View: 3295|Reply: 14
|
PARLIMEN BUBAR22FEBRUARI 2013???
[Copy link]
|
|
KREDIT TO; TRANUNGKITE
Parlimen bubar Jumaat 22 Febuari 2013
Posted on Monday, February 18 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: laniismaa
"Blog TukarTiub mendapat maklumat Parlimen Malaysia akan dibubarkan Jumaat ini 22 Febuari 2013.
Najib memilih membubarkan Parlimen pada Jumaat hujung minggu kerana mengelak pasaran saham BSKL menjunam akibat berita tersebut. Ini kerana Sabtu dan Ahad Bursa Malaysia ditutup.
Eloklah rakyat pun tak sabar-sabar nak ucapkan ‘i love new PM’ untuk Malaysia. LAGI"
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika Parlimen Bubar 22.2.2013, Mengundi 30.3.2013
Posted on Tuesday, February 19 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Sumber Utusankini
Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan. Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar mejadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya.
Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.
Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya.
Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya.
Sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat kejutan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei. Katanya ini adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersedia.
"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan...ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi,"
Beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya. Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.
Tanda PRU13 yang paling nyata akan dibuat Mac 2013 bila semua pembayaran beberapa bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 sedang rancak dilaksanakan. Antaranya bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.
Perdana Menteri tentunya tidak mahu membiarkan Menteri Besar Selangor mendahuluinya atau membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada hujung April 2013.
Jika benar tarikh 22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian.
Sumber: utusankini.com Last edited by leen_shaza on 19-2-2013 09:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
harap tarikh ngundi tak masuk bulan 4
i dah tempah tiket gi langkawi |
|
|
|
|
|
|
|
tk dpt2 lg ni nk mengundi
|
|
|
|
|
|
|
|
watever it is...weolls tunggu saja PM bunyi loceng utk pembubaran parlimen....then spr tetapkan tarikh penamaan calon & tarikh mengundi...bila?...around the corner atau pun coming soon....next change.... |
|
|
|
|
|
|
|
1st time nk mngundi ni woi..xsabar dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
cepatlah undi...sblm aku terberanak... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus! bagus! Aku pun dah tak sabo menunggu.
Boring hari-hari share market jatuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
KarinaKapur posted on 20-2-2013 05:17 PM
1st time nk mngundi ni woi..xsabar dah ni
same la kiter...da excited nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah yakin sgt BN menang bubar la.... ni nampak sgt |
|
|
|
|
|
|
|
perbandaran posted on 20-2-2013 06:09 PM
cepatlah undi...sblm aku terberanak...
beranak pon blh mengundi ape.
nti ahjib htr 1 peti undi. jgn hang penohkan 1 peti sudah. ha..ha..ha...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tottot89 posted on 20-2-2013 08:14 PM
same la kiter...da excited nih
hahaha lahir 89 ka?sama2...kikikikih
|
|
|
|
|
|
|
|
first time jugak nak pergi mengundi |
|
|
|
|
|
|
|
Esok je dah 22 Feb... macam takde apa2 pon... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mungkin esok sebab kes Lahad Datu belum settle. Tengah negotiate baik ppunya.. Tentera belum dibawa masuk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|