CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 797|Reply: 0

[Tempatan] MH370 mungkin dirampas secara siber, kata sebuah buku baru

[Copy link]
Post time 25-2-2015 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah buku baru mencadangkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mungkin menjadi mangsa rampasan siber (cyber-jacking), antara teori paling terkini berkenaan kehilangan Boeing 777 tahun lepas.

Dalam buku berjudul, "Someone is Hiding Something”, penulis Richard Belzer, David Wayne dan George Noory berkata rampasan kawalan jauh merupakan senario paling tepat sebagai cara menerangkan kehilangan MH370 daripada radar, "menolak semua penjelasan logik".

"Rampasan siber ​​adalah satu-satunya kemungkinan yang sesuai dengan keadaan setakat ini sebagai bukti mengenai tindakan pesawat itu," penulis dipetik sebagai berkata dalam satu laporan akhbar The Australian.

"Pendapat dalam media yang kapal terbang 'hilang' daripada dijejaki apabila transponder dimatikan adalah jelas tidak benar.

"Ia tidak boleh dipercayai pesawat mengelakkan radar selepas ia terkeluar daripada laluannya."

Penulis mengkritik pendapat yang mengatakan semua penumpang di atas kapal MH370 meninggal dunia akibat hipoksia, satu keadaan yang boleh membawa maut disebabkan keadaan oksigen rendah. Menurut teori ini, juruterbang tidak berupaya kerana kekurangan oksigen dan pesawat terbang selama berjam-jam secara auto pilot sebelum kehabisan bahan api dan terhempas di lokasi tidak diketahui.

"(Tidak) ada bukti tentang ini, atau motif sebenar untuk itu," mereka dipetik berkata.

Bagaimanapun, mereka berkata rampasan siber, senario paling berkemungkinan, tidak semestinya menjadi jawapan kepada misteri MH370.

"Kami tidak mengatakan itu adalah apa yang berlaku," kata mereka dalam laporan itu.

"Kami mengatakan versi rasmi 'Kami kehilangan kapal terbang dan mungkin tidak pernah ditemui' merupakan satu muslihat yang jelas dan sangat lemah."

Pakar keselamatan penerbangan Amerika Syarikat Kapten John Cox bagaimanapun menolak kemungkinan pengambilalihan kawalan jauh dan beranggapan ia “tidak meyakinkan”.

"Pesawat dilindungi bagi mencegah perbuatan itu," beliau dipetik sebagai berkata.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Boeing 777 yang membawa 239 orang hilang hubungan dengan kawalan trafik udara kurang daripada satu jam selepas berlepas, di Laut China Selatan.

Teori MH370 mungkin dirampas melalui kawalan jauh selepas berita dokumentari National Geographic yang memetik kata-kata pakar yang MH370 membuat tiga pusingan selepas hubungan terakhir dengan pengawal trafik udara.

Menurut dokumentari itu, pesawat pertama kali membuat pusingan ke kiri diikuti dua lagi pusingan ke arah barat sebelum menuju selatan ke arah Antartika.

MH370 diisytiharkan secara rasmi hilang pada 29 Januari, dan semua penumpang dan anak kapal yang dianggap terkorban. Tiada kesan pesawat dijumpai walaupun operasi mencari terbesar dalam sejarah penerbangan sudah dijalankan. – 25 Februari, 2015.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.603844 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list