View: 5857|Reply: 83
|
[Tempatan]
Hutang negara naik ke RM568.9 bilion
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, 97.1 peratus atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik, sementara bakinya RM16.2 bilion atau 2.9 peratus merupakan pinjaman luar pesisir.
Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kedudukan hutang kerajaan itu kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Najib berkata, hutang Kerajaan Persekutuan tahun lepas adalah sebanyak RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK manakala bagi 2012 pula sebanyak RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK.
"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2010 adalah sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK (dan) 2011 sebanyak RM456.1 bilion atau 51.5 peratus," katanya.
Najib berkata sehingga kini, kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.
Beliau berkata ia merupakan hasil daripada pengurusan hutang secara berhemat apabila pinjaman dibuat hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.
"Bayaran khidmat hutang, yang merujuk kepada bayaran faedah ke atas pinjaman merupakan bayaran tanggungan mandatori yang perlu diberi keutamaan.
"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, masih jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," jelasnya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
biorla..janji bukan anuwat...
rosli,
penajis,nismilan
macai |
|
|
|
|
|
|
|
zeti kata hutang tu rm700 billion, najib kata 568billion..
sapa yg menipu daa.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila najib nak letak jawatan? |
|
|
|
|
|
|
|
makin hari apalah nak jadi dengan malaysia nih... hidup rakyat makin hari makin susah.. hutang negara makin meningkat... pemimpin atas makin bermewah mewahan... hmmmm........ |
|
|
|
|
|
|
|
jauh lagi nak sampai 1 zillion...
tambah lagi najib..banyak lagi boleh tambah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bateesta posted on 29-10-2014 01:33 AM
jauh lagi nak sampai 1 zillion...
tambah lagi najib..banyak lagi boleh tambah...
Apa ada heran ?ibarat sebutir nasi terselit dicelah gigi jer kheen? This 600 billion?
Kita ada minyak...kita ada getah...kita ada kelapa sawit...dan yang paling utama...kita ada lebih kurang 25 juta rakyat yang mudah dibodohkan......
Wakakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
kesian
rezab negara yang ada dekat2 RM500 bilion tu buat2 tak nampak jela kan macai PR yang bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bangyong sekolahkan korang pasal hutang negara ni, mau tercirit beramai-ramai korang yang kena kencing anwar ni |
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 29-10-2014 12:46 AM
zeti kata hutang tu rm700 billion, najib kata 568billion..
sapa yg menipu daa..
bro,
ada beza hutang kerajaan persekutuan DAN hutang negara
jangan main redah je... dua benda berbeza tu bro
tajuk TT yang senget pun dah tau dah TT ni bengap tak reti beza hutang kerajaan persekutuan dan hutang negara
|
|
|
|
|
|
|
|
tekoyong posted on 29-10-2014 01:49 AM
bro,
ada beza hutang kerajaan persekutuan DAN hutang negara
The figure( jumlah hutang)is something justifiable atas dasar pembangunan, you think? no matter whichever way you look at it?
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda makin naik. Ehem ehem bila nak turun. |
|
|
|
|
|
|
|
Bateesta posted on 29-10-2014 03:22 AM
rakyat mesia ni dah jd cam hamba abdi je
pun ramai tak sedar diri lagi, rakyat dida ...
Rakyat malaysia née senang to please....cuti raya nko jangan kacau...bulan ramadhan...nko kasi derang balik awal.....BRIM BRAM broom. Setahun kasi ler sekali dua kali......ditambah bila PRU....nearing............apa lagi..itu je per....? Yang lain nko tak payah kasi nasi kangkang pun utk membebalkan rakyat.......
Siapa kata mentakbir malaysia née susah?
Khennn?
|
|
|
|
|
|
|
|
hnya bn mampoo perintah malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
agok nya dah sumbat siNuar tu...baru stabil hutang negara kot....
|
|
|
|
|
|
|
|
itu belum masuk hutang 1mdb yg dekat 40b
orang buat sovereign fund drp kekayaan negara najib buat sovereign fund dgn berhutang
lepas tu bayar interest lebih tinggi drp biasa
bayar komesen jer sampai 2 angka..
beli harta pulak dgn harga mencanak
dan paling celaka hanya najib jho low dan kak mah jer yg tahu camna ia diurus.. hmmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|