CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
 Author| Post time 16-8-2016 10:37 AM | Show all posts
Edited by dammerung at 16-8-2016 12:35 PM

Cerita Bersiri - Perayau di Blok Apartment 24 Tingkat (Bahagian III)

Apartment kompleks dihuni mereka antara hasil dari reformasi ekonomi negara China. Setelah bertahun jadi negara hermit, pembukaan ekonomi China membuatkan industri berkembang dan ramai orang kampong berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Shanghai.

Untuk menampung peningkatan jumlah penduduk yang semakin padat, banyak kompleks kediaman seperti apartment Ah Seng dibina. Revolusi budaya China (Chinese Cultural Revolution) yang diasaskan Chairman Mao menghapuskan adat budaya dan fahaman tradisional Cina dan digantikan dengan fahaman komunis/sosialisma.

Brainwashing rakyat dengan fahaman komunis menyebabkan mereka hilang jatidiri Cina dan spillover effect dari ini banyaklah tempat-tempat berhala seperti kuil, tokong, makam dan tanah perkuburan di tarah untuk memberi laluan kepada pembangunan.

Berbalik kepada apartment Ah Seng, tujuan asal kompleks apartment itu dibina adalah untuk menempatkan penduduk-penduduk yang rumah mereka telah "diambil" kerajaan kerana tanah itu mahu dibangunkan. Kiranya macam orang KL setinggan dapat rumah kat flat PPRT la kekdahnya.

Pada awal pembukaan apartment, kompleks kediaman meriah kerana rata-rata penduduk adalah mereka yang dah biasa duduk bersesak-sesak jadi memang ramailah bersidai di koridor rumah bersosial sesama mereka.

Semuanya bermula pada tahun kedua. Ketika warga residen melepak macam biasa, beberapa dari mereka ternampak seorang pengantin perempuan berjalan di koridor yang sibuk di blok bertentangan. Pada mulanya mereka biarkan saja kerana memang biasa ada perempuan test berjalan dalam baju pengantin sebagai persediaan untuk hari persandingan kelak. Tapi setahu mereka tiada siapa yang nak berkahwin dalam waktu terdekat.

Di kala mereka masih tertanya-tanya siapa pengantin wanita itu, mereka terkejut apabila mendapati jiran-jiran tidak mempedulikan kehadiran pengantin wanita tersebut. Semuanya seolah-olah tak menyedari kehadiran wanita berpakaian pengantin merah, siap bertanjak dengan wajah di lindungi kain chiffon berjalan dengan selamba di tengah-tengah hiruk-pikuk koridor.

Mereka yang nampak cuba bagitahu jiran-jiran tentang penampakan tersebut tetapi semua tak faham apabenda yang mereka jerit-jeritkan itu. Menurut Chong, pengantin perempuan itu masuk ke salah satu rumah. Bila ramai-ramai periksa tiada siapa dalam rumah.

Dikatakan beberapa minggu kemudian, penghuni rumah yang dimasuki pengantin perempuan mula ditimpa bencana. Bermula dengan pasangan suami isteri terlibat dalam kemalangan maut, disusuli dengan kematian mengejut neneknya kerana stroke sehinggalah satu-satunya anak pasangan suami isteri bunuh diri dengan terjun dari balkoni rumah.

Pada mulanya, semua anggap kebetulan aja dan pengantin wanita itu tidak lagi muncul pada malam-malam berikutnya. Pada satu malam, pengantin wanita itu muncul lagi dan seperti sebelum ini, tiada siapa nampak pengantin perempuan berselisih di antara mereka. Dia masuk dalam salah satu rumah dan penghuni rumah tersebut ditimpa bala seperti keluarga sebelumnya.

Semenjak hari itu, tiada siapa berani nak bersidai depan rumah. Pengurusan apartment juga dah tak bother nak hidupkan lampu koridor, tangga dan lif pada waktu malam kerana penduduk mengamalkan perintah berkurung pada waktu malam. Emergency macam mana pun, mereka lebih sanggup bertahan dalam rumah sehingga pagi.

Sikit demi sedikit penduduk mula berpindah keluar dan menyewakan apartmen dengan kadar sewa murah, just cukup-cukup nak bayar rasuah pada pihak penguasa tempatan yang melarang rumah kerajaan disewakan.

Wave of new residence coming in. Majoriti adalah mereka-mereka yang baru bekerja di Shanghai. Tak dinafikan lokasi apartment Ah Seng boleh lah dikatakan amat strategik. Jalan 5 minit dari apartment dah sampai BRT, MRT, LRT semua nya adalah. Kedai makan, mini market dan sebagainya all within reach dan kedudukannya yang atas bukit memberikan panoramic view of Shanghai landscape yang to die for. Semua itu dengan kadar sewa, menurut kata Ah Seng diibaratkan kalau aku duduk menyewa kat kondo kudalari depan KLCC tu dengan hanya 300 ringgit sebulan.

Masa itu tiada siapa mempersoalkan kadar sewa yang too good to be true dan juga kesepian kawasan apartment pada waktu malam. Sehinggalah ada kes new residence kena kejar macam apa terjadi pada Ah Seng sebelumnya. Cuma malangnya mamat tu mabuk dan pergi layan pengantin tu. Besoknya orang jumpa dia terbaring di ground floor, hanya berseluar dalam dengan otak bersepai di lantai.

Ramai yang mengambil tindakan untuk memberitahu penyewa-penyewa tentang kewujudan pengantin perempuan itu tetapi bencana juga menimpa mereka sama seperti penghuni yang rumah mereka dimasuki pengantin perempuan, walaupun mereka dah meninggalkan kompleks apartment tersebut dan tinggal di tempat lain.

So it has become like a curse. Barangsiapa yang terserempak, ditegur atau menasihati orang lain tentang pengantin perempuan akan ditimpa bencana. So everyone have decided to keep their mouth shut. Kalau sesiapa yang berkemampuan mereka akan meninggalkan kompleks apartmen tapi disebabkan kebanyakkan penghuni terdiri dari working-class families, mereka tiada pilihan selain dari mengambil risiko menginap di situ.

Ah Seng tanya pada Chong "Ko cerita kat aku ni, ko tak takut kena sumpahan ke?"

Kata Chong, se angker-angker kompleks apartment, dia takdalah superstitious sangat. Lagipun sebagai seorang Christian, dia takdalah percaya sangat dengan kepercayaan kolot. Worst come to worst, salib besar gedabak kat ruang tamu mungkin cukup untuk menghalang semangat-semangat jahat dari memasuki rumah.

Chong menambah, ada urban legend tentang pengantin perempuan itu. Ada orang memberitahu, sebelum kompleks apartment didirikan, kawasan bukit itu adalah jirat Cina. Waktu itu, disebalik perintah Cultural Revolution, masih ada penduduk yang mengamalkan tradisi nenek moyang mereka. Salah satu tradisi tersebut ialah "Minghun"

Minghun adalah upacara berkahwin dengan mayat. Jika salah satu di antara pasangan yang akan berkahwin atau kedua-duanya mati sebelum perkahwinan, mereka masih boleh dikahwinkan. Tujuannya pelbagai seperti menjaga nama baik keluarga (family honor is big in China) dan juga mengelakkan langkah bendul (membolehkan adik kahwin selepas abang berkahwin, walaupun abang dah mampos). Upacara Minghun ni, well to say the least, creepy sebab kahwin dengan orang mati. Tak perlulah aku elaborate macam mana, korang google sendiri aja lah.

Nak dijadikan cerita, ada satu pasangan memang terkenal di kampong dengan kisah cinta mereka. Sang arjuna merupakan orang berpendidikan dan diserap oleh Parti Komunis Cina untuk menjadi guru manakala si mawar, in typical fashion manner of women in oppressed time hanyalah wanita kampong yang tidak berpendidikan tinggi. Seperti ramai graduan-graduan muda pada waktu itu, sang arjuna di hantar bertugas menjadi guru di Urumqi, sebuah kota terletak beribu kilometer dari kampong. Tugasan ini datang kurang dari sebulan mereka dijadualkan berkahwin.

Seperti pasangan bercinta yang lain, mereka berjanji untuk menunggu dengan penuh sabar untuk disatukan sebagai suami isteri. Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun, tahun bertukar dekad, sang arjuna masih tak pulang-pulang. Khabar berita pun takda. Si mawar pula jatuh sakit kerana heartbroken.

Pada waktu-waktu akhir sebelum kematiannya, si mawar mula berperangai pelik. Setiap hari dia nak pakai kelengkapan kahwin. Alasannya dia yakin sang arjuna akan pulang hari itu. Setiap hari macam tu, begitulah optimisnya si mawar ni. Sehinggalah dia menemui ajal kerana starvation. Dia dikebumikan di jirat yang sekarang didirikan kompleks apartment.

Beberapa bulan kemudian sang arjuna pulang. Rupa-rupanya dia dipenjarakan kerana cuba lari dari posting order untuk pulang ke kampong. Beberapa kali dia ditangkap kerana cuba lari dari tugasan. Akhirnya dia dipenjarakan kerana derhaka kepada negara selama 10 tahun. Dengan tragiknya dia mahu juga kahwin dengan si mawar kerana dah berjanji.

Kubur si mawar di gali dan upacara Minghun dijalankan. Samada sah atau tak upacara Minghun tu takda siapa persoalkan kerana kesiankan sang arjuna itu. Mayat si mawar yang dah mereput di cantikkan sebaik boleh dan walau bagaimana busuk pun bangkai si mawar, sang arjuna dalam keadaan meraung-raung berjanji akan "berkahwin" dengan si mawar setiap kali bulan purnama (full moon).

People change. Begitu juga dengan sang arjuna. Selepas pulang, dia menjadi guru di sekolah berhampiran dan bertemu dengan gadis cantik dari kampong seberang. Tak lama selepas itu mereka berkahwin dan sang arjuna bersama isteri baru berpindah ke tempat lain.

Dikatakan selepas beberapa bulan purnama, hantu pengantin perempuan berkeliaran di sekitar kawasan kampong. Hantu itu dikatakan hanya target lelaki muda dengan mengorat melalui panggilan "Baobei" which means "Darling" dalam Mandarin.

Ah Seng merupakan seorang atheist yang berpegang dengan common sense dan logic. Tetapi dia sendiri pun tak boleh menafikan bahawa wujudnya correlation di antara cerita si Chong dan penampakan pengantin perempuan malam tadi. Dia terdiam selepas mendengar cerita Chong.

"So apa plan kau sekarang? Nak report polis ke?" Tanya Chong.

"Kalau report polis nak cakap apa? Nak cakap aku kena kejar hantu?" Seloroh Ah Seng pula.

Kedua-dua mereka terdiam. Berfikir.

"Camnilah bro, since kita berdua ni dah kena sumpahan, apa kata aku pindah masuk rumah ko je. At least kalau kita berdua team up lawan hantu pompuan tu, adalah harapan sikit nak menang" Kata Ah Seng kepada Chong.

Kedua-dua sahabat ketawa dan beredar pulang.

Mujur juga Ah Seng tak unpacked barang lagi, jadi tak susah nak pindah ke rumah Chong. Sewa bulan tu kira burn lah, tapi takpa dari duduk sorang-sorang kat rumah dengan kaki bersimen waktu malam.

Tepat pukul 6 suku petang waktu tempatan, mereka seperti jiran-jiran lain dah berkunci dalam rumah. Suasana di luar sunyi sepi. Teramatlah sepi sehingga kalau ada duit syiling jatuh atas lantai pun boleh dengar satu apartment kompleks.

Tidak seperti jiran-jiran lain, Ah Seng dan Chong merancang satu projek pada malam itu. Mereka tebuk lubang sebesar jari kelingking pada tingkap dan menggunakan spy camera kit yang mereka beli di downtown Shanghai, mereka prepped up untuk merakam penampakan hantu pengantin perempuan tersebut.

The idea was to get video evidence of the ghost dan jual pada TV-TV station tempatan yang waktu itu tengah hot dengan rancangan-rancangan paranormal. Tak pun upload kat Tudou je (China version of Youtube), boleh buat duit dari viewership. Ah Seng dan Chong dah berkira-kira duit yang bakal diaorang terima dari video hantu itu.

Paparan night vision dari kamera murah made in china berkelip-kelip dengan kualiti imej rendah. Not an issue, for them it's the content that matters, which is the image of ghost apparition in the form of Chinese bride.

Malam menjelma, Ah Seng dan Chong menanti dengan penuh sabar.

(Bersambung)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 16-8-2016 02:37 AM
Cerita Bersiri - Perayau di Blok Apartment 24 Tingkat (Bahagian III)

Apartment kompleks dihuni me ...

menariknya
mcm novel yg berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 11:00 AM | Show all posts
dammerung replied at 16-8-2016 10:37 AM
Cerita Bersiri - Perayau di Blok Apartment 24 Tingkat (Bahagian III)

Apartment kompleks dihuni me ...

hohohoho....menempah maut betul Ah Seng dgn Chong nie...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 16-8-2016 10:17 AM

Oh rupanya ada sejarah...
Ya la tu..mcm gambar pengantin pompuan tu..itu minghun.

Beraninya ah seng dn ah chong nk jadi hantu seekers

Terbaik la dam citer the latest ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 11:19 AM | Show all posts
dammerung replied at 16-8-2016 10:37 AM
Cerita Bersiri - Perayau di Blok Apartment 24 Tingkat (Bahagian III)

Apartment kompleks dihuni me ...

yahoo ada update! lebiu dam
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
terbaekkkk!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2016 11:46 AM | Show all posts
arghhhhhhhhhhhh bersambung pulakkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 01:36 PM | Show all posts
cpt sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 01:55 PM | Show all posts
terbaekkkkkk dam.....xsabo tunggu sambungannya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
hampir same dgn ape yg aku speku. lai lai laiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 02:16 PM | Show all posts
sambung please
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 02:28 PM | Show all posts
dammerung replied at 16-8-2016 10:37 AM
Cerita Bersiri - Perayau di Blok Apartment 24 Tingkat (Bahagian III)

Apartment kompleks dihuni me ...

terbaik la...terbayang kat apartmen aku duduk hahaha..tunggu sambungan damm


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 02:29 PM | Show all posts
pr3ttytw33ty replied at 16-8-2016 02:13 PM
hampir same dgn ape yg aku speku. lai lai laiiiii

Bab pembinaan atas struktur lama tu, aku pun speku gitu (kalau sama ngn pikiran ko la)
CUma bab minghun la baru tau

DUlu penah baca, tapi kat Jawa ke Thai, tak igt.
Lupa dah term dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 02:29 PM | Show all posts
bao bei haaa bao beii lai laaaaa...
scary la huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 02:46 PM | Show all posts
Demmit Damm!! Bersambung!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 03:31 PM | Show all posts
baobei dam... sambung baik2 ahhh... rilek2 karang ayat dulu.. terbaik bro baobei.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
wow makin best!!!!
igtkn pas flasback dh abes dh cerita
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 03:40 PM | Show all posts
Dam, mama teringat kisah Leng Loi - maria kajiwa!

you trully the best writer la/....sesak napaih jadinya!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:10 PM | Show all posts
aku kdg2 borak juga dgn kwn chinese kat opis ni, org cina punya hantu pun creepy gak.

antara yg dia citer, kalau kes bunuh diri ke, katakan waris dia nak hantu dia balas dendam, mayat tu nanti dipakaikan baju merah. so roh si mati ni akan cari org yg buat dia

lg satu, yg tepek2 kertas kat kepala pun ada citer jugak. zaman dulu2 la katanya kepercayaan diaorg ada masa mayat2 ni bangun tapi ditepek kertas utk senang bg arahan, cth sami dia suh jalan ke depan dia ikut la, kalau xde kertas tu aje merayau entah ke mana2 haha ni apa yg kwn aku citer la
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 10:03 PM | Show all posts
ini haaa gambar penuh minghun dgn pasangannya..
yg aku tepek sebelum ni,  aku crop yg pompuan je.. (gambar sekadar hiasan)



tapi kisah ni mayat dikahwinkan dgn mayat
si lelaki mati kemalangan lalu dikahwinkan dgn gadis yang sudah meninggal juga
kalau keluarga miskin, mereka hanya gunakan patung sebagai ganti mayat sebenar tapi kalau keluarga kaya, mereka akan beli mayat sampai berpuluh ribu ringgit semata-mata untuk menyenangkan hati si anak yg dah meninggal dunia sebab tak merasa alam perkahwinan semasa hidupnya.
dia orang pacak batang besi kat belakang supaya mayat tu boleh berdiri tegak macam pengantin hidup.
dan kat sana, mayat jadi barang dagangan untuk upacara kahwin gini..
kredit to perkahwinan mayat di China

kawan china aku pernah citer dulu...famili sebelah atuk dia kat China nun pernah buat upacara kahwin ni..
dia sampai demam seminggu tengok mayat2 tu..

sekian selingan........
maaf damm..boleh ke tumpang?
hahaha..tak boleh pun, dah tepek dah

cepat damm sambungannya...apa jadi pada ah seng dan ah chong? hantu tu muncul ke tak?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.152451 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list