yumiko-san adalah sebahagian dari group Rozman dan rakan-rakan dan mereka tak pernah jumpa Yumiko sehinggalah hari mereka sampai tu. Patutlah Yumiko-san selalu hilang time diaorang ni berkerja.

"But first thing first, we need to head to the balairaya" Kata Yamazaki.

Dengan backpack besar di belakang, group Yamazaki segera menuju ke balairaya dan mendapati balairaya berkunci. No big deal since masih awal. The idea is untuk jumpa Yumiko-san dan confronting her about what the hell is this all about. Dekat sejam tunggu tak muncul-muncul juga. Sampai lah orang kampong yang start morning walk perasan sekumpulan anak muda berkumpul depan balairaya. Kata penduduk kampong, biasanya pagi-pagi Yumiko-san dah ada kat balairaya, meaning that dah terbuka la balairaya tu. Berborak lebih kurang, mereka anggap aja yang Yumiko takkan datang.

Dipendekkan cerita, mereka pergi ke rumah Koyuda bersaudara yang terdiri dari kakak bernama Uchiko dan adik lelakinya Kanai. Mereka dihidangkan Oyakodon yang sangat enak dan Rozman melahap macam orang kebuluran. Setelah itu semasa berborak di ruang tengah rumah, satu revelation membuatkan mereka bertambah keliru.

Rumah adik-beradik Koyuda termasuk dalam list untuk diperbaiki kerana satu bahagian atap rumah mereka dah bocor. Sepatutnya group Kentaro yang repair rumah mereka tapi tak pernah pula ada orang datang. Mungkin mereka sibuk baiki rumah lain tapi masalahnya penduduk kampong hanya lihat group Yamazaki yang buat kerja. Tak pernah nampak group Kentaro sampai mereka curious, bukan ramai ke yang datang hari tu tapi kenapa yang sibuk bertukang hanya 5 orang ini je?

Pulak dah. Apa-apa pun ini peluang terbaik untuk mereka korek lebih dalam lagi rahsia Yurizawa ni. Memandangkan pasangan Koyuda ini antara penduduk kampong paling muda (berumur lewat 50an hingga lewat 60an) so pasti ingatan mereka lebih baik banding dengan majoriti penduduk rata-rata berumur 80 tahun ke atas.

Mereka bertanya pasal Orang Hutan pula. Kata Koyuda yang tua, kemunculan Orang Hutan ni bermula 10 tahun lalu selepas Himiko-sama pandai-pandai lantik diri sendiri jadi high priestess di Yurizawa. Orang kampong tak ambil port sangat pun sebab mostly non-religious, siapa yang nak panjat tangga ke tokong atas bukit tinggi-tinggi tu lagipun. Since Himiko-sama paling outspoken so mereka biar dia representing the villagers.  

Pada mulanya, Yurizawa gempar dengan kemunculan Orang Hutan tapi memandangkan mereka ini tak ganggu orang malahan menjaga kampong dengan mengusahakan sawah padi dan tanaman, mereka terima lah kehadiran kaum misteri itu. Cuma dengan syarat semasa Orang Hutan bekerja, takda siapa pun dibenarkan berada di luar. Fair enough lah, minding your business type of agreement. Mula-mula kekok juga dengan curfew tapi lama-lama dah biasa.

Bunyi mesin itu pun sama. Ia muncul secara tiba-tiba sekali dengan Orang Hutan. Since orang kampong terbongkang awal, so takda ambil kisah pasal mesin tu. Himiko-sama cakap bunyi dari construction highway sebalik gunung. Sudah tentulah macam tak logik sebab jauh kot construction tu but then hey who cares. As long tak kacau aku, I'm cool with that. Gitulah kekdahnya persepsi orang kampong Yurizawa terhadap 'dua gajah besar' kat kampong tu.

Ikutkan hati dua beradik itu memang nak blah dari Yurizawa tapi apakan daya mereka tiada tempat lain selain kampong terpencil ini. Lokasi kampong dan gaya hidup membuatkan Yurizawa terpisah dari dunia luar. Bukan takde orang luar datang melawat selain Rozman dan rakan-rakan tapi teramat lah jarang. Satu-satunya hubungan mereka dengan orang luar ialah van putih yang datang setiap hari Jumaat membawa barang-barang groceries untuk dijual.

Koyuda bersaudara itu juga menyalahkan generasi sebelumnya yang menakutkan mereka tentang pancaroba di luar Yurizawa, dengan orang jahatnya, gempa bumi nya dan lain-lain. Isolation tersebut menyebabkan keturunan Yurizawa akan pupus sebaik orang terakhir di kampong menghembuskan nafas terakhir. Mereka seperti dah terima kenyataan that is how their life is.

Yamazaki bertanya ada tak cara macam mana nak cari group Kentaro sebelum mereka di declare hilang dan proceed buat kes polis. Kanai-san tanya korang ni duduk rumah siapa kat kampong ni?

Pertanyaan itu mengingatkan mereka pada 'hantu' dalam rumah. Rozman cakap rumah sebelah tangga pergi ke tokong sementara group Kentaro tak sure kat rumah mana.

"Apasal korang duduk situ? Gila ke?" Tanya kedua-dua Koyuda bersaudara dengan terkejut.

Sebenarnya rumah itu tempat persediaan mayat sebelum di cremate. Kiranya macam rumah mayat lah. Even orang kampong sendiri tak berani nak lalu-lalang depan rumah tu.

Apa nak terbalik semua orang dengar penjelasan pasal rumah tumpangan mereka. Rumah itu Yumiko-san yang cadangkan. Meluap-luap kemarahan Rozman pada Yumiko. Dia tahu Yumiko aware pasal rumah tu dan ada niat suruh mereka menginap disitu. Tujuan apa dia tak pasti tapi yang pasti they've being played by her.

Rozman dan rakan-rakan bagitahu Koyuda bersaudara pasal hantu 'orang tua' dalam rumah. Mereka cuma mengeluh dan cakap...

"Menyusahkan orang je. Kenapa tak di uruskan Harupa tu?"

"Errr..excuse me, Harupa?" Tanya Lily.

Menurut Koyuda, generasi orang tua mereka, ramai membela "Harupa". Harupa ialah semangat hutan yang 'dilahirkan' dalam hutan dan 'dibela' oleh orang kampong untuk menolong mereka bekerja. Sebelum mesin angkat arang batu wujud, mereka angkat sendiri bertan-tan arang batu dari lombong ke bawah. Technically speaking manusia biasa mana larat nak angkat, so they relied on these 'forest spirit' dipanggil Harupa untuk menambah kudrat mereka.

Harupa ni akan ikut tuan mereka kemana sahaja dan biasanya akan disguise jadi kucing ke, anjing ke tapi versi paling glamer ialah babi hutan. Kalau tuan mereka mati, satu upacara akan dilakukan dimana Harupa dalam versi babi hutan akan di bawa ke hutan menggunakan abu mayat tuan mereka dalam bekas sebagai umpan. Bila dah jauh dalam hutan, bekas isi abu mayat akan ditanam dan Harupa akan disuruh untuk jaga 'tuan' mereka. So in the end they will stay in the forest. That is why, kata the Koyudas, hutan disini banyak babi hutan.

Apa yang terjadi di rumah tumpangan mereka. Mungkin si mati tak declare atau tak sempat wasiatkan untuk uruskan Harupanya dan Harupa tu bertenggek kat tempat terakhir dia lihat tuannya. Bila dah tak bertuan, tu yang dia menyamar jadi tuannya dan melepak kat situ je sebab dia tak tahu nak pergi mana dah. Of course dalam kepala otak Rozman dah terbayang hantu raya. Harupa is the Japanese version of hantu raya. No shit.


Semua ternganga dengar. One of them tanya...


"So you guys, ada bela tak...Harupa?"


Koyuda bersaudara gelak je.


"Of course lah ade...."


Semua menanti further elaboration on that part tapi tak kunjung tiba. The Koyudas konar balik masuk part group Kentaro.

Berbalik pada cerita pasal group Kentaro ni. The Koyudas cadangkan pergi jumpa Himiko-sama. Kalau nak jumpa better sekarang sebab kejap lagi dia nak pergi tokong, unless they all sanggup nak daki tangga tinggi-tinggi tu.

So kesemua mereka pergi ke rumah Himiko-sama di tengah-tengah kampong dan satu-satunya diperbuat dari batu (lain-lain rumah kayu). Seorang wanita tua kecil keluar setelah dipanggil. Mereka dijemput masuk dalam rumah dan tanpa membuang masa menerangkan semuanya kepada ketua komuniti Yurizawa itu.

Himiko-sama mengeluh panjang.

"Sebab inilah aku tak suka orang luar datang kampong ni" Katanya tenang tapi keras.

Mereka bertanya pasal Yumiko kepada Himiko-sama dan jawapan beliau sama seperti penduduk kampong lain.

"Bukan dia sama korang ke?"

Menurut Himiko-sama, Yumiko datang bertemu dengannya lebih kurang sebulan lalu dan mengenalkan diri sebagai lecturer universiti tempat Rozman belajar. So ding dong ding dong, Himiko-sama bersetuju considering banyak rumah rosak dari ribut taufan beberapa minggu sebelumnya. Few helping hands won't harm eventhough she had some doubts about her.

Rupa-rupanya keraguannya terbukti benar. Ada udang sebalik batu si Yumiko ni. Himiko-sama suruh mereka lepak dulu kat rumah Koyuda dan datang ke balairaya sebaik dengar bunyi loceng. Group Yamazaki habiskan masa membaiki bumbung rumah Koyuda sebelum paluan loceng kedengaran.

Tiba di balairaya, mereka tengok dah ramai menunggu. Peliknya, Himiko-sama pun ada juga. Bukan ke dia yang palu loceng besar kat tokong tadi? Gila power orang tua ni kejap je boleh turun dari tokong. Untuk pengetahuan semua, kalau berdiri di kaki tangga menuju ke tokong, tak nampak penghujungnya, that is how high that place is. Superman ke apa Himiko-sama ni...

Well, anyhow, since mesyuarat JKKK kampong Yurizawa dah nak start mereka mengambil tempat duduk. Rozman agak terkilan kerana kalau mesyuarat JKKK kat kampongnya di Kedah, mesti ada makan-makan, kat sini jangan kata kuih keria, air mineral pun takde fffuuuuuuu....

Himiko-sama memang no-nonsense type of leader. Takda pembuka kata menghargai kedatangan tuan puan apa segala tu, terus straight to the point.

"Some of the kids that came 3 days ago went missing. That bitch Yumiko, which I don't trust her in the first place apparently have some part to play in it. Can anyone give some input about this?"

Tu dia. Rozman dalam hati bagi Himiko-sama slow clap. Atuk-atuk dan nenek-nenek berpandangan antara satu sama lain.

"Anoo..Himiko-sama" Kata seorang atuk tua sambil mengangkat tangan.

Atuk itu rumahnya boleh kata paling hujung dan mendakwa ternampak sekumpulan anak muda memasuki jalan tak berturap hujung kampong yang ada bunyi air terjun tu. If his memory served him right, dia nampak sekitar tengahari semalam. Masa tu dia nak sound tapi apa sangatlah kudratnya yang berumur 80++ tahun itu.

Himiko-sama berang. Kenapa tak bagitahu dia semalam?

Atuk tu relax je cakap "How? Walk to your place? Nak jalan pergi toilet pun aku malas"

Hilai tawa memenuhi balairaya. For a second dia terlupa pasal group Kentaro. Now he knows kenapa penduduk Yurizawa mampu hidup lama-lama. They're living a simple life dan happy with it. Kalau kat Malaysia, umur-umur macam penduduk Yurizawa ni terlantar dah. Tak kena stroke sebab darah tinggi, tak pun kaki dah kena potong sebab diabetic, or kanser, or whatever..apa-apa pun dah nyanyok lah. But not here, 80++ still going strong. No hospital, no clinic even kedai jual ubat pun takde.

DUM! Himiko-sama menumbuk meja. Suasana dalam balairaya flipped 180, sunyi sepi. Himiko-sama memandang group Yamazaki.

"I don't usually do this tapi aku bagi kebenaran korang untuk check kat sana dengan syarat, enter that place at your own risk dan jadi apa-apa, korang tanggung sendiri..DAN korang kena keluar dari situ sebelum hari jadi gelap"

"YES!" Kata Rozman dalam hati. At last some adventure. Yamazaki, Rozman, Sonoko, Yumi dan Lily berpandangan dan angguk-angguk tanda persetujuan. Yamazaki minta kebenaran untuk memulakan pencarian sekarang juga.

Di rumah Koyuda, mereka mempersiapkan diri. Nasihat Kitaura untuk packed sekali hiking/trekking equipment just in case, memang tak sia-sia. Koyuda bersaudara menyatakan kerisauan mereka dan they assure the Koyudas that they're going to be just fine.

Mereka berjalan menuju ke hujung kampong. Sepanjang jalan tu atuk-atuk dan nenek-nenek yang tinggal di rumah sepanjang jalan tu memberi kata-kata semangat. Macam nak pergi perang la pulak.

Yamazaki, Rozman, Lily, Sonoko dan Yumi tiba di jalan menuju ke hutan. Patung-patung sami botak dengan tangan mendepa seolah menyambut mereka. Angin sepoi-sepoi bahasa membuai tangkal-tangkal terlilit di pokok-pokok besar di kira dan kanan laluan tersebut.

Tanpa berfikir panjang, kelima-lima pelajar universiti memasuki jalan menuju ke bekas-bekas lombong arang batu di kaki bukit.

(Bersambung)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2016 01:14 PM | Show all posts
yeah at last!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 01:23 PM | Show all posts
rasa mcm tgk movie pulak, boleh bayangkan scene dia nih haha
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 01:43 PM | Show all posts
Terbaik citer Yurizawa ni. double thumbs up!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 01:44 PM | Show all posts
tenkiu tt...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 01:49 PM | Show all posts
Wuhuuu aku tak sabar nak baca sambungannya dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
tq sbb update citer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 02:31 PM | Show all posts
weeiiiiiii sambung lh cepat2

semakin menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2016 02:35 PM | Show all posts
kena baca slow slow yurizawa ni. menarik!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 02:36 PM | Show all posts
TT. Mantap gila cita ko!
Aku menanti.
Sapa la Yumiko-san nih? Bkn org ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2016 02:43 PM | Show all posts
terima kasih di atas status ULTRA yang aku dapat sekarang.

I don't know what and how the system works but I guess ULTRA means good.

Diharapkan semua dapat bersabar dengan updates sebab even Ultraman pun tak lawan resakse setiap hari
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 02:49 PM | Show all posts
sempoi laaa!!!! mod sha. bukan saja 50 kacang, 1,000000 kcaang pun Dam layak!!!!


mama kensel meeting semata mata benda ni!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 03:03 PM | Show all posts
oh ada 'hantu raya' jugak rupanya kat sana
ingatkan hantu Ju On jah ada kt japang ni
org dulu2 kat mesia ni pun ada puja mcm tu

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 03:08 PM | Show all posts
er..bila update. esok? lusa? minggu depan?
TAK SABAR NAK BACA LAGI.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 03:08 PM | Show all posts
siyesly bole buat movie horror jepun...fully recommended!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 03:08 PM | Show all posts
harammmmmmm...

Ingatkan hal hantu org tua kat rumah tu dah klimaks, rupanya tak sampai2 lagi klimaks. Terbaik damm.. Olahan yang sangat-sangat bagus. Dah macam manga aku rasa.

Hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2016 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni silent reader sejak 2010...cerita yg sgt2 menarik...thumbs up to TT...tak sabar tunggu Misteri Yurizawa part V
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
seolah olah aku yg berada kat tmpat si rozman nih......geram lah pulak ngan.yumiko penipu tu:zz
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 03:20 PM | Show all posts
SelakLangsir replied at 31-5-2016 02:36 PM
TT. Mantap gila cita ko!
Aku menanti.
Sapa la Yumiko-san nih? Bkn org ke?

Aku suspect Yumiko-san ni adalah keturunan family yg x sempat nk uruskan Harupa tu la
Tp bagus gak cara org Jepun ni kan, tanam abu mayat dlm tanah & suruh Harupa tu tunggu tuan yg di tanam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 31-5-2016 02:43 PM
terima kasih di atas status ULTRA yang aku dapat sekarang.

I don't know what and how the system w ...

kahkahkah kene stepek sape yg duk push2 update


ala korang kalau tgk cite bersiri pn bole tunggu seminggu 2x update


sabor la ye teman2 aku lg suka tggu cani lg saspen n terbayang2

syabas TT

Kot la ko ada niat nk jual buku seram n paranormal aku sggup jd agent ko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.219935 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list