Kalau harga kangkong turun, Ayam RM1 seekor barulah blh lawan inflasi!
Sunat dikomersialkan pun nak bangga diri?
Najib cadang sunat kaedah baru
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
[email protected]
Pekan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kaedah berkhatan terbaru diperkenalkan syarikat tempatan dikenali sebagai 'Sunatech' dikomersialkan ke peringkat antarabangsa. Katanya, kaedah itu lebih mudah selain tidak menyakitkan berbanding kaedah tradisional. "Kalah boleh saya hendak ia dieksport ke luar negara kerana permintaan banyak, bukan saja orang Islam diwajibkan malah ada agama lain mengatakannya (berkhatan) sebagai satu amalan kesihatan baik. "Saya juga hendak tawarkan Sunatech ini digunakan di kampung-kampung. Saya akan bincang dengan wakil syarikat sini supaya perkhidmatan ini dapat dinikmati di kawasan sukar dilawati doktor," katanya ketika berucap merasmikan program berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan, di sini, hari ini. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 7:11 PM
http://www.hmetro.com.my/node/17768#sthash.DZ1oCzkG.dpuf
|