CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Surabaya, Indonesia

   Close [Copy link]
Post time 25-8-2010 01:05 AM | Show all posts
Kedutaan Malaysia di Jakarta dilempar najis
August 23, 2010

JAKARTA, 23 Ogos — Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di sini telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.

Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai “hadiah” untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi “najis” yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.
Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi yang dinamakan “Sweeping Rakyat Malaysia” itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di sini.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lepas. — Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 03:16 AM | Show all posts
nak melancong ke jogja sila add
www.facebook.com/nizamjogja
sahayudinnizam@yahoo.com
+62 85 8686 3 9988
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 03:42 AM | Show all posts
Pegi Indon nanti kena sweeping.. atau lempar taik :@
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 06:22 AM | Show all posts
ye la.. kalau kumpul semua antar balik mau kurang penduduk malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:06 PM | Show all posts
Kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta pula diancam

25/08/2010


JAKARTA- Setelah melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini Isnin lalu, kumpulan penunjuk perasaan yang sama mengugut untuk berbuat demikian di kediaman Duta Besar Malaysia pula.

Kali ini, penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) itu dilaporkan akan disertai kumpulan gabungannya yang menamakan diri sebagai Pemuda Pemudi Anti Malaysia.

Sementara itu, 25 penunjuk perasaan Bendera merancang berdemonstrasi di hadapan Bank CIMB Niaga petang ini dan mengulangi aksi sama di pejabat Petronas kemudian.

Polis Indonesia yang mendapat maklumat mengenai rancangan demonstrasi haram di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan, bertindak mengetatkan kawalan dengan menempatkan lebih 200 anggota di sekeliling rumah tersebut sejak 9.30 pagi tadi.

Sejak malam tadi, Polis Indonesia telah menempatkan anggotanya bagi menjaga keselamatan di kawasan kediaman Duta Besar Malaysia itu.- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 02:17 AM | Show all posts
macam best saja che ani.. saya plan nak pi satu famili.. 5 dewasa satu baby.. memang nak ke bromo..  ...
halimunSER Post at 23-8-2010 22:51


pergi bulan Jun keatas....
sebelum Jun biasanya musim hujan.....
nanti tak puas hati tak boleh mendaki & ambil pic kat Bromo tuh......... (mcm aku)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2010 07:17 PM | Show all posts
upkan thread ni sebab nak mencari idea utk iternary.

iternari kami camni:

KL-BDO-Yogja- Malang- Surabaya-KL. semua dalam masa 7 hari..
err hectic sgt xschedule? sebab nak sight seeing je. shopping jatuh priority last.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 10:33 AM | Show all posts
salam..seronok tgk cite pasal Surabaya ni...saya n famili insyallah akan kesana next Sept 2011...tak ikut travel agent...bole bg suggestion tak hotel mana yg bagus dan ekonomi utk famili..lg satu sya plan bila turun dari airport nak terus bermalam kat tempat ladang epal dan oren lepas tu baru bermalam kat Surabaya town utk shopping pulak...saya pergi kesana dari 26hb Sept - 29hb Sept 2011..ok x plan saya tu or any good idea utk sharing ngan saya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2010 02:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by arwien at 27-11-2010 14:23

ni gambar trip sye

kawasan taman negara bromo-tengger-semeru






bromo



madakaripura





Bromo-Batok-Semeru

puncak yg paling tinggi tu gunung Semeru, yg aku berjaya daki..
yg kluar asap tu la Bromo.. yg satu lg gunung Batok

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 10:16 PM | Show all posts
Reply 389# arwien


    cayalah!!! mana gambar kat atas semeru???

nostalgic tgk pix gunung bromo dan sekitar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 10:33 PM | Show all posts
Reply 390# blueskymama

gambar puncak sye tepek kt sini

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=202477&extra=page%3D3&page=35

mmg cantik pun kawasan sekitar bromo. Kg Cemara Lawang & Probolinggo tu pun best, dingin & hijau jer.
Tp tu la, kena pi bukan musim hujan, kalu tidak sayang. mungkin tkleh dpt view yg cantik masa sunrise sbb ditutupi kabus. kalu cuaca elok mmg view marvelous.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 11:13 PM | Show all posts
i nk gi surabaya bulan april nxt yr...,tp bromo ni dh kluar asap plak.....,rasa mcm x sedap pulak...,skrg ni plak yg dia nk kuar asap....kluar la lmbt sket....,sesapa...yg baru2 ni pegi...bole bg latest info tak....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 12:19 AM | Show all posts
i nak gi bulan Jan ni. Bila tgk mount bromo dah meletus......frust sgt. I mmg dari dulu teringin nk gi. Huwaaaaa...... mintak2 everything gonna be okay nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 10:50 AM | Show all posts
Alamak..macam mana kalau pergi gunung Bromo time awal bulan February? memang hujan ek? n langit berawan penuh? tak boleh ambik gambar puncak2 yg cantik tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 05:02 PM | Show all posts
letusan Bromo cuma 600 kaki
kawasan yg terlibat akibat letusan cuma kawasan gurun pasir.
kawasan amaran bahaya cuma dalam radius 3 km dari kawah Bromo
penghuni sekitar cemoro lawang tidak menerima arahan berpindah..

ini bermaksud Bromo tetap selamat utk dikunjungi dan hotel serta penginapan di kawasan wisata Bromo tidak terjejas secara langsung..

tetapi tak dapat dipastikan samada tangga utk mendaki kawah Bromo rosak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 10:38 PM | Show all posts
Bagus la Che Ani dah kembali ke thread Surabaya...nak gak belajar info2 semasa sebelum ke Bromo, Ijen, Surabaya nanti....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 11:08 AM | Show all posts
Reply 135# Hetfield

kl beli pokok hidup ni blh lpas ek kat airport? coz sumtimes pokok2 hidup ni xleh bw blk..nak kene quarantine la n mcm2 cekadak lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 04:23 PM | Show all posts
Nak ke Surabaya 22-24 Dec ni...kerja.. Tp sambil tu boleh ler shop2 sikit? Apa barangan yg menarik dan murah kat Surabaya ya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 12:02 PM | Show all posts
nak menempel kat sini lak! bulan 3 thn depan dah nak pegi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:30 AM | Show all posts
Reply 135# Hetfield


    beli bonsai kat sn ade pblm x ms kat airport?coz ms kat sabah pokok nak kene quarantine la n ntah pape lgi...lagi satu, u g sn ikut pakej ke or cari sndr?ade contact no or pape suggestion ke?coz i nak g sn bln 3 2011 ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.418425 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list