CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3194|Reply: 7

Kebaikan air kelapa yang anda perlu tahu

[Copy link]
Post time 1-1-2014 01:37 PM | Show all posts |Read mode
31 Dis – Air kelapa, satu hadiah daripada alam semulajadi kerana ia sangat menyegarkan dan berkhasiat untuk tubuh badan serta meremajakan badan dan kulit anda dari luar dan dalam. Di sini, kami ingin kongsikan 8 manfaat air kelapa seperti berikut:

Agen anti-penuaan
Air kelapa mengandungi bahan dan antioksidan tertentu yang mana membantu untuk melawan radikal beba, sekaligus, melambatkan proses penuaan serta membantu meningkatkan sistem imun badan anda lantas melindungi anda daripada pelbagai penyakit.

Tingkatkan metabolisme anda dan meningkatkan penghadaman
Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, sekali gus membantu badan anda untuk membakar lemak banyak yang lebih cepat. Tambahan lagi, jika anda mempunyai masalah dengan pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.

Hidrat dan meremajakan badan anda
Air kelapa mengandungi 94% air dan sebenarnya, sangat rendah kalori. Bebas lemak dan rendah gula, air kelapa juga boleh hidrat sistem anda menyediakan anda dengan vitamin, kalium, enzim dan asid amino.

Membantu penurunan berat badan yang sihat
Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda dan meningkatkan metabolisme anda, tetapi ia juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yang tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat dan sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat.

Menyingkirkan toksin daripada badan
Air kelapa sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman anda. Ini kerana ia membantu untuk membersihkan badan anda daripada toksin dan mengurangkan keletihan.

Kaya dengan sumber vitamin dan nutrien
Air kelapa adalah sumber yang sangat baik dan semula jadi vitamin dan nutrien kerana ia mengandungi kalsium, zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink , Vitamin C dan Vitamin B.

Bermanfaat untuk otot dan sistem saraf
Air kelapa membantu untuk mengelakkan kekejangan di otot dan membantu untuk meningkatkan fungsi sistem saraf anda.

Bagus untuk kulit
Air kelapa juga bermanfaat untuk kecantikan kulit anda. Bukan sahaja untuk diminum, tetapi anda juga boleh menggunakannya pada kulit anda. Ia membantu untuk melembapkan kulit anda, membantu untuk mengurangkan jerawat dan jeragat. Sebenarnya, kebanyakan produk kosmetik dan krim muka juga mengandungi ekstrak kelapa kerana keberkesanannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2014 05:52 AM | Show all posts
air kelapa juga elok kalau diminum oleh wanita preggy dari usia 8 bulan pregnancy..khabarnya kulit baby bersih bila lahir nanti..
air kelapa muda+secubit ragi diminum 3 hari berturut2 utk redakan penyakit batu karang..
kelapa muda yg dibakar...minum airnya 3x seminggu utk hilangkan toxin dalam badan n paru2 akibat merokok..
wallahualam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2014 08:26 AM | Show all posts
udahudahler posted on 3-1-2014 05:52 AM
air kelapa juga elok kalau diminum oleh wanita preggy dari usia 8 bulan pregnancy..khabarnya kulit b ...

info yang bagus tapi , secubit ragi tu apa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2014 08:29 AM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 3-1-2014 08:26 AM
info yang bagus  tapi , secubit ragi tu apa ek?

Sy pun xpasti utk apa..tp mgkn salah satu bahan kot..yg bila diambil bersama air kelapa tu,utk tujuan pengubatan penyakit..
Apa2 pun dik ni juz cara tradisional je...
Hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 02:53 PM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 3-1-2014 08:26 AM
info yang bagus  tapi , secubit ragi tu apa ek?

salam..ragi tu yis..tahu tapai tak? buat tapai kan guna ragi..yang kita boleh beli kat pasar kat mcik2 jual sayur2 kampung tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 12:51 PM | Show all posts
udahudahler posted on 3-1-2014 05:52 AM
air kelapa juga elok kalau diminum oleh wanita preggy dari usia 8 bulan pregnancy..khabarnya kulit b ...

setuju...mse ank 1st mmg mnum air kelapa yg jenis kelapa pandan tu ble kuar je die mmg bersih n putih kulitnye...nmpak moist n gebu je...kerak kt kepala pn sket n nipis je.....mmg cantik lah kulit die ...ble msuk ank kedua sje nk test btul ke sbb tu or faktor lain...so yg 2nd bb tu xde la mnum...mmg lain btul ...kulit die kering sgt even skrg da almost 2 thun pn kulit die still kering kt certain part n sgt2 sensitif....xleh pkai sebarang sabun ...seba med je yg ok ...duk gune tu la from head to toe....mmg costly sbb nk kna bli 2 set (taska n rumah)....n lg stu fakta yg betul kerak kt kepala tu trsgt la tebal n bnyak....2 3 bulan pn msih duk bt process 'pembersihan kerak kepala'...kesian sgt2
skrg tgh preg utk ank ke-3 mmg nk amalkan mnum air kelapa ORIGINAL tu.....hu2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2014 01:54 AM | Show all posts
jgn minum air kelapa kalo kene campak.... cukup dgn ubat anti viral tuh...

org dulu suh minum sbb nak kuar kan campak tuh... tu yg abis berparut kat badan....
laa ni ubat anti viral tu dah buleh kekang virus campak tu terus menerus kuarkan symptom2 campak....

aku da kene sbb salah dgr ckp Dr... dia kata "jgn minum"... aku dgr "pi minum" .... hambik ko da tua2 badan ade kesan parut campak... Dr pun confius apesal da kasi ubat anti viral tapi still kuar lagi gelembung air2 ni suma....rupanya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 08:24 AM | Show all posts
MengkuduMasam posted on 11-1-2014 01:54 AM
jgn minum air kelapa kalo kene campak.... cukup dgn ubat anti viral tuh...

org dulu suh minum sbb ...

Abg saya kena chicken pox minum air kelapa pun byk keluar bila jangkit kat adik saya bgthu jgn minum tp tetap jugak kuar byk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053126 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list