Assalammualaikumw.b.k.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang ingin saya tuliskan disini akan menyentuh perasaan mana-mana pihak. Tujuan saya hanya untuk memberi sedikitteguran yang mungkin dapat memberi manafaat kepada wanita2 senasib saya yang mendapatkan khidmat Ustaz ******* dalam mendapatkan hak mereka selepas bercerai pada masa depan.Mohon baca dengan hati terbuka dan semoga ada kebaikanyang diperolehi dari luahan ini.
Setelah 3 tahun menjadi ibu tunggal, saya mula menyedari ada yang kurang sesuai dalam nasihat yang diberi oleh ustaz ******* ketika saya dalam proses menuntut hak anak2saya. Pada ketika itu, ustaz tersebut menjelaskan bahawa hakim hanya berminat pada kos susu dan pampers anak kerana dua orang anak saya baru berusia sekitar 2 tahun dan yang bongsu berusia kurang setahun. Ustaz juga menasihatkan saya untuk 'grab' jumlah RM500 seorang anak sekiranya bekas suami bersetuju dengan jumlah tersebut kerana kononnya itu 'fair'amount. Sepanjang proses, ustaz tidak pernah sekalipun hadir sehinggalahpada hari persetujuan diperoleh dan hanya membacakan 'agreement' di hadapan hakim.
saya sering mendengar ceramah2 ustaz tersebut di radio. bermacam2 yang ustaz jelaskan tentang hakisteri dan anak2 setelah perceraian. tapi kenapa dalam reality, saya diberitahu bahawa hakim hanya berminat pada wang susu dan pampers?? jadi bagaimanakah pula dengan tempat tinggal, pakaian dll? adakah anak2 ini hanya akan membesar hanya dengan susu dan pampers sedangkan dalam reality, perbelanjaan yang perlu dibayar adalah lebih dari itu?
Ini perbelanjaan bulanan saya yang sebenar :
Rumah 800.00(dibahagi 3) = 266.00 – tdk termasuk bil air dan api
(Jumlah perbelanjaan anak yang patut dibahagi 2) Susu(2 org anak) 500.00 Pampers (2 oranganak) 100.00 Taska (2 oranganak) 800.00 Kenderaan ambil/hantar anak 160.00 Lotion (ank pertama ada eczema) 130.00 Makanan anak2 (kering &basah) 350.00 Sabun mandi, ect anakbongsu 30.00
JUMLAH 2070(dibahagi 2) = 1035.00
Jumlah diatas kalau ditambah dengan kos rumah(seperti di atas) jumlahnya ialah 1301.00. Jadi fair amount untuk anak2 saya sepatutnya ialah 1500.00 sebulan sepertimana yang mula2 di minta pada awal2 permohonan. Saya juga sedang berusaha membina hidup bersama anak2.Terlalu banyak kesusahan yang terpaksa saya tanggung hanya kerana kesuntukan wang sedangkan sekiranya saya mendapat jumlah yang sewajarnya, semua masalah ini tidak akan berlaku.
Selaku peguam yang dilantik untuk membela orang yang telah diceraikan, ustaz cubalah berikan yang terbaik di masa depan. Ambil tahu jumlah perbelanjaan sebenar yang ditanggung ibu2 tunggal ini kerana itulah reality kehidupan yang terpaksa mereka tempuh setiap hari. Bukan hanya duit susu dan pampers yang harus difikirkan. Siapa yang akan membantu menjelaskan bil2 yang datang pada hujung bulan sekiranya hakim hanya berminat pada 'duit susu dan pampers'sahaja??selidiklah kemampuan bekas2 suami, selidiklah apa tanggungan mereka supaya mereka tetap memberikan yang sewajarnya pada bekas2 isteri walaupun telah ditinggalkan. Hanya dengan cara ini tidak ada pihak yang akan teraniaya dan terpaksa memikul beban yang lebih dari yang sepatutnya.
Saya dengan rendah diri memohon maaf sekiranya apa yang saya tuliskan disini menyinggung perasaan mana2 pihak. Tujuan saya hanyalah untuk menerangkan reality kehidupan ibu2 tunggal yang terpaksa memikul bebanan yang lebih hanya kerana pihak berwajib kurang efisyen dalam memberi pengadilan terhadap golongan seperti kami.
Terima kasih.
Last edited by single_mother32 on 1-7-2014 01:15 PM
|