Georgetown: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan lima wanita Nigeria dan dua wanita Uganda kerana menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah hotel murah di Jalan Transfer Road di sini, malam ini.
Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri Abdul Rahman Hassan berkata, operasi dilakukan jam 9 malam tadi selepas pihaknya melakukan pemantauan sejak sebulan lalu.
Menurutnya, ketika serbuan dua daripada wanita itu cuba melarikan diri manakala empat lagi sedang melayan pelanggan dalam bilik.
"Pemeriksaan awal mendapati mereka mempunyai pas pelajar namun menyalahgunakannya dengan melakukan aktiviti tidak bermoral.
"Kita sedang siasat kemungkinan mereka didalangi sindiket yang terdiri daripada warga tempatan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2015 @ 11:38 PM
« »
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di hotel murah Jalan Transfer Road, Pulau Pinang. - Foto SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99353#sthash.uZfkKBkg.dpuf
|