CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4237|Reply: 62

Peniaga warga asing memang celaka membunuh periuk nasi warganegara Malaysia

[Copy link]
Post time 2-1-2010 12:53 PM | Show all posts |Read mode
PADA tahun 2010 genap dua tahun Hamidah Mohamad Tahir, 54, berniagaaksesori dan pakaian di tapak lot KL Bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman(TAR), Kuala Lumpur. Biarpun diusahakan secara kecil-kecilan, ia cukupbermakna buat Hamidah kerana hasil jualan itulah yang menjadi sumberpendapatan buat dirinya sekeluarga.
Setiap hari sekitar pukul 9 pagi, Hamidah dan pembantunya mula sibukmemulakan operasi. Koleksi pakaian yang diimport dari negara seberangdisusun cantik. Gelang tangan kristal yang dibeli dari Sabah puladiatur kemas dalam kotak.
"Bagi saya, 2009 merupakan tahun yang paling 'sakit' buat golonganpeniaga kecil. Kami terpaksa berhadapan dengan kegawatan ekonomi.
"Sedih dibuatnya. Stok barangan melimpah dan memenuhi segenap ruangkedai. Tetapi pelanggan yang datang membeli belum cukup untuk balikmodal apatah lagi hendak untung. Pendapatan cuma cukup untukmelangsaikan wang pekerja, bil dan sewa kedai," luah Hamidah ketikaditemui Kosmo! baru-baru ini.
Hamidah tidak menyangka dia dihimpit keperitan sebaik 2009 membukatirai. Anak kelahiran Gombak, Selangor itu menyangka dia dapat membawapulangan modal dan keuntungan memberangsangkan seperti tahun 2008.

RAKYAT diseru menyokong program1Malaysia seperti yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk SeriNajib Tun Razak (dua dari kanan).

Sebaliknya, dia terpaksa meningkatkan usaha jualan ke sana ke maridan tidak boleh bergantung pada jualan di kedai semata-mata. Inisiatifitu perlu dilakukan supaya dia tidak terus mengalami kerugian.
"Peniaga kecil seperti kami memang terasa kesannya. Pelanggan mulaberjimat-cermat sehingga sanggup membeli produk tiruan yang harganyalebih murah. Perlu diingat, peniaga besar ada aset, pelabur dan wangsokongan sekiranya mengalami kerugian.
"Tetapi bagi peniaga kecil, kami kena usaha dan kerja kuat. Untukmendapatkan pinjaman bank agak sukar kerana kami perlu sediakan banyakdokumen dan penjamin. Persoalannya, siapa yang sudi menjadi penjamin?"luah Hamidah dalam nada sedih apabila ramai peniaga kecil terpaksameminjam daripada ceti haram.
Hamidah menyatakan pada tahun 2008, dia mampu mengaut keuntunganbulanan antara RM5,000 hingga RM8,000 ke atas. Namun pada tahun 2009,untuk mendapatkan hasil jualan sebanyak RM3,000 pun cukup memeritkan.
Justeru, dia cukup berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnyauntuk meringankan beban peniaga-peniaga kecil. Misalnya, kerajaan perlutelus dengan mengumumkan keadaan ekonomi dari semasa ke semasa. Jadi,golongan peniaga dapat bersiap sedia dari segi tempahan produk, pekerjadan fasiliti yang lain.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu turut menyarankan supayakerajaan dan pihak berkuasa buka mata terhadap para peniaga warga asing.
Periuk nasi
Kehadiran kelompok tersebut bagaikan menutup periuk nasi peniagakecil warga tempatan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untukmelariskan produk. Walaupun terpaksa menyewa tapak jualan yang mencecahRM4,000 sebulan ia langsung tidak menjadi masalah.
Ini kerana gerai jualan mereka tidak putus-putus dikunjungipengunjung yang ingin mendapatkan barangan murah biarpun ia produktiruan. Hasilnya, mereka mampu memperoleh hasil jualan yang berlipatganda.
"Peniaga tempatan sukar buat begitu kerana ia akan menyebabkan kamimengalami kerugian besar. Peniaga asing boleh menjual murah keranamereka membeli produk-produk tersebut di negara sendiri pada harga yanglebih murah.
"Misalnya, mereka boleh mendapatkan gelang tangan daripada pengilangpada harga RM2 dan menjualnya pada harga RM5 di sini. Pengilang pulamenjual kepada kami pada harga mencecah RM5. Sebab itu kami terpaksajual sekitar RM7 hingga RM10," kata Hamidah yang benar-benar berharapkerajaan melakukan sesuatu bagi menangani masalah tersebut.
Hamidah sempat menyatakan tinggal sedekad saja lagi negara untukmencapai Wawasan 2020. Jadi, beliau berharap pihak kerajaan sudahbersedia dengan pendekatan dan strategi yang boleh memantapkan ekonominegara.
Cabaran ekonomi
Sebagai contoh, menawarkan beberapa program yang boleh memantapkanperniagaan usahawan kecil agar dapat berdaya saing dengan usahawanbesar dalam mempertingkatkan ekonomi negara menjelang tahun 2020.
Hari ini kita sudah memasuki tirai tahun 2010. Ini bermakna tinggalsedekad saja lagi untuk Malaysia melangkah ke Wawasan 2020 yang telahdibentangkan oleh Tun Mahathir Mohammad pada Mesyuarat MajlisPerdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.
Barangkali segelintir pihak sudah lupa tentang Wawasan 2020 yangbermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan majumenjelang tahun 2020.
Kemajuan yang dimaksudkan meliputi aspek ekonomi, politik, sosial,kerohanian dan kebudayaan. Dalam menentukan kejayaan misi tersebut,terdapat sembilan cabaran yang perlu diharungi. Namun secara rumusannyakesemua cabaran itu lebih tertumpu pada bidang ekonomi dan hubunganperkauman.
Dalam cabaran kelapan, tertera iltizam berkaitan masyarakat yangadil dalam bidang ekonomi. Maksudnya, masyarakat yang melaksanakanpengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama. Wujud perkongsiansepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

JIKA apa yang dirancang berjalanlancar bukanlah sesuatu yang mustahil pendapatan rakyat Malaysiamenyamai pendapatan penduduk Singapura. - Gambar hiasan

"Keadilan ekonomi yang dimaksudkan ialah keadaan ekonomi sesebuahnegara yang tidak dimonopoli oleh satu-satu bangsa atau golongansahaja.
"Contoh yang paling hampir apabila wujudnya tanggapan kaum Cinalebih tertumpu dalam bidang perniagaan. Manakala orang Melayu pulahanya menjadi kakitangan kerajaan. Persepsi itu harus diubah keranapastinya terdapat dalam kalangan orang Cina yang ingin menjadikakitangan kerajaan, begitu juga dengan orang Melayu yang mahu menjadiahli perniagaan berjaya.
"Mengapa aspek ekonomi perlu dititikberatkan? Sebabnya, perananekonomi biasanya menjadi faktor utama yang digunakan dalam menentukanstatus sesebuah negara sama ada membangun atau maju," ujar PensyarahPengurusan Strategik Universiti Utara Malaysia (UUM) dan penganalisisekonomi, Haim Hilman Abdullah.
Misalnya faktor pendapatan per kapita, Kadar Keluaran Dalam NegaraKasar (KDNK) dan tahap industrialisasi seringkali dijadikan asaspenilaian. Faktor-faktor lain seperti Indeks Pembangunan Manusia yangmenggabungkan aspek ekonomi, pendapatan negara, indeks jangka hayat danpendidikan juga digunakan.
Pada dasarnya negara maju mempunyai Indeks Pembangunan Manusia yangsangat tinggi. Sebagai contoh, kadar pendapatan per kapita rakyatMalaysia hari ini sekitar RM21,500 setahun. Kadar itu sangat jauhketinggalan jika dibandingkan dengan pendapatan per kapita rakyatSingapura iaitu sekitar RM106,000 setahun.
Tambah Haim, membandingkan Malaysia dengan Singapura mungkin tidakbegitu sesuai kerana republik itu mempunyai empat juta penduduk sahaja.Oleh itu, perbandingan terbaik untuk Malaysia barangkali ialah KoreaSelatan dan Taiwan. Pada era 70-an, kedua-dua negara itu lebih mundurberbanding Malaysia.
Namun kini, penduduk negara tersebut telah mencatat pendapatan tigakali ganda lebih tinggi daripada pendapatan rakyat Malaysia. Inilahcabaran yang harus dilunaskan oleh kerajaan dan rakyat.
Adakah Malaysia mempunyai masa untuk mencapai Wawasan 2020? Haimmenyifatkan ia bergantung kepada kerjasama daripada semua pihak.Melihat situasi Malaysia pada hari ini sudah tergambar kesukaran untukmerealisasikan misi tersebut seandainya tiada sebarang perubahanterutama dalam model ekonomi negara.

kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2010 12:58 PM | Show all posts
jgn kata berniaga barangan pakaian etc, tp berniaga nasi lemak ke hapa yg pagi2 tu, indon2 conquer! diorang tu masak dahlaa tak sedap. pastu dtg sini sure dgn takde permit...kat ceruk mana ada aje spesis diorang. kembang tekak nak makan sbb taulah kan tahap hygiene diorang. tp nampaknya, tetap laku gak warga kita membeli...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 01:06 PM | Show all posts
Padan muka orang tempatan yang malas berusaha...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 01:07 PM | Show all posts
Apsal artikel tu macam rojak singapore?

Gambar dia tak tele dengan berita...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 01:15 PM | Show all posts
ntah2 indon2 tu dah jd rakyat msia.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 01:23 PM | Show all posts



Gambar hiasan?Hampeh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2010 01:29 PM | Show all posts
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0101/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg


Gambar hiasan?Hampeh!
penyo Post at 2-1-2010 13:23


punya lah panjang artikel tu, gambo itu jugak benda paling signifikan yg perlu diulas
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 01:30 PM | Show all posts
aku kalu balik kl gi jln kat TAR. tu...memang x sanggup beli air kat tepi2 jln...sbb ngok muka pun dah tau bukan org tempatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2010 01:31 PM | Show all posts
punya lah panjang artikel tu, gambo itu jugak benda paling signifikan yg perlu diulas
hzln Post at 2-1-2010 13:29



punya panjangggg artikel tu, posting aku jugak yg tetap menarik perhatian peminat....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 01:33 PM | Show all posts
aku kalu balik kl gi jln kat TAR. tu...memang x sanggup beli air kat tepi2 jln...sbb ngok muka pun dah tau bukan org tempatan
jojo67 Post at 2-1-2010 13:30



Haha! Kat tempat aku ni, indon yg jual nasik lemak pagi2 ni memang tak boleh blah...nasi lemak tempatan jugak sedap.
Citarasa indon dan tempatan memang lain sikit. Tak tahu laa, ada kureng sikit masakan indon nih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 01:33 PM | Show all posts
masalah dgn peniaga kecik2 ni depa tanak pool their resources dan beli secara bulk, blh dpt harga jauh lagi murah, sama jugak halnya dgn pekedai2 runcit yg mengeluh takleh bersaing dgn hypermarket, mana lah nak dpt stok dgn harga murah kalu beli dlm kuantiti sikit, depa bulih saja buat koperasi sesama depa, beli secara pukal mcm yg syarikat2 besar buat, senang2 saja bulih bersaing dari segi harga sbb overhead depa tak sebesar overhead syarikat besar
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 01:35 PM | Show all posts
punya panjangggg artikel tu, posting aku jugak yg tetap menarik perhatian peminat....
penyo Post at 2-1-2010 13:31


motip terasa diminati dan diberi perhatian?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 01:38 PM | Show all posts
di mana2 pun memang ramai orang asing yg dok meniaga....macam kat tempat aku kat kulim ni,siap lagi ada sederet kedai2 menjual kain/baju ...tokei2 ngan pekeja org kemboja.....aku pun x tau macam mana depa boleh dapat......
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 01:44 PM | Show all posts
org tempatan kita nmpknya kenala murahkan sket harga barangan dorang...klux hbs disapu oleh org2 indon...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 02:02 PM | Show all posts
Keadaan peniaga yg susah dpt untung sbnrnya dah mula terasa thn 2008 lagi tp blm ketara sgt. Mmbr aku berniaga kat car boot sale shah alam sejak pasar tu mula wujud smpi la skrg.
Dulu dia kata mmbr untung byk, lagi2 klu nak raya tp skrg ni org yg dtg mmg ramai tp kebykannya pelanggan touch n go, pegang & jalan - xbeli pun.

Aku tgk skrg ni pun terlalu byk saingan berniaga. Bukan takat offline, kedai online pun byk....kdg2 aku rasa jd peniaga pun payah nak untung sbb bisnes dah nak hampir jd tahap tepu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 02:07 PM | Show all posts
punya panjangggg artikel tu, posting aku jugak yg tetap menarik perhatian peminat....
penyo Post at 2-1-2010 13:31


Tempat pen meniaga tepi tasek tu tak kena kacau dek warga asing ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2010 02:09 PM | Show all posts
aku rasa yang sokong warga asing nih saudara indon juga lah....

"masalah dgn peniaga kecik2 ni depa tanak pool their resources dan beli secara bulk, blh dpt harga jauh lagi murah, sama jugak halnya dgn pekedai2 runcit yg mengeluh takleh bersaing dgn hypermarket, mana lah nak dpt stok dgn harga murah kalu beli dlm kuantiti sikit, depa bulih saja buat koperasi sesama depa, beli secara pukal mcm yg syarikat2 besar buat, senang2 saja bulih bersaing dari segi harga sbb overhead depa tak sebesar overhead syarikat besar""

itu contohnya...kan bangang statement ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 02:13 PM | Show all posts
motip terasa diminati dan diberi perhatian?
hzln Post at 2-1-2010 13:35


setelah hampir 3 thn berselindung dan menumpang fofulariti abe peyno... akhirnya

prrrfthhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 02:18 PM | Show all posts
peniaga tempatan kebanyakkan suka buat muka masam and tak mesra pelanggan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 02:20 PM | Show all posts
Ni apa celaka celaka ni,..?? celaka kehulu.. celaka ke hilir.. memang celakaa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.312578 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list