CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237980|Reply: 895

All About Koh Lipe, Thailand

[Copy link]
Post time 4-4-2008 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bdk2 at 10-1-2012 22:01

Kengkawan
Saper pernah sampai kat tempat niee....
Aku br tau tue pun member2 aku dr langkawi yg bg tauu...
pulau nie satu tempat pulau br yg nak di promot kat malaysia....
Member aku ckap kita boleh pegi nak ferry tapi dr langkawi lahh..
saper2 pernah pegi bg tau lahh boleh share dgn aku ape yg ader kat sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2008 09:55 AM | Show all posts
x kan der????
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 11:01 AM | Show all posts
bukan kat Thailand ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 11:26 AM | Show all posts

Reply #3 PowerWoofer's post

memang lah kat thailand... kalau kita dah sampai kat phuket kita boleh pegi sana buy bus jer...
somey maybe nak pg sana bila ader cuti panjang.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 01:28 PM | Show all posts
Boleh pergi from langkawi-satun ( pakbara ) - lipe. Or Langkawi to Lipe direct.
Kat sana macam island lain, cantik, clear blue water,chalets.
No transportation on the island. Locals friendly but problem coz tak reti speaking.
So kita pun Sawadika, kap kun ka etc
3 main beach,..paling ramai at Pattaya beach.Malam2 org dok kat outdoor bar ,dengar lagi,tido atas tikar tengok stars,..siap diorang kasi bantal lagi
2 other beaches kat Sunset and Sunrise.
Accomadation murah je,..tapi mahal punya chalet pun ada gak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 03:35 PM | Show all posts

Reply #5 tasha76's post

OIC.... sure best kan...bila tasha pg? ader gambar tak??
somey kena pegi sna for inspection.. 3d2n... so just nak tanya tempat tue camner
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2008 04:56 PM | Show all posts
Saya pergi seminggu awal Januari itu hari. Kami tinggal kereta di Pak Bara Thailand.
Saya nak betulkan sikit maklumat yg. Tasha beri tentang orang tempatan. Sebenarnya tak ada masalah komunikasi dengan orang tempatan kalau kita boleh berbahasa Melayu. Orang tempatan/kampong semuanya Orang laut. Siam panggil Chaole. Orang ini sendiri sebut diri sebagai Urak Lawoi. Mereka peramah kalau kita sembang dengan mereka. Mereka kurang suka Orang Siam sebab Siam ni peras mereka. Kita Melayu, mereka suka.

Pengusaha Chalet/banglo/resort semua Siam dari luar pulau kecuali satu saja diusahakan oleh Orang Laut. Kedai makanan Islam ada dua tiga. Nanti boat yg. kita naik tu akan berhenti jauh sikit dari pantai. Dari situ kita naik boat kecil Chole  untuk ke banglo. tambang 50 baht. Cakap Melayu aje dengan orang ni. Average harga banglo /chalet sederhana ni 75-80B untuk satu katil  Queen size. Lebih kurang 70 ke 80 ringgitlah kiranya semalam. Bilik dan bilik air bersih. Ada aircond.

Biasanya boat kecil tu akan bawa kita ke Pattaya Beach. Ini macam pusat hiburan la juga, ramai orang, dan bising memalam. Kalau tak gemar suasana begini boleh suruh tukang boat bawa ke tempat lain. Banyak banglo di sepanjang pantai.  Bayarannya sama juga 50B. Mana u duduk pun senang nak sampai ke kawasan kedai makan yg. terletak di sepanjang jalan utama yg berakhir di Pattaya beach.

Pulau ni sangat kecil dan banyak pelancong kalau high season. Jadi elok book banglo sebelum pergi. Itu hari kami pergi tinggal 2 saja kosong, lain semua penuh di seluruh pulau. Kalau tak book pun ok juga kalau u tak bawa budak kecil sebab pengusaha banglo sediakan khemah sementara 20B semalam kalau tak silap sementara tunggu kekosongan banglo.

Ramai pelancong tak tahu bahawa ada satu kuburan Orang Laut di belakang satu resort tak ingat nama ,tak jauh dari Tarutao dan Mountain Resort. Kubur lama ni menarik sebab Orang Islam, Cina dan Chaole semua tanam sekali. Ada satu rumah keramat tok nenek Chaole di situ tapi ada lambang bulan bintang macam Islam punya. Interesting, sembang2 la dengan orang tempatan, if you get lucky, they'll go out of their way to show you around and tell the history of the island and the people. Kami dapat beberapa kawan di sana pertama kali pergi Jan lepas.
Saya pun nak pergi semula ke sana hujung minggu ini untuk saksikan upacara Belachang--tolak bala Orang Laut.--main music pusing rebana sampai ke pagi 2 malam berturut-turut. Harap penerangan saya membantu.

[ Last edited by  belanga at 6-4-2008 04:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 01:05 PM | Show all posts

Reply #7 belanga's post

OIC.... so lebih kurang cam phuket lah eak..
belanga you pun pg dr langkawi ker?? selain dr pulau nie ader gak pulau2 lain kan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2008 08:25 AM | Show all posts
Alamak, silap lah saya tulis harga banglo kat atas tu, bukan 70-80B tapi 700 ke 800B. Lebihkurang 70-80 ringgit lah....Maaf ya..

Dia jauh beza dari Phuket. Phuket ni besar , moden, sibuk, banyak bangunan batu, cafe2 European style banyak---fancy shemcy. sSing-a -long,pelacur pun ramai. Ko Lipe sangat kecil dan nipis (namanya tu asalnya Pulau Nipis). Hanya ada satu sekolah,yg. lain semua rumah Orang Laut, banglo kecil untuk sewa dan kedai makan. Mana2 nak pergi jalan kaki saja. Pantai putih bersih. Snor****** kena naik boat sebab di kawasan tu semua batu karang dah hampir mati akibat dibom (bom ikan) sewaktu dulu.

Satu lagi nak gi pulau ni  kena caj taman negara 200B orang dewasa. Pulau yg. dekat dengan Lipe ialah Pulau Adang. Dari Lipe boleh naik boat Orang Laut tambang 50B (Rm5 lebih kurang). Tarutao pun dekat juga. Boleh nampak dari Langkawi on a clear day.

Saya pergi Lipe dari Pelabuhan Pak Bara di wilayah Satun,Thailand. Sampai ke Tarutao dulu selepas tu baru boat teruskan perjalanan ke Lipe. Pulau2 di selatan Thailand ni banyak dan cantik2. Air tersangatlah jernih boleh nampak ikan berenang-renang. Hope you'll enjoy your stay on Lipe.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 08:25 AM | Show all posts
maaf.terpos 2 kali

[ Last edited by  belanga at 8-4-2008 08:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 01:10 PM | Show all posts

Reply #9 belanga's post

Hye Belanga
Thanks hopefully lah....
nanti bila balik kita bg tau kay... tapi lambat lagi bulan may nie...
anyway thanks for your info.. at least it really helping me
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 01:12 PM | Show all posts

Reply #9 belanga's post

Hye Belanga

Thanks for your info it really helping me..
somey maybe pg sana in may... nanti aper2 kita story mory kay..
wish me luck kay
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 01:12 PM | Show all posts
sorry ingat tak der tadi....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 02:40 PM | Show all posts

Reply #7 belanga's post

Oh ye ke,....la kita speaking london most of them tak faham.

We stayed at The Bundaya,...a bit on the expensive side 2000bath for double aircond room. About rm200

Food wise
to find food that was clean and halal,..we found it a bit of a challange.Tapi ada la.

But they have real cheap massages there

Next time maybe going to Ko Bulon.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 02:10 PM | Show all posts

Reply #14 tasha76's post

tasha..
Ko bulan tue dekat2 dgn ko lipe nie kerr???
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 02:18 PM | Show all posts
cam best jer pulau ni..sape yg ade gmbr tepek la kt sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2008 03:00 PM | Show all posts

Reply #16 shizamak's post

betul tue.... tepek lah gamba...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 03:06 PM | Show all posts

Reply #15 somey80's post

Ye
dari Satun boleh jugak pergi ke Ko Bulon. I have a cousin yang stayed at Bulon for 10 days. Dia cakap nak makan agak senang coz banyak muslims kat sana.

For me Lipe is ok,..cantik,..clear blue waters.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 03:12 PM | Show all posts
Kalau nak tengok gambar ,lodging, ferry time tables dan sebagainya bleh tengok sini  http://www.kohlipethailand.com/

I took a speed boat back to Langkawi from Bundhaya Resort cost was rm100 per person. Tapi cepat la,..about 1 hour ja. Travel dalam pukul 7.30 malam sampai around 8.45 kat Langkawi.
Gerun gak naik speed boat hujan malam2.Gelap gelita tengah laut.
But I saw flying fish a long the way
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 03:27 PM | Show all posts

Reply #18 tasha76's post

emmmm  suker
tak sabar nak gi nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.799052 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list