CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Surabaya, Indonesia

   Close [Copy link]
Post time 12-11-2011 10:22 PM | Show all posts
Alahai, sunyi pulak rumah Surabaya ni. Aristtp, macamana percutian anda? Kongsilah pengalaman di sini. Saya tgh mengumpul maklumat ttg percutian ke Surabaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2011 12:08 PM | Show all posts
saya akan ke surabaya khamis ni MR sapsamsok..yg arrange semua....see u next 3 days

tak sabar rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 04:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by sapsamsok at 24-12-2011 10:11

Pantai Putih Malikan @ Tanjung Papuma, Jember, Jawa Timur

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 08:19 AM | Show all posts
Norim, you pergi bila?  Saya pun tengah mengumpul maklumat ni.  Tapi bulan 6 tahun depan baru pergi.  Kak Nila tak reply lagi pasal apple picking tu.  Nak tahu jugak kat mana.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 08:44 AM | Show all posts
Saya pi bulan April tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 04:27 PM | Show all posts
cantik sungguh kawah ijen....hati terpanggil mau ke sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2011 04:29 PM | Show all posts
pak wong..kamu sibuk bawa tamu ya minggu ni...masih teringat keindahan bromo...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 06:28 PM | Show all posts
cantik sungguh kawah ijen....hati terpanggil mau ke sana
zafreen Post at 18-11-2011 04:27 PM



   benar sekali....penat capek mendaki akhirnya hilang bersama angin bila saatnya tersua muka dgn kawah Ijen....menakjubkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 12:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by sapsamsok at 24-12-2011 10:07
pak wong..kamu sibuk bawa tamu ya minggu ni...masih teringat keindahan bromo...
zafreen Post at 18-11-2011 16:29


Hehehe... selain sibuk ngan kerja, juga kena adjust according to school holiday sini gak. Kalu bukan cuti sekolah, x dpt nak gi... Kecuali tahun 2013 dah lebih longgar sikit. Tak dilupakan kena kumpul fulus jugak... Ada fulus ada jalan... Hehehe.

Dah confirm tiket ke? Kalo dah kalu, jom kita gi sana naik train dari Surabaya - Banyuwangi... Lepas tu sewa 4WD naik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 09:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by sapsamsok at 24-12-2011 10:07

Sekadar maklumat untuk forumers yang hendak bercuti ke mana-mana kota di Indonesia khususnya...

AUTO ROAMING & INTERNATIONAL ROAMING : APA BEZANYA?

AUTO ROAMING : Boleh terima panggilan & SMS tetapi tidak dapat membuat panggilan ke mana-mana. Tidak perlu ke provider centre. Cukup bawa kad anda ke luar negeri.

INTERNATIONAL ROAMING : Dapat menerima / melakukan panggilan ke mana-mana samada Indonesia, tanah air atau negara lain. (waktu saya dulu) Perlu menunjukkan passport ke Maxis (provider) centre & minta diorang aktifkan international roaming.

BERAPA TARIFNYA DI INDONESIA?

Tergantung provider mana yang forumer tersambung, caj yang dikenakan mungkin sekitar RM 2 / 30 saat untuk voice call & RM 9/MB untuk data call.

PERLU TIDAK SAYA MEMAKAI INTERNATIONAL ROAMING?

Sebaiknya tidak perlu memakai roaming untuk melakukan / menerima panggilan ke / dari Malaysia kerana cajnya yang mahal.

Cukup membeli kartu perdana (calling card) kat Indonesia. Elakkan dri membeli di lapangan terbang. Sudahlah harganya mahal, creditnya juga tidak banyak & biasanya waktu mendarat @ airport, kita juga mungkin masih terpinga-pinga.

TIPS MEMBELI CALLING CARD

Berbeza dengan negara kita, kita tidak perlu menunjukkan IC / passport ke penjual untuk mendaftarkan nombor tersebut. Untuk yang dapat melakukannya sendiri, silakan daftar data peribadi dengan menggunakan handphone anda. Data yang diberikan tidak perlu benar kerana mereka tidak pernah memeriksa kesahihan data tersebut & data tersebut biasa digunakan untuk membuat laporan bila terjadi kehilangan & kerosakan pada calling card anda.

Beli kat mana? Boleh beli di tepi jalan atau ke pusat HP di kota tujuan anda. Perhatikan masa berlaku kad tersebut. Biasa kalau dah expire, kebanyakan pekedai akan memperpanjangkan masa berlaku kad tersebut ke provider masing-masing. Bila membeli kad begini, sebaiknya meminta penjual untuk membuktikan kalau kad tersebut masih aktif & boleh dipakai untuk melakukan / menerima panggilan. Mintalah bantuan ke mereka untuk mendaftarkan data anda. Harga kad-kad begini memang murah @ Rp 1,500 - Rp 5,000. Namun, mungkin creditnya hanya Rp 2,000 atau Rp 5,000.

Untuk yang belum / mau expire, harganya yang dibanderol (ditawarkan) juga murah. Sebaiknya tidak usah membeli kartu perdana sampai seharga Rp 10,000. Dengan Rp 5,000 je, dah boleh telefon cukup puas.

Data yang biasa diperlukan sewaktu pendaftaran :

Nama Lengkap
Nombor Passport
Alamat
Postcode
Kota
Tempat & Tarikh Lahir

Untuk mengelakkan dari kehilangan / ketinggalan passport @ counter handphone, sebaiknya kita tulis je kat sehelai kertas & kasikan ke pekedai tersebut. Data yang diberikan juga tidak harus benar.

CALLING CARD APA PALING LUAS COVERAGE ?

Tergantung kota tujuan & kawasan yang anda sedang berada, signalnya mungkin berbeza. Sebelum membeli, tanyakan dulu ke driver anda beliau memakai kad provider mana. Tujuannya adalah supaya bila kita melakukan panggilan ke sesama provider, tarif yang dikenakan jauh lebih murah dari tarif lintas (antara) provider. Bila perlu, semua dalam kumpulan memakai provider yang sama. Murah meriah!

CALLING CARD MANA PALING MURAH TELEFON BALIK MALAYSIA ?

Saya sering menggunakan Indosat kerana kualiti suaranya yang jelas tanpa echoes. Tarif yang dikenakan pun tidak mahal iaitu Rp 600/minit. Tak sampai RM 0.30 per minit. Dalam kes tertentu bila forumers minta komen / pendapat ke saya, saya lebih memilih menelefon beliau daripada berkomunikasi via email / PM walau forumers tersebut tidak memakai jasa saya... Yang penting bagi saya, mereka dapat maklumat tambahan & itinerarynya banyak.

XL sekarang mengadakan promo telefon murah sepuasnya ke Malaysia, Rp 7,000/hari. Tapi, harus mendaftar dulu & dikenakan biaya Rp 5,000 per pendaftaran. Biasa dalam kes-kes promo ini, kualiti kurang bagus & sering terputus. Namanya juga murah.

CARA MENELEFON MURAH & KODE VOIP YANG DIPAKAI

Tidak perlu menggunakan tanda + di hadapan nombor panggilan anda.

Indosat (Mentari & IM3)
01016 nombor Malaysia
e.g. 0101660178583331

TELKOMSEL
01017 nombor malaysia
e.g. 0101760178583331

XL
01000 nombor Malaysia
e.g. 0100060178583331

3
01088 nombor Malaysia atau
01089 nombor Malaysia
e.g. 0108860178583331 atau 0108960178583331

AXIS
01012 nombor malaysia
e.g. 0101260178583331

ISI ULANG / RELOAD

Tidak perlulah isi ulang terlalu banyak kecuali pemakaiannya banyak gara-gara kalian buka bisnis @ Malaysia. Banyak tersedia kaunter-kaunter penjualan isi ulang di mana-mana. Cukup dengan Rp 50,000, kalian dah boleh menelefon sampai telinga panas!

Semoga maklumat ini berharga & anda tidak perlu lagi menghabiskan duit sampai Rp 200,000 atau lebih untuk berkomunikasi dengan sanak saudara & rakan taulan di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 02:45 PM | Show all posts
hi semua selepas seminggu pulang dari Surabaya, barulah saya sempat nak post

saya ke sana 17-20 Nov 2011= 15 pax semuanya menggunakan service MR Sapsamsok yg mmg terbaekkkk..dari sampai Juanda Airport sampailah ke hari terakhir nak pulnag ke Msia...semuanya baik baik aja

day1 -sampai Juanda around 10 am..jumpa Mr Sapsamsok aka wong di Airport terus dibawa Lunch Ayam penyet, dan ke Tanggul angin, Lapindo dan surabaya Mall mlm baru c/in Tantris hotel service pun ok **ada xtra bed di hotel ni*staf hotel pun mesra je

day2-shopping di Jembatan merah...**BEST** kain sulam telekung (ala2ala mangga 2 di Jakarta), mlm naik feri ke MAdura merasa la naik feri di tempat org dan melalui jambatan Suramadu disana

day 3-repeat jembatan merah, mlm ke MAll mall
kami mengguna ELF yg memang luas dan puas hati...

TQ byk2 atas jasa baik wong sepanjang perjalanan kami..satu hari akan ke Bromo juga nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 04:07 PM | Show all posts
Sekadar maklumat untuk forumers yang hendak bercuti ke mana-mana kota di Indonesia khususnya...

A ...
sapsamsok Post at 24-11-2011 09:36 AM


teringat pengalaman membeli kartu Telkomsel kat kedai runcit di Sempol dlm pekebunan kopi desa kalisat dekat Ijen....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 12:53 AM | Show all posts
alhamdulillah,,,akhirnya bjaya juga saya khatam thread nih....hiiiii xsabarnyaa nk ke sana esok.... hotel&transport sume da arrange ngan Mr SapSamSok aka Mr Wong...tq sooo much!!
mudah2an segala urusan di sana dipermudahkan oleh-NYA,,, amiiinn...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 12:58 AM | Show all posts
owh yaa...tq juga kt Mr Yanto-hood yg kenalkan sy kpd Mr Sam...

psst : kawan2 thread BALI & SUB,,,jom pg SUB januari 2013,,,nnt bleh kte ramai2 pg mkn free di samping memeriahkan kenduri yanto....hehehehe... ooppsss,,,, terlebeh suda.... kekekekeke....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 03:18 AM | Show all posts
Reply 1734# yuemzek

eer kenduri Yanto kat Surabaya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 03:20 AM | Show all posts
ni nak update laporan gi Surabaya yg lepas...
gi bulan Oktober baru sekarang nak update...
sori byk kerja...
baru ada kesempatan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 03:24 AM | Show all posts
Day 1
-----
1st day arrival terus gi ngopi kat Bandara
sambil Mr Sam brief rencana perjalanan kami..
thanks Mr Sam yg komited betul terhadap tugas nya
pastu terus gi makan di Ayam Penyet Bu Kris...
memang sedap sambal nya..
pastu singgah jap Masjid Agong Al-Akbar..
kaum hawa sempat naik minaret..
aku dgn mr sam chit chat je dlm keta saja..
dah puas lawat masjid kami terus ke pusat muslimah di Sidoarjo
mak dato besarnya toko nya.. kaum hawa pasti rambang mata..
tapi seperti biasa saiz gede2 utk org malaysia sukar nak dapat...
lepas tu di tanggulangin.. bau kulit satu kedai..
sempat sambar kopiah dibuat dari kulit.. murah banget..
terus borong utk buat souvonier kat org kg..
kekawan yg lain bila tahu murah.. semuanya pakat2 borong...
ish3x.. sampai terpaksa berebut2 pulak dah...

dlm perjalanan tu sempat tapau Es Degan utk minum dlm keta

lepas tu terus ke Bromo....
sampai Cemoro Lawang dah gelap...
dinner kat hotel bromo Permai...
mula2 ingat nak gi cari FM kat situ..
tetiba listik mati.. gelap gulita seluruh Cemoro Lawang
nasib baik Bromo Permai ada back-up power supply..
dinner & berehat kat hotel saja lah sambil bertenet yg slow banget


Menu kat Bu Kris


Leather Heaven kat Tanggulangin
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 03:35 AM | Show all posts
Day 2
----
jam 3.30am Supir jeep pak sugeng ketuk pintu bilik..
jam 4am mula bergerak ke Pananjakan...
cuaca sejuk banget pagi ni.. gigil semua gang..
sesampai sana kuda dah siap sedia menanti tamu dari msia nih...
macam2 ragam nengok org naik kuda ni.. nak ketawa pun ada...
ada yg laju cam roket.. ada yg mcm2..
kuda berhenti kat kaki tangga...
mulalah mendaki dgn sandal donatello yg satu ni...
terlupa lak nak beli kasut..
walaupun memang planning nak beli kat Tanggulangin..
teruja nak ke Bromo punya pasal.. abis lupa semuanya...

sampai di Viewpoint masih gelap..
minum hot milo.. murah.. hanya Rp5,000 secawan..
tak ramai sangat tamu.. lebih kurang 50 orang saja..
tapi salute lah dgn satu group mat salleh veteran..
sanggup berjalan kaki dari hotel hingga ke Pananjakan..
memang derang ni jiwa kental...
salute juga utk org Tengger yg bergadang di Viewpoint ni..
bagaimana agaknya mereka pikul barang dagangan utk dibawa ke atas ni...


bila matahari mula timbul dari ufuk...
terlihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha esa
tiada apa dapat dikatakan..
masing2 terpaku dengan keindahan Bromo...
rasa macam tak nak turun..
akhir kami antara group terakhir turun dari Pananjakan..

on the ke savannah singgah jap kat pasir berbisik..
terasa kecilnya kita bila berada di tempat lapang ni


lepas tu terus ke Savannah...
sayangnya bunga2 semua dah mati...
mungkin kerana akibat aktiviti bromo bulan April dulu
dan menurut supir jeep katanya dah 5 bulan tak da hujan langsung...
tapi bagaimana pun savannah tetap memukau sesiapa yg melihatnya...
kehijauan, ketenangan dan kedamaian disini mengamit untuk kembali kesana..

tetiba datang lak copule warga indon naik ojek join kita org
photo dekat jeep.. tak sempat bertegur sapa
sbb dok asyik berphoto saja...

dah puas kat savannah kami terus ke kawah bromo..
sesampai kat sana kuda & joki tak dah siap siaga menanti dgn penuh sabar
naik kuda sekali lagi ke kaki kawah...
kemudian lak daki tangga yg penuh dgn pasir..
tercungap2 juga lah nak sampai ke kawah tu...
ngerinya tengok dlm kawah tu..
kalau tergelincir ke dalam tu.. berakhir lah hidup rasanya...
so sapa2 ada anak kecil, disini perlukan pemantauan sepenuhnya...
photo2 terus turun semula...

jeep terus bawa kami pulang semula ke hotel Bromo  Permai..
lepas breakfast, sempat terlelap jap dlm 1 jam..
on the way nak singgap Toko p Edi beli FM
tapi tak byk pilihan.. anyway beli juga lah utk kenang2an



The Edge Of Cemoro Lawang (gambar dr Pananjakan)


Bromo masa nunggu Sunrise - cantik kan...




Peniaga2 kental di Viewpoint Pananjakan..




"Manusia" di Viewpoint Pananjakan





  




Sekitar kawasan CheckPoint utk naik kuda di Pananjakan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 03:38 AM | Show all posts
sambung pic di Bromo.........






Savannah @ Bromo


The Tengger's
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 03:41 AM | Show all posts
sambung lagi pic di Bromo............






CheckPoint2 nak menuju ke kawah Bromo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058940 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list