CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14207|Reply: 254

[Tempatan] (MRSM) Peraturan agama islam membimbangkan warga Dayak

[Copy link]
Post time 7-2-2015 02:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-2-2015 02:41 AM

Ibu bapa Dayak bimbang menghantar anak mereka ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Sarawak berhubung undang-undang dan garis panduan berkaitan agama, kata DAP Serian.

Pengerusinya Edward Andrew Luwak berkata peraturan berkaitan antaranya larangan membawa barangan berkaitan agama seperti salib dan Bible.

Menurut beliau, terdapat juga larangan membawa makanan disediakan di rumah dan juga terhadap penggunaan pengangkutan tempat itu untuk ke gereja.

Andrew mendakwa bahawa garis panduan itu juga digunakan di sekolah menengah teknik yang kini menjadi kolej teknik.

“Sekatan dan larangan ini menyebabkan ibu bapa Dayak tidak menghantar anak mereka ke kolej sebegini kerana takuut anak mereka dipengaruhi pengaruh ajaran Islam,” katanya.

Andrew juga berkata perkara itu tidak harus berlaku kerana kolej itu digerakkan menggunakan wang pembayar chukai.




Ibu bapa pelajar Dayak mempersoalkan tindakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) melarang pelajar bukan Islam mengamalkan kepercayaan mereka, sedangkan hampir separuh pelajar di sekolah itu di Sarawak beragama Kristian.
Mereka menyifatkan sekatan dikenakan terhadap agama lain di kolej MRSM sebagai diskriminasi agama yang hanya akan menggalakkan perasaan tidak bertolak ansur dan tidak menghormati agama lain di kalangan pelajarnya.
Salah seorang ibu bapa berkenaan, yang enggan menghantar anak perempuannya ke MRSM selepas mendapat tahu sekatan terhadap pelajar bukan Islam, memuat naik di laman sosial gambar surat yang menyenaraikan beberapa larangan terhadap mereka.


Gima Duin mahu anaknya yang menduduki peperiksaan PMR tahun lalu melanjutkan pelajaran di MRSM Kota Samarahan, disebabkan penekanan sekolah itu dalam subjek sains dan matematik.

“Selepas peperiksaan (tahun lepas), saya memohon supaya dia dapat belajar di MRSM, yang menjadi pilihan pertama, atau Kolej Sains (di Kuching).
“Oleh kerana surat kemasukan Kolej Sains diterima dulu, saya mendaftarnya di sana kerana menyangka permohonan MRSM gagal.
“Apabila permohonan MRSM juga diluluskan, saya membuat persediaan memindahkan anak saya ke sana.

“Tetapi sebelum pendaftaran, anak saya disuruh membaca semua peraturan kolej. Sebagai ayah, saya mengambil tahu,” kata Gima, bekas anggota tentera udara dari Simunjan.
“Bila saya terbaca mengenai 'peraturan tambahan untuk pelajar bukan Islam', saya rasakan ini tidak betul."
Gima kemudian memuat naik peraturan itu di laman Facebooknya bagi "melihat apa akan berlaku".
Menurut "peraturan tambahan" itu, semua aktiviti agama selain Islam diharamkan dalam kawasan maktab.
Begitu juga, lambang keagamaan selain agama Islam diharamkan dipaparkan di kawasan kolej, manakala pelajar perlu mendapat kebenaran sebelum menghadiri sebarang aktiviti agama selain Islam di luar maktab pada hari minggu.

“Selepas membaca peraturan ini, saya tekad anak saya tidak akan ke sebuah sekolah yang melarangnya memakai lambang salib atau memerlukan kebenaran menghadiri gereja pada hari Ahad.
“Ini diskriminasi agama dan sebuah sekolah yang langsung tidak peduli penganut agama lain.
“Peraturan ini tidak mengajar anak kita mengenai toleransi dan rasa hormat terhadap kepercayaan lain. Saya tidak akan membesarkan anak saya dengan cara itu.
“Saya bimbang sekiranya memasukkan dia ke sana, individu yang tidak bertanggungjawab dengan agenda jahat akan mempengaruhi pemikirannya yang masih muda,” katanya.

Gima turut mempersoalkan mengapa Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak meminda peraturannya bagi sekolah yang terletak di kawasan majoriti bukan Islam.
“Saya faham sekiranya ia sebuah kolej terletak di kawasan majoriti Islam. Tetapi di kawasan Dayak?”
Oktober lepas, bekas pengetua MRSM Betong Zabidin Bedut menafikan kolej tersebut mengharamkan pelajar Kristian menyimpan Bible serta bergiat dalam aktiviti keagamaan selain Islam.

Zabidin, seperti dilapor The Borneo Post, memberitahu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Amar Douglas Uggah Embas serta ibu bapa pada majlis graduasi dan penyampaian anugerah sekolah tersebut, dakwaan Leon tidak benar.
“Kami bukan saja membenarkan tetapi juga menggalakkan pelajar mengamalkan agama mereka. Bahkan kami membenarkan pelajar Kristian menggunakan bas kolej untuk ke gereja pada hari Ahad," katanya dipetik The Borneo Post.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 02:35 AM | Show all posts
Diorg pon takot murtad cenggitiew. Kg si Lourdes sebelah kg kitorg pon cenggitiew
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
tak iman ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
dhtu tak payah le anto. skola kbangsaan je sudehh.. belajo jugekk
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 02:50 AM | Show all posts
Oktober lepas, bekas pengetua MRSM Betong Zabidin Bedut menafikan kolej tersebut mengharamkan pelajar Kristian menyimpan Bible serta bergiat dalam aktiviti keagamaan selain Islam.

Zabidin, seperti dilapor The Borneo Post, memberitahu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Amar Douglas Uggah Embas serta ibu bapa pada majlis graduasi dan penyampaian anugerah sekolah tersebut, dakwaan Leon tidak benar.
“Kami bukan saja membenarkan tetapi juga menggalakkan pelajar mengamalkan agama mereka. Bahkan kami membenarkan pelajar Kristian menggunakan bas kolej untuk ke gereja pada hari Ahad," katanya dipetik The Borneo Post.


penafian yg nan hado



perkara 9.1 dan 9.2 dah sipi2 melanggar perkara 9.3
ke terpakai utk agama dan bangsa tertentu saja

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 04:20 AM | Show all posts
Kalau benda ni berlaku di luar negara untuk penganut islam, ramai org mesia sibuk nak pertahankan hak beragama.tpi berlaku dekat negara sendiri dihalalkan pulak atas alasan islam agama rasmi.ketahian apakah ini??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2015 05:03 AM | Show all posts
satu perubahan yang membinggungkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kristian pon bayar cukai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 08:00 AM | Show all posts
hormati agama lain? ado? puih
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 08:00 AM | Show all posts
nanti masuk la malayu islam rasis hencap dap dan babi
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 08:13 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 7-2-2015 04:20 AM
Kalau benda ni berlaku di luar negara untuk penganut islam, ramai org mesia sibuk nak pertahankan ha ...

tu namanya sindrom indon...org lain xboleh melainkan kami je
lagipun kami kan syumul

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 08:14 AM | Show all posts
shukor...... isle sudah memang lagi satu poin.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
peraturan dan polisi ini hanya untuk pelajar bukan Islam ajer ke? kalau pelajar Islam boleh guna pengangkutan awam sekolah untuk pegi masjid dan surau? budak2 pula boleh bawak buku2 berkaitan agama Islam??
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
X suka x pyhlah masuk MRSM. MARA pun asalnya ditubuhkan utk survival org2 Melayu Islam yg miskin x mampu nk lwn cina sepet. So dh MARA bg ikhsan tempat peluang utk bumiputera, bersyukurlah.
Islam bkn ugama yg boleh dibuat main2 krn penganutnya ditegah utk murtad. & sebarang unsur2 yg boleh mempengaruhinya harus disekat sejak dari kecil lg. So klau rasa x boleh, x pyh masuk. Pergi masuk sekolah mubaligh, cina sepet yg bebas nk berugama. Atau kaum bumiputera buat satu Sekolah Sains sendiri yg bebas berugama.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Hello..kalau dah rasa nk aktif sgt dgn aktiviti kristian ko masuk jer lah kolej methodist ker...

Afterall MRSM selama ni aman2 jah sebelum kemunculan dayak2 fanatik ni...

Setahu aku mara memang ada sediakan kenderaan untuk pelajar pergi gereja..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
depa sentap ni ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
boyagombak replied at 7-2-2015 09:34 AM
X suka x pyhlah masuk MRSM. MARA pun asalnya ditubuhkan utk survival org2 Melayu Islam yg miskin x m ...

Setuju sgt dgn boya.....

Dorang ni dah bg betis nak tulang.....elok bg je tulang.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 7-2-2015 09:48 AM
Hello..kalau dah rasa nk aktif sgt dgn aktiviti kristian ko masuk jer lah kolej methodist ker...

...

Kann.....

Saja nk buat cerita...pastu nk komplain tak blh bwak makanan kat hostel.....klu dia bawak babi nsnti tak ke mnyusahkn org?  Tak blh ke tak mentedarah babi dlm masa dok hostel?  Balik rumah blh je sumbat byk-byk kan?.....


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Modngengade at 7-2-2015 10:02 AM
jazaa replied at 7-2-2015 09:57 AM
Kann.....

Saja nk buat cerita...pastu nk komplain tak blh bwak makanan kat hostel.....klu dia b ...


Babi tu  umpama daun marijuana agaknya...ketagihan kalau tak cekik...

Nanti ada ummah klaim kalau x cekik babi x boleh fokus study...


Akak cuma mampu tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:07 AM | Show all posts
Bodohnya siapa yang ingat pendapatan kerajaan hanya dari cukai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.072453 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list